|
Tiada wanita lain dalam hidup Fizz Fairuz kecuali Almy\rVIRUS gosip yang amat merbahaya sudah menjangkiti pelakon ini. Merebak dan terus menjalar ke urat saraf dan darah sehingga Fizz Fairuz tidak terdaya dan hampir terlantar kerananya. Namun kerana kesabaran yang selama ini menjadi vaksin buat dirinya, menyebabkan pelakon yang berasal dari Pahang Darul Makmur ini masih terus bertahan menghadapinya.\r\n\n\n\n\rBukan tidak pernah terkena panahan gosip, namun kali ini, sakit yang ditanggungnya bukan kepalang. Ketika bertemu pelakon yang terkenal dengan watak Aidil dalam drama rantaian Nur Kasih ini pada malam penutup teater Badai Semalam hujung minggu lalu, Fizz sempat berbisik kepada Hip bahawa dia terasa amat sedih apabila pelbagai cerita kurang enak mengenai dirinya terpampang di media.\r\r\n\n\n\n\nDidakwa sebagai kekasih yang curang dan kaki perempuan kerana sering bertukar pasangan serta terbaru dikatakan bersikap ‘demanding’ kerana hanya mahu membawakan watak utama saja jika ditawarkan oleh mana-mana produksi, membuatkan jejaka ini tak senang duduk dan berada dalam tekanan yang amat berat.\rJusteru, dengan penjelasan yang bakal dibuat kelak, Fizz mengharapkan ia mampu membersihkan namanya yang tercalar sekali gus mengharapkan tiada lagi cerita kurang enak dan tidak benar mengenai dirinya kedengaran serta menjadi bahan bualan.\rHip: Ramai yang mendakwa Fizz kaki perempuan kerana menjalinkan hubungan dengan ramai wanita, selain pelakon Almy Nadia, pada masa yang sama.\rFizz: Saya tidak faham mengapa saya menjadi sasaran gosip yang tidak benar seperti ini? Semua cerita yang tersiar sebelum ini memang tidak benar. Tidak ada wanita lain dalam hidup saya selain Almy. Kalau ada pun wanita lain yang dikaitkan dengan saya, mereka hanyalah kawan sealiran dan tidak lebih daripada itu. Bila saya baca gosip terbabit, saya berasa amat sedih dan berada dalam keadaan yang amat tertekan.\r\n\n\n\n\rHip: Ada pihak ternampak Fizz membawa wanita lain ke sesi promosi Festival Filem Malaysia ke-24 di Johor Bharu tempoh hari. Siapa wanita itu?\rFizz: Wanita mana? Setahu saya, tidak ada wanita yang mengikut saya ke promosi di Johor. Saya datang seorang diri.\rHip: Tapi bak kata pepatah, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.\rFizz: Kenapa semua orang seperti mahu mencari kesalahan saya? Apa yang menghairankan saya, kenapa semua gosip ini timbul ketika nama saya sedang berada di kemuncak? Saya tak mahulah menuduh ada pihak yang cuba nak sabotaj saya dengan menyebarkan fitnah sebegitu. Tapi apabila difikirkan kembali, mungkin ada kebenarannya. Nampak sangat mereka sengaja mahu menjatuhkan saya. Apa salah saya pada mereka? Puaslah hati mereka yang berniat jahat seperti itu selepas melihat imej bersih yang saya jaga selama ini tercalar.\rHip: Mungkin gosip ini akan tamat bila Fizz dan Almy berkahwin. Tak ada perancangan ke arah itu dalam tempoh terdekat ini seperti yang dilakukan oleh rakan seangkatan Fizz yang lain?\rFizz: Perancangan itu memang ada, tapi kami tidak mahu terlalu terbuka dalam memperkatakan soal itu (perkahwinan). Lagipun, kedua-dua orang tua kami sendiri sudah berpesan mengenai perkara yang sama. Tunggulah, bila tiba masanya nanti, saya akan maklumkan kepada semua pihak.\rHip: Fizz juga dikatakan semakin demanding sekarang apabila hanya memilih untuk menjadi hero saja dalam apa juga produksi yang ditawarkan.\rFizz: Saya akui saya memilih watak, tapi bukanlah seperti yang didakwa iaitu hanya mahukan watak utama. Sejak membawakan watak Aidil dalam drama Nur Kasih dan watak itu berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton, kebanyakan watak yang datang selepas itu semuanya lebih kurang sama, seperti watak ustaz dan juga penyabar. Dalam keadaan sekarang ini, iaitu saat kemunculan ramai bakat baru, saya perlu melakonkan pelbagai watak untuk menjaga kualiti lakonan. Jika asyik bawa watak yang sama saja, sampai bila saya nak maju? Selain kualiti lakonan, saya juga mahu menjaga disiplin saya kerana itu juga salah satu kunci kejayaan terutama dalam bidang ini. Disebabkan itulah bila gosip yang bukan-bukan keluar, saya amat risau kerana saya tak mahu dikatakan popular kerana gosip murahan, bukannya hasil kerja.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|