CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 71367|Reply: 25

Aepul Roza hasilkan lagu buat Cik Epal - "Lagu sudah siap dalam 50 peratus"

[Copy link]
Post time 9-11-2024 12:58 AM | Show all posts |Read mode



Vokalis Drama Band, Aepul Roza memenuhi permintaan pempengaruh media sosial, Cik Epal untuk menghasilkan lagu buatnya.


Aepul berkata, dia gembira menerima permintaan dari Cik Epal untuk menghasilkan lagu mengenai perkasa wanita, tidak hanya terbendung dalam tema cinta semata-mata.


"Sebelum ini, Cik Epal ada muat naik Instagram Story menggunakan lagu saya. Kemudiannya, saya 'repost' dan dia minta buatkan lagu. Saya cakap boleh sahaja.


"Lagu sudah siap dalam 50 peratus dan Cik Epal baru sahaja bertanya kepada mengenai perkembangan lagu. Cuma, saya sangat sibuk dengan minggu akhir program The Chosen One, jadi saya sambung tulis dan siapkan demo, minggu depan.


"Menerusi lagu ini, saya ceritakan kisah benar. Sebab karya yang jujur selalunya akan cepat sampai ke hati pendengar," katanya.






Aepul berkata, Cik Epal mempunyai kebolehan menyanyi dan menjangkakan lagu berkenaan akan siap, bulan ini.


Namun, katanya, dia dan Cik Epal belum tetapkan lirik yang mahu dibawakan, stail lagu dan sebagainya.


"Sebab itulah saya cakap baru 50 peratus siap dan tengoklah Cik Epal boleh bawa atau tidak.


"Sebab untuk Cik Epal, karya tidak boleh terlalu keras dan tidak terlalu 'forward', jadi kena berkias. Sebagai orang Melayu, kena ada bahasa berkias.


"Cik Epal ada memberikan rujukan, dia mahukan tema 'women empowerment' dan saya sukakannya," katanya yang ditemui pada sidang media Konsert One Love Music 2024, di ibu negara, semalam.


Konsert One Love Music 2024 menampilkan 12 penyanyi bagi persembahan selama 12 jam.


Antara artis yang turut terbabit termasuklah Kugiran Masdo, Bunkface, Hujan, Drama Band, 53 Universe, Insomniacks dan Gerhana Ska Cinta.


Ia turut disertai penyanyi dari Indonesia iaitu Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil.






Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan dibayar…
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 10-11-2024 09:16 PM

CE ni lain betul rupa dia skrg dgn rupa dia dl
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorrylaaa epul...aku menyampah dgn laki bini ni...dua2 pun kaki kuat drama

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 10-11-2024 07:29 AM

Aepul, berpada2 la ye nak interframe dalam masalah rumahtangga retis lain dgn cara menzahirkan lagu2.. i risau if one day rumhtangga cuols pun ada problem org ikut menganjing masalah cuols pulak ... Langit tak selamanya cerah ye, takut esok2 turn cuols n lizz diuji gwgak gempita saru malaya nanti ...  ILU haritu sindir kes bela- alip - ruhanat.. ni masalah epal pulak .. rilek2 sudah la,  nak kretif boleh tpai tak payah nak sindir2  kes orang
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Another mak j mendonia....hati tersakiti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M: Sorrylaaa epul...aku menyampah ...


Mcm over sgt dh.. hari2 sama2 merentan.. xleh nk duk diam2.. mcm celik mata je terus teringat kt ex.. pasto maki2.. pdhal ko rindu2 knnnnnnnn [em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Epul tu consumed skin supplement brand apa? Kemain ekh dah asar sekarang, dulu laki bini maghrib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
si buah ni suara sedap ke??
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka lagu smpai DRAMA je..pastu lagu ILU & seterusnya aku cam da start meluat..ehh bini ko pun dulu dengan idong kemain lama..yakin ke skadar jumpa waktu usrah je kekdahnya?jangan sampai orang bukak aib family ko Sudah la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau i mmg elak terkait dgn kapel busuk ni . Terpalit bau taik
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 9-11-2024 06:23 AM
CE ni lain betul rupa dia mekap gini dgn rupa dia dlm konti era tu

Mana nk tgk? Tu la bila aku ckp rupa sebenar dia lain, acik2 f tololwer buah ni xnk percaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga Jaga Leez...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 10-11-2024 08:35 PM
Mana nk tgk? Tu la bila aku ckp rupa sebenar dia lain, acik2 f tololwer buah ni xnk percaya

Smlm tgk ada lalu kat ig explore
Masa tu xbuka sound
Rupanya yg dgn hawa rizwana dlm konti tu bkn CE
Diaorang on the phone je dgn dia
Alahhhhh! Aku dah silap dah ni
Kang aku amend
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
CE penah nyanyi kt mana² ke sebelum ni?i tak pernah follow sheols tp sejak dia bercerai tak habis² dia bukak pekung laki dia sampai yak bayar epf pun nak jadi story..dari kesian jadi nyampah pulak bila hari² nak bukak aib
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Another tertelan bijik rambutan in the making?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2024 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus:  Edited by sukacactus at 10-11 ...
sukacactus:  Edited by sukacactus at 10-11 ...


Uols kalau ckp mcm ni kt fb ke insta ke tt ke confirm pemuja sheols akan tag sheols. Pemuja sheols mcm in denial sungguh , diorg akan ckp muka sheols skrang teknik mekap tau bukan teknik lain2
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 06:13 AM | Show all posts
Aku memang takleh masuk dengan suara Aepul ni, apalagi dengan lagu2nya satu pun xde terkesan kat mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 10:34 AM | Show all posts
red_velvet replied at 10-11-2024 07:26 AM
Aepul, berpada2 la ye nak interframe dalam masalah rumahtangga retis lain dgn cara menzahirkan lagu2 ...

betul
rengsa betul dengan lagu masa kes ruru tu
dah sendu so terpaksa la buat lagu nak tunggang gossip orang
iols bukan la peminat ruru or si alip ajis tu
tapi macam poyo je kot semua benda  nak buat lagu memerli2 gitu
no class
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 11:11 AM | Show all posts
annehuda replied at 10-11-2024 09:12 PM
Uols kalau ckp mcm ni kt fb ke insta ke tt ke confirm pemuja sheols akan tag sheols. Pemuja sheols ...

Hahaha..ni betul. memasing taksuber sungguh yer. nampak bijak la, keputusan yg tepat la
hal2 dlm family share kat public. laki bini takde whtsapp ke? meh aku tolong install.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.326618 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list