View: 200|Reply: 0
|
Menteri minta FAM jelas dakwaan Eaton
[Copy link]
|
|
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan bertemu Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat, bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan pegawai badan induk itu terbabit dengan gejala rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.\rSambil menganggap dakwaan Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton kelmarin sebagai sesuatu yang serius, dia mahu mendapatkan fakta jelas daripada kedua-dua pihak.\r\n\n\n\n\r “Saya berpendapat kenyataan itu bersifat tuduhan kepada FAM. Namun, memandangkan FIFA adalah badan antarabangsa dan kita perlukan perhatian mereka, kita juga harus mengambil berat kenyataan daripada pegawainya.\r\r\n\n\n\n\n “Justeru saya akan dapatkan laporan daripada FAM dan pada masa sama meminta FIFA memberi asas dakwaan berkenaan. Jika benar ia berasas, semua pihak patut mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam sidang media di Kelab Sungei Ujong di Seremban sebelum merasmikan Karnival Belia Negeri Sembilan, malam tadi.\rMengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, jika dakwaan itu berasas, kenyataan Eaton kepada akhbar The Straits Times Singapura itu perlu dilihat sebagai isyarat yang memerlukan FAM mengambil tindakan segera. \rSetakat ini, dia berpuas hati dengan segala tindakan diambil FAM bagi memerangi gejala rasuah dalam bola sepak negara.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|