Edited by Vellfire at 29-8-2024 05:47 PM
Gambar hiasan. Foto: Pixabay
MIRI: Pihak polis mengesahkan bahawa video yang menunjukkan individu diserang beruang bukan berlaku di Long Seridan seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata, kejadian yang berlaku itu berkemungkinan berlaku di negara luar.
“Kalau dengar suara dari video tersebut, ia macam bunyi pertuturan orang negara luar, bukan warga tempatan.
“Dalam video itu pun boleh nampak dari segi pakaian iaitu batik yang digunakan salah seorang individu di lokasi kejadian, ia ialah batik dari negara seberang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial yang menunjukkan video individu mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan beberapa kesan gigitan di bahagian kaki serta tangan akibat diserang seekor beruang.
|