CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Kuasa orang muda

[Copy link]
Post time 22-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Penantian 15 tahun berbayar dengan trofi pelakon terbaikBAGI sesetengah penerbit filem, mungkin pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja dilihat agak cerewet. Hakikatnya wanita berbakat ini memilih watak yang diberikan kepadanya kerana dia ingin mengelak daripada dilabel sebagai pelakon \'tangkap muat\'.\n\n\n\nBaginya, dia tidak mahu berlakon filem sekadar membolehkan dirinya ditonton di layar lebar, sebaliknya setiap watak yang diberi menuntut kesungguhan yang tinggi serta persembahan terbaik. Dia enggan menunaikan amanah yang diberikan kepadanya sekadar sambil lewa, yang nanti akan membuatkan semua pihak tidak berpuas hati.\n\n\n\n\nHasil kesungguhannya itu juga nyata membuahkan hasil apabila Eja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya, Ahad lalu. Eja mengetepikan calon lain hasil persembahannya sebagai Sutera dalam filem Janin.Lebih dikenali dalam lakonan drama, namun apabila kepercayaan penuh diberikan kepadanya, seperti dilakukan penulis skrip filem terbabit, Wan Hasliza, Eja tidak akan menolak ketepi berlakon filem, malah akan melakukannya sebaik mungkin.Lalu, selepas 15 tahun menunggu, kesabarannya berbayar apabila dia menaiki pentas menerima trofi berkenaan malam itu.“Syukur alhamdulillah kerana bakat, kesungguhan, kesabaran dan kecekalan saya selama ini dihargai. Saya harap kejayaan ini akan membuka mata semua pihak terhadap bakat yang saya miliki.\n\n\n\n“Kekuatan watak Sutera dalam filem Janin dan kepercayaan yang diberikan Wan Hasliza kepada saya membuktikan kesungguhan dan bakat saya dalam bidang ini,” katanya yang akan menerima sesuatu watak apabila skrip yang dibaca membuatkan bulu romanya meremang dan meninggalkan kesan di hatinya.Menganggap watak yang dibawakan dalam filem berkenaan sukar, kejayaannya itu memberi semangat baru kepada Eja untuk terus bergiat aktif dalam lakonan dan trofi yang dijulang menjadi penanda aras buat dirinya.Sebelum ini, Eja pernah berasa tawar hati untuk muncul di filem kerana sikap segelintir penerbit filem yang melabelkan dirinya demanding. Atas alasan itu dia lebih gemar memberikan tumpuan kepada drama. Namun kejayaan terbarunya itu bakal membuka lembaran baru buat dirinya.Pada 4 November lalu, Eja turut dipilih juri Anugerah Skrin 2011 untuk merangkul trofi dalam kategori sama.“Janin ialah filem saya yang kelapan setelah 15 tahun terbabit dalam industri ini. Saya boleh berlakon dalam lebih banyak judul, tetapi mereka berasakan saya sangat cerewet. Sebab itu saya banyak memberikan fokus kepada lakonan drama.“Hasil kerja keras kita harus dikenang dan diamati, bukan sekadar hiburan semata-mata. Sebab itu, kalau saya bekerja, saya bagi sepenuh tumpuan dan keluarkan segala bakat yang saya ada,” katanya.Berasakan saingannya begitu sengit, termasuk daripada bakat baru, Eja tidak menganggap dirinya hebat sebaliknya rezeki lebih berpihak kepada dirinya kali ini.“Juri melihat bakat yang saya ada dan saya bersyukur kerana dapat bertanding dengan calon baru yang saya rasakan cukup hebat semuanya.Eja yang kini perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya seni bakal tampil dengan drama dan filem terbarunya tahun depan.Berlakon untuk puaskan peminatBINTANG Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam pula menganggap kejayaannya menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada festival adalah di luar jangkaan sama-sekali.Selain menganggap kejayaannya itu sebagai bonus dan rezeki, Aaron Aziz yang tidak dicalonkan sama pada FFM24 dikatakan membuka sedikit peluang kepadanya untuk meraihkan anugerah.“Kejayaan ini adalah untuk peminat atau pengikut saya. Alhamdulillah, tuah berpihak kepada saya kali ini dan saya sangat gembira dengan pengiktirafan ini.“Saya tak pernah jangka akan menang pada malam ini kerana saya berasakan, ada ketikanya saya rasa terlebih dan terkurang dalam membawakan watak (Temulak) ini,” katanya.Penilaian juri terhadap bakatnya dalam filem Kongsi bagaimanapun menepis tanggapan sesetengah pihak, kononnya watak itu kosong dan keterlaluan.Namun Sam menganggap setiap watak yang diberikan kepadanya ialah tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin.“Tak kiralah watak utama, sampingan mahupun watak kecil, setiap kerja adalah serius. Saya tak pernah fikir pasal anugerah sejak terbabit dalam dunia lakonan kerana bagi saya ini adalah tugas yang perlu dilaksanakan.“Kejayaan ini adalah bonus dan impian saya adalah untuk menghasilkan persembahan yang terbaik bagi menghiburkan penonton, bukan untuk diri sendiri,” jelasnya yang bakal tampil dengan filem Songlap pada 15 Disember ini.Lisa tidak terkilanPERNAH dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada tahun lalu, Lisa Surihani menganggap kekalahannya kali ini tidak melemahkan semangat, sebaliknya rezeki tidak berpihak kepadanya“Bukanlah kalah, tetapi nampaknya bukan rezeki saya pada malam ini. Malah pemilihan Eja sebagai penerima anugerah ini amat bertepatan dan dia memang layak untuk memenangi kategori pelakon terbaik. Saya sendiri amat mengagumi bakatnya.“Menang dan kalah itu adat pertandingan dan rezeki pula datang dari Allah. Dicalonkan ke peringkat akhir pun sudah begitu bermakna dan kalau menang pula, ia bonus di atas bakat yang kita miliki,” katanya.Lisa sendiri hadir ke majlis kemuncak FFM24 bukan untuk menagih anugerah, sebaliknya memeriahkan acara dan memberikan sokongan kepada semua penggiat filem.Ketika yang sama Lisa sudah menjangkakan kejayaan KRU Productions dalam membolot banyak anugerah menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa.“Sewaktu saya menonton filem ini, saya sudah bagi tahu dia (Yusry) yang filem ini akan menang besar. Tidak sangka pula ia memang betul-betul menang lebih daripada lima anugerah.“Saya seronok sangat dengan kejayaan filem ini, walaupun saya tak terbabit sama di dalamnya. Dari segi teknikal dan jalan ceritanya, filem ini memang layak menang,” katanya yang kini hangat bercinta bersama Yusry.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.319208 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list