CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15302|Reply: 0

[Sarawak] SAR kanak-kanak dilapor hilang dibaham buaya belum berhasil

[Copy link]
Post time 20-9-2024 03:07 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan SAR sedang menjalankan operasi pencarian melibatkan radius sejauh lima kilometer dari Pos Kawalan Bomba.

TATAU: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa serangan buaya di Kampung Seberang, Pekan Tatau Lama petang Rabu masih belum berhasil.

Sehingga berita ditulis usaha pasukan mencari dan penyelamat (SAR) masih belum menemui sebarang petunjuk mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau Jankey Jikat berkata, operasi SAR hari kedua yang bermula jam 9.30 pagi melibatkan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Forestry Corporation (SFC) serta penduduk setempat.

"Usaha pencarian bermula pagi tadi melibatkan radius satu hingga dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) iaitu ke Sungai Sap dan Sungai Jelai serta kawasan sepanjang sungai di Pekan Tatau Lama.

"Operasi sesi petang dimulakan pada jam 2 petang turut melibatkan pencarian sejauh lima kilometer radius dari Sungai Kara dan Pulau Pinang, Tatau," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, pencarian dijalankan menggunakan 13 buah bot dan seramai 28 orang terlibat dalam operasi SAR hari kedua.

"Operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada jam 6.00 petang atas arahan Ketua Polis Balai Tatau," katanya.

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang Rabu lalu, mangsa dikenali sebagai Cicila Julan Intik, 6, sedang mandi di jeti Kampung Seberang Pekan Tatau Lama apabila seekor buaya tiba-tiba menyambarnya di depan mata datuknya.

Operasi SAR akan disambung esok pagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.077454 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list