View: 9088|Reply: 0
|
EPL: Musim Manchester United belum berakhir
[Copy link]
|
|
HOJLUND meledak gol kedua United ketika mereka berjaya menewaskan Brighton pada aksi terakhir saingan EPL kelmarin. - AFP
BRIGHTON – Manchester United mengakhiri musim ini dengan kemenangan selepas menewaskan Brighton 2-0 kelmarin sekali gus meredakan sedikit tekanan yang dihadapi pasukan itu ekoran prestasi terumbang-ambing musim ini.
United menewaskan Newcastle 3-2 pada pertengahan minggu lalu dan kemenangan kali ini memberi suntikan motivasi untuk mereka berdepan Manchester City pada aksi final Piala FA 25 Mei ini.
Bagaimanapun, skuad kendalian Erik Ten Hag mempamerkan aksi yang agak mengecewakan pada babak pertama sebelum membuat pertukaran strategi dan pemain membolehkan mereka meledak gol menerusi Diogo Dalot dan Rasmus Hojlund.
Ten Hag mengakui pasukannya berdepan kesukaran pada babak pertama sebelum membuat perubahan meletakkan Sofyan Amrabat dan Kobbie Mainoo di bahagian tengah bertahan untuk mengekang gerakan dilakukan Brighton.
“Kami membuat sedikit perubahan pada babak pertama dan mula mengawal permainan. Pada akhirnya kami berjaya meraih kemenangan.
“Kami mengubah sedikit kedudukan pemain No. 6 ke kedudukan yang lebih baik bagi mengimbangi permainan. Kami berdepan masalah mengekang Joao Pedro pada babak pertama.
“Perubahan itu positif apabila kami mula mengawal permainan dan menguasai bola. Gol pertama kami berpunca gerakan dari bawah, tapi pada babak pertama kami terlalu statik,” katanya.
Dalam pada itu, Ten Hag mengakui masalah kecederaan menjadi punca utama pasukannya gagal mempamerkan potensi sebenar, namun bersedia menghadiahkan kegembiraan buat peminat dengan merangkul kejuaraan Piala FA. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ted-belum-berakhir/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|