View: 15662|Reply: 43
|
AZALEA - DEBUNGA LALANG (ISNIN-KHAMIS 4.00 PTG)
[Copy link]
|
|
SINOPSIS
Saodah (Ku Fridah) merupakan seorang janda kaya yang tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai dua orang anak perempuan, hasil dari dua perkahwinan yang berbeza bernama Aishah (Noorkhiriah) dan Khatijah (Wan Sharmila).
Aishah, seorang wanita berkeperibadian lembut dan ikhlas sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Halim (Zul Ariffin), seorang lelaki kampung yang bertanggungjawab dan kuat berusaha. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Alia dan Arina. Mereka bahagia walaupun hidup serba sederhana.
Tambahan pula Mak Munah, ibu Halim yang penyayang sentiasa berada di sisi mereka untuk memberikan sokongan.
Khatijah pula, seorang yang dominan dan amat keras hati. Setiap kehendaknya perlu dipenuhi. Khatijah menikahi Bakri (Ungku Ismail), seorang dekan di sebuah kolej tempatan, atas pilihan Saodah. Sayangnya, dia tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lebih lima tahun melayari bahtera rumahtangga. Kasih Saodah sebagai seorang ibu diuji dalam bentuk yang berbeza.
Saodah tidak adil dalam membahagikan kasihnya kepada kedua-dua puterinya itu. Saodah melebihkan Khatijah dalam segala-galanya, termasuklan soal pelajaran. Aishah hanya diberikan pendidikan sehingga tamat sekolah sahaja, sedangkan Khatijah diberi peluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini menyebabkan kehidupan Khatijah jauh lebih baik dan berharta dari Aishah. Ketidakadilan Saodah ini sering membuatkan Aishah kecewa dan jauh hati. Tidak cukup dengan itu, Aishah dan keluarganya sering diperlekehkan oleh Saodah.
Suatu hari, Aishah disahkan hamil anak ketiga. Khatijah berasa sungguh cemburu dan meminta Saodah membuat perjanjian dengan Aishah. Seandainya anak di dalam kandungan Aishah ialah perempuan, maka dia harus diserahkan kepada Khatijah.Impian Khatijah menjadi kenyataan apabila Aishah melahirkan anak perempuan. Khatijah dan Saodah memaksa Aisyah untuk memenuhi ‘janji’nya dengan menyerahkan bayi perempuan yang diberi nama Ayang Mastura itu kepada Katijah. Pelbagai helah telah dilakukan oleh Saodah, termasuklah mengupah seorang bomoh. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan bayi tersebut yang sering sakit sejak dilahirkan.
Demi menjaga perasaan Saodah, akhirnya Aishah dan suami terpaksa juga menyerahkan bayi mereka walaupun hati tidak merelakan. Tidak puas menyakiti Aishah, Khatijah nekad mahu memutuskan terus hubungan Ayang dengan keluarga kandungnya. Kesempatan baik diperolehinya apabila suaminya, Bakri, mendapat tawaran mengajar di luar negara. Ketika perkara itu diketahui Aishah, Khatijah bersama suami dan Ayang sudahpun berlepas ke luar negara.
Mulai hari itu, Aisyah hidup dalam kesedihan akibat kehilangan anak bongsunya itu. Suaminya, Halim, telah mengambil keputusan untuk membawa keluarganya berpindah dari kampung tersebut demi masa depan yang lebih baik. Dia mahu membuktikan pada Saodah bahawa anak kampung sepertinya juga mampu berjaya dan yang paling penting sekali, dia mahu menjauhkan Aishah dari ibunya yang terus-terusan menghina dan menekan hidup Aishah.
Setelah 10 tahun, Khatijah, Bakri dan Ayang Mastura kembali ke tanah air. Berita itu sampai ke pengetahuan Aishah. Dia dan Halim pergi ke rumah Saodah untuk menjenguk Ayang Mastura yang sudah berusia 10 tahun itu. Namun, Saodah mengusir mereka dari situ. Pelbagai kata-kata menyakitkan dilemparkan oleh Saodah. Aisyah berasa teramat sedih dan hina sekali dengan keadaan itu. Halim merasakan yang kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Dia telah membuat keputusan untuk menuntut hak penjagaan Ayang Mastura. Berjayakah Aishah dan Halim mendapatkan anak mereka? Apakah yang bakal dilakukan oleh Saodah dan Khatijah untuk menggagalkan usaha Aishah dan Halim?
Last edited by beta_carotene on 5-1-2013 04:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ada zul lagi????????
bestnyaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
siapa ada nonton epi 1? mengundang tangis katanye? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tayang ke??? kul 4pm tuh ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
eddlisa_uyuk posted on 4-1-2013 09:23 PM
dah tayang ke??? kul 4pm tuh ke???
aah.. tp iols donlod jer from blog kepala bergetar..
boleh tahanlah.. 2 first epi still slow.. watak mak engku sebijik mcm cerita saerah..
norkhiriah mcm biasa.. superb acting..
tp ada sorang pelakon baru yg menarik perhatianku.. tengku hanis.. iols tgk poster ingatkan dia watak protagonis.. sbb dia muda dan lawa..
rupanya dia watak antagoonis.. lakonan dia pun boleh tahan for a newcomer..
|
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 4-1-2013 11:20 PM
aah.. tp iols donlod jer from blog kepala bergetar..
boleh tahanlah.. 2 first epi still slow.. ...
awak edit laaa tajuk atas tuh with pukul berapa tayang semua
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnye citer ni... sehingga tension dibuatnye... superb acting!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Best citer dia sebab ade khiriah...jalan citer pon macam best gak... |
|
|
|
|
|
|
|
wan sharmila tuh mmg xleh buang style manja2 dia kan? suara dia kot..
walaupun dia try jadi serius dan jahat.. |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 mcm dh taknak folo..tp smbil buat kerja..layan jg..wpun tak tgk sgt, just dgr suara dari tv..
bagi inang cerita ni menarik terutama selepas aisyah melahirkan anak, dan serahkan anak tu kat Tijah...
lakonan budak2 pmpuan anak sulung aisyah tu pn bagus jg..mereka protes kerana aisyah serahkan
adik dorang kat maksu yg tak penah nak pandang pn muka anak2 sedara...
Zul dalam ni mmg suami yg sgt penyabar dan penyayang...suka tgk lakonan dia..
Nor Khiriah bg inang, dia mmg boleh bw pelbagai watak...watak aisyah ni 'makanan' dia jea la, inang
rasa lakonan dia dalam Keranamu Saerah lg mencabar kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
InangPutri posted on 10-1-2013 03:51 PM
mula2 mcm dh taknak folo..tp smbil buat kerja..layan jg..wpun tak tgk sgt, just dgr suara dari tv..
...
mcm xlogik ada laki mcm zul tu kat ceruk2 kg kan.. aku rasa better dia amik pelakon yang less pan-asian looking..
kalu si bakri tu jd suami aishah pun ok jgk..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|