CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17100|Reply: 0

Shigeru Ishiba dilantik semula sebagai PM Jepun

[Copy link]
Post time 13-11-2024 07:42 AM | Show all posts |Read mode

SHIGERU Ishiba. FOTO Reuters

Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba mengekalkan jawatannya dalam undian di Parlimen pada Isnin, walaupun baru-baru ini memimpin gabungan pemerintah itu kepada keputusan pilihan raya umum paling teruk dalam tempoh 15 tahun.

Ahli-ahli parlimen melantik bekas menteri pertahanan Ishiba sebagai ketua kerajaan minoriti – bermakna beliau mungkin berdepan dengan 'kebuntuan' politik atau perlu berkompromi untuk meluluskan rang undang-undang baharu.

Ishiba, 67, memegang jawatan enam minggu yang lalu dan mengadakan pilihan raya mengejut pada 27 Oktober lalu, dengan harapan untuk mengukuhkan mandatnya sebagai pemimpin Parti Demokrat Liberal (LDP) yang konservatif.

Namun pengundi, yang tidak berpuas hati dengan inflasi dan skandal dana rasuah yang membantu menumbangkan pendahulunya, Fumio Kishida, memberikan tamparan kepada LDP dan rakan kongsi gabungannya.

"Saya dilantik sebagai perdana menteri. Saya memikul tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan.

"Selepas keputusan pilihan raya yang sangat sukar, saya percaya LDP mesti dilahirkan semula sebagai parti untuk rakyat," kata Ishiba kepada wartawan lewat malam tadi selepas membentuk kabinet baharu.

Ahli Dewan Perwakilan berkuasa mengadakan sesi khas selama empat hari pada Isnin lalu untuk mencalonkan perdana menteri, satu langkah yang diperlukan selepas pilihan raya umum.

Walaupun kehilangan majoriti dalam pilihan raya Oktober, gabungan LDP tetap menjadi blok terbesar di Dewan Perwakilan yang mempunyai 465 kerusi.

Speaker Dewan Perwakilan mengumumkan pelantikan Ishiba selepas satu pusingan undian – yang pertama sejak 1994 – yang mana beliau memperoleh 221 undi berbanding 160 undi untuk Yoshihiko Noda, ketua Parti Demokratik Perlembagaan Jepun (CDP) iaitu parti pembangkang utama.

Sebanyak 84 undi dibatalkan kerana mereka menamakan ahli politik lain.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.056359 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list