|
Empat gergasi rock bakal gegarkan Stadium Merdeka\rSEANDAINYA diselak kembali kalendar seni, dua kumpulan rock legenda iaitu Search dan Wings boleh dikatakan pilihan utama tauke konsert. Walhal, industri muzik kita mempunyai banyak lagi kumpulan rock yang memiliki himpunan lagu popular, di negara ini.\r\n\n\n\n\r Kumpulan XPDC umpamanya, turut mempunyai deretan lagu yang pernah menduduki kedudukan terbaik dalam carta lagu popular di corong radio. Album mereka yang berjudul Brutal pula terjual melebihi 300,000 unit. Namun nasib mereka tidak seperti dua kumpulan terbabit, dalam arena muzik tanah air.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun anggotanya sedar, penganjur mungkin masih meragui kemampuan kumpulan yang ditubuhkan pada 1987 itu untuk menarik peminat membeli tiket. \rKetika yang sama, tidak sekelumit pun mereka mudah mengaku kalah. Sebaliknya XPDC sentiasa sabar menanti, sehingga impian itu benar-benar menjadi kenyataan apabila Red Garage Group Sdn Bhd melamar mereka menjayakan Konsert Loudspeaker bersama tiga penyanyi lain iaitu Wings, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter, yang akan berlangsung pada 25 Disember ini.\rBakal beraksi dalam konsert berskala besar buat julung kalinya di Stadium Merdeka, konsert itu juga mencipta satu sejarah buat kumpulan itu apabila Mael dan bekas vokalis, Ali, bergabung tenaga di atas pentas yang sama.\r“Kami memang mengharapkan penganjur menawarkan kami mengadakan konsert. Tapi nampaknya kami tidak pernah mendapat tawaran sedemikian. \r\n\n\n\r“Kami tidak menyalahkan penganjur kerana kami tahu, mereka pun memerlukan artis yang boleh jual tiket dan mampu menggamit penaja. Lagipun, kita ada ramai penyanyi, jadi kalau nak buat konsert, kenalah tunggu giliran. Kalau semua artis hendak buat konsert dalam satu masa, nanti susah pula jadinya.\r“Memandangkan ini kali pertama kami diundang menjayakan konsert, kami tidak akan mensia-siakan peluang diberikan. Kami akan cuba memberikan persembahan terbaik supaya peminat puas menontonnya,” kata Mael.\rBercerita mengenai konsert itu, kata Mael, dia dan Ali akan bergilir-gilir muncul di pentas dalam slot mereka yang berdurasi selama satu jam. Dijangkakan antara lapan hingga 10 lagu popular XPDC, dari awal pembabitan mereka dalam dunia muzik, akan didendangkan pada malam berkenaan. Mael dan Ali juga dijangka akan berpadu suara buat kali pertama dalam konsert terbabit.\rMenurut Mael, konsert itu juga ialah persembahan pemanas buat XPDC yang dijangka muncul dalam konsert solo mereka tahun depan. \rPada 28 Januari nanti, XPDC bersama-sama Search akan mengadakan persembahan mereka di Singapura.\r“Sebenarnya tahun depan XPDC ditawarkan mengadakan konsert jelajah yang pertama. Persembahan kami dalam konsert Loudspeaker mungkin boleh dijadikan pengenalan buat konsert sendiri kami nanti.\r“Kami berharap benar konsert itu akan menjadi kenyataan. Buat permulaan kita akan lihat bagaimana sambutannya. Sekiranya sambutan menggalakkan, konsert itu akan diadakan di beberapa negeri sekitar Semenanjung. Ali juga akan terbabit sama di dalam konsert ini,” katanya lagi.\rBergantung pada lagu lama\rKUMPULAN yang turut dianggotai Izo (gitar), Amy (dram), Yan (bes), Lola (dram) dan Zua (bes) pernah melakar nama menerusi lagu C.I.N.T.A, Semangat Yang Hilang, Titian Perjalanan dan sebagainya mengakui mereka mampu bertahan disebabkan populariti lagu lama.\rMael mewakili rakan-rakannya berkata, lagu baru sukar mendapat maklum balas peminat. Justeru, XPDC tidak begitu memikirkan hasrat untuk tampil dengan album terbaru.\rPaling tidak kata Mael, bagi memberitahu peminat XPDC masih lagi aktif, mereka lebih selesa untuk tampil dengan single.\r“Bukan kami tidak mahu menghasilkan lagu baru, tetapi sekarang ini peminat kurang dapat menerima lagu baru. Sebab itu kami lebih selesa menyanyikan lagu lama kumpulan ini. Tetapi kami tidak akan berhenti daripada menghasilkan lagu baru, cuma bukan dalam bentuk album. Cukuplah dengan penghasilan single saja memandangkan pada era sekarang, peminat lebih senang memuat turun saja lagu kesukaan mereka,” katanya.\rAlbum XPDC bersama vokal Mael:\r- Darjah 1 (1990)\r- Timurbarat (1992)\r- Kita Peng-Yu (1994)\r- Brutal (1997)\r- Rock Union (2008)\r- Rasopariso (2009)\rBersama vokal Ali:\r- Samurai (1998)\r- Un\'Metal (2000)\r- V6 (2002)\r- Un\'Metal II (2004)\r- MdLey Rugged (2006)
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|