CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2702|Reply: 5

Sejauh mana anda menghayati Ayat 6 Surah 66 (At Tahrim)

[Copy link]
Post time 7-9-2012 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Saya tujukan persoalan ini kepada semua suami yg membaca. Saya tidak menulis di forum agama kerana saya percaya kita hidup di zaman di mana agama yg ditinggalkan di surau masjid dan forum agama tidak akan bermanfaat kpd masyarakat. Mcm2 kisah rumahtangga yg saya baca di forum cari ini. Lelaki menyalahkan perempuan dan sebaliknya. Saya cuma ingin bertanya kpd saudara2 apa yg telah saudara2 buat untuk "menjaga dirimu dan keluargamu dari api neraka". Apa yg telah kita lakukan. Cukupkah kita memberi makan pakai dan sex sahaja untuk isteri kita. Ketahuilah bahawa setiap ibadah isteri dan anakkita kitalah yg akan bertanggungjawab. Kita yg bertanggungjawab memastikan elok amal mereka bukan isteri yg kens kejutkan suami untuk solat subuh. Apakah diri kita sendiri berada di jalan yg betul untuk selamat dari api neraka? Bagaimana nak menyelamatkan isteri dan anak2 dari api neraka jika kita sendiri tidak upaya meluruskan jalan kita. Berapa ramai dari kita yg menjaga solat pd waktunya? Berapa ramai yg tiada masa untuk ke masjid tapi banyak masa untuk urusan dunia? Isteri dan anak2 akan ikut apa saja contoh dari kita. Kita tiada masa untuk Allah tapi kita komplen isteri tiada masa melayan kita. Akhirnya bila kita tua dan mati anak2 tiada masa menziarahi dan mendoakan kita. Betulkah kita tiada masa? Sedangkan byk ciptaan2 baru direka utk menjimatkan masa. Atau sebenarnya kita kaum lelaki tidak peduli dengan suruhan Allah "peliharalah durimu dan keluargamu dari api neraka" (At Tahrim: 6).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 02:33 PM | Show all posts
Aku nk mencelah jgk lah.....tp aku belum jd suami & ayah org lagi. Elok post kat bod Agama je topic ni, psl ada yg xsuka topic mcm ni.

Aku setuju dgn apa yg ko post kan ni, ramai yang jadi macam ni. Sbbnya... kebanyakan semua org dah tau, tapi buat tak endah ambil tak kisah. Pada aku kalu suami @ Ayah sudah melaksanakan tanggung jawabnya mendidik & membimbing keluarga, tapi keluarganya masih berdegil, maka tanggung jawab & amanah yg dibawa sudah diselesaikan.

Acuan kalu dh bengkok, segala hasil & isinya tetap akan bengkok, melainkan Allah inginkan ianya kembali lurus & suci sepertimana ketika ia dilahirkan ke dunia....   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2012 06:34 PM | Show all posts
Saya tak rasa ada yg tak suka topik ini cuma mungkin keberatan nak berkongsi.
Soalan berkaitan tugas utama suami ini saya rasa mengangkat martabat forum Lelaki
takkan selamanya kita nak menjawab soalan "pernah pakai kondom" " pakai apa yg sexy"
Yang dah ada thread itu teruskanlah
Cuma yg saya buka ini nak menunjukkan kaum lelaki masih ada yg mahu berbincang hal serius
Thread2 yg sedia ada teruskan
Topik saya ini kalau nak berkongsi juga silakan
Once in a while saya akan bump thread ini sebagai tazkirah dan peringatan
Di bod lelaki
Kita adalah pemimpin kaum wanita
Takkan tak mampu bicara serius berkenaan tugas UTAMA kita

Saya bukan ustaz bukan warak bukan alim
Tapi sudah kewajipan lelaki mengustazkan diri dalam rumahtangga
Gagap gagap pun kalau anak isteri tanya perlu kita jawab
Moga ada manfaat
Moga tidak dialihkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:17 PM | Show all posts
I thought u are a women  Anyway, nice try to bring up this kind of topic. It's quite heavy or difficult for some people to discuss something like this..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:23 PM | Show all posts
Ye saya setuju, jarang ada topic yg bersifat lebih matang, walaupun dlm ni ramai yg 23 dan keatas. Tapi ramai yg dalam Bod ni cuma nak mencari keseronokan & bersifat lebih propa @ provok, untuk suka2, sbb tu byk topic kondom, bogel, togel, lucah....... aku pun kadang-kadang join sekali untuk suka2, tapi ada masa kena serius & realistik.

Dan aku jugak bukan alim & warak & bukan nak jadi ostad, yup seorang lelaki yang beragama islam wajib mempersiapkan diri bagi membimbing keluarga mereka, kalau tak tahu wajib pergi belajar. Sebab nanti yang akan disoal adlah kaum kita. Aku still belajar & cuba isi kekosongan, sebab 1 hari nanti aku yang pikul tanggungjawab tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 02:59 PM | Show all posts
I luv this thread....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056585 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list