View: 80|Reply: 0
|
MSN hanya mahu selamat atlit daripada hukuman lebih berat
[Copy link]
|
|
MAJLIS Sukan Negara (MSN) menegaskan badan itu tidak pernah menghukum enam atlit yang ‘melarikan diri’ daripada ujian doping Isnin lalu, sebaliknya kini berusaha menyelamatkan mereka daripada dikenakan tindakan lebih berat akibat kesalahan itu.\rKetua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong, berkata tindakan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang tergesa-gesa menghantar tiga daripada atlit terbabit ke Bulgaria membuatkan keadaan bertambah rumit hingga boleh mengakibatkan mereka dikenakan tindakan lebih serius.\r\n\n\n\n\r “Saya kesal dan kasihan dengan Presiden KOAM (Datuk Seri Shahidan Kassim) kerana mendapat gambaran daripada pegawainya mengenai isu ini. Ketika satu negara sudah mengetahuinya, KOAM masih dengan perangai suka menyalahkan orang lain untuk menutup pekung sendiri.\r\r\n\n\n\n\n “Sepatutnya, KOAM berterima kasih dengan usaha MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) yang mahu selamatkan atlit, tetapi KOAM hanya berdiam diri, menuduh dan menyalahkan orang lain.\r“Malah, tindakan menghantar tiga atlit yang lari daripada ujian doping ke Bulgaria seolah-olah mereka merestui perbuatan itu walaupun tahu itu akan memburukkan lagi keadaan,” katanya semalam.\rBercakap selepas majlis penyerahan tajaan Sukan Malaysia XIV Kuala Lumpur 2011 di MSN Bukit Jalil semalam, Zolkples berkata, ujian doping adalah \'mandatori\' sekiranya diarahkan dan KOAM sepatutnya mengarahkan atlit terbabit menjalani ujian, bukan melarikan diri. \r“Walaupun Presiden KOAM menjelaskan pemergian tiga atlit itu ke Bulgaria dibiayai sendiri, KOAM tidak sepatutnya menggunakan wang mereka untuk kegiatan yang boleh memudaratkan masa depan atlit,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|