CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Fragmen: Momentum dikekalkan, kontroversi dikurangkan

[Copy link]
Post time 19-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HARI ini Ketua Pengarah baru Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) yang baru dilantik Mohd Naguib Razak mengadakan \'suai kenal\' bersama Editor Hiburan atau wartawan hiburan kanan beberapa media utama.\rPertemuan ini dianggap agak penting kepada Mohd Naguib kerana selain untuk memupuk hubungan dan kerjasama, beliau juga memerlukan input atau pandangan daripada media sebagai hala tuju asas dalam mentadbir FINAS.\r\n\n\n\n\rSememangnya KP FINAS silih berganti tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang ditetapkan, tetapi kebanyakan editor atau pengarang hiburan hari ini adalah mereka yang sebelum ini adalah wartawan yang pernah membuat laporan atau mengikuti perkembangan perbadanan perfileman ini.\r\r\n\n\n\n\nFINAS adalah agensi kerajaan yang berperanan membangunkan dan memajukan hal ehwal yang berkaitan dengan perfileman. Ia bukanlah sekadar penghasilan iaitu penerbitan filem - aktiviti paling aktif dan popular, tetapi lebih daripada itu memainkan tanggungjawab memastikan apa saja berkaitan dengan perfileman ditadbir, diurus dan \'dilindungi\' dengan sewajarnya.\rMohd Naguib dilantik menerima perlantikan sebagai KP FINAS pada 1 September 2011, tetapi difahamkan mula menjalankan tugasnya secara rasmi pada 15 September. \rBanyak isu dalam industri perfileman sedang menanti Mohd Naguib selepas dua bulan jawatan KP kosong apabila tempoh perkhidmatan Datuk Mahyidin Mustakim tamat pada Jun lalu. \rWalaupun KP baru FINAS mempunyai latar belakang dalam penerbitan filem dokumentari, aktiviti filem cereka atau komersial tidak dikurangkan. Antara filem cereka dan komersial dengan dokumentari mesti diletakkan dalam dua bekas berbeza. Kita bukanlah hendak mengetepikan peri pentingnya filem dokumentari, tetapi filem cereka lebih luas khalayaknya, yakni penonton.\r\n\n\n\n\rMungkin tidak sukar untuk menangkap maksud Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim apabila memutuskan untuk memilih individu yang ada latar belakang dalam dokumentari, berbanding calon yang aktif dalam penerbitan cereka seperti Ahmad Idham yang sebelum ini disebut-sebut sebagai KP baru FINAS.\rIndustri filem cereka tempatan sekarang sudah mula menunjukkan perkembangan sungguh positif. Sunguhpun ada yang kecundang, tetapi banyak juga yang berjaya, malahan mendapat menjana keuntungan. Sudah ada tiga hingga lima syarikat penerbitan menjadikan pengeluaran filem cereka sebagai perniagaan teras mereka.\rAngka kutipan kasar RM3 juta hingga RM4 juta  sudah menjadi perkara biasa berbanding lima atau enam tahun lalu apabila angka kutipan kasar RM1 juta hingga RM2 juta sebagai angka kutipan pecah panggung atau box-office. Selain nilai kutipan kasar yang baik, jumlah penghasilan filem juga terus bertambah setiap tahun sehingga tempoh menunggu giliran penayangan semakin sukar. \rBegitu juga dengan jumlah panggung, jumlah dewan tayangan (screen hall)\' bahkan kita turut dimaklumkan terdapat beberapa syarikat membuat pelaburan besar membuka panggung wayang baru di bandar kecil, selain menambah rangkaian panggung sedia ada.\rSemua memontum itu harus dikekalkan oleh FINAS. Penambahbaikan dalam industri perfileman domestik memang harus dilakukan dari semasa ke semasa. Ini untuk memantapkan lagi industri ini, terutama berkaitan dengan pemasaran, promosi sehinggalah kepada kaedah penyaluran dana filem cereka.\rSudah lebih dua dekad ditubuhkan, FINAS masih lagi relevan. FINAS tetap diperlukan kerana banyak isu dalam industri perfileman yang perlu diberi perhatian. Sekalipun kerap kali dikritik, tetapi dedikasi pegawai dan kakitangan FINAS sebagai pentadbir perfileman sedikit sebanyak wajar juga dihargai. Orang filem adalah orang kreatif, mereka belum tentu pengurus atau pentadbir yang cekap. Menterjemahkan idea kreatif seperti karya filem tidak akan sama dengan melaksanakan urusan pentadbiran.\rKementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyalurkan peruntukan yang agak besar dalam dana penerbitan filem dokumentari di FINAS. Dan, oleh kerana Mohd Naguib sebelum dilantik menjadi KP baru FINAS mempunyai syarikat penerbitan filem dokumentari selain pernah terbabit secara langsung dalam penghasilan karya dokumentari, adalah penting untuk beliau membuat keputusan menyalurkan dana itu.\rBukanlah apa, penting untuk mengelakkan penerima dana penerbitan dokumentari itu adalah selepas melalui proses yang teliti dan telus. Ini untuk mengelakkan timbul persepsi pilih kasih, kroni atau mereka yang menerima adalah syarikat proksi kepada KP FINAS. \rIngatan ini bukanlah amaran, tetapi ia berdasarkan pengalaman kita sehingga kedudukan KP FINAS itu menjadi panas sedangkan sudah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.311077 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list