View: 8349|Reply: 0
|
'Saya 100 peratus cergas' - Tyson
[Copy link]
|
|
MIKE Tyson. FOTO REUTERS
Los Angeles: Mike Tyson menegaskan dirinya cergas 100 peratus meskipun berdepan detik membimbangkan mengalami masalah kesihatan baru-baru ini ketika sedang melakukan persiapan untuk pertarungan Julai depan menentang Youtuber, Jake Paul.
Bekas juara heavyweight dunia berusia 57 tahun itu dilaporkan memerlukan rawatan perubatan pada Ahad lalu selepas mengadu loya dan pening kepala ketika dalam penerbangan dari Miami ke Los Angeles.
Pasukan paramedik menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles untuk merawat legenda tinju itu sebelum penumpang lain dibenarkan keluar dari penerbangan American Airlines.
Insiden itu berlaku ketika Tyson sedang bersiap sedia untuk kembali ke gelanggang menentang Paul di Texas pada 20 Julai, yang menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh menyebabkannya mengalami kecederaan kerana usianya semakin lanjut.
Tyson bagaimanapun menegaskan dia berasa sihat walaupun berdepan saat sukar itu.
"Kini berasa 100 peratus cergas walaupun saya tidak perlu untuk mengalahkan Jake Paul," tulis Tyson dalam catatan ringkas di X yang sebelum dikenali sebagai Twitter.
Tyson, yang berusia 58 tahun pada Jun ini, akan menentang Paul yang berusia 27 tahun dalam pertarungan profesional membabitkan lapan pusingan.
Pertarungan itu sudah mendapat kebenaran pihak berkuasa tinju di Texas.
Tyson tidak pernah bertarung dalam pertarungan profesional sejak 2005, walaupun dia pernah menentang Roy Jones Jr menerusi pertandingan petunjukan pada 2020.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eratus-cergas-tyson |
|
|
|
|
|
|
| |
|