CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18859|Reply: 114

Cerpen: MyVi (Lagi Best..Woo oh oh) - (U)

[Copy link]
Post time 7-6-2012 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Salam Warga WR,
Ini adalah cerpen yang di karang sewaktu bosan.

Harap terhibur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2012 09:27 PM | Show all posts
Aisyah menjeling kereta MyVi hitam itu, kali ini lebih tajam dari semalam. Masuk hari ini, sudah lima hari MyVi hitam itu di parkir di Gate 4, tingkat satu, hujung paling kanan arah ke depan, tepi peti kecemasan, kotak A10 – tempat parkir kegemarannya di Berjaya Time Square. Selama setahun sejak pejabatnya berpindah ke bangunan Amoda, inilah tempat parkirnya sehari-hari. Tidak pernah miss satu hari pun.

Keretanya dan tempat parkir itu bagaikan irama dan lagu, tak boleh di pisahkan. Seolah-olah namanya telah di tulis di atas tempat parkir itu. Dan sepertinya juga dia mempunyai hubungan intim dengan pengurus tempat parkir itu sehingga parkir itu telah dikhaskan untuknya walaupun realitinya, entah siapa pengurus parkir tempat ini, haram Aisyah tak kenal. Aisyah pun tak tahu kenapa dia suka parkir di situ. Mungkin sebab ruang kotak parkir itu lebih luas berbanding kotak parkir yang lain…

Huh! MyVi hitam di jeling lagi. Aisyah merengus lagi.

Tiada pilihan. Takkan dia nak marah-marah pula sedangkan pemilik MyVi hitam itu tiada di depannya. Kalau ada, boleh juga dia melakukan aksi kurang rasional.  

Aisyah akhirnya memilih kotak parkir A22, berhadapan dengan MyVi hitam. Keretanya di lajak sedikit ke depan. Kemudian, gear di masukkan ke R lalu keretanya di undurkan. Stereng di balas ke kiri dan kereta berundur lagi hingga betul-betul masuk dalam kotak parkir. Setelah berpuas hati, gear di kembalikan ke P, enjin kereta di matikan. Aisyah melihat sekilas wajahnya di cermin, memastikan tudungnya tidak senget.

Sakit hati sekalipun, kena maintain cute juga…

Aisyah keluar dari kereta, beg tangannya jenama Guess yang di beli ketika jualan murah di Metrojaya di sangkutkan ke bahu. Pintu kereta di tutup.

Chit chot. Kunci automatic berbunyi setelah butang warna hijau di tekan. Aisyah melihat jam tangannya.

7:30 pagi.

Aisyah memandang lagi MyVi hitam di depannya.

Tak apa, tak apa.  Hari Isnin nanti, aku datang lagi awal dari kau.

Aisyah membuat tekad.

******************************

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 09:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 8-6-2012 22:17

“Di Johara Pagi Era”

Ramdhan tergelak-gelak seorang diri mendengar rancangan kegemarannya di waktu pagi. Terhibur juga hatinya yang rawan akibat merangkak-rangkak memandu dari Jalan Kuching menuju ke Bukit Bintang yang memang sesak tidak boleh tidak kecuali musim cuti sekolah.

“Rarararara…ruma…rarara..”

“Lah…apa ni? Tak ada lagu lain ke?” Ramdhan merungut.

Banyak-banyak lagu, Lady Gaga juga jadi pilihan. Tak ada seni langsung! Ramdhan menyambung rungutan di dalam hati. Jarinya pantas menekan nombor satu di radio, menukar siaran ke Sinar.FM pula. Berkumandang lagu Pagi Yang Gelap (kini sudah terang) dari Hujan, sesuai dengan cuaca hari ini, cerah. Ramdhan tersenyum. Mungkin dia rasa, lagu Hujan jauh lebih berseni dari lagu Lady Gaga.

Sekilas dia memandang ke cermin sisi sebelah kiri. Sebuah MyVi Oren memberikan signal untuk masuk ke kanan. Kesan tinted di kereta MyVi oren tidaklah terlalu gelap. Apatah lagi, matahari menyinar terang pada pagi ini. Wajah si pemandu MyVi oren dapat di lihat walaupun kurang jelas.
  
Nampak macam cun awek ni…

Dengan tiba-tiba Ramdhan menjadi pemandu berhemah. Keretanya di perlahankan, memberikan ruang kepada MyVi Oren mengambil tempat di hadapannya. Dia perasan si pemandu comel memberikan senyuman walaupun yang nyata, si pemandu MyVi oren menjeling ke arahnya pun tidak.

Kalau jantan yang bawak, jangan harap aku nak kasi masuk…

**********************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 09:30 PM | Show all posts
Kosong! Cantik!

Aisyah tersenyum manis. Tempat parkir kegemarannya kosong. Segera keretanya di parkirkan di kotak A10. Senyuman masih terukir di bibir, bagai kanak-kanak baru mendapat aiskrim. Senyuman itu kekal di bibir sehinggalah…

Eh, MyVi hitam.   

Aisyah memerhatikan MyVi hitam yang tiba-tiba sahaja berhenti di hadapan keretanya. Walaupun tidak menghafal nombor plat kereta, Aisyah yakin itulah dia MyVi hitam yang selalu mencuri kotak parkirnya sejak lima hari lepas. Pelekat Manchester United yang di tampal di cermin depan hujung sebelah kanan itu memang Aisyah kenal sangat.

Aisyah memerhatikan MyVi hitam itu lagi. Walaupun kurang jelas, Aisyah yakin, si pemandu juga sedang memerhatikan keretanya.

“Hahaha…” Aisyah gelak jahat.

Ini parking, aku yang punya! Aisyah tersengih lagi memerhatikan kereta MyVi hitam akhirnya bergerak dan di parkirkan di petak A22.
***************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 09:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 8-6-2012 22:19

“Kacaulah MyVi Oren ni!” Ramdhan menggumam sendiri.

Sejak bertukar profesion dari pegawai bank ke Perunding Kewangan dan berpindah ke pejabat di Amoda,  tempat parkir di gate 4, tingkat satu, hujung paling kanan arah depan, tepi peti kecemasan, petak A10 telah menjadi kotak parkir kegemarannya kerana ruang kotak parkir itu paling luas berbanding kotak parkir yang lain – boleh mengurangkan peratusan keretanya calar balar akibat bergesel dengan kereta lain. Tetapi, di hari Isnin nan cerah ini, MyVi oren itu telah merampas tempatnya. Menjadikan Isninnya yang selalunya di landa Monday Blues semakin suram.

Ramdhan keluar dari kereta, sekali lagi memandang MyVi oren di hadapannya. Si pemandu masih berada di dalam kereta, belum kelihatan seperti mahu keluar.

Eh..ini, bukan ke kereta kat Jalan Kuching tu? Ramdhan cuba mengingati. Tidak pula dia terfikir hendak meneliti plat kereta MyVi oren ketika di jalanan tadi. Yalah… apa ke halnya nak meneliti plat kereta orang lain ketika jalan sesak, bukan boleh beli nombor pun. Haram hukumnya…

Tapi mana tau, mungkin cara itu boleh di guna untuk mencari jodoh…

Ah! Ramdhan segera membuang fikiran tak logiknya itu lalu memandang jam di tangan.

7:40 pagi.

Dia lantas berjalan ke arah pintu masuk Berjaya Times Square untuk menuju ke pejabatnya yang terletak di seberang jalan.

********************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 09:34 PM | Show all posts
Ramdhan mula membuat muka tidak puas hati. Dia ingin cepat pulang ke rumah hari ini. Sudah berjanji dengan rakan-rakannya untuk bermain badminton dan seterusnya melepak sambil minum teh tarik. Tetapi, gadis manis bertudung biru lembut dan berbaju kurung moden berwarna hampir senada ini melambatkan niatnya.

Kenapa lembab sangat bayar parking?

Ingin saja ayat itu di jeritkan kepada gadis manis bertudung biru. Masakan tidak, bayaran parkir sebanyak lapan ringgit di bayar dengan duit syiling sepenuhnya. Ada syiling lima puluh sen, ada syiling sepuluh sen, ada syiling dua puluh sen. Bukankah lebih mudah dan cepat sekiranya bayaran di buat dengan duit kertas sepuluh ringgit? Masukkan sekeping dan tunggu bakinya. Itu pun nak kena ajar? Ramdhan masih merungut di dalam hati.

“Cepatlah cik kak!” Akhirnya kesabaran Ramdhan mula menipis. Bayaran parkir masih berbaki empat ringgit tiga puluh sen dan si gadis manis bertudung biru masih mengambil masanya memasukkan duit syiling satu demi satu tanpa perasaan bersalah.

Akak kau panggil aku? Si gadis manis bertudung biru menoleh ke arahnya sambil membuat muka selamba masam. Mukanya yang pada mulanya manis kini sudah tidak berapa manis di pandangan mata Ramdhan.  

“Sabarlah!” Si gadis manis bertudung biru yang dah tak berapa nak manis menjawab sambil menjeling.

Tambahan masa satu minit lima belas saat berlalu…

Si gadis manis bertudung biru yang dah tak berapa nak manis akhirnya menyudahkan bayaran parking di mesin membayar.

“Baru pecah tabung ke?’’ Ramdhan berkata lagi. Gadis itu menjeling lagi.

Tanpa berkata sepatah lagi, si gadis manis berjalan meninggalkan Ramdhan yang mula membuat bayaran.

********************************************
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-6-2012 09:36 PM | Show all posts
Chit Chot. Kunci kereta di tekan. Aisyah yang telah di tegur oleh seseorang di tempat bayaran tadi masih masam mukanya.

Chit Chot.

Baru saja hendak masuk ke dalam kereta, Aisyah terdengar bunyi kunci kereta di tekan seraya menoleh.

MyVi hitam ni mamat ni punya rupanya. Mata Aisyah mengecil memandang Ramdhan. Keningnya terangkat.

MyVi oren ni minah ni punya? Ramdhan juga memandang Aisyah, cuma keningnya tidak terangkat.

Comel juga…

Lima saat… sepuluh saat.

Huh! Kedua-duanya merengus dan menggumam lalu masuk ke dalam kereta. Enjin kereta MyVi masing-masing di hidupkan. Walaupun di dalam kereta, kedua-dua pemandu masih memandang antara satu sama lain.

This is war!

Esok kita tengok, siapa yang dapat parking kat Gate Empat, tingkat satu, hujung paling kanan arah ke depan, tepi peti kecemasan, kotak A10!
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 09:40 PM | Show all posts
welkam back nicki
samat berkarya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 09:41 PM | Show all posts
next N3 ok nicki
akak setia membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 09:46 PM | Show all posts
Reply 8# fatehana

Thanks kaka...

Sesaja mengarang... boring kekdahnya....


Tapi citer ni takde bunuh setan ye......
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 10:47 PM | Show all posts
esok Subuh kat parkir la...

next!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 03:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 8-6-2012 03:46
Chit Chot. Kunci kereta di tekan. Aisyah yang telah di tegur oleh seseorang di tempat bayaran tadi m ...
Nicki_Meow Post at 7-6-2012 21:36



    dah kumpul duit syiling banyak2 nak bayar parking untuk esok?

pecah tabung ayam la yer? hehe.
best citer nih...next!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 08:27 AM | Show all posts
Bestlah citer ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 08:46 AM | Show all posts
comelnya citer ni nicki bebehh... bunyi chit chot tu menambahkan kecomelannya...

tapi... cerpen je kan? kalau cerpan (cerita panjang) mesti x jemu nak baca lagi dan lagi  

ok... next. lady sedang belajar menjadi rakus dan gelojoh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 09:20 AM | Show all posts
dah kumpul duit syiling banyak2 nak bayar parking untuk esok?

pecah tabung  ...
kambeng_masam Post at 8-6-2012 03:35


Bukan tabung ayam.... tabung ba..... ooopssss!

Ahahahahahahahhahaa......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 09:25 AM | Show all posts
comelnya citer ni nicki bebehh... bunyi chit chot tu menambahkan kecomelannya...

tapi... cerpe ...
ladyFinger12 Post at 8-6-2012 08:46


Cerpen je dulu...isi masang lapang kekdahnya

Cerpan dalam proses tapi bila sampai bab 4 otak jadi tepu...

Lady pun takkan takde naskhah terbaru? sambung lah PLK 2.. mesti kebaboom lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2012 09:27 AM | Show all posts
Reply 11# sarizu

Apsal? Nak rebut parking gak...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 09:28 AM | Show all posts
Reply 13# zeeghaz

Thanxxxxx....

Oppss... Sir Henry Middleton kata tak elok eja camtu...

Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:32 AM | Show all posts
Reply  sarizu

Apsal? Nak rebut parking gak...?
Nicki_Meow Post at 8-6-2012 09:27


parking i bebayr x de nya org brni nk rebut

next! dh 2x mntk nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 09:36 AM | Show all posts
Reply 19# sarizu

Sambung malam nanti ek....


Thumbdrive cheq tertinggal kat umah........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.102131 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list