CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

Karim bidas tindakan Zolkples

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
\'Pembatalan pemergian tiga atlit dedah niat, agenda tersembunyinya\'\rKARIM Ibrahim menegaskan keputusan Datuk Zolkples Embong membatalkan pemergian tiga atlit - Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamad dan Yi Yee Leng - yang lulus ujian antidoping ke Bulgaria, mendedahkan niat dan agenda tersembunyi mahu menghancurkan persiapan skuad olahraga ke Sukan SEA November ini.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) itu juga mendakwa keputusan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkenaan membuktikan sikap pilih kasihnya apabila meluluskan pemergian tiga atlit - Noraseela Khalid, Lo Choon Siang dan Tan Song Hwa - ke Eropah walaupun ujian antidoping mereka belum dikeluarkan.\r\r\n\n\n\n\n  “Bukan saja tiga atlit ini dilarang, beberapa atlit yang lulus ujian antidoping dan mendapat kelulusan berlatih di luar negara juga masih belum dibenarkan pergi. Inilah agenda sebenar dia (Zolkples) yang mahu melihat persiapan skuad olahraga ke Sukan SEA hancur.\r“Dan ini bukan kali pertama kerana niat jahat pihak tertentu di MSN terserlah sejak awal tahun hingga program persiapan yang dirancang terjejas dan lewat enam bulan daripada jadual asal.\r“Apabila atlit olahraga gagal menyinar di Sukan SEA nanti, MSN akan menyalahkan KOAM dan menjadikan kami ‘kambing hitam’,” katanya semalam.\rSelain menegaskan MSN tidak akan membayar pampasan kepada KOAM, Zolkples kelmarin turut membatalkan pemergian Siti Zubaidah, Siti Fatimah dan Yee Leng yang ‘menyerah diri’, daripada ke Bulgaria, walaupun ujian mereka negatif.\r\n\n\n\n\rZolkples mendakwa keputusan itu dibuat kerana KOAM melanggar persetujuan mesyuarat jawatankuasa kerja (JKKK) bersama bulan lalu yang bersetuju atlit ke luar negara perlu menjalani ujian perubatan termasuk antidoping terlebih dulu.\rSementara itu, Institut Sukan Negara (ISN) dalam satu kenyataan semalam berkata, Agensi AntiDoping Malaysia (ADAMAS) akan menghantar surat cadangan kepada KOAM dan MSN untuk menyelesaikan isu tiga lagi atlit - Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi - yang belum menjalani ujian antidoping dan kini berada di Bulgaria.\r“Mesyuarat yang dipengerusikan Tan Sri Dr M Jegathesan menyenaraikan beberapa cadangan dan akan dikemukakan kepada kedua-dua pihak (MSN dan KOAM) secepat mungkin.”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038898 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list