|
Bee Lee terharu dua anaknya raih pingat emasPENANTIAN sedekad seorang ibu menyaksikan anaknya meraih pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) berakhir apabila dua anaknya mengungguli acara renang berirama berpasukan teknikal routine di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.\rLim Bee Lee, 46, berkata dia terharu dan gembira dengan kejayaan Yew Yu Qing,16, dan Yew Yu Han, 12, yang mula menyertai renang berirama sejak tahun 2001 dan pernah memenangi gangsa pada SUKMA di Negeri Sembilan pada 2004.\r\n\n\n\n\r“Selepas itu saya terpaksa menunggu 10 tahun untuk menanti kejayaan ini kerana acara renang berirama tidak dipertandingkan pada Sukan Malaysia di Kedah (2006), Terengganu (2008) dan Melaka 2010,” katanya penuh gembira.\r\r\n\n\n\n\n“Selepas ini kalau boleh saya ingin melihat mereka mampu beraksi ke peringkat Sukan SEA kerana mereka sudah banyak berkorban dan meluangkan masa bagi acara sukan yang mereka minati ini,” katanya.\rGandingan adik beradik itu yang dibimbing jurulatih China, Yan Lei muncul juara selepas mengumpul 179.10 mata, mengatasi Negeri Sembilan yang mendapat 172.16 mata dan gangsa milik Wilayah Persekutuan yang memperoleh 132.75 mata.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|