CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Idam konsert mega

[Copy link]
Post time 20-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Siti janjikan persembahan berskala besar selepas pilihan raya\rSETELAH agak lama tidak menghiburkan peminat setia di pentas besar, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengidamkan konsert mega seperti pernah dijayakannya kira-kira 11 tahun lalu. \r\n\n\n\n\r Konsert Mega Siti Nurhaliza, Bukit Jalil 2001 menjadi titik tolak perkembangan karier seninya sehingga kini dan pengalaman itu yang ingin diulangi olehnya pada tahun ini. \r\r\n\n\n\n\n Impian mengadakan konsert solo di pentas berprestij seperti Istana Budaya; Royal Albert Hall, London; dan Stadium Tertutup, Singapura, sudah pun terlaksana. Namun keinginan untuk mengembalikan konsert meganya belum dapat direalisasikan sehingga kini. \r“Siti menginginkan konsert besar seperti yang pernah Siti lakukan dulu, tahun ini, insya-Allah. Walaupun tidak dapat mengadakan konsert mega, akan ada satu konsert untuk peminat. \r“Siti nak buat kemunculan semula seperti zaman sebelum kahwin, tetapi memandangkan dalam masa terdekat ini ada pilihan raya, jadi konsert itu mungkin akan diadakan selepas itu,” katanya selepas melancarkan produk terbaru SimplySiti, Dermagic. \rKonsert Satu Suara bersama Aizat dan Faizal Tahir, Konsert Bagaikan Sakti bergandingan dengan Datuk M Nasir dan Siti Nurhaliza Live @ Alumbra, Australia adalah konsert terakhirnya yang diadakan dua tahun lalu.\r\n\n\n\rMeskipun kurang dilihat mengadakan persembahan di tempat terbuka mahupun konsert, Siti yang akan mengadakan persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, 8 April ini, pada hakikatnya tetap aktif bidang muzik. Malah dia semakin sibuk menerima tawaran menyanyi pada majlis korporat. \rKetika yang sama, usahawan kosmetik dan penjagaan kulit ini tidak sekali-kali mengabaikan perniagaannya, bahkan akan mengeluarkan produk minyak wangi sendiri pada April. \r“Produk kecantikan Siti sudah dua tahun di pasaran dan dengan kemunculan Dermagic ini akan memberi lebih kepuasan kepada pengguna. Produk kecantikan diri ini akan terus Siti terokai bagi menambah atau membuat pembaharuan pada produk akan datang.\r“Buat masa sekarang Siti belum terfikir nak terokai bidang lain kerana minat Siti lebih terarah kepada kecantikan. Kami di syarikat ini juga sedang berusaha untuk membawa masuk produk ke pasaran Indonesia selepas Brunei,” katanya yang menjadi pengusaha produk tempatan pertama menggunakan Plant Endorphin dalam kosmetik.\rSelain produk sedia ada yang lebih memfokuskan kepada golongan wanita, Siti juga berhasrat menghasilkan produk penjagaan kulit untuk lelaki pada masa depan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034936 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list