View: 31512|Reply: 114
|
Nor Albaniah yg mantain muda - produser sangka beliau artis baru..
[Copy link]
|
|
Nor Albaniah Disangka Artis Baru Kerana Awet Muda
Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])
1990-an filem adik
terkini -2012
PETALING JAYA: Aktres Nor Albaniah yang popular pada era 90-an pernah dianggap sebagai pendatang baru oleh seorang produser filem terkenal tanah air disebabkan wajahnya yang kelihatan awet muda.
Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 43, ini berkata, dia diminta oleh penerbit berkenaan menghantar profil dirinya untuk tawaran berlakon.
“Kejadian itu berlaku pada tahun lalu. Produser tersebut meminta saya hantarkan profil diri kerana menyangka saya pendatang baru hanya kerana wajah saya tidak makan usia.
“Pada mulanya saya sangka dia bergurau dan berpura-pura tidak kenal. Rupanya memang dia tidak kenal, jadi saya layankan sahaja,” katanya ketika ditemui mStar Online.
Aktres yang sudah 17 tahun bergelar ibu tunggal ini berkata, dia tidak mengamalkan sebarang petua atau suntikan dalam mengekalkan keanjalan dan seri pada wajahnya.
“Saya tidak pernah buat apa-apa suntikan atau makan ubat tertentu. Mungkin saya bernasib baik kerana dikurniakan wajah yang tidak mudah dimakan usia.
“Namun, kalau diperhatikan pada bahagian bawah mata saya agak teruk juga kerana kekurangan rehat tetapi saya tidak kisah. Biarlah ia nampak semula jadi seiring dengan usia,” katanya.
Mengenai perkembangan seni, Nor Albaniah yang aktif berlakon semula sejak tiga tahun lalu berkata, dia berpuas hati dengan tawaran lakonan yang diterima walaupun ia tidak konsisten kerana banyak pihak masih belum menyedari kemunculan semulanya dalam industri.
“Kalau diikutkan saya sudah aktif berlakon sejak dua hingga tiga tahun lepas cuma kebanyakan drama lakonan saya belum keluar. Mungkin sebab itu, masih ramai produser atau pengarah tidak sedar saya kembali berlakon.
“Tapi saya tidak perlu terburu-buru untuk mencari tawaran kerana saya percaya jika ada rezeki sudah ditetapkan ia pasti datang,” katanya yang baru menamatkan penggambaran drama Dua Wajah pada minggu lalu.
Aktres yang mencipta nama menerusi filem Adik pada 1990 ini bakal menyambut Hari Raya di rumah keluarga abang dan kakaknya di Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak.
credit MstarOnline..
* Iols dari dulu memang admire albaniah nih. Siyes muka dia tak banyak berubah even dah berbelas tahun berlalu. Mantain cun, muda, lawa. Apa agaknya rahsia sheols ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
retis sejuk beku lar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah x makan usia, harap perangai seiring dgn usia |
|
|
|
|
|
|
|
Os ke tuhh? |
|
|
|
|
|
|
|
Die ni mmg cun dr muda... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg cun plus sexy |
|
|
|
|
|
|
|
arwah bapa albaniah ni dulu cikgu mengaji Quran mek. cikgu mengaji mek sampai ke tua pun nampak lagi sisa sisa kehensemannya. |
|
|
|
|
|
|
|
napa dalm drama sblm ni nampak mcm dah tua tambahan plak nampak cengkung |
|
|
|
|
|
|
|
keseksiannya maintain juga ka...... |
|
|
|
|
|
|
|
memang dia cantik... saya suka dia dari dulu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
dalam cerita ADIK ngan Os tu seksi minah ni |
|
|
|
|
|
|
|
anak beranak ni..sila jgn jeles hokey....
|
|
|
|
|
|
|
|
memang penah nampak dalam beberapa drama sebelum ni
agak berusia jugak.. dan memang nampak eye bag dia tu
mungkin ada masa dan ketika dia nampak berusia dan ada ketika dia nampak muda kot...
ikut mood dan cuaca kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
dia mmg lawa.....ohh...dia x kwin lg rupanya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|