View: 9842|Reply: 0
|
[Sarawak]
Warga asing dituduh membunuh tanpa niat dibicara lanjut 19 Nov
[Copy link]
|
|
MIRI: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 11 September ini untuk pengurusan kes seorang lelaki warga asing yang dituduh melakukan pembunuhan tanpa niat hingga menyebabkan kematian individu yang hanya dikenali sebagai 'Mr X'.
Sementara itu, perbicaraan lanjut pula ditetapkan pada 19 November depan.
Penetapan tarikh itu dibuat Hakim Azreena Aziz setelah tertuduh, Sibal Hamid, mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya atas tuduhan tersebut.
Sibal yang berasal dari Holosulu, Filipina telah didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa melakukan pembunuhan tanpa niat hingga menyebabkan kematian 'Mr X' atau Kimal.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 6.30 petang hingga 7.30 malam, 12 Februari 2023 di sebuah kawasan lapang di luar pagar No.14 Lapangan Terbang Miri, Jalan Lapangan Terbang Miri di sini.
Pendakwaan kes dikendalikan pegawai pendakwa ASP Koay Kok Ping, manakala tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/08/29/warga-asing-dituduh-membunuh-tanpa-niat-dibicara-lanjut-19-nov
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|