CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6324|Reply: 0

Htet Aung masuk kelab 'ekslusif' pernah robek gawang JDT

[Copy link]
Post time 20-5-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode

Pemain import NSFC, Hein Htet Aung. - Foto Negeri Sembilan Football Club

KUALA LUMPUR: Pemain import Negeri Sembilan FC (NSFC), Hein Htet Aung menyertai 'kelab eksklusif' bersama hanya tiga pemain dalam kancah bola sepak tempatan sebagai pemain yang berjaya membolosi gawang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan pertama Liga Super.

Sejak 2014, juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu hanya bolos empat kali dalam aksi pertama mereka bagi kempen Liga Super dengan tiga daripadanya dalam saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Htet Aung yang juga pemain pinjaman dari Selangor FC (SFC) menyertai tiga pemain yang semuanya sudah tidak beraksi dalam Liga Super iaitu Hafiz Kamal, Baddrol Bakhtiar dan Pablo Pallares.

Gelaran ini mungkin boleh dianggap sebagai satu 'penghormatan' terutama selepas mengambil kira benteng skuad Harimau Selatan itu begitu sukar untuk diatasi apatah lagi untuk merobek gawang mereka.


Hafiz Kamal membantu Selangor mengikat JDT pada musim 2016, begitu juga jaringan Baddrol Bakhtiar memastikan Kedah berjaya meraih keputusan 1-1 ke atas JDT pada musim 2017 sebelum merangkul Piala Sumbangsih menerusi sepakan penalti penentuan.

Kedah terus membolosi gawang JDT seawal perlawanan pertama pada musim berikutnya, kali ini menerusi Pablo Pallares namun JDT berjaya meraih kemenangan 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa dan Marcos Antonio.

Musim ini, Htet Aung meledak pada minit ke-28 buat skuad 'Jang' namun tidak cukup untuk membantu NSFC meraih sekurang-kurangnya satu mata selepas mereka tumbang 1-3 di tangan skuad bimbingan Hector Bidoglio itu.

Pada musim lalu, JDT hanya bolos gol pertama selepas perlawanan keempat iaitu ketika berdepan pasukan yang sudahpun disingkirkan dari Liga Super, Kelantan FC.

Leonardo Rolon mencetak nama selaku penjaring Kelantan FC menerusi sepakan penalti namun JDT menang besar 5-1 ke atas pasukan 'The Red Warriors'.

Sebagai rekod, mereka hanya melepaskan tujuh gol dalam 26 perlawanan Liga Super musim lalu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ah-robek-gawang-jdt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038770 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list