View: 6466|Reply: 0
|
Bivol beri amaran kepada Beterbiev
[Copy link]
|
|
BIVOL meraikan kemenangannya. FOTO REUTERS
Riyadh: Petinju Rusia, Dmitry Bivol mengekalkan gelaran dunia WBA light-heavyweight selepas menewaskan pencabar dari Libya, Malik Zinad pada pusingan keenam di Riyadh, awal pagi tadi.
Pengadil dari Britain, Howard Foster menghentikan perlawanan selepas dua minit dan enam saat di pusingan berkenaan sekali gus menyaksikan Bivol masih belum tewas menerusi rekod 23-0 dengan 12 knockout.
Zinad adalah pengganti saat akhir kepada juara IBF, WBC dan WBO Artur Beterbiev, yang bulan lalu terpaksa menarik diri kerana kecederaan meniskus.
Pertarungan antara Bivol dan Beterbiev bagi merebut kejuaraan mutlak itu dijadualkan semula pada 12 Oktober depan, juga di Riyadh, kata ketua dan penganjur hiburan Saudi, Turki Alalshikh.
Bivol menumbangkan Zinad pada pusingan pembukaan tetapi lawannya yang berpangkalan di Malta itu mampu meneruskan saingan.
"Kami adalah peninju profesional, kami perlu mengubah taktik kami pada bila-bila masa di dalam gelanggang.
"Saya mempunyai masa yang cukup untuk mengubah persiapan saya bagi menghadapi petinju berbeza selain Beterbiev," kata Bivol.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-kepada-beterbiev |
|
|
|
|
|
|
| |
|