CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58302|Reply: 0

[Negeri Sembilan] KPDN lupus barang rampasan bernilai RM631,141

[Copy link]
Post time 9-11-2024 10:16 AM | Show all posts |Read mode

ARIS Mamat (kanan) memasukkan barang rampasan untuk dimusnahkan ke dalam mesin pemusnah, hari ini. FOTO Ahmad Hasbi

Nilai: Menggunakan skim piramid, tidak mengikut standard ditetapkan Institut Piawaian dan Penyelidikan (SIRIM) serta barang tiruan menggunakan jenama terkenal.

Itu antara kesalahan barang rampasan yang dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dianggarkan bernilai lebih RM600,000 di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan) KPDN Aris Mamat berkata, pelupusan itu membabitkan barangan dalam 43 kes rampasan di sekitar Lembah Klang, sejak tiga tahun lalu.

"Antara yang dilupuskan adalah baju, kasut, minuman keras, dakwat pencetak, alat ganti kenderaan, minyak wangi dan sabun basuh baju.

"Barang-barang ini dilupuskan hasil tindakan penguatkuasaan dilakukan Bahagian Penguat Kuasa KPN selepas mendapat perintah mahkamah," katanya pada sidang media selepas majlis pelupusan eksibit di sini, hari ini.

Menurutnya, rampasan berkenaan dibuat membabitkan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Cap Dagangan 2019, dan Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

"Terdapat tiga kaedah pelupusan yang biasa kita lakukan antaranya lucut hak milik, dimusnahkan atau dipulangkan semula kepada pemilik. Untuk hari ini kita musnahkan menggunakan mesin pemusnah," katanya.

Sambungnya lagi, barang dimusnahkan berkenaan dirampas di pelbagai peringkat perniagaan bermula daripada peruncit, pemborong seterusnya terhadap pengeluar.

"Bukan sahaja barang tiruan, ada antara barang yang dirampas ini tidak mengikut standard ditetapkan Sirim selain turut dikesan menggunakan skim piramid dengan menyalahgunakan lesen jualan langsung," katanya.

Aris berkata, barang tiruan dan tidak mengikut spesifikasi Sirim seperti produk kecantikan dan komponen kenderaan dibimbangi memberi mudarat kepada pengguna.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya menyeru semua pihak untuk menyokong pelaksanaan inisiatif KITA GEMPUR yang dilancarkan pada 19 Oktober lalu bertujuan membanteras penyelewengan barang kawalan dan barang bersubsidi.

"KPDN juga meminta semua pihak untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.053524 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list