Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kulit muka Adira yang semakin hari semakin mulus. Abang Nara pun kagum sebenarnya. Walaupun memang Abang Nara tahu orang Sabah adalah sinonim dengan kulit cantik, namun pada mulanya kulit Adira tidaklah secantik yang sekarang ini.
Ada desas-desus yang menyatakan Adira menyuntik mukanya dengan vitamin C namun hari ini menerusi Portal Murai, Adira menafikan perkara tersebut. Kata Adira:- Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya dengar orang cakap saya membuat suntikan pada wajah untuk kelihatan cantik. Namun semuanya tidak benar, kerana kulit saya sekarang adalah kulit asli saya dan tidak melakukan apa-apa bahan yang drastik, selain hanya menjaga pemakanan dan penjagaan kulit yang betul. Saya mengamalkan makan makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan kesihatan diri saya.
Dan Abang Nara tertarik apabila mendengar kenyataan Adira yang sebenarnya kulitnya lebih cerah ketika tinggal di Sabah dahulu. Menurut Adira, cuaca di Semenanjung Malaysia adalah lebih panas berbanding di Sabah dan ini menyebabkan kecerahan kulitnya berubah. Ini yang Abang Nara rasa nak pergi pindah ke Sabah dengan harapan kulit muka Abang Nara akan lebih cerah. Apa pun diharap Adira suatu hari nanti dapat berkongsi pencuci muka apakah yang dipakai olehnya. Pasti ramai yang teruja ingin mencuba. Yang penting, Adira tidak memberi jawapan “kulit muka saya cantik kerana mengamalkan wuduk sepanjang masa” kerana jawapan itu terlalu klise. Hehehe. |