CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33995|Reply: 4

Hun Haqeem Kekal Hubungan Baik Dengan David Teo, Kes Langgar Kontrak MIG Masih Berjalan – ‘Kedua-Dua Pihak Mahu Selesaikannya’

[Copy link]
Post time 18-7-2024 11:06 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon, Hun Haqeem memaklumkan tentang perkembangan terkini kes pembayaran ganti rugi terhadap syarikat Metrowealth International Group (MIG).


Ketika ditemui OhBulan! Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy memberitahu bahawa, kes antara dia dengan pihak syarikat tersebut masih berjalan di mahkamah, di mana kedua-dua pihak mahu menyelesaikannya.


"Tak banyak sangat yang perlu dikemas kini (update) sebab ianya masih sama. Perkara ini pun dari tahun 2020, sekarang pun dah 2024."


"Jadi saya rasa kedua-dua pihak pun mahu selesaikan kes ini. Pada saya ianya berjalan dengan baik sebab prosesnya pun dipermudahkan. Jadi nanti kita tengok apa hasilnya."


Hun berkata demikian seusai majlis tayangan drama Ke Kodiang With Love yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.


Dalam pada itu, aktor berusia 26 tahun ini memaklumkan hubungannya bersama Pengarah Urusan MIG, Datuk David Teo masih baik malah mereka pernah bertegur sapa di dalam sebuah majlis.


"Hubungan kami okay. Sebelum ini kami ada hadiri majlis berbuka puasa bersama-sama dan kami ada berjumpa."


"Saya bertanya khabar kepada David dan juga Jane (isteri David)."


Pelakon drama Kampung People itu juga berkata berikutan skop industri hiburan tempatan adalah sangat kecil maka mereka tetap akan bertembung di antara satu sama lain.


"Macam saya kata sebelum ini pun, industri hiburan ini kecil, jadi pada akhirnya pun kita akan berjumpa dengan satu sama lain juga."


"ada pendapat saya, konflik itu tidak membawa ke mana-mana."


Terdahulu, David Teo mendedahkan mengenai kemenangannya atas kes saman terhadap Hun dan mengatakan pelakon itu diperintahkan Mahkamah Sesyen untuk membayar sejumlah ganti rugi sebanyak RM613,950.


Ganti rugi berkenaan diperintahkan susulan aktor itu didakwa melanggar kontrak dengan MIG.


Hun didakwa keluar daripada syarikat tersebut ketika kontraknya masih berbaki dua tahun. Difahamkan, anak kelahiran Sarawak itu sudah membayar separuh daripada ganti rugi berjumlah RM30,240.





Sumber: OhBulan










Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat rugi je kalau buat perangai. Melayang duit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 05:14 PM | Show all posts
elok die ni berisi sikit
dh mula mengurus ni nmpk mcm tak bertenaga

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 05:21 PM | Show all posts
awat kuruih sgt dia neh??susah ati video leak bebird ka camna??
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:16 PM | Show all posts
kan kena byr ganti rugi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.221246 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list