CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22376|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pembangunan Taman Perindustrian Sikamat dianggar RM320 juta

[Copy link]
Post time 11-7-2024 06:13 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Teo Kok Seong (tiga, kiri) mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun merasmikan majlis pecah tanah Taman Perindustrian Sikamat, hari ini. NSTP/Mohd Amin Jalil


SEREMBAN: GD Holdings Sdn Bhd (GD Holdings) melancarkan Taman Perindustrian Sikamat (SIP) di sini, projek utama dalam pembangunan untuk mempertingkatkan landskap ekonomi Negeri Sembilan dan Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sehingga RM320 juta.


SIP membabitkan keluasan keseluruhan 49.37 hektar, terletak di dalam Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) dan dijangka menampilkan infrastruktur moden, sambungan strategi dan persekitaran mesra perniagaan, sekali gus bakal menjadikan lokasi ideal untuk perniagaan tempatan dan antarabangsa.

Projek ini bertujuan untuk mentakrifkan semula taman perindustrian dengan fokus pada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), infrastruktur canggih dan komitmen terhadap kelestarian.

SIP berada pada kedudukan strategik untuk memanfaatkan pelan induk pembangunan wilayah ini untuk mewujudkan ekonomi yang mampan dan inklusif.

Timbalan Pengerusi Eksekutif GD Holdings, Datuk Wong Seng Tong, berkata SIP adalah taman perindustrian sederhana dan ringan yang direka dengan menempatkan pelbagai jenis industri termasuk plot tanah sedia infrastruktur untuk keperluan industri yang pelbagai.

Beliau berkata, taman perindustrian ini adalah asas dalam mencapai objektif visi kerajaan, menyediakan persekitaran kondusif untuk perniagaan berkembang dan menyumbang dengan ketara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, SIP adalah taman perindustrian sederhana dan ringan yang direka dengan menempatkan pelbagai jenis industri.

"Ia turut mengandungi 20 unit kilang separuh berkembar keluasan 80 kaki x 160 kaki dan 40 unit kedai komersial dua tingkat berkeluasan 22 kaki x 75 kaki untuk mewujudkan hab perniagaan.

"Campuran kemudahan ini menunjukkan bahawa tanam ini boleh menempatkan pembuatan, logistik, pergudangan dan operasi industri lain serta menyokong perniagaan komersial.

"Taman ini juga menumpukan pada prinsip ESG serta kemampanan, yang mungkin menjadikannya sangat menarik kepada pelabur dan industri yang mengutamakan aspek ini," katanya kepada media selepas majlis pecah tanah SIP di sini, hari ini.

Majlis pecah tanah SIP disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Teo Kok Seong mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Seng Tong berkata, SIP dijangka memberi impak positif yang ketara kepada ekonomi tempatan dan pasaran pekerjaan di Negeri Sembilan dan Malaysia keseluruhannya, baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Beliau berkata, dalam masa sama SIP akan menarik pelaburan, merangsang pertumbuhan industri dan menyumbang kepada KDNK Malaysia.

Katanya, penyediaan kilang dan unit kedai komersial akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

"Selaras dengan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan untuk memperbaiki keadaan hidup dan keselamatan pekerja asing, semua pekerja asing akan di tempat di Pusat Kediaman Pekerja Berpusat (CLQ) mulai 2025.

"Taman ini akan menyediakan CLQ yang boleh menampung sehingga 3,000 pekerja," katanya.

Beliau berkata, SIP juga bakal menawarkan banyak kelebihan untuk perniagaan di negara-negara Asia Tenggara dengan memanfaatkan lokasi strategik, infrastruktur moden dan inisiatif kerjasama antarabangsa.

"Kerjasama taman ini dengan Foshan China misalnya akan memudahkan operasi perniagaan merentas sempadan," katanya.

Sementara itu, Kok Seong menyifatkan projek SIP bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menarik seramai mungkin pelabur dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, projek berkenaan diyakini dapat menjana ekonomi negeri dengan lebih baik, terutama dalam mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037825 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list