CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 668|Reply: 0

Militao bagai tonton filem

[Copy link]
Post time 30-5-2024 02:03 PM | Show all posts |Read mode

Eder Militao tidak menyangka dia dapat kembali beraksi lebih awal daripada yang dijangkakan. – Foto REUTERS

MADRID: Apabila pertahanan tengah Real Madrid, Eder Militao terpaksa dikeluarkan pada aksi pembukaan musim menentang Athletic Bilbao pada 12 Ogos lalu selepas kecederaan berulang di lutut, dia pasti kempen 2023-24 buatnya sudah berakhir.

Lima tahun selepas tiba dari FC Porto dengan harga 50 juta euro (RM254 juta), Militao berada pada kemuncak kariernya dan dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik di dunia bersama Real dan Brazil.

Bagaimanapun, ketika dia berbaring di katil hospital menunggu untuk menjalani pembedahan anterior cruciate ligament (ACL), Militao hanya 'bermimpi' untuk memulihkan diri dalam tempoh sekitar 10 bulan sebelum Copa America 2024 bermula.

Sebaliknya pemain berusia 26 tahun itu menjangkaui ramalan apabila pulih sebelum waktunya, menyambung latihan penuh tujuh bulan selepas pembedahan itu dan kembali beraksi dengan kelabnya pada hujung Mac lalu.


Militao berkata, dia tidak pernah bermimpi untuk menyaksikannya berada dalam posisi sekarang, menyarung kasut bolanya selepas menghadiri sesi latihan Real beberapa hari menjelang final keduanya dalam Liga Juara-Juara.

"Saya berasa seperti saya menonton satu filem," kata Militao kelmarin ketika Real Madrid bersiap sedia untuk berdepan Borussia Dortmund di Wembley awal pagi Ahad ini.

"Kecederaan itu hadir pada masa saya berasa terlalu sihat, dari segi fizikal dan mental. Ia kelihatannya sudah berakhir dengan pantas sekarang. Tetapi bagi saya, selepas melalui tempoh itu, ia amat sukar dan menyakitkan.



Eder Militao (tengah) bertembung dengan pemain Manchester City, Phil Foden pada separuh akhir Liga Juara-Juara 2022. – Foto REUTERS

"Tiba-tiba anda terpaksa berhenti melakukan sesuatu yang biasa anda lakukan secara rutin dan anda berada di rumah tidak tahu berbuat apa-apa, terpaksa bergantung kepada orang lain untuk bangun, untuk mandi... Sebagai seorang atlet, ia satu pengalaman pahit.

"Jika anda bersendirian dan 100 peratus memikirkan mengenai kecederaan itu, anda mungkin boleh menjadi kurang siuman," katanya.

"Jalan keluar adalah menghargai perkara baik yang anda tempuhi ketika itu, seperti menghabiskan masa bersama keluarga saya... Dan tiba-tiba, sekitar lima bulan (selepas pembedahan) apabila saya berjenaka saya bukannya seorang pemain bola sepak lagi, saya kembali bercakap mengenai bola sekali lagi."

Pemulihan pantas Militao menyebabkan pengurus Real, Carlo Ancelotti berada dalam dilema pemilihan pemain.

Pengendali dari Itali itu menggunakan pemain tengah bertahan Aurelien Tchouameni dan Nacho di samping Antonio Ruediger di benteng pertahanan selepas kedua-dua Militao dan David Alaba mengalami kecederaan ACL pada awal musim.

Dengan Tchouameni diketepikan kerana kecederaan kaki, Ancelotti terpaksa memutuskan antara pemain Brazil itu dan Nacho, 34, yang beraksi cemerlang pada kempen kali ini, sekali gus menyaksikannya dipilih dalam skuad awal Sepanyol bagi Euro 2024. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -bagai-tonton-filem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.074498 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list