View: 176|Reply: 0
|
Siti kena tunggu giliran
[Copy link]
|
|
Radio bahasa Inggeris nafi pilih kasih terhadap lagu Fallin in LoveSTESEN radio berbahasa Inggeris menafikan wujudnya diskriminasi terhadap lagu Inggeris nyanyian terbaru Datuk Siti Nurhaliza, Fallin In Love apabila didakwa kurang diputarkan berbanding dendangan penyanyi antarabangsa.\rWalaupun single pertama daripada album sulung Inggeris penyanyi itu sudah diedarkan ke semua stesen radio akhir Julai, ia dikatakan hanya berkumandang di saluran radio Melayu.\r\n\n\n\n\rMelihat populariti lagu ciptaan Bryan B yang juga komposer dari Australia ini di laman sosial YouTube terutama selepas Siti menyanyikannya di Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 di Singapura, ramai beranggapan ia memang disukai ramai.\r\r\n\n\n\n\nJusteru timbul persoalan sama ada sememangnya pengendali radio Inggeris tempatan lebih mengagungkan karya luar atau menganggap populariti lagu dendangan penyanyi di negara ini tidak sehebat produk asing hingga sukar mendapat peluang.\rPengurus Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim, berkata tidak timbul soal pilih kasih kerana berbeza dengan stesen Melayu, radio berbahasa Inggeris seperti Fly FM menerima sejumlah lagu baru yang banyak untuk disiarkan bersilih ganti, tidak kira penghasilan penyanyi tempatan mahu pun antarabangsa.\r“Kita tidak pernah meletakkan sebarang kategori lagu yang berada disenarai giliran kerana apa juga produk yang dihantar (kepada Fly FM) kita akan siarkan, namun harus faham kerana dalam sehari berpuluh lagu baru diterima, termasuk yang dihantar syarikat muzik antarabangsa di sini.\r“Peluang disiarkan sama rata namun kita mempunyai panel khas bukan hanya dikalangan warga kerja stesen radio ini malah sekumpulan pendengar yang akan menilai sesebuah lagu itu cukup popular atau tidak untuk terus kerap dimainkan,” katanya mengenai pemilihan format lagu di Fly FM.\r\n\n\n\n\rKatanya, ketika lagu Falling In Love nyanyian Siti mula-mula dihantar ke radio Media Prima, ia kerap diputarkan tetapi selepas beberapa ketika ada lagi lagu lain yang lebih popular terutama dari label antarabangsa pula mendominasi carta.\rBegitu pun, dendangan Siti yang turut dimuatkan dalam album sulung Inggerisnya yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat itu masih kerap berkumandang di stesen radio Melayu milik rangkaian Radio Media Prima iaitu Hot FM.\r“Sebagai saluran yang menjadi pilihan pendengar dari pelbagai latar belakang, kita cuba memenuhi selera ramai tanpa meletakkan prejudis terhadap lagu tempatan tetapi lingkaran masa berpusing dengan pantas kerana apabila lagu baru lain memasuki carta, lagu yang terdahulu akan terkebelakang.\r“Bukan hanya lagu Datuk Siti Nurhaliza, kami membuka peluang seluas-luasnya untuk pencipta dan penyanyi tempatan kerana inilah juga fungsi saluran radio memberi hiburan, maklumat serta ruang kepada semua,” katanya lagi.\rSementara itu Pengurus Rangkaian AMO Radio Networks, Raqeem Brian ketika mengulas isu itu mengesahkan pihaknya ada menerima single Siti Nurhaliza.\rBagaimanapun, seperti kebanyakan penyanyi lain, lagu Fallin In Love itu perlu melalui prosedur sama iaitu menunggu giliran disiarkan.\r“Kami menerima single itu sebelum Hari Raya lalu dan kini dimasukkan di dalam senarai lagu baru dan perlu menunggu giliran untuk disiarkan. Kalaupun radio Hitz.FM tidak siarkan lagu itu, kami ada stesen lain seperti Mix.FM yang boleh berbuat demikian,” katanya.\rRaqeem juga menafikan kelewatan menyiarkan lagu itu disebabkan sikap prejudis terhadap penyanyi Melayu yang menyanyikan lagu Inggeris.\r“Kami tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih. Sebelum ini pun kami banyak menyokong penyanyi tempatan yang menerbitkan album Inggeris,” tegasnya.\rLagu ciptaan Brian B ini dimuatkan dalam album sulung Inggeris Siti berjudul All Your Love yang bakal berada di pasaran 24 September ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|