CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Seronok teman suami lawat kawasan

[Copy link]
Post time 12-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Zizie, Bung belum ada rezeki timang anakTIADA sedikit pun perubahan yang dapat dikesan dalam diri pelakon berkulit putih melepak ini. Biarpun statusnya kini sudah pun berubah iaitu bergelar seorang isteri, bicaranya masih lagi ramah seperti dulu. Sesekali tutur katanya itu disulami dengan tawa, terutama jika ada topik yang mencuit hatinya sepanjang perbualan berlangsung. Begitulah sifat pelakon Zizie Ezzete yang diketahui memang mudah mesra dengan sesiapa saja.\rWalaupun ketika pada awal bicara dia mengakui sedikit kekok kerana sudah lama tidak ditemubual dan tidak ada cerita menarik untuk dikongsi bersama sementelah dia juga sudah jarang berlakon. Begitupun, hampir setengah jam meluangkan masa duduk bersembang, rupanya ada banyak kisah menarik Zizie yang boleh dikongsi bersama peminat setianya.\r\n\n\n\n\rBergelar isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah, Datuk Bung Mokhtar, ternyata tidak pernah merubah kehidupan peribadi kakak kepada pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Shaheizy Sam ini. Mungkin pada pandangan mata orang luar, Zizie takkan betah bergaul dengan orang biasa terutama ketika menemani suami turun padang melawat kawasan.\r\r\n\n\n\n\nMaklum sajalah, sudah terbiasa hidup di kota metropolitan, masakan dia boleh berpanas, berhujan dan meredah selut. Maklum sajalah, kawasan yang dijaga suaminya itu memang pedalaman. Takkan Zizie mahu kulitnya yang putih melepak itu bertukar warna dan bermandi peluh, sedangkan padang permainannya sebelum ini cukup glamor serta sesuai dengan statusnya sebagai seorang artis.\rBagaimanapun ketika diajukan persoalan itu kepada si empunya diri, Zizie meminta semua pihak supaya tidak menilai sesebuah buku itu menerusi kulitnya.\rTerus terang, Zizie memang suka kalau dapat menemani suami melawat kawasan. \rKetika suami Zizie sibuk berkempen, Zizie pula akan melayan penduduk di situ dan beramah mesra dengan mereka. Tidak timbul persoalan tidak selesa atau sebagainya. Sudah menjadi prinsip Zizie dan suami tidak suka dilayan istimewa. Kami berdua mengamalkan sikap semua manusia adalah sama saja.\rBukanlah bermakna Zizie nak tunjuk Zizie ni baik tetapi pernah suatu ketika, Zizie meminta mereka supaya tidak memayungkan Zizie walaupun cuaca agak panas ketika itu. Ketika itu suami Zizie sedang sibuk berkempen. Takkanlah ketika orang lain sanggup berdiri di tengah panas, Zizie seorang nak berpayung di situ, cerita Zizie yang menemani suaminya itu atas permintaan penduduk di kawasan parlimen berkenaan.\rTambah pelakon yang mula dicungkil bakatnya menerusi filem Kekasih Awal dan Akhir ini, kehadirannya menemani suami melawat kawasan itu adalah dibuat berdasarkan tanggungjawabnya sebagai isteri, selain mendapat permintaan daripada penduduk di situ.\rMenurut Zizie lagi, seperkara yang menjadikan dirinya semakin imun ialah apabila setiap kali 1 Syawal menjelma. Jika dulu sewaktu zaman bujang dia berpeluang menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta, tetapi sejak mendirikan rumah tangga, hari yang mulia itu diraikan di Sabah.\rZizie berada di Sabah lebih kurang dua minggu. Sempat juga mengadakan rumah terbuka di sana dan melayan tetamu yang hadir. Beginilah keadaan Zizie sepanjang dua tahun berkahwin, sekejap di Kuala Lumpur dan sekejap di Sabah. \rDisebabkan itulah Zizie jarang berlakon kerana kesibukan Zizie ini, katanya.\rTidak ada pasangan suami isteri yang tidak mahukan cahaya mata apabila berkahwin. Begitu juga dengan Zizie dan suami. Namun pelakon ini hanya mampu menyerahkan perkara itu kepada Tuhan.\rKami tidak pernah merancang dan kalau boleh memang mahu cepat menimang cahaya mata. Tapi nampaknya belum ada rezeki lagi. Zizie percaya setiap apa yang Tuhan aturkan dalam kehidupan seseorang itu, mesti ada sebabnya. Mungkin dia lihat waktu ini bukanlah masa yang sesuai untuk kami mendapatkan cahaya mata disebabkan kesibukan kami, ujarnya.\rMahu Sam kahwin cepat\rSEBAGAI kakak, tidak ada apa yang lebih membanggakan dirinya apabila melihat darah dagingnya mengecapi kejayaan yang sememangnya sudah lama diimpikan. Justeru, apabila ketika ini Sam dijulang sebagai pelakon yang hebat, Zizie tumpang gembira terhadap apa yang berlaku.\rZizie pernah melihat sendiri betapa susahnya dia untuk mencapai tahap sekarang. Kadang-kadang bila Zizie balik ke rumah, rasa sedih melihatkan dia yang tiada tawaran berlakon. Zizie tahu dia ada bakat yang besar, cuma waktu itu orang masih belum nampak dan nasib belum menyebelahinya. Jadi dengan apa yang dicapainya sekarang, Zizie percaya itu adalah ganjaran patut diterimanya selepas segala usaha yang tak pernah kenal erti jemu itu, katanya yang bakal menghasilkan filem bersama adiknya itu menerusi syarikatnya, BZ 2121 Productions.\rDitanya apakah dia bersetuju sekiranya adiknya itu mendirikan rumah tangga ketika populariti sedang memuncak, Zizie berkata, dia memang mengharapkan supaya Sam berkahwin awal.\rZizie memang suka kalau dia kahwin awal. Lagipun adik beradik kami lain semuanya sudah berumah tangga, jadi kalau dia berkahwin semakin meriahlah rumah kami. Siapapun pilihan dia, baik artis ataupun orang biasa, Zizie tidak kisah. \rApa yang penting, bakal isterinya itu mestilah menyayangi dirinya dan sanggup menjaganya sehingga ke akhir hayat, tegas Zizie.\rAntara rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu ialah sahabat baiknya, Farahdhiya, Zahida Rafik, Rabecca Nur Islam, Datin Noniswara dan Datin Illyka.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.164016 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list