CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Elly gegar Teluk Intan

[Copy link]
Post time 23-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelumba Global Bike Rock Oil yakin selepas PutrajayaSELEPAS berehat hampir sebulan, Elly Idzlianizar Ilias bersedia kembali mengharungi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan hujung minggu ini dengan tempat kelima pada Pusingan 4 lalu menjadi motivasi untuk mencari keputusan lebih baik.\rPada perlumbaan di Putrajaya itu, Elly bermula dari petak ke-15 tetapi cemerlang menamatkan saingan di tempat kelima dan memungut 11 mata, sekali gus meletakkan penunggang Global Bike Rock Oil Racing itu tangga kesembilan keseluruhan dengan 31 mata.\r\n\n\n\n\r   “Kami mempunyai waktu rehat yang panjang selepas Putrajaya dan kesempatan ini digunakan untuk meningkatkan lagi tahap kecergasan saya, dengan mempraktikkan apa yang dipelajari ketika latihan kecergasan MotoGP dulu,” kata bekas penunggang wildcard MotoGP 2009 itu.\r\r\n\n\n\n\n   Elly berkata, semua penunggang perlu menjaga tahap kecergasan kerana jentera pantas saja bukan jaminan kemenangan, sebaliknya fizikal yang cergas membolehkan penunggang melakukan sesuatu di luar dugaan di dalam litar.\rMengenai saingan hujung minggu ini, Elly berharap mampu mencatat keputusan lebih baik berbanding di Putrajaya.\r“Saya berani katakan secara fizikal dan mental, saya sudah bersedia menempuh perlumbaan minggu ini dan mahu menamatkan saingan di atas podium,” kata penunggang 27 tahun dari Perlis itu sambil menambah, jentera yang digunakan masih belum sempurna tetapi prestasi di Putrajaya membuktikan ia mampu menyaingi jentera pencabar lain.\rElly dibezakan dengan tujuh mata berbanding Ahmad Fazrul Sham (Pennzoil Fastrac Racing) yang berada di kedudukan kelima (38 mata) dan 13 mata di belakang Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) yang menduduki tangga keempat (44 mata).\r\n\n\n\n\rPenunggang Harian Metro TEQ SCK Honda Racing, Norizman Ismail mendahului carta mata kelas perdana CP130 itu dengan 54 mata, diikuti rakan pasukan Mohd Affendi Rosli (48 mata) dan Ahmad Fazli Sham (46 mata).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036399 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list