CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6629|Reply: 7

[Politik] Islam menang, dosa lampau diampun - PAS

[Copy link]
Post time 5-6-2024 10:13 AM | Show all posts |Read mode

Islam menang, dosa lampau diampun - PAS
Diterbitkan:  Jun 4, 2024 5:10 PM



Kemenangan Islam dalam pilihan raya akan menyebabkan dosa-dosa golongan terdahulu diampunkan seperti dinyatakan Allah SWT di dalam al-Quran, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menjelaskan

Memetik sirah kemenangan Rasulullah SAW, Tuan Ibrahim berkata keampunan Ilahi disebabkan berlakunya perubahan kepada pentadbiran yang menghapuskan maksiat yang telah dibenarkan oleh pentadbiran terdahulu.

“Allah SWT menjelaskan kemenangan Islam tujuan pertama dan besar ialah kerana Allah SWT nak ampun dosa yang dulu dan dosa yang kemudian.

“Dengan kemenangan Islam kita boleh betulkan dasar yang tak betul, kemungkaran yang dibenarkan zaman dulu, contohnya perjudian,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily, hari ini.


Bagaimanapun laporan Harakahdaily tersebut kemudiannya telah dipadamkan.

Menurut laporan itu, Tuan Ibrahim selanjutnya dipetik berkata premis perjudian wujud kerana kelulusan diberi oleh pemimpin yang berkuasa dengan mendapat kuasa melalui pilihan raya.

Malah katanya pemimpin itu mendapat kuasa hasil sokongan rakyat terdahulu yang menyebabkan semuanya bersekongkol dengan maksiat itu.

“Macam mana kita nak hentikan? Kita berjuang. Bila kita menang kita tutup premis perjudian, supaya dosa tadi terhenti.

"Bukan sahaja dosa yang dulu diampun oleh Allah SWT, tetapi juga dan dosa yang akan datang,” katanya lagi.

Disko tak tutup terus

Tuan Ibrahim yang juga bekas menteri air dan alam sekitar turut memberikan contoh perubahan dilakukan PAS selepas berjaya mengambil-alih pentadbiran negeri Kelantan sebelum ini.

Jelasnya, pentadbiran baru itu telah menyemak semula dan menghentikan dasar-dasar yang bercanggah dengan Islam.

“Mana yang tak bercanggah kita benarkan. Ada proses-proses yang kita alami. Demikian juga kita menang di Terengganu.



"Kita tak tutup terus bar, disko, kelab malam. Tetapi kita ada proses, ada kaedah-kaedah yang kita buat, ada aulawiyat.

“Mana yang perlu utama dulu, mana yang perlu kemudian. Sebab kena teliti, kena hati-hati.

“Allah SWT bila mana mengharamkan arak ada tiga peringkat.

"Demikian juga Allah SWT dalam waktu menetapkan sesuatu hukum, ia tidak akan mengejut tiba-tiba sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS Kawasan Port Dickson, semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow,satu tarikan yg hebat!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:20 AM | Show all posts
wahhhh dah klua dalil baru!!!  TAHNIAG....dalil baru sempena SG BAKAP.......
tgu dalil ostad bala plak..... bro adi marang tu tak payah lahhhhhh
HIDUP PUAK ALOHA SONGKRAN
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:37 AM | Show all posts
Apa ke mende ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:42 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 5-6-2024 10:50 AM

Dalil lobai sentiasa berubah2 ikut situasi pilihanraya




Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:43 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 10:48 AM | Show all posts
Satu gimmik meraih undi yg sangat mengiurkan. Yakin cm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:53 PM | Show all posts
Apakah mereka semua yang mengundi PAS akan mendapatkan pengampunan dosa dan masuk syurga ?

Woow.. bahagia dan nikmat betol mejadi bangsa melayumalaysia...dunia dan akhirat terjamin hidupnya .... Hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.219637 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list