View: 2416|Reply: 0
|
Hantar karya anda b'peluang m'yertai Kem Fotografi Belia Fujifilm
[Copy link]
|
|
http://www.facebook.com/events/199584733514548/
Panggilan untuk semua jurugambar muda di Malaysia!
Anda berpeluang untuk dipilih menjadi salah seorang peserta Kem Fotografi Belia Fujifilm. Peserta untuk kem ini terhad kepada 15 pelajar terpilih sahaja.
Atas tanggungjawab korporat FUJIFILM untuk membangunkan dan mengasuh budaya fotografi dikalangan pemuda Malaysia, FUJIFILM Malaysia mengumumkan acara terbaharu- Kem Fotografi Belia Fujifilm@Pulau Pangkor yang diadakan pada 27-29 Mac 2013.
Salah satu aktiviti sumbangan, FUJIFILM akan meneruskan penajaan bengkel fotografi belia dimana para pelajar sekolah diberi dedahan mengenai kemahiran basis fotografi dan kreativiti seni. Bengkel ini dikendalikan di sekolah terpilih di beberapa tempat di Malaysia.
Undangan Kem Fotografi Belia Fujifilm@Pulau Pangkor dibuka secara percuma kepada pemuda Malaysia dari umur 13 hingga 19 tahun. Kem termasuk lawatan di Pulau Pangkor dan bengkel fotografi oleh Kim Teoh dan Jessica Chan serta pengangkutan dan makanan.
Bagaimana untuk terpilih?
Pelajar yang layak memohon berumur 13-19 tahun
Pemohon mesti menghantar 5 keping gambar terbaik mereka dalam bentuk ‘soft copy’ CD atau menerusi emel kepada kami.
Gambar mestilah berdasarkan topik “Kehidupan”
Imej yang dihantar hendaklah berbentuk JPEG dengan resolusi 300dpi, size tidak melebihi daripada 2MB.
Hantarkan gambar dalam CD kepada:
Undangan Kem Fotografi Belia FUJIFILM @ Pulau Pangkor
PCP Publications,
154-4-1, Kompleks Maluri,
Jalan Jejaka, Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.
(Emelkan kepada [email protected])
Pemohon perlu menyediakan data peribadi mereka seperti berikut:
• Nama seperti dalam kad pengenalan
• No kad pengenalan
• Nama dan no telefon ibubapa / penjaga
• Alamat rumah
• Nama sekolah
• No Telefon
• Alamat emel
Pemohonan 15 terbaik akan dipilih untuk menyertai kem ini.
Tarikh tutup adalah 28 Februari 2013
Untuk pertanyaan, emel kepada [email protected] / telefon 03-92818039/016-7151713
http://www.facebook.com/majalahFotografika Last edited by moonn on 7-2-2013 05:46 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|