CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

43 filem sah bertanding

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penganjur FFM24 hanya mula lantik barisan juri bulan depanSENARAI filem yang bertanding di Festival Filem Malaysia (FFM 24) bertambah menjadi 43 apabila MIG Production Sdn Bhd menghantar Jangan Pandang Belakang Congkak sebelum tarikh penyertaan ditutup, baru-baru ini.\rJumlah filem itu memperlihatkan pertambahan cukup memberangsangkan, sekali gus menunjukkan perkembangan positif industri perfileman sejak kebelakangan ini, berbanding tahun lalu hanya 29 filem saja yang bertanding.\r\n\n\n\n\rFestival yang mengiktiraf penggiat filem tanah air itu dijadual berlangsung pada 19 November di Putrajaya. Bagi menyemarakkan kehadiran festival itu, Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) mengatur pelbagai program bagi memeriahkan acara tahunan itu.\r\r\n\n\n\n\nBiarpun setiap tahun menjanjikan kegahan pada penganjuran festival itu, setiap tahun itu juga FFM tidak ketinggalan dilempar pelbagai tohmahan sebaik melabuhkan tirainya. \rFFM sering dicop sebagai acara yang membosankan, manakala perkara paling menjadi perdebatan hebat sehingga berminggu-minggu tentulah kepada keputusannya pemenangnya yang sering kali menimbulkan pertikaian.\rTahun ini, proses penjurian dijadual berlangsung sebulan dari tarikh penganjuran festival. Oleh kerana jumlah filem yang bertanding tahun ini hampir sekali ganda daripada tahun lalu, penganjur mengandaikan prosesnya akan memakan masa lebih lama.\rMenurut Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian, Nancie Foo, setakat ini FFM masih belum menyenarai pendek juri yang bakal dipertandingkan itu. \r\n\n\n\nMalahan Jumlah juri juga masih belum diputuskan tetapi mengikut perancangan antara lima hingga tujuh juri dipilih untuk menilai filem yang bertanding tahun ini. \rJuri yang dipilih bukan saja terdiri daripada ahli akademik, tetapi dari pelbagai latar belakang iaitu pembikin filem, pelakon, pengarah serta pakar dari bahagian teknikal bagi memastikan penjurian telus dan adil.\r“Setakat ini kami sedang merancang jadual penjurian. Jangkaannya pada Oktober nanti proses penjurian bermula. Disebabkan banyak filem bertanding, proses penjurian dilakukan lebih awal. Nama juri sudah ada tetapi belum disenarai pendek lagi. \r“Kami memilih juri berdasarkan latar belakang serta profil mereka. Saya berharap keputusan FFM kali ini tidak lagi dipertikaikan seperti yang berlaku pada penganjuran yang lepas. Apa saja keputusan pada malam itu seharusnya dihormati kerana juri yang dipilih bukan saja memiliki ilmu sebaliknya mereka sememangnya mempunyai kredibiliti yang tinggi.\r“Lagipun keputusan yang dibuat berdasarkan garis panduan FFM. Keputusan pemenang sangat telus yang melalui pelbagai proses penapisan dan perbincangan. Ada sebab mengapa juri membuat sesebuah keputusan, itu bermakna individu atau filem itu sememangnya layak. Janganlah apabila ramalan tidak kena, orang mula mempertikaikan keputusan FFM,” pinta Nancie sewaktu dihubungi Hip .\rTambahan RM400,000 diperlukan\rAHLI Jawatankuasa FFM 24 masih mencari wang tunai RM400,000 bagi menampung acara berkenaan. \rPengarah FFM24 yang juga Presiden GAFIM, Jurey Latiff Rosli berkata, peruntukan yang diberikan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebanyak RM1 juta tidak cukup untuk menjadikan festival berlangsung dalam suasana gilang gemilang.\rIni kerana mereka hanya menerima RM650,000 tunai, manakala baki dari jumlah itu disimpan oleh FINAS untuk trofi serta hadiah wang tunai.\r“Kami memerlukan RM2 juta untuk memastikan FFM kali ini sempurna serta berjalan lancar. Setakat ini kebanyakan penajaan yang diterima berbentuk barangan bukannya wang tunai.\r“Kami berterima kasih kerana Astro sudi menaja keseluruhan majlis perdana itu sebanyak RM650,000 meliputi dewan, artis, persembahan dan siaran yang disiarkan secara langsung. Manakala Sinar FM menaja RM80,000 dalam bentuk airtime yang mana siaran langsung festival itu dapat didengar melalui stesen radio berkenaan.\r“Dengan bajet yang kecil, kami hanya dapat menganjurkan majlis itu mengikut kemampuan saja. Tetapi jika ada bajet lebih, kita yakin dapat menganjurkan majlis dengan lebih hebat,” katanya yang amat berharap ada pihak yang sudi menaja dalam bentuk wang tunai.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036129 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list