CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16377|Reply: 94

[Tempatan] Duit KWSP habis ubah suai rumah, kenduri anak

[Copy link]
Post time 5-6-2024 08:48 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU - Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM750,000 yang diperoleh seorang bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung bahagian Pantai Timur habis dalam tempoh tujuh tahun digunakan untuk mengubah suai rumah dan kenduri kahwin anak.

Bekas pekerja swasta terbabit, Abdul Rahman Abdullah, 64, berkata, sebelum itu, duit itu juga susut kerana digunakan bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh persaraan bermula pada tahun 2017.


Lelaki itu menjelaskan, dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 57 tahun selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di luar negara itu.

“Saya menerima wang persaraan berjumlah RM750,000 iaitu RM500,000 Akaun 1 manakala RM250,000 Akaun 2.

“Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj.

“Sebanyak RM70,000 lagi digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018 manakala selebihnya habis digunakan bagi belanja makan, minum, kos elektrik, air dan internet serta petrol kereta sepanjang bersara,” katanya kepada Sinar Harian.


Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
Menurut bapa lima anak itu, dia mengubah suai rumah kerana ingin memberi keselesaan kepada anak-anak yang sudah berkeluarga ketika pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.

Ujarnya, kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dengan harga barangan yang mahal juga menyebabkan wang persaraan tersebut cepat habis.

“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih dan nasihat saya kepada pesara agar perlu berjimat-cermat supaya wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas tidak bekerja.

“Cuma saya bernasib baik kerana isteri (62 tahun) ialah pesara kerajaan yang menerima sejumlah pencen dan dapat membantu menampung perbelanjaan kami seterusnya dalam menghabiskan usia tua,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 08:50 AM | Show all posts
Kalau setakat buat rumah baru tidak mengapa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorg anak kos kenduri kawin sampai rm35k? Boleh tahan mahal walaupun tahun 2016/2018
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
bini ada pencen sbb tu la depa beria guna kwsp tu. bulan2 dah ada duit utk makan.
anak2 dah berkeluarga pun gigih reno beso2 umah, ujung2 tgl berdua jenuh nak lap habuk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenis xboleh pegang duit.. :
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:24 AM | Show all posts
masih ada pendapatan ok la tu ,
yg kesian bila dah pencen pendapatan putus,harap duit anak2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 09:26 AM | Show all posts
sebab tu selepas 5/6 tahun bersara dan duit EPF habis ramia yg terpaksa berkerja sebagai security guard untuk tampung kos kehidupan akibat boros menggunakan duit EPF.semoga kita kat dlm ni ambil iktibar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:35 AM | Show all posts
slmt la laki aku jenis kedekut....epf dia mmg dia ckp nk simpan je...tp takut anak ppuan dia pujuk2 dia..habis la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 09:47 AM | Show all posts
apa motif dia nie???/
kau guna habislah bukan ke scam
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:48 AM | Show all posts
mikasa replied at 5-6-2024 09:01 AM
Sorg anak kos kenduri kawin sampai rm35k? Boleh tahan mahal walaupun tahun 2016/2018

Kadang parents ni...untuk anak perempuan sanggup berhabis.
Padahal kalau dah letak hantaran tinggi, guna je la duit tu untuk kenduri kendara
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 5-6-2024 10:07 AM

27 tahun kerja, duit pencen tahan 7 tahun je. kalau 27 tahun, bsamaan 324 bulan
rm750,000 bhagi 324 bulan, sbulan bleh blanje rm 2315. gitu kiraan acik acik. (cincai kira lah ek, tp kome paham point aiol kenz)
tp bnyk ek duit 200k renovate rumah. entahla labu, maybe bocor bagai gamaknya. tapi kalau renovate sbb nk sedap mata memandang mcm tak berape ler. sbelum dpt duit tak buta pun mata mandang rumah.. tp ni kalau alasan renovate utk mata memandang ler. tp takpele duit dia huhuhu nyebuk aje. duit ni pantang ade selepuk, kalau tak kuat smangat, tiber rasa ni perlu, itu perlu. sbelum dpt duit elok je hidop...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:52 AM | Show all posts
“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih
Serious ke?  Takanlah beli barang basah dgn kering tiap2 minggu kena spend RM100 for 2 people makan.  Dah le duduk Kelantan lak tu.Kalau i mmg tak le renovate rumah sampai Rm200k.  Baik le simpan...tapi tulah kan sebab ada pencen bini berani lah guna tak ingat dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya rm100-200 sekali keluar beli lauk tu dah normal. Nak jimat macam mana tak tau lagi. Aku pasti atok ni bukan bermewah2..cume beri keselesaan yang selama ini tak pernah rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu anak tu akan tolong x ayah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fattymah at 5-6-2024 10:17 AM


Takut mati tak dan rasa
Tapi dia bagi semua rasa
Kelantan.pun brg mahal eh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 5-6-2024 09:51 AM
27 tahun kerja, duit pencen tahan 7 tahun je. kalau 27 tahun, bsamaan 324 bulan
rm750,000 bhagi 324 ...

200k tu boleh dapat sbjik rumah baru. Tapi biarlah dia nak merasa rumah cantik dan selesa. Tak perlu kot kita atur2 hidup orang. Semoga anak2 dia kenang jasa bapak dia dengan beri duit belanja bulanan sekadar untuk sruvive .
Rm750k tu kalau spent rm200k pun boleh dapat tanah 2 ekar. Tanah Kelantan murahhhhh. Boleh la tanam2 pokok usia pencen ni pakcik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 5-6-2024 10:15 AM
200k tu boleh dapat sbjik rumah baru. Tapi biarlah dia nak merasa rumah cantik dan selesa. Tak per ...

iyeler joyah ajerr. takde ngatur pun, pakcik tu kenal kite pun idak agitew...cume tu lah tlebih concern, sbb umor deme pun dh bnyk.  kalau makan jimat bulan bulan, nnti anak pun takde nk buat confession kt medsos mak pak asyik mintak duit. budak budak ni, tga mewah deme nk enjoy skali, nnti mak pak dh susah tiber taip pepanjang, hilang ingatan deme pun makan saham huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 11:30 AM | Show all posts
lightheaded67 replied at 5-6-2024 09:51 AM
27 tahun kerja, duit pencen tahan 7 tahun je. kalau 27 tahun, bsamaan 324 bulan
rm750,000 bhagi 324 ...

kenapa duit pencen EPF 750K dibahagi dgn 324 bulan (27tahun) pulak?duit pencen dia yg 750K tu habis lepas pencen iaitu 7 tahun.
so 750K dibahagi dgn 84 bulan ler...

324 bulan atau 27tahun bekerja mana guna duit EPF... masa masih bekerja, selalunya guna duit salary
EPF pun tak boleh keluar lagi masa tu (except Akaun 2.. atau bila dah mencapai 55thn)

Tapi kalau ikut penceritaan dia... 750K tolak 270K (ubahsuai rumah & kawen anak) = 480K
480K bahagi 84bulan... dalam 5.7K sebulan dihabiskan dlm tempoh 7 thn

sepatutnya duit persaraan dijadikan passive income (since active income dah takde)...
cth letak dlm interest earning investment.
dan pepandailah kurangkan perbelanjaan.

tapi itu lah... lain org lain cara financial mgmt nya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 5-6-2024 11:56 AM
Arwina replied at 5-6-2024 11:30 AM
kenapa duit pencen EPF 750K dibahagi dgn 324 bulan (27tahun) pulak?duit pencen dia yg 750K tu habi ...


yeler... nk dpt 750k tu kan kena kerja 27tahun. tp nk ngabiskan nya 7 tahun aje. gitu. kot nk ngabis pun bio le patot dgn susah nk ngumpui.. itu aje (lagipon umor bru 57, kat sni 70 pun kerja lagi, so kalau pnjg umor bleh gak buat topap dwet bulan takyah kerja beria, so duit bulan bulan pencen dia i.e duit kwsp plus pencen bini, agitew). tapi tu lah, kita sembang pnjg pnjg pun, duit nya dah tak ade......... (tp idokle juga nak ajar kedekot anak bini, duit bulan bulan bukan takleh blanje anak bini cikcur. cuma kalau tak tekan duit 180km/h, kan boleh hanimun lama sikit..tu aje.....pnjg pulak )
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 11:35 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 5-6-2024 11:47 AM

kalo duit menang judi cepat abis ummah kata sbb duit tak berkat,


kalo yang ni nak kata apa pulak??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.309856 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list