Terpalit dengan dakwaan gagal membayar gaji pekerja dan tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), selebriti versatil Datuk AC Mizal tampil menafikan semua tohmahan tersebut.
Bagi mengelakkan salah faham, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 53, berkata, kesemua dakwaan dipercayai dibuat oleh bekas pekerja stesen televisyen miliknya, SUKE TV itu sebagai fitnah.
“Saya AC Mizal terpanggil untuk menjawab kenyataan finah dan tohmahan yang tular di media sosial oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
“Seharusnya saya tidak perlu balas dan jawab kenyataan yang tular tetapi, memandangkan ramai bertanya mengenai perkara ini, untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, saya perlu menjelaskan.
“Saya mengarahkan peguam dan pihak SUKE TV untuk ambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu terbabit,” katanya dalam Instagram.
Tambahnya, dakwaan tersebut dibuat sendiri oleh bekas kakitangan yang sebilangannya telah ditamatkan perkhidmatan.
“Biar mahkamah yang memutuskan salah atau betul masing-masing. Cuma saya ingin nyatakan kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh bekas staf yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat perkhidmatan,” katanya.
AC turut memberitahu, pihaknya bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak sekiranya wujud isu berbangkit.
“Jangan salah guna sosial media untuk kepentingan yang tertentu.
“Kami mempunyai semua bukti, tetapi kami tidak akan canang kepada umum. Tindakan seterusnya, saya serah kepada proses undang-undang mahkamah dan keadilan negara.
“Mohon fikir secara tenang dan henti sebar fitnah yang tidak berasas,” katanya.
Terdahulu, personaliti TV Meyra Khan mendedahkan tidak menerima gajinya ketika berkhidmat di sebuah stesen televisyen.
Meyra mendakwa bukan sahaja isu pembayaran gaji, malah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso turut tertunggak.
teringat aku masa si ac ni jual gelang ke jual simcard tu tapi skim mlm la. dia announce dalam FB je yang dia dah stop jual benda tu. yg upliner downliner suma terkejut la. takde permohonan maaf takde ape. refund pun takde. mmg hati kering btul. so jgnla terkejut kalau tetiba stesyen tv ni katup camtu je. nafkah anak pun hati kering taknak bayar kot
Ada anak sharifah shahira si talisya up insta stories pasal kes AC ni minggu lepas sbb Talisya pun pernah kerja dgn Suke TV jadi pengacara kalau x silap..
Talisya pun tulis yg benar pasal AC dah tentulah dia tahu sbb dia pernah kerja part time situ..