CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

Jualan amal meriah

[Copy link]
Post time 21-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Koleksi peribadi Umie Aida, Siti Nurhaliza, Fasha antara jadi rebutanTAS tangan Louis Vuitton milik Datin Paduka Umie Aida menjadi barang lelongan yang mendapat bidaan tertinggi pada Karnival Amal Syawal di Balai Berita, New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu iaitu mencecah RM4,000.\n\n\n\nWalaupun hanya berbalas bidaan menerusi teks mesej Blackberry (BBM), dua aktres popular, Erra Fazira dan Zizie Ezette saling membida namun akhirnya  ia jatuh ke tangan Zizie.\n\n\n\n\nAcara yang diadakan dengan matlamat mengumpul dana membiayai kos rawatan pembedahan kerosakan hati Amir Shah Osman, 55, yang juga suami wartawan hiburan Harian Metro, Ramlah Zainal, juga disertai ramai artis lain.Amir Shah yang menghidap sirosis hati kronik perlu menjalani pembedahan pemindahan hati di India pada kos yang agak murah berbanding di tempat lain iaitu kira-kira RM150,000 yang dijadualkan akhir bulan ini. Bukan sekadar lelong, acara seawal jam 12 tengahari hingga 7 malam diselitkan dengan pelbagai aktiviti lain termasuk jualan amal membabitkan gerai selebriti, bergambar bersama artis pujaan, persembahan hiburan dan sebagainya.Di anjurkan Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi, Jabatan Pengarang The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) ia menjadi simbol semangat bantu membantu di antara rakan media, artis serta tidak ketinggalan sokongan pembaca.\n\n\n\nBagai pesta apabila Farah Fauzana, Didie Alias dan Along Cham memulakan lelongan pada harga serendah RM30 bagi barang kesayangan selebriti membabitkan jaket, kasut dan beg tangann milik Fasha Sandha, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Faradhiya, Raja Azmi, Farah Asyikin, Seelan Paul, Eja, Aizat dan Sheila Lama.Walau ada dikalangan penggiat seni tidak dapat menghadirkan diri, mereka masih ingin turut serta dengan menitipkan barang mahu pun makanan yang boleh dijual supaya boleh disalurkan kepada dana berkenaan. Sambutan pelanggan di lebih 20 meja juga memberangsangkan dengan jurusolek, Zulfadli menjual mekap selain Ana Raffali  (biskut coklat cip), Pak Engku (nasi tomato), Linda Onn (nasi ayam), Deja Moss (kek lapis Sarawak, Alyah (CD), Elly Mazlein (kek lapis), Irma Hasmie (baju/aksesori) serta Ako Mustapha (batang buruk).Boleh dikatakan lebih 50 artis terbabit secara langsung dan tidak langsung bagi merealisasikan karnival yang diilhamkan hanya seminggu sebelum majlis berlangsung hasil gabungan wartawan hiburan Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.Wajah lain yang biasa dilihat Ziela Jalil, Erma Fatima, Atilia, Nubhan, Diddy, Jalani Sidek, Roslin Hashim serta Ikhwan selain Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib berkata, beliau terharu dengan sokongan ditunjukkan peserta terutama penggiat seni yang sanggup datang untuk sama-sama membantu meringankan beban Ramlah serta suaminya. “Di pihak Media Prima, kami menyokong penuh usaha Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Pengarang NSTP dalam membantu bukan hanya orang luar tetapi kakitangan NSTP sendiri,” katanya. Presiden Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Jabatan Pengarang, Shahiman Sharip berkata, pihaknya berpuas hati sasaran mengutip sekurang-kurangnya RM30,000 dalam bidaan dan jualan pelbagai barangan termasuk makanan pada karnival itu tercapai apabila jumlah keseluruhan hampir RM50,000.Seorang peniaga dari Sabah, Dayang Herma Awang Yusuf, 21, yang memperuntukkan lebih RM1,000 untuk bidaan beberapa barangan artis termasuk milik Fasha Sandha berkata dirinya terpanggil untuk membantu selepas terbaca mengenai kisah Amir Shah di Berita Harian.“Hari ini saya dan suami sengaja singgah di Balai Berita untuk mengikuti acara ini. Selain menyimpan koleksi artis kesayangan, sekurang-kurangnya pelaburan untuk mendapatkan barangan ini disalurkan kepada individu memerlukan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.223202 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list