CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Hewitt gah bukti masih pemain utama Australia

[Copy link]
Post time 23-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Lleyton Hewitt terbukti belum bersedia untuk bersara dan menyerahkan status pemain utama Australia apabila masih berbisa ketika menewaskan pemain 21 tahun Jepun, Kei Nishikori dalam empat set, kelmarin.\rBekas juara Wimbledon berusia 30 tahun itu yang terkeluar daripada kelompok 100 terbaik dunia selepas dibelenggu pelbagai kecederaan, melangkah ke pusingan kedua apabila menang 6-1, 7-6, 6-7, 6-3.\r\n\n\n\n\r   Terkenal dengan sifat tidak mengenal kalah, sentuhan terbaiknya sudah berlalu tetapi kemunculan pemain 18 tahun, Bernard Tomic memberi banyak sebab untuk peminat di Australia berasa yakin, selepas melihat pemain itu menewaskan bekas pemain nombor tiga dunia Nikolay Davydenko.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya gembira. Mulanya saya tidak gembira apabila diundi bertemunya (Davydenko) pada pusingan pertama tetapi saya gembira dengan corak permainan saya,” kata Tomic yang mara daripada pusingan kelayakan, selepas kejayaan 7-5, 6-3, 7-5 ke atas lawan dari Russia itu.\r“Saya mendapat banyak keyakinan daripada permainan ini. Saya tidak sabar menanti pusingan seterusnya. Jika menang perlawanan pertama, menewaskan pemain pilihan, banyak kemungkinan baik menanti.”\rTatkala Tomic, pemain paling muda dalam undian lelaki, dijadual berentap dengan seorang lagi pemain Russia, Igor Andreev, Hewitt pula akan berentap dengan pilihan kelima, Robin Soderling.  – Reuters\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036360 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list