CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25712|Reply: 6

“Hal kening ini saya dah jawab lama dah. Memang itulah rupanya. Saya tahu benda itu dilaknat" – Abby Abadi nafi cukur kening

[Copy link]
Post time 14-10-2024 10:03 PM | Show all posts |Read mode






Didakwa mencukur kening sehingga nipis untuk kelihatan lebih cantik, pelakon Abby Abadi menyangkal tuduhan tersebut dan menegaskan semua itu kurniaan Tuhan sejak azali.


Ujar Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia tidak pernah berbuat seperti didakwa malah bentuk keningnya memang sudah terbentuk sebegitu persis ibunya.


“Hal kening ini saya dah jawab lama dah. Memang itulah rupanya, memang turun temurun daripada emak saya.


“Ini tak buat apa pun, nak lukis pun malas. Lawa sangat ke kening saya ni?,” katanya menerusi video dalam TikTok bagi menjawab dakwaan tersebut.


Pelakon filem Gerak Khas The Movie itu memberitahu, dia tidak akan sesekali melanggar hukum agama.


“Saya tahu cukur kening tu dilaknat, saya tak buat.


“Awak jangan risau. Doakan kita sama-sama berjaya menggapai syurga Allah,” jelasnya lagi.


  



Sebelum ini, terdapat seorang individu tampil bertanya tentang kening Abby yang kelihatan halus seperti diukir nipis menerusi ruangan komen sebuah video dalam akaun TikTok miliknya.


“Cukur kening ke puan? Cuba tak payah cukur kening tu, nampak lagi elok.


“Maaf atas apa yang saya cakap ini buat puan terasa,” ujar individu terbabit.


Pun begitu, ramai juga peminat yang mempertahankan ibu kepada tiga orang anak itu malah mengenali kening pelakon kesayangan mereka itu tidak pernah berubah sejak dari awal kemunculan sebagai selebriti.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalaupun dia pernah cukur kening di zaman kejahilannya & dia bertaubat & tak mengulanginya, itu dah cukup. Lain la kalau sekarang pun dia cukur kening. Alahai netizen pun terpaling ahli sorga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 11:47 PM | Show all posts
Kening dia mmg mcm tu dari zaman sekolah. She pernah cerita she kena rotan ustazah sbb ustazah igt dia cabut kening
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk je netijen ni.hempuk kang pakai tudung labuh hijau yebby baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:40 AM | Show all posts
kisahnyaaa......netizen pun ahli sorga sgt kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr zaman elite da mcm ni kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 10:50 AM | Show all posts
gig
gig

bijak benar kau bela diri
berdusta berpoya bagai segala tak mengapa



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.091739 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list