CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Alleycats akan terus hidup

[Copy link]
Post time 19-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah muzium akan diwujudkan simpan khazanah kumpulan legenda\rWARISAN kumpulan bukan Melayu yang unggul sejak 70-an hingga ke hari ini, Alleycats, akan terus hidup sekali pun penyanyi utamanya, Datuk David Arumugam, sudah tiada suatu hari nanti.\r\n\n\n\n\rDavid yang sudah mencecah usia 61 tahun itu berkata, sejak kematian Loganathan atau Loga kira-kira empat tahun lalu, selain pertukaran anggota baru, dia tetap memperjuangkan Alleycats bagi memastikan kumpulan mereka terus mekar di  persada seni negara.\r\r\n\n\n\n\nAkuinya, jika bukan anaknya sendiri yang akan menjadi pengganti meneruskan langkah dan muzik kumpulan itu, dirinya masih dianggap bertuah kerana dikelilingi saudara mara terutama anak saudara yang serius dalam dunia nyanyian.\r“Alleycats tidak akan mati walau tiada Loga dan saya kerana saya akan memastikan perjuangan kami yang sudah memasuki dekad ke empat ini diteruskan, malah saya yakin rangkaian lagu kami juga diterima ramai 20 tahun lagi.\r“Anak saya kurang berminat menyanyi, tetapi anak Loga seperti Darsha yang tampil di pentas malam ini pasti meneruskan legasi kami, begitu juga anak buah saya yang lain yang saya nampak kesungguhan mereka,” katanya selepas pratonton Konsert Sampaikan Salam Alleycats, di Istana Budaya, Khamis lalu.\rPada majlis itu, David yang gemar berseloroh turut memperkenalkan barisan anggota baru apabila ahli terdahulu meninggalkan Alleycats atas sebab tertentu termasuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan meninggalkan arena hiburan di atas faktor keluarga.\r\n\n\n\n\rKatanya, sebagai seorang bapa, dia memahami situasi teman lain, malah tidak akan menghalang jika mereka mahu keluar, sebaliknya berusaha mencari pengganti untuk menjadi nadi kumpulan itu.\r“Mereka inilah tunjang Alleycats. Macam malam ini saya ditemani Glen selaku pengganti Loga serta anak gadis mendiang sendiri, Darsha. Kemunculan mereka membawakan lagu yang disampaikan Loga diharap mengubati rindu peminat,” katanya yang mengakui teruja sepanjang dua jam persembahan berlangsung.\rSelain Glen, 40, yang juga sepupu isteri mendiang Loga, anggota lain ialah Boy atau David Gabriel John (dram), Din @ Nasaruddin (gitar), Jimie Loh (bes) dan Mike Pravin (keyboard). \rWalau pernah berada di pentas sama empat tahun lalu, kata David, perasaan bangga dan teruja tetap berbeza serta tidak mampu digambarkan dengan kata-kata, apatah lagi kali ini persembahannya lebih akrab dengan penonton serta santai melihat kepada kecenderungan peminat yang hadir.\r“Bersama bantuan pengarah konsert, Eddie Marzuki, kami membahagikan persembahan mengikut segmen yang dimulakan penghargaan kepada Loga disusuli segmen 1Malaysia bersesuaian sambutan Hari Malaysia, namun mereka mahu mendendangkan seberapa banyak lagu yang boleh daripada 30 album.\r“Kami tahu penonton mahu mengenang memori lalu dengan lagu popular sejak album pertama kami pada 1976 berjudul Terima Kasih. Mungkin malam ini tiada lagu Sekuntum Mawar Merah, tetapi kami janji akan membawakannya pada malam seterusnya. Itulah, kita lihat dulu permintaan peminat,” katanya lagi.\rMerancang berkongsi memori lalu menerusi pembukaan sebuah muzium kecil sebagai kenangan, lokasinya masih belum ditetapkan namun yang pasti ia akan menyimpan segala macam khazanah termasuk album, trofi kemenangan dan gambar sejak penubuhan kumpulan itu.\rHimpunan lagu popular dipersembahkan\rSEMENTARA itu, konsert yang berlangsung tepat jam 9 malam itu seakan mengimbas nostalgia lalu terutama bagi peminat yang membesar dengan lagu mereka, apabila silih berganti dendangan hits diperdengarkan.\rSempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September, lagu Senyumlah Kuala Lumpur dipilih sebagai pembuka tirai selain dendangan berbahasa Tamil dan Mandarin yang menunjukkan semangat 1Malaysia.\rBarangkali keterujaan mahu melihat David terus beraksi di pentas, kemunculan Glen awalnya bersama lagu Inggeris, To Love Somebody, disusuli Joget Tersalah Pilih membuatkan sebilangan penonton agak resah, tambahan pula selepas Darsha naik menyampaikan lagu yang pernah dinyanyikan bapanya, Suatu Kisah Hidup.\rBagi mereka yang tidak mengenali Glen dan Darsha, pasti tertanya-tanya siapa gerangan mereka kerana kedua-duanya tidak diperkenalkan terlebih dulu ketika segmen penghargaan buat Loga.\rTidak perlu dipertikaikan kebolehan kedua-duanya kerana vokal Glen yang serak-serak basah cukup ‘seksi’ pada pendengaran, malah Darsha juga mampu meneruskan legasi bapanya dan Alleycats jika digilap sebaik mungkin.\rApa pun ketiadaan salam perkenalan itu hanya kekurangan kecil kerana momentum persembahan ditingkatkan oleh pilihan lagu yang menyentuh kalbu seperti Hatiku Kau Lukai, Suratan, Nota Terakhir dan Berjuta Batu yang disampaikan kedua-duanya secara bergilir.\rTepukan gemuruh sekali lagi kedengaran sebaik David yang mengenakan celana dan baju rona merah cili dan kali ini mereka bertiga berpadu suara menyanyikan lagu yang dikatakan kegemaran mendiang Loga, Jika Kau Bercinta Lagi.\rPentas terus digamatkan keberanian seorang penonton yang dikenali sebagai Hatta kerana berani menyahut cabaran David untuk berdendang dengannya di pentas yang disifatkan mahal dan berprestij itu.\rSorakan bergema di segenap ruang apabila lagu Setahun Sudah Berlalu dilontarkan lelaki berusia awal 40-an itu kerana jika mata ditutup, hanya telinga saja dibuka, lenggok vokalnya saling tak tumpah seperti penyanyi asal.\rPada malam itu, sememangnya ia hari santai antara Alleycats dan peminat kerana bukan sekadar menghibur, David yang terkenal dengan sifat humornya berjaya memancing perhatian penonton.\rTidak perlu berceloteh panjang, lagu Senandung Semalam, Seribu Bintang, Rayuan Di Puncak Genting, Sampaikan Salam Cintaku, Andai Kau Pergi Dulu, Layang-Layang Terputus Tali, Kerana Kau, Suara Kekasih, Gerimis Senja, Hingga Akhir Nanti dan Berjuta Batu.\rSeakan pantas masa berlalu malah penonton enggan berganjak walau tirai sudah diturunkan selepas David mengalunkan Sampaikan Salam Cintaku. Apa yang pasti, melihatkan kehadiran penonton yang datang daripada pelbagai peringkat usia semuda belasan tahun, seperti diluahkan David, “Alleycats akan terus hidup”.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035312 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list