View: 183|Reply: 0
|
Dengarnya...: Berseronok sampai abai anak
[Copy link]
|
|
MUNGKIN disebabkan tidak puas berseronok pada zaman remaja seorang selebriti wanita ini dikatakan tetap meneruskan aktiviti malamnya tanpa mengira waktu. \rKalau ketika masih berdua dengan suami tidak mengapa, ini sudah beranak pinak pun masih tak sedar diri. Sikapnya yang suka melepaskan tanggungjawab terhadap anak kecilnya membuatkan keluarga makan hati.\r\n\n\n\n\rIyalah orang lain pun bekerja, tetapi boleh pula membahagikan masa dengan baik. Ini tidak! Dek terlampau memikirkan kegembiraan sendiri - asyik nak seronok bersama kawan - kebajikan anak sampai diketepikan. \r\r\n\n\n\n\nMenurut si penyampai cerita ini kepada Cik Normah, selebriti ini dikatakan sesuka hati menghantar anaknya ke rumah orang tuanya sendiri. Kalau sibuk pasal kerja memang datuk nenek tak kisah, tetapi si ibu merambu entah ke mana.\rItulah yang peliknya dengan sikap selebriti seorang ni. Ramai lagi pelakon atau penyanyi lain yang beranak pinak, tapi tak pula menyusahkan emak bapa. \rLagi pun takkan sepanjang masa sibuk di lokasi penggambaran? Akhirnya tukang report terbuka mulut, katanya keluarganya bengang sebab dia sudah terkantoi dek penipuan yang tidak menjadi. Mmm...apalah agaknya drama yang dimainkan itu?
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|