CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Vettel raih petak depan GP Eropah

[Copy link]
Post time 26-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Gah catat kejayaan duduki posisi depan kali ketujuh daripada lapan perlumbaan musim ini\rVALENCIA: Juara dunia dari Jerman, Sebastian Vettel akan bermula dari petak pertama perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Eropah, hari ini selepas pemandu Red Bull itu mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan, malam tadi.\r\n\n\n\n\r  Vettel, 23, yang mendahului senarai keseluruhan pelumba setakat ini menjadi satu-satunya pelumba yang melakukan catatan sepusingan kurang daripada seminit 37 saat tatkala dia mengatasi rakan sepasukan dari Australia, Mark Webber yang akan mengisi petak kedua di garisan permulaan, hari ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Satu hari yang amat baik untuk kami, adalah bagus untuk pasukan kerana kami dapat berada di barisan depan memulakan perlumbaan,” kata Vettel.\rWebber adalah satu-satunya pelumba lain yang berjaya meraih petak pertama perlumbaan musim ini daripada lapan pusingan kelayakan setakat ini.\rJuara dunia 2008 dari Britain, Lewis Hamilton yang memandu untuk pasukan McLaren akan bermula dari baris kedua di petak ketiga, manakala pemandu Ferrari, Fernando Alonso di petak keempat.\rKejayaan Vettel meraih petak pertama kali ketujuh daripada lapan perlumbaan musim ini itu adalah petak pertama yang ke-22 keseluruhan dalam kerjaya dan meletakkannya dalam keadaan cerah merangkul kemenangan keenam musim ini.\r\n\n\n\n\rDia kini mendahului pemandu McLaren, Jenson Button yang akan bermula dari petak keenam dengan kelebihan 60 mata dalam senarai keseluruhan kejuaraan pemandu. - AFP\rINFO: Keputusan Sesi kelayakan GP Eropah\r1 Sebastian Vettel (JER) RedBull - Renault 1 minit 36.975\r2 Mark Webber (AUS) RedBull - Renault 1:37.163\r3 Lewis Hamilton (BRI) McLaren 1:37.380\r4 Fernando Alonso (SPA) Ferrari 1:37.454\r5 Felipe Massa (BRA) Ferrari 1:37.535\r6 Jenson Button (BRI) McLaren 1:37.645\r7 Nico Rosberg (JER) Mercedes 1:38.231\r8 Michael Schumacher (JER) Mercedes 1:38.240\r9 Nick Heidfeld (JER) Renault\r10 Adrian Sutil (JER) Force India - Mercedes \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035911 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list