CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Red Warriors sedia ‘baham’ FELDA

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SELEPAS kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala FA, kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi mahu memburu kemenangan ke atas FELDA United pada pertemuan pusingan kedua Liga Super di Stadium KLFA Cheras, malam ini.\rDia yang dikenali Piya di kalangan rakan sepasukan cukup bersemangat berdepan Felda United yang ditewaskan Red Warriors 6-0 di Kota Bharu, pada pusingan pertama.\r\n\n\n\n\r  Malah, katanya, kemenangan dianggap penting buat Kelantan memberi tekanan kepada pendahulu liga, Selangor yang kini berbeza dua mata dengan Kelantan.\r\r\n\n\n\n\n  “Selepas kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala FA, kami bersemangat tinggi dan agresif mengutip tiga mata ketika berdepan cabaran FELDA United di gelanggang lawan malam esok (malam ini).\r“Saya yang bergandingan dengan Shakir Saari di posisi tengah akan membantu rakan sepasukan terutama penyerang memecah benteng pertahanan lawan bagi mendapatkan gol diharapkan pasukan,” katanya.\rBagaimanapun, Piya tetap berwaspada dengan kekuatan FELDA United yang turut menggandingkan pemain berpengalaman dan muda bagi mengelakkan Kelantan keciciran mata dalam pertemuan kedua-dua pasukan itu.    \rSementara itu, ketua jurulatih, Datuk M Karathu tetap menganggap perlawanan dengan FELDA United adalah penting bagi memberi tekanan kepada Selangor.\r\n\n\n\n\rKatanya, Kelantan tidak ada masalah untuk menurunkan kesebelasan utama, termasuk Norshahrul Idlan Talaha selaku penyerang selain dua tonggak pertahanan, Mohd Farisham Ismail dan Zairul Fitree Ishak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041805 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list