CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10088|Reply: 26

50 Nasihat Luqman Al Hakim kpd Anaknya

[Copy link]
Post time 17-12-2012 10:39 AM | Show all posts |Read mode
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan menasihati anaknya:

.

1.  “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”

2.  “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”

3.  “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

4.  “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”

5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

6.  “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”

7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”

8.  “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

9.   “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”

10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”

11.  “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

12.  “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

13.  “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

14.  “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

15.  “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakanhartamu.”

16.  “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”

17.  “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

18.  “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”

19.  “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

21.  “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”

22.  “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”

24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”

25.  “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada  anjing sahaja.”

27.  “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”

29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”

30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”

31.  “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”

33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”

34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”

35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”

36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”

37.  “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”

38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”

40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”

41.  “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?”

43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”

44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”

45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”

46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”

47.  “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”

48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”

49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.”

50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikirdan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/ ... -anaknya/#more-5388
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2012 09:16 PM | Show all posts
terima kasih.. byk info berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 09:55 PM | Show all posts
Luqman Hakim dalam  Quran ni adalah seorang carpenter , kan?

tapi siape ye beliau selain dari identiti pekerjaannya  sebab  individu individu yg dihighlight Allah dalam Quran tu  mempunyai  nilai kredibiliti akhlak dan taqwa yg wow gitu ... ...amazing this individual bernama Luqman Hakim ni


lagi satu how to eunciate  this name secara betulnya ikut mahkraj Bahasa arab?

ada yg mengkaji ke ? Last edited by mbhcsf on 28-12-2012 09:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 03:17 PM | Show all posts
Tq for sharing ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 11:11 AM | Show all posts
TQ.. Bagusnya nasihat2 beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
syukur kpdNya krn terdapat hambaNya yg sudi mengingatkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2017 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 28-12-2012 09:55 PM
Luqman Hakim dalam  Quran ni adalah seorang carpenter , kan?

tapi siape ye beliau selain dari ide ...

Smlm kat big bad wolf terjumpa satu buku mengenai Luqmanul Hakim kat tepi dinding.
Berjam gak la terpaku sambil menyelak buku ni.
And lastly aku pun beli.. 20hinggit jer..

Yg buat aku terpersona dan tak berganjak ialah fakta dan kajian dia yg mengatakan luqman sbnrnya adalah seorg ahli falsafah berbangsa greek yg bernama Socrates.

Aku agak terpikat sbb dah lama sbnrnya aku cari2 bahan yg mengaitkan teori bahawa bukan semua nama2 yg di sebut dlm al quran adalah nama yg sebenar..

Susah beb nk cari sbb sesetengah ulama yg bersikap memencilkan fakta sebegini kerana gagal mengaitkan sejarah yg diceritakan dlm quran dgn mana satu sejarahnya yg sbnr di alam nyata ini...


Tu belum lg kisah zulqarnain, sbb langsung tak ade raja atau individu bernama zulqarnain di dlm sejarah peradaban dunia seperti yg disebut dlm quran yg memiliki kerajaan timur dan barat dan prnah pergi ke tempat terbitnya dan tengelamnya matahari..
Tapi bila ada cendikiawan yg mengkaji bahawa zulqarnain itu adalah raja Cyrus ramai pulak yg x setuju.


So betul la hipotesis sesetengah ulama yg lebih cenderung mengatakan tak semua nama2 nabi yg diceritakan dlm quran adalah nama sbnr mereka.. seperti abraham, david, jonah, moses, daniel, samuel dll... terutama nabi2 yg berbangsa eropah ni...

Aku menganggap semua tu rahsia Allah kenapa Dia menyebut King Cyrus sbg Zulqarnain, Socrates sbg Luqman alhaqim, Jesus sbg Isa, dlll...


P/s : Baru habis baca bab 1. Giler best..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by system_failure at 15-12-2017 10:24 PM

Buku ni tebal giler, mungkin seminggu baru habis baca kot... sambil2 menCari thread pasal Luqmanul Hakim.. jumpe gak akhirnya..
Ade satu lg buku ensiklopedia pasal ww2 dan nasional sosialis jerman.. tp terpakse aku postpone dulu.. wpun sbnrnya nk baca yg tu dulu. Tp yg ni lagi best..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 15-12-2017 10:21 PM
Buku ni tebal giler, mungkin seminggu baru habis baca kot... sambil2 menCari thread pasal Luqmanul H ...

Ape tajuk buku..sounds interesting
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 10:46 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 26-12-2017 10:56 PM

hmm, memaknakan hikmah , wisdom / kebijaksanaan ' pada perkataan  Hakim' pada intipati surah ini kepada  warga Adam or Hawa ,  satu cabaran  bukan?

just satu lontaran pertanyaan.

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 26-12-2017 10:46 PM
hmm, memaknakan hikmah , wisdom / kebijaksanaan ' pada perkataan  Hakim' pada intipati surah ini kep ...


Yep... same goes to nabi zulkifli.
Aku trtarik sgt pd rasul allah yg satu ni.. Malangnya bahan mengenai dia x berapa byk.. Mengapa allah menceritakan mengenai baginda with less info.. and not even mentioning his real name.. I take it as a clue to something..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
@belon

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
          .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
              .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 10:58 AM | Show all posts
system_failure replied at 10-1-2018 12:32 PM
Yep... same goes to nabi zulkifli.
Aku trtarik sgt pd rasul allah yg satu ni.. Malangnya bahan  ...

Al-Quran adalah kitab agama yang memberi petunjuk, bukan buku sejarah profile, atau buku sains. Namun diberi petunjuk tentang segala sesuatu mencakupi segala arah. Apa yang saya faham tentang nabi zulkifli dimana dia adalah seorang rasul.  Mesej yang nak disampaikan jadilah kamu seperti dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 11:12 AM | Show all posts
system_failure replied at 15-12-2017 10:16 PM
Smlm kat big bad wolf terjumpa satu buku mengenai Luqmanul Hakim kat tepi dinding.
Berjam gak la ...
Tu belum lg kisah zulqarnain, sbb langsung tak ade raja atau individu bernama zulqarnain di dlm sejarah peradaban dunia seperti yg disebut dlm quran yg memiliki kerajaan timur dan barat dan prnah pergi ke tempat terbitnya dan tengelamnya matahari..
Tapi bila ada cendikiawan yg mengkaji bahawa zulqarnain itu adalah raja Cyrus ramai pulak yg x setuju.
Apa yang diberitahu dalam Al-Quran itulah yang tepat dan accurate, namun ada versi cerita dari israil atau nasrani sebagai contoh Alexander The Graet versi nasrani, Dalam Quran dia adalah Iskandar Zulkarnain, Kisah Ashabul kahfi, Lukmanul hakim dan sebagainya. Namu apa yang dari sumber oleh Al-Quran dan Nabi Muhammad adalah yang paling tepat.

Sebagai contohlah...
Kisah Hang-tuah zaman dahulu.. kisah sebenarnya ada tetapi kisah itu telah ditelan zaman, apa yang sampai kepada kita sekarang ini bercampur baur dengan tambah tokok dari mulut ke mulut. Jadi cerita lagenda tersebut sudah rusak dan tidak diketahui part mana yang betul dan tambah tokok.

Jadi Al-Quran menceritakan kisah yang fresh tidak bercampur perkataan tambah2


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2018 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 26-1-2018 11:12 AM
Apa yang diberitahu dalam Al-Quran itulah yang tepat dan accurate, namun ada versi cerita dari isr ...

If you know the stories accurately, kindly share with me who is zulqarnain in our real history?

I dont want a profile. Everybody knew his profiles.. Dia adalah seorg raja yg memiliki kerajaan terluas merentangi timur ke barat. Seorg yg taat pd ajaran tauhid iaitu tuhan itu satu dan agamanya diturunkan dari langit.

Hang kata kisah dia dah diceritakan secara accurate dlm quran, so boleh brthu saya siapakah individu ini yg sbnrnya?
Siapakah namanya, memerintah dari kurun berapa ke berapa, nama kerajaannya, segala detail lengkap mengenai dia. Boleh?

Bagi juga biodata lengkap siapakah dia insan yg mendapat gelaran Luqmanul Haqim pulak.. Boleh?


Dan mengenai nabi zulkifli, nabi idris dan beberapa rasul lagi..
Aku berani bet kalau hangpa pi tanya sesiapa je yg hang jumpa even bertitle ustad sekalipun, cuba tanya pd dia.. adakah kesemua nama2 rasul yg diceritakan dlm quran itu adakah namanya yg sebenar?

99% akan kata yer....
Sebabnya diaorg pun sama pemikiran mcm hang. Hanya tau membaca je. Tapi xnk mengkaji. Apa yg tertulis tu adalah accurate. Tapi hangpa lupa kpd makna kiasan, memuliakan seseorg dgn mengganti namanya kpd sesuatu gelaran yg indah dan read between the lines.

Bila ada org yg mengkaji mcm buku luqman al haqim kat atas tuh terus dilabelnya itu dan ini..

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2018 11:43 PM | Show all posts
system_failure replied at 28-1-2018 10:50 AM
If you know the stories accurately, kindly share with me who is zulqarnain in our real history?

...

Salam sedara,
Kalu jumpa buku...
Zulqarnain adalah Solomon Ben David pbut
Sedara beli tak?


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain replied at 31-1-2018 11:43 PM
Salam sedara,
Kalu jumpa buku...
Zulqarnain adalah Solomon Ben David pbut

Wsalam sedare...

Kalo ade buku "al mahadi adalah najib si kepit telur" pun aku pasti akan beli...

Itu yg membezakan org yg byk membaca dgn org yg byk mereject idea kajian org lain atau sekadar jugde the books by its cover...

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 11:15 AM | Show all posts
system_failure replied at 28-1-2018 10:50 AM
If you know the stories accurately, kindly share with me who is zulqarnain in our real history?

...

Baguslah hang suka mengkaji, memang orang yang suka mengkaji ini sangat bagus..sebab mahu menggunakan akal fikiran. Tahniah

Ok sepanjang pengkajian engkau tu... apa kesimpulan yang engkau dapat?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.309748 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list