CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7460|Reply: 0

[Sarawak] SMK Lanang sekolah pertama melaksanakan program pengekodan

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:35 PM | Show all posts |Read mode


Sagah (duduk tiga kanan) bersama yang lain merakam gambar kenangan sebaik sahaja majlis tersebut berakhir, hari ini.

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanang mencipta sejarah sebagai sekolah pertama di Sarawak yang melaksanakan program pengekodan di bawah inisiatif ‘Future Skills For All’ (FS4A) Fasa 3.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, program FS4A yang berteraskan pembelajaran digital bertujuan memperkasa pelajar dan pendidik dengan kemahiran digital, merapatkan jurang digital serta memupuk kecekapan abad ke-21 di seluruh Sarawak.

Inisiatif ini katanya, selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 negeri, yang menyasarkan 60 peratus enrolmen dalam disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan memastikan 30 peratus tenaga kerja Sarawak memiliki kemahiran lanjutan.

“FS4A adalah platform pembelajaran dalam talian yang direka untuk menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan dengan memperkenalkan pelajar kepada sains komputer, pengekodan dan pengaturcaraan,” katanya ketika merasmikan penutupan FS4A Zon Tengah di SMK Lanang, di sini hari ini.

Sejak Fasa 1 dan 2 dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada 2021 dan 2022, program ini telah memberi impak signifikan.

Setakat ini, seramai 15,801 pelajar telah memulakan pembelajaran Microbit manakala 2,937 pelajar mula meneroka pengaturcaraan Python.

“Inisiatif ini telah meletakkan asas penting bagi pembinaan tenaga kerja masa depan yang mahir dalam disiplin STEM serta memainkan peranan utama dalam mencetuskan minat pelajar dalam bidang kritikal ini,” tambah beliau.

Sagah menekankan bahawa pendidikan STEM, khususnya dalam sains dan matematik, adalah penting untuk menyediakan asas bagi pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan kemahiran analisis.

Katanya, pendedahan awal kepada subjek STEM bukan sahaja merangsang rasa ingin tahu dan inovasi tetapi juga melengkapkan pelajar dengan alat yang diperlukan untuk mengemudi dunia yang semakin kompleks.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri memberi penekanan kuat terhadap literasi digital sebagai tunjang dasar pendidikan negeri bagi menyokong agenda negeri ke arah kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kemampanan alam sekitar melalui inovasi dan pendekatan berasaskan data.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.118708 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list