View: 4765|Reply: 7
|
'Thank You' Nukilan hati Kim Hyun Joong Untuk Peminat Di Singapore
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by isabel at 10-5-2012 11:47
2012, May 4th – “Berada disini bersama anda semua, telah memberikan keselesaan kepada saya. Mungkin ini adalah kerana kehangatan dan kemesraan yang anda semua berikan, mebuatkan saya memilih Singapura sebagai pembuka tirai untuk “Kim Hyun Joong Fanmeeting 2012". Dan untuk itu lagu ‘THANK YOU’ ini adalah khas untuk anda semua.” Kata-kata ini bukan sahaja mengharukan peminat malah rata-rata telah berjaya memukau bukan sahaja peminat dari Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, Japan and Korea tetapi juga para wartawan yang hadir pada malam itu. Nanyian, tarian yang mantap yang bertenanga dan bersahaja, ditambah pula dengan aksi comel yang menciut hati sepanjang beliau berinteraksi bersama peminat.
Stadium Tertutup Singapura yang menjadi lokasi persembahan Kim Hyun Joong telah mempersembahkan sebanyak 15 buah lagu. Jeritan tanpa henti dari peminat yang bergitu teruja tatkala Kim Hyun Joong memulakan edisi tour pertamanya dengan mempersembahkan “Let Me Go, Break Down and "Please”yang mempamerkan kemantapan tarian yang penuh bertenaga. Apa lagi bila tatkala beliau menanggalkan baju beliau yang rata-rata hampir membuatkan peminat menjadi histeria seketika. (hmm..aksi sebegini tidak mungkin dibenarkan di Malaysia ya)
Mungkin tidak dinafikan lagu “Happiness is ..”mungkin adalah pilihan editor yang terbaik utk mengungkapkan Fanmeet ini. Salah satu rangkap kegemaran beliau dalam lagu ini sangat sesuai untuk menggambarkan perasaan beliau terhadap peminat yang sentiasa menyokong jatuh bangunnya karier beliau dan perasaan itu ingin berkongsinya bersama peminat. Oleh itu, beliau telah mengalih bahasa rangkap tersebut ke dalam bahasa Inggeris ‘Happiness without you babe, I can’t even imagined’ dan seterusnya meminta peminatnya menyanyikan bersama rangkap ini. Cukup jelas betapa beliau menghargai kehadiran setiap mereka yang berada di dalam stadium dan juga peminat-peminat yang di luar sana. Tanpa mereka beliau tidak dapat membayangkan siapa dirinya.
Ditanya juga mengapa beliau memilih untuk mengadakan fanmeet dan bukannya konsert penuh. Ini jawapannya:
“Saya tidak mengira berapa banyak lagu saya akan nyanyikan malam ini, fanmeet ini adalah khas untuk mendekati peminat-peminat saya dan saya hanya ingin menyanyikan sebanyak mana lagu yang boleh. Fanmeet hanyalah fanmeet dan saya akan kembali dengan konsert yang lebih hebat dari ini!”
Bagaimana pula kalau seperti apa yang beliau katakan ini benar-benar terlaksana dimasa hadapan pastinya suasana itu akan membuat peminat bertambah gembira dan teruja sedangkan fanmeet pada malam itu sudah bagaikan setaraf konsert saja peminat sudah menganggap ianya adalah ‘spectacular’, hebat. ‘awesome’ , ‘superb’. Dapatkah anda bayangkan sekiranya ianya sebuah konsert penuh. Pastinya hebat meletup. (Oleh itu sila jangan melupakan peminat setia anda yang berada di bumi yang dipanggil Malaysia ya)
5 peminat bertuah telah terpilih untuk bermain diatas pentas bersama beliau. Yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh peminat adalah bertuah membawa pulang patung ‘teddy bear’ besar yang dihadiahkan oleh beliau selepas mendendangkan lagu “Kiss Kiss”. Cemburu?? Ya sudah semestinya bila sahaja stadium yang penuh dengan jeritan cemburu peminat yang diselang seli dengan nada gembira. Santai, ramah dan gembira itu yang terjadi sepanjang beliau berinteraksi dengan peminat.
Seperti yang dijanjikan seminggu oleh pengajur dimana dikabarkan secara peribadi oleh Kim Hyun Joong, yang pada mulanya cuma 500 peminat yang terpilih secara rawak telah menukar meminta kepada kesemua peminat yang hadir iaitu seramai 3,000 untuk bersalaman dengan beliau.
Pada sidang akhbar bersama media yang diadakan 2 hari sebelum fanmeet tersebut iaitu pada 2 Mei 2012 yang bertempat di Hotel Fairmont, Singapura. Sekali lagi para media meminta pengesahan dari beliau sama ada beliau akan benar-benar akan melakukannya. Kim Hyun Joong yang hadir sejurus tiba di Singapura cuma tersenyum mengesahkan berita ini dan beliau dengan nekad berkata walaupun perkara sebegini belum pernah dilakukan oleh mana-mana artis Korea tetapi beliau melakukannya adalah disebabkan tanda terima kasih beliau kepada peminat yang tidak berhenti-henti menyokongnya.
Oleh itu sejurus tamatnya persembahan fanmeet beliau, lebih kurang 1 jam beliau habiskan hanya untuk bersalaman dengan kesemua peminat yang hadir seramai 3,000 orang tersebut. Senyuman tidak pernah lekang dan tanpa henti mengucapkan ‘THANK YOU’ untuk setiap mereka yang bersalaman dengannya. Disamping itu juga kesemua peminat yang hadir menerima U:ZOOSIN t'shirt dan pin baju (brooch) yang direka sendiri oleh beliau.
Terima kasih Kim Hyun Joong kerana telah memenuhi impian peminat utk mengenali anda dengan lebih dekat. Semoga Kim Hyun Joong akan terus success dan berjaya dengan drama barunya “City Conquest” dan juga sebagai penyanyi solo.
Tidak lengkap coretan kami ini tanpa ucapan jutaan terima kasih kepada Running Into The Sun yang berkerjasama dengan AMC Group, Keyeast label naungan Kim Hyun Joong dan juga yang Elevenhive yang bertugas dibelakang tabir kerana telah menjemput Asian Celebrities Cari.Com untuk bersama merasai saat-saat hebat bersama Kim Hyun Joong. Dan terima kasih kerana telah menjadikan impian peminat-peminat Kim Hyun Joong menjadi kenyataan untuk melihat beliau secara dekat. Semoga berjumpa lagi.
Senarai Lagu :
1. Let Me Go
2. Brea Down
3. Please
4. Thank You
5. Happiness Is …
6. Kiss Kiss
7. I am Your Man
8. Smile
9. Because I’m Stupid
10. Marry You
11. Do You Like That
12. Lucky Guy (Remix)
13. If You Are Like Me
ENCORE
14. One More Time
15. Lucky Guy
Artikel oleh : sara
Editor oleh : isabel
Photo : disediakan oleh RITS Last edited by isabel on 15-10-2012 12:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# nightwinkle
tq sbb suka gan artikel ni...
full credit to erenah...
kbel tambah pemanis sikit2 jew.. |
|
|
|
|
|
|
|
sib baik masa pc muka dia tak npk letih sesgt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# nightwinkle
mula2 jangka dia mesti akan kurang senyum...
ya la 2 kali jumpa, senyuman sgt mahal..
tapi kali ni..dia asyik senyum je..sejuk hati tgk..hehee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# isabel
kak bel,sejuk hati je kan?lum sampai mimpi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
lagu dia kiss kiss ngan one more time tu best kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ready stock Kim Hyun Joong First Mini Album "Break Down" 2nd hand. Just opened. Lets go at MYR60. Please contact me via www.facebook.com/annalmn Thanks. |
|
|
|
|
|
|
| |
|