CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28291|Reply: 140

Ramona Zam Zam perasan popular

  [Copy link]
Post time 25-6-2012 02:05 PM | Show all posts |Read mode


-BIPOP 24.6.2012-

sapa sheolsss nih...
mohtep nak pherasaann kalau dah tau tak brapa nak fofular....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 02:08 PM | Show all posts

Ramona Zam Zam perasan popular

wah... bf ella seorang pilot.... tahniah!!


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:12 PM | Show all posts
stand for your right lah bukan?

rasanya setiap artis ada hak untuk menolak pelawaan apa2. bagus la jikalau beliau gunakan hal beliau itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:14 PM | Show all posts
aku tau die budak2 DR... tp sumpah x penah tngok die belakon... glamour kah kau cam datin maimon...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:16 PM | Show all posts
Teruk ramona kena kutuk ngan wartawan
Tapi pose dia dalam mangga tu memang seksi
Baju singkat sangat

Berangannya artis sendu tu...
Ditulis oleh Mangga Muda                                                                           Rabu, 06 Jun 2012 13:00               



Mangga Muda naik meluat dengan perangai hodoh seorang pelakon yang tak berapa nak naik yang sorang tu. Perangainya mengalahkan artis popular.
Dia memaki seorang wartawan hiburan yang selama ini banyak bersedekah artikel untuk dia dalam majalah kelolaan wartawan tu. Kalau nak ikutkan kekerapan tiga kali sebulan pun dia tak layak, tapi dek kerana hubungan baiknya, wartawan itu keraplah bersedekah page untuk masukkan gambar pelakon tu.


Pelakon tu tak lah popular mana pun. Kalau sebut nama orang kenal juga. Bukan kenal sebab lakonan hebat, sebaliknya sebab wajahnya sering muncul dalam majalah popular yang satu tu.
Malah dalam keluaran terbaru pun ada wajahnya bila wartawan tu gandingkan dia dengan seorang pelakon lelaki yang sedang mencipta nama.
Dia mengungkit kononnya digandingkan dengan pelakon extra. Amboi.... awak tu belum lagi bergelar heroin, tapi berangan macam dah banyak dapat anugerah. Huh!

"Dia hantar SMS kat saya marah-marah pasal gambar yang dimuatkan dalam majalah saya. Katanya bajunya seksi sikit. Padahal masa buat fotografi dulu dia yang betul-betul beriya-iya sebab nampak baju itu cantik.

"Dia bagi alasan bapa dia marah. Aku tak percayalah dengan alasan dia tu. Mesti ada sebab lain. Takkanlah orang tua macam ayah dia tu nak belek majalah hiburan beriya-iya. Mesti ada sebab lain. Entah-entah dia jealous sebab muka depan majalah tu ialah pelakon wanita berbakat yang kini jadi saingan dia," rungut wartawan glamor tu kepada Mangga Muda.

Mangga Muda pun ingat macam tu jugak, Dia target muka dia jadi muka depan, tapi dimuakan kat bahagian dalam, sebab itu dia menyinga. Hey.... tak kuasalah dengan artis yang macam tu.Lupa diri... padahal wartawan tu lah yang awal-awal dulu buat fotografi dengan dia semasa dia jadi pelakon extra. Tak sedar diri tu.

Yang kelakar tu bila wartawan tu hantar mesej dengan memulangkan paku buah keras dia boleh tanya balik, sama ada wartawan tu marahkan dia atau sebaliknya. Ting tong betul artis tu. Agaknya sebab kecewa putus cinta kut.

Mangga Muda: Padan muka artis ti sebab fotografi untuk edisi Aidilfitri yang telah dibuat terpaksa disimpan dan fotolnya dibakulsampahkan. Pelakon lelaki yang digandingkan dengan dia akan diatur fotografi lain dengan pelakon yang lain pulak. Itulah akibatnya bila mencetuskan rasa jengkel wartawan yang banyak membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:17 PM | Show all posts

Ramona Zam Zam perasan popular

dia ni cantik lah jugak.. Cuma pernah tengok dia berlakon dgn kamal adli dkm cerekarama.. Tajuk cerita tak ingat ler


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2012 02:18 PM | Show all posts
ARKIB : 24/06/2012
Bukan berangan ‘diva’ - Ramona ZamzamOleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
[email protected]
Foto RASHID MAHFOF



INI bukan kali pertama pelakon Ramona Zamzam, 22, dikaitkan dengan cerita kurang enak. Kalau di dahi boleh dicop dakwat kekal, silap hari bulan boleh nampak perkataan `Artis bermasalah.’
Dulu dia pernah dikaitkan dengan isu sosial, playgirl dan gosipnya dengan seorang lelaki berstatus Datuk.
Reda kisah itu, Ramona buat lagi hal dan kali ini dengan sebuah syarikat penerbitan majalah tempatan.
Bukan satu perkara yang boleh dibuat main kalau seseorang artis nak berlagak diva dan cuba mempertikaikan tugas pihak media yang tentu-tentunya banyak membantu `menjual’ muka artis.
Dikatakan mengamuk gara-gara gambar seksi yang dikeluarkan, pihak media tersebut juga turut dimarahi kerana menyediakan pakaian tersebut yang kemudian mendapat teguran daripada pihak keluarga Ramona.
Tak cukup dengan isu pilihan baju seksi, Ramona juga turut melahirkan rasa tak puas hati kerana digandingkan dengan pelakon tak popular untuk satu sesi fotografi yang dijalankan baru-baru ini.
Kesemua rungutan ini disampaikan secara terus melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh Ramona kepada pihak majalah berkenaan yang tentunya terkejut dengan tindakan di luar dugaan.
Tetapi begitulah kalau artis dah naik tocang. Semuanya tidak kena sebab berangan diri popular sangat.
Pun begitu, mungkin terlalu awal untuk kita letakkan kesalahan pada Ramona kerana hanya dia sahaja yang tahu apa situasi sebenar. Untuk itu, Pancaindera baru-baru ini bertemu Ramona untuk mendapatkan penjelasan daripadanya.
Khabarnya baru-baru ini Ramona menghantar SMS dan mengamuk tak tentu fasal dengan sebuah syarikat penerbitan majalah, apa masalah sebenarnya?
Saya mengaku memang ada menghantar SMS pada mereka tentang isu-isu yang dihebahkan. Tapi niat saya cuma mahu berterus-terang dan berkongsi apa yang saya rasa tentang ketidakselesaan saya semasa sesi fotografi yang berlangsung. SMS yang dihantar juga dalam nada yang baik. Bukan marah-marah atau caci-maki.
Kalau tak puas hati kenapa tak telefon saja? Kenapa perlu SMS yang boleh mengundang pelbagai persepsi bagi si pembaca?
Okey. Itu salah saya. Sepatutnya lebih baik saya menghubungi pihak mereka tapi mungkin juga kerana ketika itu saya tertekan dan tak tahu macam mana nak menyelesaikan masalah. Bapa saya tegur kerana gambar yang dikeluarkan pihak majalah itu agak seksi dan dia tidak suka begitu. Saya pun tak sangka keadaan akan jadi macam ni. Tujuan saya cuma mahu bersikap jujur. Lebih baik saya terus-terang daripada saya hipokrit depan baik, tapi belakang cakap benda lain. Betul tak?
Kalau tak mahu seksi, jangan pakai baju tu dari awal. Pilihan di tangan Ramona jadi kenapa nak salahkan pihak lain?
Betul. Memang saya sendiri yang meminta mereka carikan tajaan pakaian untuk fotografi itu. Tapi saya dah cakap tak mahu seksi. Bila dah sampai di lokasi baru saya dapat tahu mengenainya. Tapi atas prinsip menghormati dan menghargai usaha orang, saya pakai juga. Tambahan pula, pereka busana itu ada di situ. Itu semua saya lakukan kerana saya menghormati mereka.
Apa pula alasan Ramona bila dikatakan tak puas hati digandingkan dengan pelakon tak popular, seolah-olah menganggap diri sudah diva?
Bukan berangan diva atau popular? Sungguh, saya memang tak kisah kalau digandingkan dengan mana-mana pelakon. Popular atau tidak belakang cerita. Tapi semasa sesi fotografi tempoh hari, saya tahu dua lelaki yang bergandingan dengan saya tu bukan pelakon. Mereka adalah model. Saya cuma hairan mengapa gandingan saya adalah model. Itu saja. Bukan saya sengaja bangkitkan isu dan memandai-mandai nak pertikai kerja orang. Sebelum ini saya tak pernah buat perangai ketika sesi fotografi. Mungkin kali ni, benda nak jadi.
Ada komen Ramona ada yang berpendapat tak patut hantar SMS dan kecoh-kecoh pasal isu ini?
Saya terima memang salah saya buat begitu. Bukan sengaja saya nak timbulkan isu dengan mereka. Lagipun saya sedar, pihak media dah banyak bantu saya untuk dikenali. Kalau boleh saya memang nak elak benda-benda begini. Saya anggap ini semua satu salah-faham dan berharap pihak media itu tak ambil hati dengan apa yang terjadi. Saya betul-betul mohon maaf.
Betul ke Ramona dikatakan cuba mencipta kontroversi demi mendapat perhatian seperti Neelofa dan Anzalna yang semakin popular?
Tak ada kena-mengena. Saya dah mula berlakon sejak usia 15 tahun. Kalaulah glamor yang saya cari, dah lama saya buat macam tu. Tapi tidak! Saya hormat keluarga dan saya pentingkan pelajaran. Saya pun tak mahu jadi artis kontroversi.
Apa komen bila ada yang mendakwa Ramona sebagai artis yang berlagak hebat?
Mereka yang mengenali saya tahu bagaimana saya sebenarnya. Saya tak perlu komen panjang sebab kalau orang mahu mengata, mereka akan kata juga.
Khabarnya sejak menyertai sebuah program pencarian gadis jelita dua tahun lepas, Ramona memang suka mencetuskan isu berlagak diva. Betul ke?
Ini memang bukan saya! Saya berani jamin 1,000 peratus yang ini adalah satu cerita yang salah!
Apa perasaan Ramona walaupun sudah lama berlakon tetapi orang masih tak kenal siapa Ramona Zamzam?
Saya tahu saya tak popular dan ia bukan satu perkara yang menjadi titik fokus saya. Sedikit pun saya tidak kecil hati kalau orang kata begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:21 PM | Show all posts
byknyee kisah dewi remaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 02:21 PM | Show all posts
die nie berlakon cite ape pown aku x tau...wkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:22 PM | Show all posts
xkenal pon.kalau suam-suam kuku mesti kite ingt jugak
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:26 PM | Show all posts
dia nie sapa? berlakon pilem atau drama aje? yg ada pon x terkejar nak amek taw tetiba adalah pulak lg retis sendu bagai nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:27 PM | Show all posts
Cantiknye sheolls ni~
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by mauminumapa at 25-6-2012 14:45


solstice Post at 25-6-2012 14:18


'bapa saya tegur gambar yang dikeluarkan agak seksi".. abih ni kira berhijab ke????? bagi aku kalau bapak aku nengok anak2 dia pakai camni mau kena penggal... syukurla orang tua aku amat titik beratkan soal agama kat anak2... kalau tak aku pun hampir2 hanyut.... heran aku.. masa sessi fotografi tu takkan la tak tau baju tu seksi ke idak.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:35 PM | Show all posts
patut ar statement perasan coz memang aku tak kenal dia siapa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:36 PM | Show all posts
Reply 1# mea


   sapa neh??
heeyy mek miah!! motip ko kejenyer bukak thread retis sendu hiba sejuk beku cenggini??:@
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:36 PM | Show all posts
babe lebih berminat pada nota kaki ella dah bf juruterbang dot dot dot.. kena tutup pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 02:41 PM | Show all posts
Perasan fofulorr muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:45 PM | Show all posts
Reply 1# mea


   ramona rahman jugak yg best
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:47 PM | Show all posts
sori tak kenal langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:53 PM | Show all posts
Reply  mea


   sapa neh??
heeyy mek miah!! motip ko kejenyer bukak thread retis sendu hiba  ...
skymania Post at 25-6-2012 14:36



    aku pun tak kenal sapa minah ni??? aset muka jerla....lakonan kayu letak no 2..... janji hawttttt... weh makhayamm.. ko ada komen pasal AZ ngan Dato "tut" .... aku ada balas? apesal ko tak balas.... mmg shelaker ko kan??   buat jiwaku meronta2 mintak kepastian...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042055 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list