CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57866|Reply: 0

[Johor] Cedera dilanggar kereta ketika kawal lalu lintas depan sekolah

[Copy link]
Post time 9-11-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan sekolah cedera dilanggar kereta dipandu seorang wanita ketika mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah di Bandar Seri Alam di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima satu paparan yang dimuat naik melalui Facebook 'Community Roda Johor – CRJ' dan menerima satu laporan berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan Perodua Viva dengan seorang pengawal lalu lintas sekolah itu kira-kira jam 1.40 tengah hari kelmarin.

"Pemandu kereta adalah seorang wanita tempatan berusia 40 tahun yang sedang memandu keretanya dari Taman Molek menghala ke Taman Ehsan Jaya.

"Tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta terlanggar pengawal lalu lintas sekolah yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 69 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Terdahulu, tular video berdurasi 33 saat itu yang memaparkan kemalangan membabitkan kereta dengan pengawal lalu lintas berkenaan di sebuah sekolah dengan mendapat jumlah tanda 'like' yang tinggi dan turut dikongsi beberapa pengguna media sosial yang lain.

Jelas dalam video itu, ketika kejadian, lampu isyarat berwarna merah dan pengawal lalu lintas sedang berada di atas lintasan pejalan kaki untuk membantu murid sekolah melintas, sambil mangsa mengangkat tangan memberi amaran supaya kereta memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun, kereta berkenaan tetap melanggar mangsa.

Mohd Sohaimi berkata, siasatan dijalankan di bawah Rule 10 LN 166/59 dan pihaknya menasihatkan supaya orang ramai sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

"Sentiasalah memandu kenderaan dalam keadaan berwaspada dengan persekitaran dan bertanggungjawab," katanya.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menyalurkannya kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.042733 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list