View: 81668|Reply: 129
|
Adakah jodoh kita tetap atau boleh berubah?
[Copy link]
|
|
Salam, saya ingin bertanya, adakah jodoh kita telah di tetapkan seperti mana 4 perkara yang tertulis sebelum kita lahir?
Ada sesetengah pendapat, jodoh termasuk dalam 4 perkara yang telah di tetapkan oleh tuhan.
Ada sesetengah pendapat, kata jodoh boleh diubah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, saya ingin bertanya, adakah jodoh kita telah di tetapkan seperti mana 4 perkara yang tertulis ...
sauffie Post at 10-12-2011 22:13
Jodoh itu tetsp. Macamana boleh kita katakan jodoh berubah sedangkan kita tak tahu siapa yang dijodohkan dengan kita sehingga kita diijab qabul? Selagi belum nikah maka belum tahu lagi siapa jodoh kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah belajar 4 perkara yang telah di tetapkan tuhan sebelum kita lahir:
1.Jodoh
2.Tarikh meninggal
3.Tanah kubur
4.Rezeki.
Maknanya kalau jodoh kita dengan seorang perempuan bernama Siti, maka kita lari macam mana pun tetap akan kahwin dengan siti. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah jodoh kita tetap atau boleh berubah?
Saya pernah belajar 4 perkara yang telah di tetapkan tuhan sebelum kita lahir:
1.Jodoh
2.Tarikh ...
sauffie Post at 11-12-2011 00:41
Kalau lagi sejam kita dijadualkan nak kena nikah pun belum confirm jodoh kita tu siapa.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
sory tmpg tnye,klu jodoh kte xjmpe didunia,adakah ak n jmpa disyurga? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# ibnur
setujukk |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut apa yg aku belajar dulu.. Soal takdir ini ada 2 jenis... qada' dan qadar itu memang ketentuan Allah swt ketika kita masih dlm perut ibu.. yg tertulis dlm Luh Mahfuz..
Tetapi takdir ada 2 jenis.. qada' mubram dan qada' muallaq.. qada' mubram = takdir yg pasti.. qada' muallaq = takdir yg berubah dari semasa ke semasa..
Jodoh, pintu rezeki dan cara mati adalah qada' mubram.. yg boleh di ubah-ubah.. kita boleh mengubah takdir Allah itu dengan DOA.. Mati pula ialah qada' mubram yg mana pasti akan mati pada sekian-sekian tarikh.. itupun mengikut para ulama' juga mati itu boleh diubah jika kita panjatkan DOA kepada Allah swt..
Hikmah nya.. Allah taala itu sentiasa mahu manusia berdoa kepada Nya.. meminta kepada Nya.. kerana Dia lah Tuhan yg Maha Pengasih.. Jika tidak.. nak buat apa melambak-lambak DOA amalan dari al-Quran itu.. jika kita berdoa mati dlm keadaan baik.. insya Allah doa itu makbul.. jika kita berdoa akan pintu rezeki yg lebih baik.. insyaAllah akan makbul.. sama juga dgn jodoh..
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)
Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”
Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
sory tmpg tnye,klu jodoh kte xjmpe didunia,adakah ak n jmpa disyurga?
sunburn Post at 11-12-2011 14:00
aku pasti jodoh yg ko maksudkan ialah cinta.. cinta sesama manusia.. ini berlaku disebabkan memang Allah ciptakan fitrah manusia itu berkasih-sayang.. ingin menyayangi dan ingin disayangi.. kerana cinta itu dicipta oleh Allah dan diturunkan dlm hati manusia..
hakikatnya cinta itu segalanya milik Allah.. kasih sayang kita harus lah diletakkan kepada Allah.. bukannya mengharap menjumpai cinta di syurga.. syurga itu milik org-org yg mencintai Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah jodoh kita tetap atau boleh berubah?
sory tmpg tnye,klu jodoh kte xjmpe didunia,adakah ak n jmpa disyurga?
sunburn Post at 11-12-2011 06:00
Kalau tiada jodoh masa hayat di dunia ni, tak ada ler jodohnya. Di akhirat nanti lain pulak ceritanya. Itu pun kalau masuk syurga, baru ler dapat bidadari syurga. Kalau masuk neraka, boleh la cari pasangan dari kalangan perempuan penzina murahan seksi semasa di dunia.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
aku pasti jodoh yg ko maksudkan ialah cinta.. cinta sesama manusia.. ini berlaku disebabka ...
darkcloud Post at 11-12-2011 18:48
jd, klu Allah tarik perasaan cinta kepada manusia dri dalam hati kita,maknanya perasaan utk menyintai atau menyayanyi seseorang tu pn akan lenyap?mcm 2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tiada jodoh masa hayat di dunia ni, tak ada ler jodohnya. Di akhirat nanti lain pulak cerit ...
ibnur Post at 11-12-2011 20:14
mknanya di syurga nnt belum tentu kita akn dikurniakan perasaan kasih sayang kepada seseorg? |
|
|
|
|
|
|
|
1.Jodoh.......... Yg kawen sampai 4 tu ditakdirkan atau dia cari sendiri?
2.Tarikh meninggal.. .Kalau sekarang kita cabar hukum alam..kita baring atas jalanraya,dtg lori gelek kepala kita pecah..mati tak kita?
3.Tanah kubur.. .ada isteri 4..masing2 berebut nak tanamkan arwah..last sekali ikut kehendak 1st wife..cemana tu?
4.Rezeki... Maknanya tak perlu usaha lebih...sebab semuanya dah tertulis?... |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya bile kite dah syg seseorang dan kite harap org tu lah jodoh kite..tapi kite tak sedar tak semestinya ape yg kite harap tu kite akan dapat...dan sebenarnya jodoh kite dengan org lain..mule la sedih sebab takdir tentukan org kite syg tu bukan jodoh kita..tapi kite tak perasan hikmah di sebalik semua tu..kdg2 ape yg kite rase baik utk kita sebenarnya tak baik pun..ape yang kite tak suka tu la kdg2 baik untuk kita..so berdoa jela supaya di jodohkan dgn org yg baik2..kalo kite da syg seseorang, doa jugakla kalo die (org yg kite syg) baik utkku tetapkanla rase syg ni..kalo die xbaik utkku semoga Allah beri petunjuk..sentiase redha dan ikhlaskan hati..soal jodoh ni susah nak agak..kuasa Tuhan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ibnur at 11-12-2011 22:57
1.Jodoh.......... Yg kawen sampai 4 tu ditakdirkan atau dia cari sendiri?
2.Tarikh meninggal.. .K ...
adorable10 Post at 11-12-2011 20:37
Cara pertanyaan itu ada sedikit boleh dikaitkan dengan fahaman Qadariah Jabariah yang mana semua dah Allah tentukan dan akhirnya ada yang salahkan takdir semata-mata.
Kalau awak baring atas jalan kena gelek kepala sampai pecah mesti mati. Dan ia takdir yang ditentukan Allah sebab awak yang nak matikan diri sendiri. Jika Allah tak izinkan awak mati, lori tu boleh jadi terbabas sesilap dia langgar orang lain yang mati. Jadi, tak payah lah kita fikir macamana Allah nak takdirkan sesuatu perkara. Sebabnya, mengikut fahaman ahli sunnah, setiap yang belum berlaku itu belum lagi takdirnya. Termasuk lah kononnya takdir yang boleh diubah-ubah. Seolah-olah Allah tidak tetap dalam menentukan sesuatu perkara dan tidak tahu yang hambanya itu akan berusaha berdoa. Itu macam kepercayaan al-badal dalam fahaman shiah.
Sebenarnya adalah berdoa itu sudah memang ditakdirkan dan doa dimakbulkan itu sudah ditakdirkan.
Kelebihannya, tiada siapa tahu apa yang akan ditakdirkan dan itulah kelebihan yang ada pada hamba Allah ini untuk berusaha. |
|
|
|
|
|
|
|
jd, klu Allah tarik perasaan cinta kepada manusia dri dalam hati kita,maknanya perasaan ut ...
sunburn Post at 11-12-2011 20:27
Saya rasa awak mungkin sayang seseorang tapi awak tak ada jodoh dengan dia. Perasaan yang awak ada tu adalah perasaan di dunia yang sementara ini. Di kahirat nanti saya pun tak tau macamana lagi, Setahu saya, ia lebih hebat dari apa yang ada di dunia ini. Tapi, dari apa yang saya pernah belajar, kalau kita cari seseorang di akhirat insha Allah akan jumpa. Cuma harap-harap jangan la jumpa di neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa awak mungkin sayang seseorang tapi awak tak ada jodoh dengan dia. Perasaan yang awak ...
ibnur Post at 11-12-2011 23:01
cari seseorg diakhirat 2 mknanya org 2 yg kita kenal kt dunia ke?hrp2 mcm 2 la,xbrtemu di neraka..nce info..tq |
|
|
|
|
|
|
|
saya taknak masuk api murakerrr |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 12-12-2011 09:21
Salam, saya ingin bertanya, adakah jodoh kita telah di tetapkan seperti mana 4 perkara yang tertulis sebelum kita lahir?
Ada sesetengah pendapat, jodoh termasuk dalam 4 perkara yang telah di tetapkan oleh tuhan.
Ada sesetengah pendapat, kata jodoh boleh diubah.
sauffie Post at 10-12-2011 22:13
Salam...
Setahu saya 4 perkara yang tertulis untuk kita sebelum kita dilahirkan:
1. Rezeki
2. Ajal
3. Amalan
4. Nasib - ketentuan baik/buruk
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah SAW seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan ruh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezekinya dan ajalnya dan amalannya dan nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha Suci Allah tiada tuhan selainNya......
(Sahih Muslim)
Pasal rujukan yang kata jodoh ditetapkan sebelum lahir tu ada tak?
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua..
lame dh manja x masuk..board..ni...
sebenarnye tadi..manja tgh google psl topik takdir 4 perkara ni la..
tp yg manja sibuk2 nak tahu..psl "bahagia/celaka"...
yea la kan..mmg senang utk diri kite sndiri nak..
figure out..ikut nisbah..so far..hidup kite kat bumi ni..
brape nisbah brape..lebih pd bahagia/celaka?...
mungkin setengah org..dekat grey area..ala2..50/50 gituuw..
tp ade jugak yg mcm manja..senang nak jawab..mcm hitam putih gituww..
pe2 pun..thanx for the info yea korang..
nampaknye manja akan add..doa ni..dlm doa lepas solat manja..
cause..i need it...desperado sgt...sat luahan prasaan...
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)
Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Bila saya baca post ini terasa diri ini kerdil kerana byk perkara yg dibincangkan. Apa pun saya beri pandangan yg bukan utk diimani jika terdpt kesalahannya.
Manusia diberi pilihan. Manakala Allah berhak menentukan pilihan tanpa sesiapapun ketahui akan ilmuNya.
Disinilah berlakunya konflik dlm membuat pilihan. Saya boleh jelaskan akan tetapi kefahaman berbeza2 boleh menyebabkan berlakunya syirik tanpa disedari. Kerana kita makhluk yg tidak tahu perihal yg ghaib. Lagipun dunia ini bersifat makhluk ciptaanNya yg mana hikmah sebenar hanya Allah yg Maha Mengetahui. Last edited by Abangcute on 4-1-2014 01:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|