CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9712|Reply: 32

NOVEL: AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA

[Copy link]
Post time 13-5-2013 01:25 PM | Show all posts |Read mode
selamat sejahtera semua pembaca novel kat sini, saya nak upload novel saya ni. Diharap anda semua terhibur dan dapat memberikan sedikit sebanyak komen kepada novel hasil karya saya ni. Apa-apa pun, kita mulakan dengan sinopsisnya dulu ya.....


Ringkasan/Sinopsis:

      Alasan‘Awak  Terlalu Baik  Untuk  Saya’,  satu  alasan yang  agak popular  dan  selalu digunakan  di  kalangan   muda-mudi  tidak  kira perempuan  mahu  pun  juga  lelaki  untuk menolak  cinta  seseorang atau  pun  meninggalkan  kekasih  mereka.  

Adakah  benar  mereka tidak   mahu  pasangan  yang  baik  buat  diri  mereka?  Adakah seseorang  itu  perlu  menjadi  jahat  supaya  diterima  cinta mereka? Hanya  mereka  yang  memberi  alasan  tersebut  sahaja  yang tahu.

      Novel ini   mengisahkan  seorang  gadis  yang  bernama  Aina  yang  telah ditinggalkan oleh   kekasihnya  dengan  memberikan   satu   alasan yang  berbunyi   ‘Awak   Terlalu   Baik  Untuk  Saya’.  Alasan itu  membuatkan  fikirannya  timbul  bermacam-macam  pertanyaan serta  seribu  satu  persoalan.

Johar,  seorang  jejaka  yang datang  dari  keluarga  yang  agak  berada  tetapi  agak  sederhana sahaja  rupa  parasnya   juga   sering  menjadi  mangsa  ditolak cinta  oleh gadis-gadis  yang  ingin  didekatinya  dengan  alasan yang sama  juga. Pertemuan di  antara  mereka  berdua  pada  suatu hari  telah  membuahkan  satu  persahabatan yang erat di antaramereka  berdua  lebih-lebih  lagi  mereka berdua  pernah  merasai pengalaman  ditolak  cinta  dengan  alasan  yang  sama  iaitu ‘AwakTerlalu Baik Untuk Saya’.

    Sejauh manakah  Aina  & Johar dapat  mencari  erti &  memahami maksud  yang  tersirat di  sebalik   ayat   hikmat   tersebut   yang  menjadi   igauan  dan   mempengaruhi  kehidupan mereka  berdua? Serta  berjayakah   mereka   berdua   menemui  cinta   sejati  yang  menjadi dambaan  mereka  selama  ini……?!

Last edited by RED 666 on 16-5-2013 08:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2013 01:29 PM | Show all posts
okeh, selepas membaca sinopsisnya, bacalah pulak ceritanya ya..... kita mulakan dengan bab yang pertama..... bab yang akan memperkenalkan dengan watak heroin cerita ini iaitu Aina.



BAB 1

      “Awak terlalu baik untuk saya….,”

      Kedengaran   seorang   lelaki   telah   mengucapkan   ayat   tersebut   kepada kekasihnya ketika  kedua-dua  mereka  sedang  berbual-bual  di  bawah  sebuah  pokok  besar  tepi  tasik bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Berbual sambil menikmati keindahan tasik tersebut.

       “Razzi, apa  yang  awak cakapkan  ni, saya  benar-benar  tak  faham?,” tanya gadis yang menjadi kekasih kepada lelaki bernama Razzi itu.
       “Aina….,”
       Kedengaran sebak dan tersekat-sekat suara  Razzi ketika menyebut nama kekasihnya itu.
      “Kenapa ni  Razzi, apa  yang  awak  nak  cakap  sebenarnya?,” tanya Aina kepada Razzi. Kata-kata Razzi tadi membuat dirinya  berasa benar-benar bingung dan pelik,  kenapa tiba-tiba sahaja teman lelakinya itu berkata sedemikian?

       “Saya  rasa sampai di  sini sahajalah  perhubungan kita.  Apa-apa pun saya tak sanggup tengok  awak  sedih  sebab  awak  terlalu  baik  untuk  saya.  Awak  carilah  lelaki  lain  yang lebih  baik daripada saya,”  jawab Razzi kepada Aina.

       “Awak….  apa awak cakap ni…. saya tak faham langsunglah dengan awak ni?!,”  tanya Aina yang nampak kehairanan.
       Rasa  hairan  dan   bingung  Aina  semakin  bertambah-tambah  apabila  mendengarkan kata-kata  Razzi  itu  tadi. Seribu  satu   persoalan  pasti  hinggap  di  fikiran Aina  ketika  ini. Apa  yang membuatkan Razzi  tiba-tiba  melafazkan kata-kata  yang bukan-bukan kepada Aina?  Kata-kata yang agak abstrak dan sukar difahami maksudnya.

      “Apa salah  saya  yang  membuatkan  awak  tiba-tiba  cakap  macam ni?  Kalau saya  ada buat  apa-apa  salah   dan   silap  kepada  awak,  saya  mohon  awak  maafkan  saya  dari hujung rambut sampai ke hujung kaki,”  Aina memohon kemaafan daripada Razzi.

       “Awak  tak  salah  apa-apa  pun, Aina.  Sikit   pun  awak  tak  pernah  sakitkan  hati  saya  dan   buat  jahat  kat  saya.   Awak  mungkin  ada  nakal-nakal   dan  usik-usik  saya  sebelum ini, tapi  saya  tak  pernah ambil  hati  serta  rasa sakit  hati dengan perbuatan awak  itu. Saya  anggap   semua  itu   cuma  gurauan  semata-mata,  untuk  mengeratkan  lagi  hubungan  kita  berdua,”  jelas Razzi  kepada Aina dengan bersungguh-sungguh.

      “Dah  tu  kenapa  awak  tiba-tiba  saja  nak  putuskan  hubungan  kita  ini? Lebih  kurang  tiga  tahun   kita   bahagia   bersama  selama   ini.  Sampai   hati   awak   buat   saya   macam    ini,   biarkan   saya    terkontang-kanting   keseorangan  ditinggalkan   awak   begitu   sahaja!  Awak  memang   kejam   Razzi!   Awak   memang   pentingkan   diri   awak   sendiri   saja!,”  bentak    Aina    menyuarakan    ketidakpuasan   hatinya    kepada   Razzi.    Kata-kata   dan    perbuatan  Razzi  tersebut  benar-benar menyakitkan hatinya.

       Sejurus  saja  dimarahi  Aina,  Razzi  pun  memegang  erat  kedua   belah  tangan   Aina, barangkali untuk memujuk Aina yang sedang dalam kemarahan itu.

        “Saya  memang  sayangkan  awak,  sangat sayang kepada awak,   bahagia bersama awak selama ini. Setelah sekian lama bersama awak, saya rasakan diri   saya  begitu   kecil,  rendah diri   di  mata  awak,  sebab  awak  terlalu  baik   kalau   nak  dibandingkan  dengan  saya  ini. Saya   rasa  benar-benar   tak   layak  berada  di  samping awak,   awak  lebih   layak  bersama dengan  seorang   lelaki  yang  baik,  jauh   lebih   baik   daripada  diri   saya   yang   hina  ini. Awak  lupakanlah  saya,  carilah  lelaki   lain  yang   lebih  baik  daripada  saya dan   mampu membahagiakan diri awak selama-lamanya.,” Razzi memberikan penjelasannya kepada Aina.

      Aina  yang  mendengar  penjelasan Razzi  tersebut,  tergamam  dan   kelu   tidak  berkata, barangkali  penjelasan   yang   diberikan   Razzi  tersebut    membuatkannya   berasa   terharu. Adakah  Aina  masih  marahkan Razzi?  Cuma  hatinya  saja  yang tahu.

         “ Selamat tinggal Aina, jaga diri baik-baik,”
         Razzi melafazkan  kata-kata  tersebut   dengan  suaranya  yang   agak  sebak  dan  sedih sambil  melepaskan  lembut tangan Aina  yang  dipegang  eratnya  tadi.  Matanya    kelihatan basah   berlinangan  air  mata  disebabkan   rasa  sedih   yang  amat  sangat. Sedangkan  Aina pula kelihatan terpancar seribu satu kehairanan & kebingungan  di wajahnya ketika itu.

       “Saya dah nak balik ke rumah ni. Kena balik cepat sebab ada kerja pejabat nak dibuat di rumah. Terpaksa bawa balik ke rumah sebab tak sempat nak habiskan lagi  pun  bos saya  nak segera  kerja tu, dah  buat  overtime  pun  masih   tak  sempat  nak  habiskan.  Tadi  kita datang  bersama  naik   kereta  saya,  biar  saya  hantar  awak  pulang  ke  rumah  ya,”  Razzi menawarkan diri untuk menghantar Aina pulang ke rumah dengan menaiki keretanya.

      “Tak apa,  awak baliklah seorang.  Saya boleh naik teksi  je. Tak payah nak  susahkan diri hantar saya balik rumah,” Aina menolak  pelawaan Razzi itu, dengan nada yang  agak  kasar. Nampaknya Aina memang masih marahkan Razzi disebabkan kejadian itu tadi.

        Sejurus sahaja menawarkan diri untuk menumpangkan Aina dan ditolak mentah-mentah, Razzi   pun   berlalu   pergi  dengan  terus   sahaja   menaiki   keretanya  yang   diletakkan  di tempat   letak   kereta    yang   berhampiran  dalam   keadaan   bermuka  sedih   dan   tergesa-gesa meninggalkan Aina keseorangan. Aina  ketika  itu  diam  terpaku  dan   membisu  seribu bahasa, terkejut  serta  terpinga-pinga   akibat  penangan  ayat   misteri   yang    menimbulkan seribu  satu  tanda  tanya berbunyi ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’ itu.  

       Apakah  maksud  yang  tersirat  di  ayat  misteri itu? Mungkin  hanya  Razzi  sahaja  yang  tahu.  Razzi   yang  memecut  laju  keretanya  meninggalkan   tepi   tasik  itu  yang   mungkin menjadi  tempat  pertemuan  terakhirnya  dengan Aina mula menjauh dan tidak kelihatan lagi  di situ,  jauh  dari  pandangan  mata  Aina. Aina  pula  masih  berdiri  keseorangan di  bawah pokok besar di tepi tasik  tersebut yang menjadi saksi pertemuan terakhir mereka berdua tadi.

        Kelihatan  air   mata  mula  membasahi  kelopak  mata  Aina  sedikit   demi  sedikit  dan kemudian mula bertakung dengan  banyak  sekali  sehingga  mula  membasahi  pipinya. Aina berasa  amat  sedih  sekali  dengan  kejadian  yang  menimpanya  sebentar  saja  tadi. Hatinya  berasa  amat  pilu  dan   sakit   sekali   bagaikan  dihiris  sembilu  akibat   ditinggalkan  begitu  sahaja  oleh  Razzi,  jejaka yang telah bertakhta dihatinya selama ini.

       Selama  lebih   kurang  tiga   tahun   mereka   berdua   menyulam   cinta  sejak  di  zaman universiti  sampailah  di zaman bekerja   sekarang   ini.  Bersama- sama   membina   mahligai cinta  yang  tersergam  megah   dan  indah.  Mahligai  cinta  yang  megah  berdiri  kukuh dan tidak akan runtuh dengan begitu mudah sekali.

       Tetapi  hari  ini,  tidak  sampai  satu  jam  pun   pertemuan  terakhir  mereka di  tepi  tasik itu  tadi,  menghancurkan  terus   mahligai   cinta  yang  dibina  teguh  selama  ini  begitu sahaja.  Mahligai  cinta yang kukuh  lagi  teguh  itu  hancur  berkecai begitu  sahaja  bagaikan dihentam  ombak   tsunami  akibat    penangan  daripada   satu  mantera   hikmat   lagi  sakti yang  berbunyi………      

         “AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”

        Kata-kata hikmat Razzi tersebut terus  bermain dan  terngiang-terngiang di dalam fikiran Aina dan membuatkan hatinya cukup tidak tenteram sekali.
   
        “AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”        
  
         “AWAK  TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”

        “AAARRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!,”

       Aina menjerit di dalam  hatinya akibat  fikirannya diganggu  oleh  kata-kata hikmat Razzi itu. Mahu saja dia  bertempik  menjerit sekuat hati  untuk  melepaskan  segala  kemarahannya yang  terpendam  itu,  supaya lega rasa  hatinya daripada  rasa sakit  menahan   sembilu  yang  dilepaskan oleh Razzi sehingga  mencucuk  dalam  sampai pedih  hatinya. Walaupun  dengan  sedaya  upayanya   cuba   menahan  kesakitan  di  hatinya  itu,  akhirnya   Aina  tidak  dapat  menanggung dan menahannya lagi.

         “RAAAAAZZZZZIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!   AKU BENCI KAU!!!!!!!!!!!!!!!,"

       Tiba-tiba  sahaja   kedengaran  tempikan  kuat  daripada Aina, tanpa  rasa  malu  menjerit berseorangan memarahi Razzi yang sudah tiada bersamanya lagi di tepi tasik itu dengan serta merta   tanpa  disedari  oleh  dirinya  sendiri.   Nampaknya,  kelakuannya  itu  tadi  adalah  di  luar kawalan dirinya sendiri akibat dikuasai perasaan marah yang menghantui dirinya.
Last edited by RED 666 on 14-5-2013 03:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2013 01:30 PM | Show all posts
baca bab yang seterusnya pula untuk mengetahui kisah selanjutnya.....

BAB 2

       “Fuhhh…. lega rasanya hati,” Aina berkata sendirian di dalam hatinya.
       Sungguh lega rasa dihatinya setelah meluahkan  semua kemarahannya terhadap Razzi itu. Dilepaskannya segala perasaan marah, kecewa  dan  sedih terhadap Razzi, lelaki yang amat menjadi pujaan hatinya selama ini.  Tiba-tiba  muka  Aina merah padam…… rasa malu  tiba-tiba muncul di dirinya.

        “Alamak,  ada orang nampak aku terpekik terlolong macam hantu pontianak kat tepi tasik ni  tak?  Malu  besar aku  kalau  ada orang  nampak, silap-silap orang lain ingat aku  ni orang gila nanti,”  bisik Aina dihatinya.   

        Aina  pun  memerhatikan  keadaan  sekelilingnya. Dilihatnya…. tiada  orang  ramai yang berhampiran dengan dirinya. Kalau ada  pun sangat berjauhan di kawasan seberang tasik dan disudut yang lain sana, semuanya sibuk dengan hal masing-masing.

      Muda-mudi yang datangberpasangan  semua  sibuk  dengan  pasangan  masing-masing.  Golongan  berkeluarga  pula   sibuk  melayan  telatah  comel  anak-anak  mereka  bermain  di sana.

      Ada  juga  yang  datang  secara  berseorangan  atau  berkumpulan bersama  dengan  kawan-kawan, dengan  tujuan  untuk  beriadah, berjoging,  melepak dan  juga  termenung sambil memerhatikan keindahan  tasik  itu.

          “Fuhhh, nasib baik…,”  Aina berkata sendirian.
          Nasib  baik  tidak  ada  orang di kawasan  di  tepi  tasik  tempat  pertemuan  terakhir Aina dan Razzi  tersebut. Sekiranya ada, sudah  tentu  Aina  akan  disangka  gila  dan diketawakan orang  ramai  di  sekeliling beramai-ramai.

Bukan  itu  saja,  boleh   jadi  juga mungkin  akan  ditahan  polis   atas   alasan   mengganggu  ketenteraman  awam  malah  
juga mungkin  akan dihantar terus ke  hospital  sakit  jiwa dan dianggap  sebagai pesakit mental.

       Aina  pun  lantas  beredar  pergi  dari  tepi  tasik  itu  untuk  balik   ke  rumah sewanya demi  untuk   menenangkan   fikirannya  yang   sedang   bercelaru  dan   tidak   tenteram  itu.  Juga  untuk  memikirkan    kenapa  dia  ditinggalkan  begitu  sahaja  oleh  Razzi  serta  maksud  tersirat  ayat hikmat Razzi itu.

        Sebelum  pulang  ke  rumahnya, Aina  pun  berhenti  seketika  di  sebuah   gerai  menjual minuman  dan   makanan   ringan   di   kawasan   yang   berdekatan   dengan  tasik   tersebut, mungkin untuk  membeli sedikit makanan ringan bagi mengalas perutnya.

        “Akak, kira semua ni,” Aina membuat pembayaran untuk beberapa pek makanan ringan yang  dibelinya  kepada  jurujual  di  gerai  tersebut. Kelihatan  lebih  kurang  dua puluh  pek makanan  ringan  bersaiz   besar  yang  dibelinya! Nampak  banyak. Mungkin Aina  membeli makanan ringan saiz besar sebanyak itu untuk dimakan bersama dengan rakan-rakan serumah di rumah sewanya.

      “Banyaknya  beli  dik,  nak   buat   parti  ke  beli  banyak-banyak  makanan  ringan  saiz besar  ni?,”  tanya  penjual  di  gerai  tersebut, dengan  tujuan saja-saja untuk beramah  mesra dengan  pelanggannya.

        “Nak  makan semuanya sekalilah! Makan seorang diri! Sibuk  betul lah  akak ni  tanya! Suka hati  oranglah nak  buat apa pun,”  jawab  Aina  dengan  marah sekali, mungkin  kerana masih dipengaruhi oleh kemarahannya terhadap Razzi itu.   Marahkan orang  lain,  orang lain yang  terkena tempiasnya.  Kasihan akak penjual gerai itu dimarahi oleh  Aina begitu  sahaja.

        “Akak  minta  maaf   sebab  tanya  adik  macam tu,”  penjual  di  gerai tersebut meminta  maaf   atas  pertanyaannya  yang   menimbulkan  kemarahan  Aina  tadi.   Tetapi   sebaliknya  
Aina   pula   memalingkan   muka   dari   kedai   tersebut,  buat-buat   tak  dengar   sahaja permohonan  maaf  penjual  di  gerai  itu  dan  terus  sahaja  menuju  ke  perhentian  bas yang berdekatan   untuk  mendapatkan  teksi  atau  bas  dan  terus  pulang   ke  rumahnya.  Nampak biadab sekali perbuatan Aina itu.

       Setelah  sampai   di   perhentian   bas  yang  terletak  di   hadapan  sebuah  sekolah  yang agak  berdekatan  dengan  Taman Tasik Titiwangsa itu,   Aina  pun  duduk untuk  menunggu bas atau teksi sambil menikmati makanan ringan yang dibelinya tadi.

        “Nyum,  nyum, sedapnya,  hilang  sikit  rasa marah  aku  bila  makan  benda  ni.,”  Aina sedang  seronok  menikmati  makanannya  serta  berkata  sendirian  di dalam  hatinya. Tanpa  disedari,  sudah  30  minit  berlalu   begitu  sahaja  semata-mata  hanya   untuk  menunggu bas atau teksi.  Tiada langsung bas atau teksi yang lalu sepanjang penantian Aina di situ.

        Lebih kurang hampir satu jam sudah pun berlalu pergi.  Masih tiada teksi atau bas  yang tiba di perhentian itu.  Aina masih duduk menunggu begitu sahaja sambil menikmati  juadah ringan yang dibelinya tadi.  Nampak khusyuk sekali Aina menikmati makanan ringannya itu tanpa  menghiraukan  orang  lain  dan  keadaan sekeliling.  Gelagatnya itu menjadi perhatian beberapa orang yang sedang menunggu bas atau teksi bersama-samanya disitu.

        “Apa tengok-tengok, sibuk je lah! Tak pernah tengok orang ke?,”
        Aina  yang  memang  masih sedang dalam  keadaan  marah itu menyergah beberapa orang yang sedang asyik  memerhatikan gelagatnya yang makan dengan agak  gelojoh  itu.  Setelah  dimarahi Aina,   beberapa  orang  yang  asyik  memerhatikan gelagat  Aina dari  tadi  itu  pun terus  memalingkan muka mereka daripada Aina  kerana malu akibat disergah dan  dimarahi oleh Aina begitu sahaja.

       Sedar  tak  sedar, lebih  kurang lapan  pek makanan ringan bersaiz besar  pelbagai perisa daripada  dua  puluh  pek  yang  dibelinya tadi  habis dimakannya begitu sahaja!  Banyaknya Aina makan. Adakah dia tak risau berat badannya naik mendadak?  Mungkin dengan makan sebegitu  banyak  itu  tadi  boleh  mengurangkan  tekanan  perasaan  yang  dialaminya akibat daripada perbuatan Razzi yang tidak berhati perut meninggalkannnya begitu saja itu.

       Kelihatan   sebuah  teksi   mula   menuju   ke   arah  perhentian  tersebut.  Sudah   sekian lama menunggu,  hari pun sudah jauh petang, sudah pun hampir maghrib,  akhirnya tiba juga teksi untuk dinaiki pulang ke rumah.  Dengan tidak berlengah-lengah lagi,  Aina  pun  segera menahan teksi tersebut secepat mungkin, takut  ada orang lain  yang akan menahan dan terus mengambil  teksi  tersebut.   Kelihatan  teksi  tersebut  tidak memberi lampu isyarat arah dan memperlahankan   kelajuannya  untuk   berhenti    mengambil  penumpang   walaupun   telah
ditahan oleh Aina.

        Rupa-rupanya,  teksi tersebut telah pun ada penumpang di dalamnya dan sedang menuju ke destinasi yang diarahkan oleh penumpang tersebut.

        “Geramnya!  Lambatlah lagi  aku nak balik macam ni!,” Aina  mendengus  bersendirian,
kerana  dirasakannya sudah terlalu  lewat untuk  pulang  ke rumah memandangkan  hari  pun sudah pun hampir senja.

       Kelihatan  sebuah  lagi  teksi  sedang  menuju   ke  arah   perhentian  tersebut. Aina  pun melambai dari jauh, mengharapkan teksi tersebut segera berhenti ke arahnya. Pemandu teksi tersebut  yang  terlihat isyarat  lambaian daripada  Aina itu terus  menyalakan  lampu  isyarat arahnya  serta  memperlahankan  teksinya  untuk  berhenti di  perhentian  itu dan mengambil Aina di sana.

       “Fuhhh,  nasib baik ada teksi.  Dapat juga aku pulang  ke rumah,”   kata Aina di hatinya. Tanpa berlengah  lagi, Aina  pun  terus  masuk  ke dalam teksi itu untuk pulang ke rumahnya Lega  rasanya  dapat  pulang  ke  rumah  setelah  kepenatan  di  luar sana tadi lebih-lebih lagi kerana   bergelut   menahan  tekanan   emosi  akibat  ditinggalkan  oleh   bekas  teman  lelaki kesayangannya sebelum ini, iaitu Razzi.

        Tidak    lama   kemudian,   Aina   pun   selamat  sampai    ke   rumah  sewanya.  Rumah tersebut  disewa   bersama  dua   orang   rakan  karibnya  iaitu  Ema  yang  dikenalinya  sejak di  zaman  sekolah   menengah  dan  Yati,   rakan   yang  dikenalinya  semasa   bersama-sama menuntut   di   universiti.  

      Setelah   membayar  duit  tambang  teksi,  Aina  pun  terus  meluru  masuk    ke    dalam   rumah   dalam    rumah   sewanya,   dan    terus   menuju   ke    biliknya tanpa  bertegur  sapa  dengan  Ema  dan  Yati   yang   sedang  berehat   menonton  televisyen di  ruang  tamu.  Cuma   beberapa   pek   makanan  ringan  yang   masih  tinggal  tadi  sahaja diletakkan di atas meja dapur.  

      “Hai  Aina,  dah   balik  dah   ke?  Biasa   kalau  keluar  dengan  pakwe  kau  si  Razzi  tu lewat malam jugalah kau baru balik,”   Ema menyapa Aina.

       “Betul  jugak  tu,  aku  tengok muka  kau sekarang ni  pun nampak muram je,  kau gaduh dengan  Razzi ke?,”  Yati  pula  bertanya   kepada  Aina.   Kedua-dua   mereka  berasa  hairan kerana  Aina  kebiasaannya  akan  balik  ke  rumah  pada  lebih   kurang  pukul  10.00  hingga 11.00  malam sekiranya  keluar  pada waktu  petang  bersama dengan  Razzi .

       Aina  pula diam membisu,  langsung  tidak  menjawab pertanyaan Ema dan Yati  itu dan terus  masuk  ke  biliknya.  Sementara  itu,   mata  Yati  pula  tertumpu  kepada  sesuatu  yang berada  di atas meja  di dapur rumah sewa mereka.  

         “Wooww!!!  Banyaknya   jajan  yang  kau  beli  ni,   kalau  aku  nak  ambil  satu  boleh? Bosan  jugak  tak  ada  benda  ringan  nak  makan  masa  tengah  syok   layan  cerita  kat  TV ni,” Yati  meminta  kebenaran kepada Aina untuk mengambil  satu  pek  makanan ringan saiz besar yang dibelinya untuk dimakan semasa menunggu teksi petang tadi.

       “Woooiiii!!! Tak boleh! Aku punya semua tu!,”  Aina  pun  memarahi Yati kerana mahu mengambil   makanan-makanan   ringannnya   itu   lalu  merampas  kesemuanya  sekali  dan kemudian   terus  membawa  semua   pek-pek   makanan   ringan  tersebut  masuk   ke  dalam biliknya. Pintu  bilik  tidurnya  dikunci  rapat.  Yati  pula  tergamam  dengan  tindakan  Aina  itu,  kelu  tidak  berkata  apa-apa.

       “Apasal kawan kita tu, ada masalah ke?,” Ema bertanya kepada Yati.

       “Mungkin juga, itu yang angin semacam je. Takutlah aku,” jawab Yati.

       Sementara itu,  Aina  pula  berkurung  sendirian  di dalam  bilik  tidurnya dan  berbaring di  atas  katilnya  sambil  termenung,   mungkin    juga    teringatkan   peristiwa   sedih   detik perpisahannya  dengan   Razzi   yang   baru   saja   berlaku  dan   masih   segar   diingatannya.

       Peristiwa  sedih   lagi   pilu  pada  waktu  petang   di   bawah   pokok  besar   yang  teduh  di  tepi  tasik  bertempat  di   Taman  Tasik  Titiwangsa  itu  tadi   telah  menjadi  memori  pahit di dalam ingatan Aina  yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.
Last edited by RED 666 on 14-5-2013 03:56 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2013 01:34 PM | Show all posts
oklah, kita ke bab yang ketiga pula, bab yang akan memperkenalkan kita kepada watak hero cerita ini iaitu Johar

BAB 3

      “RRRRIIIIIIIINNNNNNNNGGGGG!!!!!!!!!”

       Jam loceng begitu kuat kedengaran, dan menunjukkan waktu tepat pukul 11.00 pagi.

       “Johar! Bangunlah, dah pukul 11.00 ni!,” kedengaran seorang pemuda sedang mengejutkan rakannya yang masih lagi nyenyak tidur dan dibuai mimpi indah.

       “Arrrrrrghhhhhhh!!!!  Kacau betullah kau ni Mizi, aku tengah syok tidur ni kau kacaulah pulak! Dah lah, pergi main jauh-jauh,”  marah  Johar kepada Mizi, rakan serumah  yang  juga  kawan baiknya  kerana merasakan tidurnya telah diganggu.

         “Kau   lupa   ke   yang   kau   ada   dating   dengan   awek   yang   kau   berkenalan  kat internet  tu  tengah hari  ni?  Kau  jugak yang  suruh  aku  kejutkan dan  ingatkan  kau  selain  daripada  tolong  kuncikan  jam untuk  kau,”  Mizi mengingatkan Johar tentang temujanjinya dengan seorang gadis yang dikenalinya melalui sebuah laman sosial di internet.

        “Alamak!  Betullah, aku ada dating dengan Asma hari ni.  Terima kasih Mizi  ingatkan aku,”  Johar mula mengingati semula temujanjinya itu setelah diingatkan oleh Mizi.

       “Nampaknya  kena cepat  ni, dah  pukul  11.15  pagi  dah  ni,  aku  janji  nak jumpa dia pukul  12.00  tengah hari nanti,  kena bersiap cepat,  takut lambat lah pulak!,”   Johar  berkata kepada Mizi lalu bingkas bangun dari tempat tidurnya.

        “Okeylah, aku  pergi dulu.  Ada  overtime  kat  kilang  tempat  aku kerja hari ni,  banyak  kerja   nak    kena  selesaikan  sebab  klien   aku   nak   barang  dia  secepat  mungkin,   kalau boleh  hari  Rabu  minggu  ni.  Bestlah  kau  hari  ni  cuti,  bukan  setakat  boleh  rehat,  boleh  keluar   jumpa  dengan  awek   lagi,”  Mizi   berkata   sambil  mengusik  Johar.  Johar  yang  diusik  oleh  Mizi  itu  kelihatan  tersipu-sipu.

       “Alaaaaaaa,  kadang-kadang aku pun kena buat overtime  jugak.  Sama  je  sibuknya kita berdua  ni,  cari  makanlah  katakan,”  balas Johar kepada Mizi.

       “Okeh  geng,  aku  nak  mandi  ni,  kau  kunci rumah tu elok- elok,  takut  pencuri  masuk.  Waktu  pagi  nak  masuk  tengah  hari  pada  hari  Ahad ni,  biasanya   kat  kawasan  tempat tinggal  kita  ni  banyak  je  budak-budak  muda  samseng  melepak  tak  tentu  hala.  Kadang-kadang  masuk  rumah orang  lain sesuka  hati  pergi  curi  barang  lebih-lebih  lagi  bila nampak macam tak ada orang kat rumah. Banyak kali dah jadi kat kawasan kita ni, takutlah aku  kalau dia orang ni  tiba-tiba  je  nak  masuk  rumah  kita  pulak,” Johar  mengingatkan Mizi  sebelum masuk  ke  bilik mandi untuk bersiap.

        “Orait,  no  problem  punya.,” Mizi  memberi  jaminan  akan  menguncikan rumah sewa mereka berdua dengan baik sepemergiannya ke tempat kerjanya.

        Setelah berkata kepada Johar,  Mizi pun terus menaiki keretanya terus menuju ke tempat kerja. Kerjayanya sebagai jurutera di sebuah kilang komponen dan semi konduktor elektronik menuntut  banyak  komitmen   sehingga   kerap   kali   terpaksa   kerja   lebih   masa  untuk memastikan   segala   pengeluaran  produk   berjalan   lancar   dan   dapat  dihantar  ke  pihak pelanggan tepat pada masa yang dijanjikan.

        Sedangkan  Johar  pula  bekerja sebagai  seorang  pegawai di sebuah bank,  kadang-kala sahaja  perlu  ke  pejabat  untuk   memantau   dan   menyelesaikan  apa-apa   yang  patut. Cuma hanya  tidak  sesibuk  seperti tugas seorang  jurutera  kilang.  Biasanya  hanya  bekerja  mengikut hari bekerja  biasa  sahaja.  Tetapi  kadang  kala  perlu  balik  lewat  juga  bagi menyelesaikan apa sahaja kerja-kerja yang perlu disiapkan dengan segera.

        Mereka  berdua   berkawan   baik  sejak  di  zaman  sekolah  menengah berasrama penuh sehinggalah  ke  alam dewasa.  Mereka   tinggal   bersama-sama  di  rumah  sewa  sejak  mula   keluar  universiti  dan   bekerja  memandangkan   kampung   halaman  mereka   jauh   dari tempat  kerja  mereka sekarang ini.  Mereka  juga  belajar  di universiti yang sama tetapi  tidak  mengambil  kursus  yang  sama.  Johar  mengambil  jurusan  perakaunan dan Mizi  pula mengambil jurusan kejuruteraan elektronik.

       Johar  berasal daripada  keluarga  yang  agak  berada. Bapanya memiliki sebuah syarikat perhotelan  yang  agak  besar   dan   maju. Sebagai  bakal  pewaris  syarikat  bapanya,  Johar diarahkan  oleh  bapanya  untuk  bekerja  di  tempat  lain  demi  untuk  mematangkan dirinya dan  mencari pengalaman. Sementara  Mizi  pula  berasal dari  keluarga yang  sederhana saja. Bapanya cuma seorang askar berpangkat Pegawai Waran yang sudah pun pencen.

        Walau bagaimanapun,  semua  perbezaan ini  tidak menghalang keakraban perhubungan    mereka  berdua  sebagai  sahabat  baik,   lebih-lebih  lagi  Johar   adalah  seorang  yang  amat merendah  diri  dan  tidak  pernah   mengangkat serta  membesar-besarkan  statusnya sebagai anak  orang  kaya.  Johar  berkawan  baik dengan  sesiapa  sahaja  pun  tanpa  mengira status.

       Setelah selesai mandi dan mengelap badannya,  Johar pun terus  ke almari  bajunya bagi mencari baju  yang sesuai  dipakai  untuk  berjumpa Asma,  gadis yang  dikenalinya  melalui laman sosial di internet tersebut.

     “Dah  lapan  bulan  kita  berkawan  di  internet,  baru  sekarang dapat jumpa dengan kau, sudah  betul nak ajak kau ni keluar.  Dah  dapat jumpa dengan kau ni  kenalah pakai hensem-hensem dan berjenama sikit,  maklumlah nak keluar dengan awek cantik macam kau,” Johar berbisik dihatinya riang kegirangan sambil memilih pakaian yang sesuai.

       Rupa-rupanya  sudah  lapan bulan  Johar  berkawan dengan  Asma  di  internet.  Setelah  sekian lama  berkawan rapat  barulah berpeluang untuk keluar bersama.  Mungkin Asma  itu sering sibuk agaknya. Hari ini mungkin menjadi hari yang paling gembira buat Johar kerana dapat berjumpa dengan seorang gadis yang menjadi pujaan hatinya selama ini.

       Setelah menyarungkan pakaiannya, Johar pun mendandan rambutnya sekemas mungkin dan kemudian menyemburkan minyak wangi sehingga dirinya menjadi sewangi yang boleh. Selepas itu, Johar membelek-belek cermin buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari rumahnya untuk memastikan dirinya berada dalam keadaan sekacak yang mungkin.

        “Hmmmm,  dah  nampak  hensem aku ni,  boleh lah,”   Johar   memuji  dirinya  sendiri setelah berpuas hati dengan penampilannya sebelum keluar dari rumah.   

        Johar  pun   kemudiannya   membuka  kunci  rumah  dan   keluar  dari  rumahnya  serta menguncikan semula  rumah  sewanya  itu  sebaik  mungkin  sebelum masuk  ke  keretanya.  Dengan rasa  tidak  sabar  lagi,  Johar  pun  terus  memacu  laju  keretanya  untuk  segera  sampai  ke destinasi  yang  ingin  ditujuinya  iaitu  Menara  Kembar  Petronas  KLCC(Kuala Lumpur City Centre)  dan berjumpa dengan Asma di sana.

       Setelah sekian lama memandu, akhirnya Johar sampai juga di KLCC. Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah hari. Johar memang sempat sampai ke sana tepat pada masanya,  tidak  lambat  sedikit  pun.  Johar  pun  menuju  ke  lapangan air  pancut  yang  terletak  berhadapan  dengan  bangunan  Suria  KLCC,  pusat  membeli  belah  yang  berdekatan  dengan Menara Kembar  Petronas  KLCC  tersebut  untuk  bertemu  dengan  Asma  di sana seperti yang telah dijanjikan mereka bersama sebelum ini.

        Apabila  sampai   di   lapangan   air   pancut  tersebut,   Johar  pun  mencari-cari  Asma. Kelihatan    Asma    langsung    tiada   di   sana,   bayangnya   juga   tidak   kelihatan.  Walau bagaimanapun,  Johar   tetap  terus  mencari-cari dan  menjenguk-jenguk,  takut-takut  Asma   ada  di  sekitar  kawasan  tersebut  cuma  hanya  dilindungi  kelibatnya oleh orang ramai yang berada di situ.

       Setelah  sekian  lama  mencari dan  menunggu,  Asma  masih  juga  tidak kelihatan. Tak tahulah sama  ada dia terlambat, terlupa nak datang, buat-buat lupa nak datang tak pun malas nak datang langsung!

       “Mana  pulak  lah  minah ni,  janji  nak  jumpa tapi  tak  sampai-sampai pun lagi,”  keluh Johar atas kelewatan Asma itu.

       Jam di  tangannya  menunjukkan  pukul 12.30  tengah  hari, sudah setengah jam rupanya Johar  menunggu  Asma  yang  masih  tak  kunjung  tiba.  Johar sudah  tidak  sabar   lagi  lalu  mengambil telefon  bimbitnya lalu mendail nombor telefon bimbit Asma untuk menghubungi Asma. Setelah  mendail  nombor  Asma, tiba-tiba  kedengaran  suara operator yang berbunyi,

         “Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi,”

         “Minah ni  tutup  phone dia  ker?  Dah  cuba  call  tak  dapat  lah  pulak! Penatlah  pula tunggu dia ni, dahlah panas terik, duduk jelah kat mana-mana dulu,” dengus Johar.

        Akibat  kebosanan  menunggu Asma,  Johar  pun duduk  di  tempat duduk  di  kawasan yang agak teduh yang terdapat di  sekitar kawasan lapangan air pancut tersebut untuk berehat seketika. Tanpa  disedari  ketika  sedang  duduk  berehat tiba-tiba  matanya menjadi  berat  dan sedikit demi  sedikit  matanya   tertutup   rapat.  Rupa-rupanya  Johar   telah   pun  tertidur,  nyenyak tidur   dibuai  mimpi  disebabkan   keletihan  menunggu  Asma  lebih-lebih  lagi  cuaca  yang agak panas ketika ini.
Last edited by RED 666 on 14-5-2013 03:58 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2013 01:36 PM | Show all posts
bab seterusnya bagi pengenalan watak hero kita iaitu Johar....

BAB 4

        “Hai  Johar!,”   tiba-tiba   kedengaran   suara   seorang   gadis   sedang   menyapa  Johar yang sedang nyenyak tidur itu.
        
        “ Si…si…a…pa…?,”  Johar  yang  sedang  mengantuk  itu  mula  bangun  dan bersuara  lalu memandang ke arah gadis yang menyapanya sebentar tadi.
        
        “ASMA!!,”   Johar kelihatan terkejut melihat gadis tersebut,  lalu memanggil namanya.
        
        Rupanya   gadis   tersebut   adalah   Asma  yang  ditunggunya  sejak  sekian  lama  tadi. Johar    pun     melihat    jam    tangannya    untuk    melihat   waktu    sudah   pukul   berapa.  Kelihatan  jam  tangannya   menunjukkan waktu  pukul 1.40 petang.  Nampaknya  hampir  2  jam masa  berlalu menunggu Asma yang baru saja tiba itu.

       “Sorry Johar! I  lambat sikit, maafkan I ya,  kesian awak tunggu lama.,”  Asma memujuk Johar  dengan  nada  suara  yang  agak  manja.  Mana-mana lelaki  yang mendengarnya pasti berasa cair dan berdegup rasa hati.

        “ Tak apa, I  tak kisah,  awak  punya  pasal  tunggu berapa  lama pun  tak apa,”  jawab  Johar  yang  menyambut  dengan  hati  yang  terbuka  permohonan  maaf  Asma  itu.  Hatinya  yang   panas  berasa   marah   tadi  akibat  kelambatan  Asma  itu  sejuk  dingin  serta  merta dek   penangan  tiupan  angin  bayu daripada  suara  manja  Asma  yang  menusuk  kalbu  tersebut.

       Bukan  setakat  kemarahan  Johar sudah hilang serta merta,  rasa mengantuknya  itu tadi juga  sudah  lenyap  sama  sekali.  Segar  bugar wajahnya  penangan daripada  melihat wajah ayu  Asma  yang  cantik  jelita  itu.  Selama ini wajah cantik Asma yang memukau itu hanya dapat  ditatapi  di  internet  sahaja  sepanjang  perkenalan  mereka berdua.  Kini  wajah  jelita yang dikaguminya itu sudah pun berada di depan matanya sendiri.

       Asma  bukan setakat mempunyai suara yang manja serta wajah yang jelita dan kulit yang putih  bersih.  Rambutnya  yang   panjang  lurus  separas  bahu  dan  tubuhnya yang  langsing sederhana  tinggi  juga  menjadi   igauan  setiap  lelaki  yang  memandangnya.  Lebih-lagi baju kebaya warna merah jambu yang dipakai  pada masa pertemuannya dengan Johar ini menyerlahkan lagi keanggunan dan kecantikannya.

       Sedangkan  rupa  paras  Johar  adalah  sederhana  sahaja.  Berbadan  sedikit  tegap  tetapi berketinggian sederhana, berambut lurus sikat belakang dan berkulit sawo matang. Begitu juga  dengan  Mizi  rakan serumahnya, berupa  agak  sederhana  sahaja, cuma  Mizi  bertubuh agak  tinggi  dan  gempal  serta  berambut  tegak  tajam.  Pasti  bangga  rasanya  hati  Johar dapat berjalan bersama dengan Asma yang cantik jelita seperti seorang artis pujaan itu.

       Setelah  bersua  muka  bersama, Johar dan Asma pun berjalan-jalan bersama di kawasan sekitar  kawasan air  pancut  tersebut untuk beriadah seketika dan  kemudian berjalan masuk ke dalam bangunan  Suria  KLCC  untuk  bersiar-siar  sambil  melihat  apa  yang  patut.

       “Dah   lama  saya   nak  jumpa awak  tapi baru sekarang  dapat keluar  bersama, gembira  betul  rasanya  awak  sudi  keluar  dengan  saya  hari ini.,”  Johar berkata kepada Asma yang sedang   menumpukan  perhatian  kepada  sebuah   beg  tangan  yang  dipamerkan  di  depan sebuah  butik yang terdapat di dalam bangunan Suria KLCC itu.

       “Biasalah,  saya  ni sentiasa sibuk,  maklumlah  kerja  business woman  macam  saya ni,  macam-macam  perkara nak kena fikir dan uruskan,” jawab Asma.

        “Awak  berniaga  apa ya?  Dah  lama kita kawan kat internet tapi  tak pernah pun awak dengan jelaskan dengan terperinci bisnes awak tu,”  tanya Johar kepada Asma.

        “Ada la….. rahsia. ,”   Asma menjawab sambil mengenyitkan sebelah matanya.  Goyah rasa hati Johar melihatkan kenyitan mata Asma yang menggoda itu.

       “Apa-apa  pun  saya dah  lama berkenan dengan beg  tangan  itu,  cantik betul,  kalaulah saya  boleh  milikinya,”   Asma  berkata   kepada  Johar   sambil   menunjukkan  kepada  beg  tangan yang diperhatikannya sejak tadi lagi.

       “Awak  belikanlah  kepada  saya,  bolehkan?  Tak mahal harganya,  RM50,000.00 jer.,”    Asma memujuk Johar supaya membelikannya beg tangan tersebut.

       Mahal  betul   harga  beg  itu.  Harganya   mahal   kerana   jenama  beg  tersebut  adalah jenama  yang  agak   mewah  dan  sering   menjadi  pilihan  golongan  berada.   Bahan  yang digunakan   untuk  menghasilkannya   juga   berkualiti  tinggi.  Johar   yang   mendengarkan  harga  beg  tersebut tersentak dan terdiam seketika.

       “Mahalnya!  Sebelum  ini  aku  ada  pernah  jugak  beli  barang-barang  jenama  mewah  untuk   aku   sendiri   pakai   macam   beg,  dompet  &   lain-lain  lagi,   tapi  takdelah  pulak  semahal   beg   tangan  yang   aku   tengok   hari  ini.   Biasa  yang  aku  pakai  harga  kurang daripada RM20,000.00.  Reka bentuk terkini agaknya,”  bisik Johar dihatinya.

      “Belikanlah  untuk   saya,  belikanlah….,”   Asma  terus  menerus  memujuk  rayu  Johar membelikannya  beg   tersebut  dengan  manja  sekali.  Sejurus   kemudian  Johar   pun  mula  berkata setelah terdiam seketika tadi.

       “Baiklah,   awak   punya   pasal   saya   tak    kisah,”   akhirnya   Johar   bersetuju  untuk membelikan beg tangan yang  mahal tersebut setelah dipujuk rayu oleh Asma.

        “Terima kasih. Sayang awak…..,”   Asma  pun mengucapkan terima kasih dengan nada yang menggoda setelah kemahuannya dituruti oleh Johar.

        Nampaknya  tiada  masalah  untuk  Johar membelikan beg tangan  yang mahal  tersebut
maklumlah  anak  orang  berada   dan   juga  berjawatan  besar  di dalam  kariernya.  Tidak kisah  walaupun  terpaksa  membelinya secara  hutang  kad  kredit!

        Setelah selesai membeli beg tersebut,  Johar  dan  Asma  pun  pergi ke restoran makanan segera  yang  ada  di  dalam  bangunan  Suria  KLCC  itu  untuk  duduk  berbual-bual sambil menjamu selera.

        “Asma, saya  gembira  dapat  keluar  dengan  awak  hari  ini. Sepanjang  perkenalan kita di  internet  selama   lapan   bulan   lamanya,   saya   rasa  seronok   dapat   mengenali   diri  awak.   Sekarang,   kita  berdua  
dah   pun bersua  muka.   Saya  harap  kita  dapat  berkawan lebih rapat lagi dan lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam lagi,” Johar meluahkan kegembiraannya kepada Asma.

        “Oooo…. begitu rupanya.,”  Asma pula menjawab secara acuh tidak acuh sahaja.

        “Awak dah ada teman lelaki ke belum?,”  tanya Johar.

        “Belum lagi, tak ada masa nak berboyfriend-boyfriend ni,  selalu sangat sibuk, nak tidur pun tak sempat kadang-kadang tu,” jawab Asma.

       “Baguslah macam itu,  saya pun masih solo lagi.,”  Johar berkata dengan Asma dengan nada yang agak gembira.

       “Dah tu kenapa?,”  tanya Asma kepada Johar  pula dengan nada yang agak kasar.

       “Sebenarnya  saya  dah  lama  jatuh  cinta  kepada  awak  selama   perkenalan  kita  di internet  selama  lapan  bulan  itu.  Selepas  bertemu  awak   pada  hari   ini,  saya  makin   suka kepada awak. Saya harap awak  sudi menerima cinta saya  dan menjadi suri di hati saya ini,” jawab  Johar dengan berterus-terang.

       “Minta maaf,  saya  tak  dapat terima cinta awak,”   kedengaran kata-kata  tersebut tiba-tiba  sahaja  diluahkan  oleh  Asma  kepada  Johar  yang  ketika  itu  baru sahaja meluahkan perasaan cintanya serta mengharapkan cintanya dibalas Asma.

       “Kenapa Asma?   Saya betul-betul ikhlas ni.  Saya harap awak jangan hampakan saya.,” Johar merayu kepada Asma dengan bersungguh-sungguh.

       “Awak terlalu baik untuk saya…. ,” jawab Asma dengan nada yang agak serius.

       “Asma,  apa  awak  cakap  ni?   Tolonglah,  jangan  kecewakan   saya,  saya  benar-benar cintakan  awak,  berilah  peluang  kepada  saya,   saya   janji  akan   setia  sehidup  semati  dengan awak sampai bila-bila pun.  Percayalah cakap saya ni,”  Johar bersuara lagi sambil memujuk Asma.

        “Lebih   baik   kita  berkawan  sahaja.  Saya   tak   sesuai  dengan  awak,   awak  carilah perempuan   lain   yang   lebih   baik   daripada   saya.   Selamat   tinggal   Johar,  sampai  di  sini sahajalah  pertemuan  kita,”   jawab  Asma  kepada  Johar.

        “Kenapa   awak  cakap  macam  ni,  saya   tak   faham  betul lah  awak   ni.  Kalau  awak rasa  saya  ni  baik  takkanlah  awak   tak   boleh   nak   terima  saya,  takkanlah  awak  nak   penjahat  tak   pun  penyangak   yang  jadi   teman   lelaki   awak?,”  bentak  Johar  menyua-rakan  rasa tidak puas hatinya  kepada Asma.

         Asma   diam   seribu   bahasa  dan  tidak  menjawab  pertanyaan   Johar   tersebut   lalu terus  bangun  meninggalkan  Johar  keseorangan  di  meja  makan  mereka  seperti  tidak ada apa-apa yang berlaku.

        Johar  yang  ditinggalkan   keseorangan  itu   terpinga-pinga  melihatkan  gelagat   pelik Asma  itu.  Mukanya  merah  padam   menahan   malu   dan   kemarahan  yang   meluap-luap akibat  kata-kata  Asma  yang  mengguris  perasaannya dan  juga  membuatnya  terus  hilang selera makan!

         “AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…….,”
   
         “AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…….,”

         Kata-kata  Asma yang menyentuh hati itu terngiang-ngiang di dalam kepala  Johar dan membuatkan dirinya  berasa tidak tenteram.

       “Pelik betul,  takkan tak  nak orang  yang baik-baik?   Tak  kan  orang  jahat  pulak  yang  diterimanya,  perempuan
memang  pelik,  sangat pelik.  Sejak dari  zaman  sekolah  menengah  dan  di  zaman  universiti  lagi  aku  selalu  kena  tolak  cinta  dengan  alasan  ini,”  Johar berkata-kata di dalam hatinya, menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Asma yang aneh lagi menyakitkan hati itu.

       Tidak lama kemudian, Asma yang telah pun beredar hilang dari pandangan mata Johar. Johar  yang sedang dalam keadaan marah  dan sedih itu segera  menghabiskan  makanannya dan terus beredar  dari  situ  untuk  pulang  ke rumah bagi mencari ketenangan.  Nampaknya hari  yang  disangka  Johar akan  menjadi memori indah  buat dirinya itu telah  menjadi  hari yang penuh duka dan ingin dilupakan terus dari ingatannya.

Last edited by RED 666 on 14-5-2013 04:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 02:02 PM | Show all posts
tak ada ke yang sudi nak komen novel saya ni?

apa-apa pun saya dah susun semula perenggan dalam novel saya ini supaya lebih mudah dan selesa dibaca. Last edited by RED 666 on 14-5-2013 04:01 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2013 04:53 PM | Show all posts
teruskan sampai akhirnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 08:26 AM | Show all posts
Bab seterusnya, imbasan kembali pertemuan Aina dan Razzi........

BAB 5

        Pagi hari Selasa, di  rumah sewa Aina,  kelihatan bilik tidur Aina  masih  lagi  berkunci.
Rupa-rupanya Aina  masih lagi mengurungkan dirinya  seorang diri  di dalam bilik  tersebut.
Masih  lagi  bersedih  mengenangkan  perbuatan  Razzi  meninggalkannya serta  ayat hikmat
Razzi  yang  berbunyi  ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’ itu. Peristiwa  tersebut  benar-benar
telah memberi satu impak yang dahsyat dalam hidupnya.

       Sudah lebih kurang tiga hari berturut-turut Aina berkeadaan sedemikian,  keluar sekejap
pun hanya  untuk mengambil makanan dan minuman untuk  dimakan dan minum di biliknya
dan mandi  sahaja.  Keadaannya itu telah menimbulkan rasa risau kepada rakan serumahnya,
Ema dan Yati.  Mereka  memang cuba  untuk mendekati Aina dan  memujuknya tetapi tidak
berjaya  kerana apabila didekati,  pasti akan dimarahi Aina seteruk-teruknya. Disebabkan itu,
mereka  mula  buat  tak endah  dan  menjalankan urusan mereka  sendiri sahaja. Sekarang ini
mereka  berdua  ada   di  tempat  kerja  mereka,  hanya  tinggal  Aina  bersendirian di  rumah  
sewa  mereka.

       “Razzi,  kenapa  awak  buat  macam  ni  kepada  saya?  Kenapa?   Saya  dah  tak  cukup
cantik  untuk  awak  ke?   Sampai  hati  awak   buat  macam   ni  kepada  saya,”   Aina  yang  
duduk   berkurung  berseorangan   di  biliknya  itu  bercakap  sendirian  sambil  memandang
ke   arah   cermin   muka  di  biliknya.  

        Menelek-nelek   wajah   cantik   dan   comelnya  yang  sedang   dalam   kesedihan   itu.   
Akibat   rasa   sedih   kerana   perbuatan   Razzi  itu,  disangka  pula  wajahnya   sudah   lagi   
tidak  cantik   dan   menawan   pada   mata  Razzi.  Rasa   rendah  diri   pun  mula  menyelu-
bungi  hatinya  lebih-lebih  lagi  apabila  terbayangkan  wajah Razzi  yang  amat  kacak  itu.

       Aina   sebenarnya   memang    seorang   gadis   yang   amat   cantik.  Berambut  panjang  
ikal   paras   bahu   yang  selalunya  diikat   tocang,  bertubuh   langsing   sederhana  tinggi,
berkulit  agak   cerah   dan   juga   memakai  cermin   mata   kerana  mengalami  rabun  jauh.
Wajahnya  yang  bercermin  mata  itu   menampakkan  dirinya  sebagai  seorang  yang  agak
terpelajar,  sesuai  dengan  status  dirinya  sebagai   seorang   graduan  universiti.  Aina   dan Razzi   
menuntut  di   universiti  yang   sama   iaitu   Universiti   Seri  Megah  yang   terletak  di  sebuah  bandar  
bernama  Megah  Jaya.

        Kursus  yang diambilnya di universiti  ialah  Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan
yang   kini   membolehkannya  bekerja  dengan  jawatan   yang   agak   bagus   iaitu   sebagai
seorang pegawai pemasaran.  Cuma  masih  belum membeli sebuah kereta  lagi buat masa ini
untuk  kegunaan  seharian  kerana  mahu  menyimpan wang  terlebih dahulu.  Bas  dan  teksi
menjadi pengangkutan utama sehariannya ke tempat kerja.     

       Aina  berbaring di atas  katilnya  yang bertilam empuk, untuk  tidur  dan menghilangkan
ingatannya   terhadap   Razzi.   Sedaya  upaya  dicubanya  tetapi  tetap  tidak  berjaya  malah
juga  tidak  dapat  tidur  langsung.  Wajah  Razzi  susah  untuk  dilupakannya  begitu  sahaja.
Terlalu   kacak   dan   sempurna   malah   boleh  dikatakan   amat  terlebih  hensem!   Adalah  
menjadi   satu   kebanggaan   bagi    mana-mana  gadis   pun   kalau  dapat   memiliki   teman
lelaki  sekacak  Razzi.   

       Razzi   memang  seorang   amat   kacak   dan   tampan.  Tinggi   lampai  seperti   seorang
model,    berambut    lurus   belah   tengah,  berkulit   putih   bersih    serta    berwajah   agak
jambu  persis   artis   lelaki   yang   berasal  dari  negara  Korea.  Rupa  parasnya  sememang-
nya  sangat  sempurna di  pandangan   mata  seorang  wanita  dan  menjadi  kegilaan  pelajar-
pelajar   perempuan   semasa   di   universiti   dahulu.   

        Di   mana   sahaja   dia   pergi   dan  berada   ataupun    menyertai   sebarang   aktiviti   semasa  di   zaman   universitinya  dahulu  pasti    akan   ada    pelajar-pelajar  perempuan   yang   mencuri-curi  pandang   ke   arahnya. Razzi   juga   amat   cemerlang  dalam   bidang   sukan  dan   selalu   mewakili  universitinya  sebagai    pemain    bola   sepak.   Kerjayanya    kini   adalah   seorang   arkitek,  bersesuaian  dengan  kelulusan  ijazah  sarjana  mudanya dalam  bidang  senibina.

      Aina   juga   tidak   kurang   popularnya   di   kalangan   para   pelajar  lelaki   semasa  di  
zaman  universitinya  dahulu   kerana   kecantikan  yang  dimilikinya.   Ramai  pelajar  lelaki
yang   ingin  berkenalan   dan  menjadikannya   teman   istimewa,  tetapi   semuanya  ditolak  
mentah-mentah  dengan   alasan   ingin   menumpukan  perhatian   kepada   pelajaran. Walau
bagaimanapun,  Aina   akhirnya  tewas   juga   dengan   ketampanan  Razzi  dan  jatuh  cinta
kepada jejaka yang menjadi kegilaan ramai gadis  itu.

       Aina  sangat bertuah  kerana berjaya  memiliki Razzi sebagai teman  lelaki istimewanya.
Mereka  berdua  bagaikan   pinang  dibelah  dua  dan  menjadi   pasangan  yang   popular  di
universiti  tempat  mereka  belajar  disebabkan   paras   rupa  yang  dimiliki  mereka  berdua.
Ramai   pelajar-pelajar  lain   yang   mengkagumi   mereka   malah   lagi   ramai   juga   yang  
amat mencemburui mereka berdua!

       Walaupun   Razzi   dianugerahkan   dengan   paras   rupa  yang   menarik,  dia  bukanlah
seorang  pelajar yang  cemerlang. Banyak  kali  juga  dia  gagal  dalam  subjek-subjek silibus
kursusnya dan  terpaksa  mengulanginya  semula.  Nasib  baik   dapat  juga  dia  menamatkan
pengajiannya   walaupun   lulus  cukup-cukup   makan   sahaja.  Akibat  daripada   itu,  Razzi  
terpaksa   keluar   universiti  lewat  setahun  daripada  Aina   yang   tiada   masalah   langsung
dengan  pengajiannya.  Akibatnya,  sekarang  Razzi  baru  sahaja  setahun  di  alam pekerjaan
sedangkan  Aina  sudahpun  bekerja   selama  dua   tahun  sedangkan   umur   mereka  berdua  
sebaya  dan  masuk  belajar di  universiti pada  sesi  pengambilan dan  tahun  yang  sama.

       Walau   bagaimanapun,  kekacakan   yang   dimiliki   mampu   menutup  segala  kelema-
hannya.   Razzi   tetap   seorang   yang  sempurna  dan   hebat  di  mata  Aina.  Bukan  sahaja
di   mata   Aina,  malah   juga   di   mata   gadis-gadis   lain  juga!   Di   zaman   universitinya  
dahulu,   Razzi   memang  seorang   yang   playboy  atau   pun   buaya   darat.  Sering  sahaja
bertukar-tukar   pasangan   sesuka   hatinya   dan    tidak   pernah   serius   dalam   percintaan
sehinggalah bertemu dengan Aina.

       Aina   yang   tidak  dapat  tidur  walaupun   telah   puas   memaksa  dirinya  untuk  tidur  
itu  mula  terkenangkan   pertemuan  pertamanya  dengan  Razzi.  Peristiwa  yang  indah  itu
berlaku  semasa  mereka  berdua  dalam  semester  ketiga  pengajian  mereka  di  universiti.

      “Alangkah   indahnya   saat  itu,  ingin  betul   nak   kembali   ke  masa   lepas semasa di
perpustakaan universiti itu,  saat kita berdua mula bertemu, sayang,”   bisik Aina dihatinya.

        Pertemuan  pertamanya  dengan  Razzi  di  perpustakaan  universiti  itu  berlaku  semasa
Aina   secara   bersendirian   sedang   mengulangkaji   pelajaran   di   sana.   Manakala  Razzi  
pula   datang   ke   sana   juga   secara   bersendirian  juga   untuk   tujuan   suka-suka   sahaja
sambil membelek buku-buku  yang ada di sana.

         “Aduuuhh!!!!! Sakitnya,”  Aina mengerang kesakitan.

        “Maaf, saya tak sengaja…,”  suara jantan Razzi yang  lembut meminta maaf  itu adalah
ayat   pertama   yang   ditujukan   kepada   Aina   pada   ketika   itu.  

       Razzi   meminta   maaf   kepada   Aina   ketika   itu   adalah   kerana   kakinya   telah   terpijak   kaki   Aina  semasa   mereka  
berdua  sedang  mencari  buku-buku  untuk  dibaca  di  kawasan  rak  yang  sama.
      
         Aina  yang  berasa  marah  kakinya  sakit  dipijak  itu  kemudiannya   mula  memandang  ke  arah  Razzi  dengan   tujuan  untuk  memarahinya.  Tetapi   secara   tiba-tiba  hatinya berdegap-degup  dengan  kencang  apabila  terpandang  wajah  Razzi  yang  amat  kacak  itu. Secara  tiba-tiba  rasa marahnya tadi  mula hilang dan  mula bersuara lembut  ke arah Razzi.

        “Tak  apa,  awak  tak  salah  apa-apa pun,  saya  yang  tergesa-gesa  sangat tadi,”   Aina
menyambut permohonan maaf Razzi dengan begitu sahaja.

         “Hensemnya mamat ni…. Kalaulah dia jadi pakwe aku,  alangkah indahnya dunia ini,”
hati Aina berbisik sendirian serta mukanya merah tersipu-sipu malu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2013 08:31 AM | Show all posts
Kisah seterusnya mengenai imbasan pertemuan pertama Aina dan Razzi.....


BAB 6

     Razzi  yang melihat Aina itu juga  terpaku seketika,  terpegun dengan  kelembutan dan
kecantikan wajah Aina.

       “Tak apalah, saya pergi dulu ya,”  Aina meminta diri untuk ke tempat duduknya.

       “Saya biasa nampak awak ni, tapi di mana ya?,”   Razzi bertanya kepada Aina.

       “Saya  pun  biasa  juga  nampak  awak,  kita  kan  belajar sama-sama  kat  universiti ini,
tentulah  ada  terserempak  sekali-sekala,”  Aina menjawab pertanyaan Razzi.

       “Ohhh…  begitu  rupanya.  Nama saya  Razzi,  belajar dalam  jurusan seni  bina  di uni-
versiti  ini, awak  pula?,”   Razzi memperkenalkan dirinya kepada Aina.

      “Saya Aina,  belajar dalam jurusan  pengajian perniagaan.,” Aina  pun  memperkenalkan
dirinya  setelah  diminta  oleh  Razzi.

      “Awak  datang  buat  apa  di  sini?   Saya  datang  suka-suka  saja,  nak   baca  surat kha-
bar,  majalah  dan  buku  cerita  kat  sini.   Bosan  betul  tak   tahu  apa  nak  buat  sebab  tak  
ada   kuliah  sekarang   ni.  pensyarah   ambil  MC,  cuti   sakit  sebab  demam.,”   Razzi ber-
celoteh panjang.

       “Saya  datang   nak   mengulangkaji   pelajaran   dan   membuat  rujukan   sikit  kat  sini.
Lagi   pun   dua   minggu   lagi  ada  ujian  pertengahan  semester,   kenalah   siap  sedia  dari
awal,” jelas Aina pula.

       “Awak lepas ulangkaji ni nak ke mana pula?,”   tanya Razzi lagi kepada Aina.

       “Tak tahu lah pulak, mungkin terus balik ke asrama agaknya.,”  Aina menjawab.

       “Oh  begitu,  saya lepas ni  mungkin  nak  pergi makan tengah  hari,  kalau awak teman-
kan  saya boleh tak?  Bosan  betul  tak ada kawan nak ajak  borak-borak.  Kawan-kawan lain
semua   sibuk  dengan   hal   masing-masing,  keluar  dengan   aweklah,  main  snookerlah…
dan   macam-macam  lagilah,”  Razzi  pun  mempelawa  Aina  keluar  makan  bersamanya.

        “Kenapa  awak  tak  ikut  diorang  je  dari  tadi?  Bosan  kan  seorang  je?,”   tanya Aina
kehairanan.   Kebiasaannya  golongan   lelaki   muda   belia  memang  suka  bersiar-siar  ber-
kumpulan  dengan  rakan-rakan  mereka  dan  menjalankan  aktiviti  bersama.

         “Saya   ajak   mereka   main   futsal    tapi   mereka   semua   nak   main  snooker   pula   
hari  ini. Nak  main  snooker  saya  tak  pandai,  malulah  kena gelak  nanti  dengan  diorang.
Itu yang saya datang sini seorang diri.  Layan blues bersendirian,”   jawab Razzi.

      “Oh begitu…. Kalau  macam itu  baiklah,  lepas saya  selesaikan hal  saya  ini  kita  pergi  
keluar   makan  tengah   hari   bersama  ya?   Tapi   awaklah  yang  kena  belanja,”   akhirnya
Aina   pun   memberikan  persetujuannya  untuk   keluar  makan  tengah  hari   bersama-sama
dengan Razzi.

        “Boleh   saja,   tak   ada   masalah  punya,”   Razzi   pun  dengan  gembiranya  bersetuju
dengan  cadangan  Aina  itu.  Hatinya   gembira   sekali   kerana   akhirnya  Aina  sudi  untuk
menemaninya  makan  tengah  hari.

         Jam di dinding perpustakaan  itu  telah pun menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah hari.
Nampaknya masa yang agak sesuai untuk makan tengah hari telah pun tiba.

          “Laparnya…..,” Razzi berkata di dalam hatinya.

          Nampaknya perut Razzi sudah pun lapar.  Tenaganya untuk menjalani aktiviti seharian
juga  sudah   agak  berkurangan.  Kelihatan  Aina  masih  belum  lagi  selesai mengulangkaji
pelajaran  dan  membuat  rujukan.   

      “Lama lagi  ke minah ni  nak habiskan ulangkaji dia tu,  aku dah  tak sabar dah ni,  perut
aku  dah   lapar  sangat  dah.  Baik   aku  pergi  tanya  dia  lah.  Kalau  dia  masih   tak   boleh
selesai    lagi    aku    pergi    jelah   dulu.    Lain   kali   baru   jumpa   dengan   dia.,”      Razzi
berkata sendirian.

       Nampaknya  dia  sudah   tidak  sabar-sabar  lagi  untuk   makan  tengah  hari  disebabkan
rasa  lapar  yang  amat  sangat.  Dengan  melangkah  perlahan-lahan,  Razzi  menuju  ke  arah  
Aina  yang sedang  tekun  mengulangkaji pelajaran itu.

        “Okeylah!  Jom  kita  pergi  makan.,”  Aina  tiba-tiba  sahaja berkata kepada Razzi  yang
sudah pun berada di hadapannya.

       “Ulangkaji  awak  semua  itu macamana?  Nampak  banyak  lagi  je  yang  belum  selesai ni,” tanya Razzi yang ketika itu agak terkejut dengan tindakan Aina tadi.

       “Tak apa,  cukuplah  untuk  hari ini. Yang  lain-lain itu kalau ada yang tak faham,  nanti  
tanya  kat  kawan-kawan  tak  pun  pensyarah,”   jelas  Aina  kepada  Razzi.

       “Baiklah,  kalau  macam  itu  apa lagi,  jom kita pergi makan!  Saya   pun dah  tak sabar-
sabar  lagi  nak  makan  ni,  lapar sangat dah rasanya,”  Razzi  berkata  kepada  Aina dengan
gembira  sekali. Tidak sabar rasanya Razzi untuk makan bersama dengan Aina.

        “Beres!   Kita  nak  pergi  makan  kat  mana  ya?   Saya  cadang  kita  pergi  makan  kat
Restoran   Dugong.  Tak   jauh  pun  dari   sini,  jalan  kaki  10   minit  je  dah  sampai.  Saya  
selalu  makan  bersama-sama dengan  kawan-kawan  saya  dekat sana,  sedap  masakan  dan
lauk-pauknya, tak jemu memakannya,”  Aina  memberikan  cadangannya  kepada  Razzi.

       “Hmmm,  boleh  juga,  saya  pun  pernah  makan kat  sana,  tapi jarang-jaranglah, sedap  
jugalah,”   Razzi  bersetuju  dengan  cadangan  Aina  itu  dan  kemudiannya  mereka  berdua
berjalan  kaki   bersama-sama  ke  Restoran  Dugong  yang  terletak  tidak  berapa  jauh  dari
pagar  masuk  perpustakaan  itu.

        Setelah  lebih kurang 10 minit berjalan kaki,  akhirnya mereka pun sampai  ke Restoran
Dugong. Kelihatan agak  ramai  juga orang yang datang, seakan-akan tiada langsung tempat
duduk yang kosong lagi di dalamnya.  Pasti enak sekali juadah yang dihidangkan di restoran
ini memandangkan ramai pengunjung yang datang untuk menikmatinya.

      “Fuhh!  Ramainya  orang,  kita  makan  kat  tempat  lainlah macam ni,”  Razzi  mengeluh
kerana  melihatkan  keadaan  restoran  itu  yang  agak  sibuk.

       “Tak  apa,  biar  saya cari  tempat  dahulu,  mana  tahu  kalau  ada  tempat yang kosong,”
kata  Aina  kepada Razzi.

      Aina  pun  melangkah  masuk  ke  dalam  restoran  tersebut  dan  kemudiannya  meninjau-
ninjau keadaan sekeliling. Memang nampak ramai pengunjung yang masih ada di dalamnya.

      “Aha! Dah ada pun.,” Aina berkata sendirian.

      Mungkin  Aina  sudah  pun  menemui tempat kosong untuk duduk makan  bersama Razzi
Kelihatan  sudah  ada  pengunjung  yang  sudah selesai makan dan  akan  segera  beredar dari
restoran itu.

       “Razzi,  sudah  ada  tempat  kosong,  mari  kita  masuk,” Aina  segera  memanggil Razzi
yang  masih   sedang   menunggu  di  luar  restoran   itu   untuk   segera   masuk   takut-takut
kalau  ada pelanggan lain yang akan datang mengambil tempat itu.

       “Hmmm, baiklah,”  setelah berkata, Razzi pun terus masuk.

      “Kita  duduk  kat  sana ya,  masih belum  dikemaskan  oleh  pelayan di sini  lagi tapi  tak
apalah,  kita  duduk  je  dulu  kat situ,  takut-takut  ada  orang  lain  yang  ambil  pula tempat
itu  nanti,”    Aina  berkata  kepada  Razzi  sambil menunjukkan  ke arah tempat duduk  meja
makan yang baru sahaja dikosongkan oleh sekumpulan pengunjung sebentar saja tadi.

         “Okeylah,  kita  duduk  dulu,”  Razzi  bersetuju  dengan  cadangan  Aina  itu dan terus
bersama-sama  dengan   Aina   menuju   ke  tempat  duduk  meja  makan   yang  baru  sahaja
dikosongkan  tersebut  dan  terus  duduk  di  situ.

        Setelah   Aina   dan   Razzi   duduk   di   kerusi   masing-masing   di   meja   makan  itu,  
pekerja restoran itu pun datang dan mengemaskan tempat mereka itu. Setelah selesai pekerja
tersebut  mengemaskan  meja makan itu,  datang  pula seorang  lagi  pekerja ke  tempat Aina
dan Razzi  untuk mengambil pesanan.

       “Bang,  masakan  panas  ada  tak  tengah  hari  ini?,”   Razzi   bertanya   kepada  pekerja
restoran  itu.   Teringin  pula  Razzi  hendak  memakan  masakan  panas  dan  bukannya  nasi
berlauk  pada  tengah  hari  itu.

      “Tengah hari tak ada Encik.  Waktu  malam sahaja ada.  Tengah hari cuma ada hidangan
nasi berlauk sahaja,” jelas pekerja restoran itu.

      “Oh, begitu rupanya.,”  Razzi mengiakan penjelasan pekerja restoran itu.

      “Encik  dan  Cik  nak  minum apa?,”  tanya   pekerja   restoran   tersebut   kepada   Razzi
dan Aina.

       “Saya mahu minum jus tembikai,”  jawab Razzi

       “Bagi saya teh o ais limau,”  jawab Aina pula.

       ”Terima  kasih  Encik  dan Cik.  Sila ambil  nasi dan  lauk pauk di depan sana ya,”  kata
pekerja   tersebut   kepada    Razzi   dan   Aina   dan   kemudian    terus   pergi    ke   kaunter
restoran  untuk  menghantar  pesanan.

      “Saya  pergi ambil  makanan  dahulu  ya,  awak  duduklah dulu,  tolong  jagakan  tempat
kita  ni  takut  ada  orang  lain  ambil  nanti,”   Aina  berpesan  kepada  Razzi  sebelum  pergi
mengambil makanannya.

         “Boleh saja,  tak ada masalah punya,”  kata Razzi kepada Aina sambil tersenyum.

         Setelah   selesai  Aina   mengambil  makanannya,  kini   tiba  giliran  Razzi  pula. Aina
pula  duduk  di  tempatnya  sambil  menunggu  Razzi  selesai  mengambil juadahnya.  Kebe-
tulan  pula  minuman  yang  dipesan  tadi  sudah  pun  sampai.

       “Hausnya  tekak aku,  lagipun  panas hari ini,  baik aku minum dulu.,”  Aina  berkata  di
dalam hatinya.

       Disebabkan   rasa  haus  yang  amat  sangat,   Aina  pun  terus  meminum  air  teh  o  ais
limau yang dipesannya  itu  tadi  sejurus  saja gelas minumannya itu  diletakkan  diatas  meja
makannya  oleh  pekerja  restoran  yang  bertugas  menghantar  minumannya dan  Razzi  itu.

        “Hai,   tak   makan  lagi  ke?,”   kata  Razzi   yang   baru   saja  sampai  ke  meja  makan
setelah selesai mengambil juadahnya tadi kepada Aina yang sedang minum itu.

       “Tunggu awaklah,  takkan  nak  makan seorang diri  pula.  Kita  kan datang  berdua, tak
eloklah kalau buat macam itu kan? ,”   jawab Aina.

      “Baiknya awak ni, itu yang buat saya nak kenal awak dengan lebih rapat lagi ni.,”  Razzi
pun memuji Aina sambil bergurau.

       “Yelah tu,  ada apa-apa ke puji saya ni.  Dah lah,  jom kita makan,”  Aina  melayan  gurauan Razzi  itu  dan  kemudian  mula  menjamah  hidangannya.

        Razzi  juga kelihatan  sedang  asyik  menjamah hidangannya itu.  Seperti   terlalu  asyik
dengan  hidangan  yang  dimakannya  itu.

        “Sedap  juga  hidangan  nasi  berlauk waktu  tengah  hari  kat  restoran  ni ya.  Saya  tak
pernah   makan   kat   sini   waktu   tengah  hari,   cuma   malam sahaja,  sekali-sekala  teman
kawan-kawan.   Waktu   malam  kat   restoran   ni   mereka  buat   hidangan  masakan   panas
macam  tomyam,  sup,  goreng-goreng  dan macam-macam lagilah.  Sedap  jugalah makanan
malam kat  sini,”  jelas  Razzi  kepada  Aina  mengenai  masakan  tengah  hari  di  Restoran Dugong itu.

         “Ya ke?   Sedap kan?  Betul tak cakap saya?,”   tanya Aina.

         “Iyer… betul  cakap awak,  senang-senang  nanti saya belanja awak makan  malam kat
sini ya?,”    Razzi  mengiakan  kata-kata  Aina tadi dan mempelawanya  untuk  keluar makan
malam bersamanya.

        “Tengoklah  dulu  macamana,  kalau  saya  tak  sibuk   bolehlah  agaknya,”   Aina  men-
jawab  pelawaan  Razzi  itu,  seakan  bersetuju.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 08:37 AM | Show all posts
Lagi kisah seterusnya......


BAB 7

      Setelah selesai menjamu selera mereka, Aina dan Razzi pun bersiap sedia  untuk beredar
pergi dari restoran tersebut.

      “Fuhhh!!!  Kenyangnya!  Sedap  betul  makanan  tadi.  Saya  nak  pergi  bayar  ni,  awak
tunggulah   kat   luar  dulu,”    Razzi   menyuruh  Aina   menungguya  di   luar  restoran   dan  
kemudian    pergi   membayar   harga    hidangan    mereka   tadi    di   kaunter   pembayaran
restoran  itu.

       “Okey,  nanti   jumpa  kat  luar,”  Aina  bersetuju  dan   kemudiannya  terus   keluar  dan
menunggu Razzi di depan pintu masuk restoran tersebut.

        Kelihatan  ramai  orang  sedang  beratur  untuk  membayar  makanan mereka. Mungkin Aina yang  sedang  menunggu  itu terpaksa menunggu agak lama sedikit sehinggalah giliran Razzi untuk membayar sampai serta selesai membuat pembayarannya.

       “Ramainya orang,  penat  juga  nak  tunggu  ni,”   kata  Aina  dalam  hatinya  melihatkan
keadaan yang agak sibuk itu.

       Setelah   selesai  membuat   pembayaran, Razzi   pun   bergegas  keluar  ke  pintu  depan
restoran  untuk  bertemu  Aina  yang  sedang  menunggunya  di  sana.

      “Maaf  lambat  sedikit,  ramai  orang  tadi,”   Razzi  meminta  maaf  atas  kelewatannya.

       “Tak  apa, saya  faham,”   jawab Aina.  Aina  faham  keadaan Razzi  tersebut  kerana  dia
sendiri  nampak  keadaan  yang  agak  sibuk  itu  tadi.

       “Terima  kasih   belanja   saya   makan   tengah  hari  tadi,”  Aina   mengucapkan  terima
kasih kepada Razzi kerana membelanjanya makan tadi.

       “Sama-sama, lain kali awak pula belanja saya ya?,”   jawab Razzi sambil bergurau.

       “Tengoklah kalau senang,”   jawab Aina pula.

       “Awak nak ke mana lepas ni? Nak balik rumah terus ke?,”  tanya Razzi kepada Aina.

       “Yelah,   nak   rehat-rehatlah   pulak.  Nak   rehatkan   minda   sekejap,  malam   ini   nak
sambung  semula  ulangkaji  tadi,”    jelas  Aina.

        “Saya   nak   pergi   ke   Pasaraya  Openg  yang  berdekatan   sini  sekejap   lepas  ni,  nak  cari  barang-barang   kegunaan   sedikit.  Kalau   awak   teman   saya   sekejap  boleh   tak?,”   Razzi   mempelawa   Aina     menemaninya    membeli    barang    di   pasaraya.  Maklumlah  agak bosan  bersendirian.

       “Tak   bolehlah   awak,    saya     takut   terlalu   penat   sangat,   susah    nak    ulangkaji  
malam nanti,”    Aina  menolak  pelawaan  Razzi  itu.

        “Alaa,  bolehlah,  bukan selalu pun  dapat  keluar  dengan awak,  sekejap  je,  tak  lama,
lepas   beli   barang    kita    baliklah   terus,   boleh   kan?,”   Razzi    merayu   kepada   Aina   
supaya  tetap  menemaninya.  Aina   pun  terdiam  sebentar,  seperti   memikirkan  sesuatu.

       “Terfikir   pula   saya,  saya   keluar   dengan   awak   ni,  awek   awak   tak  marah   ke?
Takut   kalaulah   dia    ternampak    ke?   Kalau   bukan   dia  yang   nampak,  takut  kawan-
kawan   dia   yang   nampak   dan   lepas  tu   beritahu  dia.   Saya    juga   yang   kena  nanti.
Takutlah   saya   jadi   mangsa  keadaan,  jadi  punca   awak  bergaduh  dengan  dia,”    Aina
menyuarakan   kebimbangannya  kepada   Razzi.   Maklumlah   Razzi   ni   kacak   orangnya
dan  banyak  peminat,  pasti  sudah  ada  gadis  yang  telah  bertakhta  di  hatinya.

      Mendengarkan  pertanyaan  Aina itu,  Razzi  tersentak  lalu terdiam  seketika.  Razzi pula
kelihatan sedang memikirkan sesuatu.

       “Dulu  saya memang ada teman wanita istimewa,  tetapi  kami berdua  sudah pun putus,”
Razzi mula bersuara menyatakan penjelasannya kepada Aina.

       “Takkan awak  tak  ada  pengganti  dia?  Orang  hensem  macam  awak  ni  bukan  susah
pun  nak  dapat  pengganti  baru.,”  tanya  Aina.

        “Buat  masa ini  saya tak nak fikir apa-apa  pasal cinta  atau pun cari teman  wanita lagi.
Saya  nak  bersendirian  dahulu,  nak  menenangkan  fikiran.  Sakit kepala fikir pasal perkara
itu semua, lebih-lebih masih baru lagi saya putus cinta,”  jelas Razzi dengan lebih lanjut.

        “Dah  berapa  lama awak putus cinta?  Bekas awek awak  belajar  sama  universiti dengan  kita ke?   Kenapa awak boleh putus dengan dia?,”   tanya Aina lagi.

       “Dah agak lama juga saya putus,  lebih kurang enam bulan yang lepas. Betul cakap awak,  dia   memang   belajar  di  universiti  yang   sama   dengan  kita.   Sebab  saya  putus  tu  saya  rasa   saya   tak  boleh  beritahu  awak  lagilah  buat  masa  ini,   terlalu  peribadi  untuk  saya  ceritakan kepada awak.  Saya  pun  kalau  boleh  dah  tak  mahu  lagi  ingat  perkara  tersebut  dan   mahu   sahaja   terus  melupakannya  dari  ingatan  saya.  Sakit  hati  dan  sedih  sangat  saya  mengingatkan  hal  itu,”  jelas  Razzi lagi.

       “Ohh    begitu,   kasihan   awak   ya,”    kata   Aina   sambil   menundukkan   kepalanya  
tanda  faham  dengan   keadaan  yang  menimpa  Razzi.

       “Awak    tak   perlu   risaulah   jalan-jalan  dengan   saya.  Tak  ada  apa-apa  yang  perlu
awak   takutkan.  Jadi   bolehlah   awak   teman   saya   pergi   ke   pasaraya  ya?   Bolehkan?  
Bolehlah, bolehlah…..,”    rayu Razzi kepada Aina.

       “Hmmmm…..baiklah,  saya  teman  awak,  tapi  sekejap  je  tau,   tak  boleh  lama-lama,
penat  sangat  nanti,”  Aina  akhirnya  bersetuju  menemani  Razzi  ke  Pasaraya  Openg.

       “Terima   kasih   Aina.,”    Razzi    mengucapkan   terima    kasih.  Wajahnya   kelihatan
tersenyum  riang  gembira  kerana  Aina  akhirnya  sudi  menemaninya.

       Pasaraya   Openg   terletak   tidak   berapa   jauh   dari   Restoran   Dugong,   jalan   kaki
sekejap  saja  sudah  sampai. Sederhana   besar  sahaja,  hanya  dua  tingkat.  Setelah  sampai  
di  Pasaraya   Openg,   Razzi   pun  segera   terus   menuju   ke  tingkat  atas  untuk   mencari
barang yang  hendak dibelinya.  

       “Jom  Aina,   kita  naik  ke  atas,  teman  saya  cari  barang  itu,”   Razzi  mengajak Aina  
naik ke  tingkat atas pasaraya tersebut untuk menemaninya.
       “Tak  apalah, saya  nak  beli  barang  sikit  kat  tingkat bawah, lagipun nak  pergi  sekejap  je kan?,”  Aina menolak pelawaan Razzi.

       “Tak apalah kalau macam tu.,” kata Razzi kehampaan.

       Mereka berdua  kemudiannya mencari  barang masing-masing di tingkat yang  berlainan, Seorang  di  atas  dan  seorang  di  bawah. Kelihatan   tidak  berapa  ramai  orang di pasaraya tersebut  pada  masa  itu  jadi  tidak  perlulah  menunggu lama untuk  beratur panjang semasa membuat pembayaran di kaunter.

        Setelah  selesai  membeli barang  masing-masing. Aina  dan Razzi  pun  beredar  keluar
dari pasaraya itu untuk pulang ke rumah.

       “Banyak   juga  barang   awak   beli  ya?,”   Razzi   bertanya  kepada   Aina  melihatkan   
banyak  barang-barang  yang  dibawa  oleh  Aina  keluar  dari  pasaraya  tersebut.

       “Barang   makanan   semua   ni,    bahan    mentah   untuk   masak,   air   kordial   untuk  
dibancuh   minum,  aiskrim   dan   sedikit   makanan   ringan.  Makan   ramai-ramai  dengan  
kawan serumah di rumah sewa saya.,”  jelas Aina kepada Razzi.

        “Awak duduk rumah sewa ke?  Bukan tinggal di asrama universiti kita?,”  tanya Razzi.

        “Ya,  ada mohon nak  tinggal asrama  universiti tapi  tak  dapat  sebab dah penuh.  Jadi
terpaksa  menyewa  di  luar,”  Aina  menjawab  pertanyaan  Razzi.

       “Oh begitu,  samalah  kita,  saya  pun  ada mohon  tapi  dah  penuh,  kenalah  pergi  sewa
kat luar.  Jadi   kena  bayar  lebih sikit,  kalau  dapat   tinggal  di asrama  universiti  murahlah
sedikit  tapi  apa  boleh  buat,  tempat  terhad  sangat. Tapi  tak  kisahlah,  bebas  sikit nak  ke
mana-mana. Tak terikat dengan  peraturan asrama,” kata Razzi lagi  kepada  Aina.

        Rupa-rupa  Aina  dan  Razzi  menyewa   rumah  bersama  rakan-rakan  mereka  di  luar  
kawasan  universiti disebabkan  oleh kekosongan asrama di unversiti mereka agak terhad.

         “Awak  tinggal  di mana?  Saya  tinggal di Flat Sri Payung,  adalah  lima kilometer dari
sini,” tanya Razzi kepada Aina berkaitan rumah sewanya.

         “Saya tinggal di Taman Zuhal, tiga kilometer dari sini,”  jawab Aina.

         “Awak macamana pula, jumpa tak barang yang awak nak beli tu?,” tanya Aina pula.

         “Tak ada,  dah  habis stok,  jurujual  pula kata  minggu depan baru sampai stok  baru.,”
jelas Razzi kepada Aina.

         “Oh ya? Barang apa yang awak nak beli itu sebenarnya?,”  Aina bertanya lagi.

         “Raket badminton jenama Klimax keluaran terbaru. Baru-baru ini ada kawan bagitahu
yang  dia  nampak  raket  itu  kat pasaraya ni.  Sebab  itulah saya datang  cari  barang itu kat
sini  hari  ini.  Sayang   betul  dah  habis,  laris  betul   raket  tu.  Maklumlah  rekabentuknya
menarik,  jenama terkenal tetapi  agak  murah  dan  ringan pula tu, senang  digunakan  untuk
bermain,”  Razzi menjelaskan kepada Aina.

        “Minat   betul   awak  main  badminton  ya.   Saya   pun  suka  juga.  Selalu   juga  main
bersama kawan-kawan serumah,”  Aina berkata sambil tersenyum.

        “Saya   pernah   mewakili  sekolah   masa  zaman  sekolah   menengah  dulu  tapi  asyik
kalah je.  Buat  masa ni main sekadar  untuk suka-suka  sahajalah sambil membuang peluh,”
jelas Razzi lagi kepada Aina.

Last edited by RED 666 on 17-5-2013 04:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 08:41 AM | Show all posts
Detik bermulanya hubungan Aina dan Razzi sebagai sepasang kekasih.....

BAB 8

         “Sekarang   ini   di  universiti  awak   main  sukan  apa?,”   tanya  Aina  yang  berminat  
untuk   mengetahui   apa   jenis   sukan   yang  Razzi   terlibat  di  universiti  tempat   mereka  
belajar itu.

         “Buat  masa   ini   saya   terlibat  dalam  pasukan  bola  sepak universiti  kita  itu.  Saya  
bermain di  posisi tengah. Dah banyak kali juga memenangi perlawanan,” jelas Razzi.

       “Hebatnya   awak   ni,   saya   selalu  juga  tengok   pasukan  bola  sepak  universiti  kita  
beraksi,  memang  hebat  aksi-aksi  mereka,  padanlah   saya  macam  pernah  nampak  awak
ni.  Rupa- rupanya   awak   merupakan  salah  seorang  daripada  pemain pasukan bola  sepak
di  universiti kita.  Saya  kagum  dengan awak,”  Aina  menyatakan  rasa  kagumnya  kepada
Razzi.  Rupa-rupanya Aina  agak  minat  juga  dengan  sukan  bola sepak.

        “Awak  tak  main  apa-apa  sukan  ke  kat  universiti  kita  itu?,”  tanya  Razzi  pula,  ingin tahu apa jenis sukan yang Aina terlibat di universiti tempat mereka belajar itu.

       “Tak  pun,  main suka-suka dengan  kawan-kawan  je,  tak  ada  bakat  nak  jadi  pemain dalam  pasukan  universiti.  Masa  zaman  sekolah   dulu   pun  tak   aktif  sukan.  Sibuk belajar je,”  jelas Aina pula.

        “Awak  cubalah  dulu,  manalah  tahu  kalau  dapat.  Cuba  kenal  pasti  sukan  apa  awak  boleh main,  lepas itu cubalah sertai sesi pemilihan,” cadang Razzi kepada Aina.

        “Dah  pernah  cuba,  sukan  badminton  dan  bola jaring,  tapi tak  dapat pun,  orang lain ramai  lagi  hebat.  Mungkin  saya   memang  tak  ada  bakat  dalam  sukan kot.  Fokus  pada pelajaran sudahlah,”  Aina menyatakan kekecewaannya kepada Razzi.

       “Hmmm… kasihan awak,  tak  apa,  kalau  ada peluang  cubalah  lagi  ya,”   Razzi  cuba untuk  menenangkan  Aina.

        “Tengoklah dulu  macamana,”  kata  Aina, seakan  bersetuju.

         Kelihatan mata  Aina tertarik kepada  sesuatu  yang dipegang  oleh Razzi di tangannya.

        “Nampak  macam  ada  bungkusan  hadiah  je  kat  tangan  awak  itu,   Awak  baru  beli tadi    kat   pasaraya   itu   kan?   Nak   bagi   siapa,  awek   baru  ke?,”    tanya  Aina  kepada  Razzi    melihatkan   bungkusan    hadiah   yang   dipegang   oleh   Razzi  sekembalinya  dari Pasaraya Openg tadi.

       “Hadiah  ini  sebenarnya  khas  untuk  awak.   Awak  terimalah  hadiah  saya  ini,  ikhlas daripada   saya   sempena   perkenalan  kita   berdua   pada  hari  ini,”   Razzi  berkata  sambil menghulurkan  bungkusan  hadiah  di tangannya  yang dibalut rapi itu  kepada Aina.  Hadiah  tersebut dibalut terus oleh pekerja di pasaraya itu semasa membuat pembayaran di kaunter.

       “Untuk…. saya…. ke…. ni….?,”   tanya   Aina   yang   kelihatan  agak   terharu  dengan pemberian Razzi itu.

       “Betul,  saya   memang   beli   khas   untuk   awak.  Awak  cubalah   tengok   apa   yang  ada  di  dalamnya,”   jelas Razzi kepada Aina mengenai hadiahnya itu.

        Aina  pun  mengoyakkan  bungkusan   hadiah   tersebut  untuk   melihat   isi  dalamnya. Kelihatan  sebuah   kotak   plastik  yang  bercorak  cantik  terdapat  di  dalamnya.  Aina  pun Membuka   kotak   tersebut.   Kedengaran  bunyi   muzik   keluar   dari   kotak  tersebut  dan  ada  patung  kucing  kecil  yang  comel  menari-nari  di  atasnya.  Aina  kelihatan  asyik  dan  amat tertarik melihatkan kotak muzik tersebut.

       “Cantiknya….!!!  Awak,  terima kasih banyak-banyak ya,”  Aina   mengucapkan  terima kasih kepada Razzi atas hadiah pemberian Razzi itu.           
      
       “Sama-sama.  Saya   gembira   lihat   awak   sukakan   hadiah   itu,”   Razzi  menyambut ucapan terima kasih Aina itu.
      
        “Awak dah nak balik kan?,”   Razzi bertanya kepada Aina.
      
         “Yelah, dah penat sangat dah ni,”   jawab Aina.
      
         “Boleh kita jumpa lagi senang-senang nanti?,”   tanya Razzi lagi.
        
         “Insya Allah kalau tak ada apa-apa hal,”   kata Aina.
         
         “Baiklah   kalau  macam  itu,  saya   pun  rasa  nak  balik  rumah  juga  ni.   Penat  juga. Walaupun  penat, tapi  tetap  rasa  seronok  juga,”   kata Razzi pula.
         
         Selepas  itu   mereka  saling  bertukar-tukar   nombor   telefon   bimbit  masing-masing, Supaya senang untuk  berhubungan  di antara satu sama lain. Setelah bertukar-tukar nombor telefon bimbit, mereka  berdua  pun  pergi  ke  arah berlainan,  menuju  ke destinasi  masing-masing.  Aina   menghala  ke  sebuah  perhentian  bas  untuk   menunggu  bas   ke  rumahnya manakala  Razzi   pula  pergi   ke  sebuah  kedai  arked  permainan  video,  barangkali  untuk melepaskan kebosanannya atau pun berjumpa dengan kawannya di sana.

       Maka  dengan  itu  bermulalah  detik-detik  ke arah  hubungan mereka sebagai pasangan kekasih  yang bahagia.  Mereka  berdua  saling  berhubungan  di antara  satu  sama  lain  dan kerap  juga  keluar  bersama-sama  selepas  pertemuan  pertama  itu  dan  tidak  berapa  lama kemudian menjalinkan hubungan serius sebagai  pasangan kekasih.  Aina yang  sedang asyik terkenangkan    perkara   tersebut   tersipu-sipu   malu   sendirian.  Fikirannya  kini   tiba-tiba teringatkan sesuatu.  Teringatkan  saat-saat manis  secara  rasminya  mereka berdua  bergelar pasangan kekasih.

        Peristiwa tersebut berlaku lebih kurang selepas sebulan pertemuan pertama  mereka itu. Pada ketika itu,  mereka berdua keluar  bersama di Megah Mall, sebuah pusat membeli-belah yang  terkenal  di bandar Megah Jaya  itu  dengan  tujuan untuk  makan tengah hari  bersama dan   pergi  menonton  wayang  di  pawagam yang  terdapat  di  dalam  pusat  membeli-belah tersebut.  Setelah  selesai  makan  tengah  hari  dan  menonton  wayang,  mereka berdua  pun pergi  duduk  bersama-sama  di  kawasan  tempat   riadah  yang  disediakan  di  dalam  ruang Megah Mall itu.            
         
        “Cantik   betul  perhiasan  yang   ada  di  tempat  riadah  ini  ya?,”   Razzi   memulakan perbualannya dengan Aina.

         “Yelah,   sejuk    mata    memandang   dibuatnya.  Pandai   betul   mereka   rekabentuk tempat  ini  jadi  nampak menarik,”  kata  Aina  pula.
        
          “Awak pun cantik juga, saya suka tengok awak,”   kata Razzi lagi.
         
          “Ye ke?   Terima kasihlah ya.,”  Aina mengucapkan terima kasih atas pujian Razzi itu.
         
          “Aina…. saya  ada  sesuatu nak  bincang dengan  awak.,”   Razzi  berkata  dengan  riak yang  agak  serius. Apa  agaknya  yang  mahu  dibincang  oleh Razzi  itu?
         
          “Baiklah, apa dia? Beritahulah kepada saya,”  tanya Aina.
         
          “Dah  lama kita  berkawan baik,  lebih  kurang  sebulanlah rasanya.  Selama berkawan dengan  awak,  saya   betul-betul   rasa  gembira.  Daripada   rasa  suka   berkawan,  perlahan-lahan  bertukar   menjadi   rasa  sayang  pula.  Aina,  sudikah  awak  menjadi  kekasih  saya?  Saya   benar-benar  ikhlas  menyintai  diri  awak  dan  ingin  menjadikan  awak  sebagai  suri di hati saya,”  Razzi meluahkan rasa cintanya kepada Aina dengan serius sekali.
         
           Aina  yang  mendengarkan  luahan  perasaan  Razzi  itu  terdiam  seketika,   seolah-olah sedang  memikirkan  sesuatu.  Pipinya  merah  padam,  kelihatan  seperti  sedang  malu-malu kucing.
  
          “Macamana   Aina,  awak  setuju   tak?   Saya  serius  ni,”     tanya  Razzi   kepada  Aina kerana   mahukan   jawapan   dan   kepastian   memandangkan   keadaan   Aina   yang  masih  lagi berdiam  diri  itu.
      
         “Razzi……,” Aina pun mula bersuara.
      
         “Saya  pun  dah  mula  sayangkan  awak  lebih daripada  seorang  kawan.  Baru-baru  ini hati  saya  berdegup  kencang  apabila bersama  awak.  Setiap  hari  saya sentiasa teringatkan awak.   Saya   sebenarnya   ingin    meluahkan   perasaan   cinta   saya  kepada   awak   tetapi  sebagai seorang perempuan, rasa segan dan malu  itu tetap ada.  Lagipun saya dapat  rasakan yang  awak  pun  sukakan  saya.  Jadi   saya  tunggulah  sahaja  awak  meluahkannya  kepada saya. Barulah  anak  jantan  namanya  kan?  Berani  mengharungi  apa  sahaja  cabaran  yang datang,”  akhirnya Aina meluahkan perasaannya kepada Razzi sepenuh hatinya.
      
         “Jadi   awak   terimalah   cinta  saya  ini  ya?,”  Razzi   bertanya   kepada  Aina  kerana  mahukan kepastian seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu tadi.
        
         “Emmm….,”  Aina  pun  mengiakan  sambil  mengangguk  perlahan-lahan  tanda  ber-setuju.  Kelihatan Aina menundukkan wajahnya kerana segan.

         “Terima  kasih  Aina  kerana  menerima cinta  saya.   Saya  janji  tak  akan  kecewakan awak.  Saya  akan  sayangi  awak  sepenuh  hati  saya,”   Razzi   mengucapkan  terima  kasih kepada   Aina   kerana   menyambut   baik  cinta  yang  telah  dihulurkannya.   Kelihatan  terpancar  keikhlasan  cinta  yang  suci  di  wajahnya.

        “Saya  pun  sayangkan  awak  juga. Saya  harap  awak  jujur  dalam  hubungan  kita  ini. Saya   juga  berharap  hubungan   kita   ini   akan   berkekalan  sampai  ke   jinjang  pelamin,” Aina  berkata  kepada  Razzi  dengan  penuh  emosi  sekali.

        “Saya   juga  harap  begitu.  Saya  ingin  bersama  sehidup  semati  dengan awak sampai bila-bila,”   kata  Razzi  kepada  Aina  pula.  Hari  yang  indah  ini  pasti  tidak  dapat  dilupa-kan  oleh  Aina  dan  Razzi  sampai  bila-bila.  Hari di  mana   mereka  secara  rasmi  menjadi pasangan kekasih yang bahagia.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 09:10 AM | Show all posts
Kisah seterusnya mengenai hubungan cinta Aina dan Razzi.....

BAB 9

        Setelah   secara  rasminya  bergelar   kekasih   kepada  Razzi,  Aina   melalui  kehidupan sehariannya sebagai  seorang  pelajar  universiti dengan ceria dan penuh bersemangat sekali. Sentiasa dalam  keadaan riang dan gembira sehingga menimbulkan rasa pelik kepada rakan-rakan  sekuliah dan  juga  rakan-rakan  serumahnya. Ini  kerana selama ini Aina adalah yang seorang  agak  pendiam,  tidak   banyak  bercakap  kecuali  mengenai  perkara-perkara  yang penting  sahaja. Bagi  mereka, Aina adalah seorang yang sangat serius lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan pelajaran.

       Begitu  cepat  sekali   masa  berlalu.  Sedar  tak   sedar  hubungan  cinta  Aina dan  Razzi sebenarnya   sudah    pun   belanjutan   selama  dua   minggu. Dalam   tempoh   dua   minggu perhubungan mereka itu,  mereka  sering berhubungan  dengan menggunakan  telefon bimbit untuk   melepaskan  rindu  masing-masing  dan  sering  juga   keluar  bersama  untuk  makan tengah hari.

       Mereka  biasanya  keluar  makan  tengah  hari  bersama di  luar  kawasan  universiti atas permintaan   Aina  sendiri   untuk  mengelak  daripada  diperhatikan  kawan-kawan  sekuliah dan   juga   rakan   serumahnya  kerana  takut  diperkatakan  oleh  mereka  semua. Ini kerana Aina  masih  baru  lagi  dalam  dunia   percintaan  dan  masih  lagi  cuba  membiasakan  diri mengenai selok-beloknya jadi rasa malu dan segan itu masih lagi menebal dalam dirinya.

        Perkara  ini  amat   menarik  perhatian  dua  orang   kawan  rapatnya  iaitu  Mila,  rakan sekuliahnya  yang  juga  rakan  serumahnya dan  juga  Yati,  juga  rakan  serumahnya  tetapi mengambil  jurusan   perubatan.  Ketika   ini  mereka  berdua   sedang  menonton  televisyen di  rumah  sewa  mereka  manakala  Aina   pula  sedang  sibuk  menggosok   bajunya  sambil menyanyi-nyanyi dan tersenyum sendirian.

        “Kau  tengoklah  kawan  kita  tu,  asyik  tersenyum  je  memanjang sejak akhir-akhir ni.  Kenapa  agaknya ya?,” kata Mila.

       “Entahlah,  agaknya  mungkin  dia  baru  dapat  pakwe  kot.  Kau   sekuliah  dengan  dia, takkan  tak  pernah  nampak  dia   keluar  dengan  mana-mana  lelaki  pun,”  Yati  menjawab pertanyaan Mila itu.
     
        “Tak  pernahlah  pula  aku  nampak  dia   keluar  dengan  lelaki  sepanjang  aku  dengan dia  kat  kelas.  Manalah  tahu  kalau  dia  keluar senyap-senyap. Lagipun  baru  lebih kurang dua   minggu   je  dia  macam  ni,  tak  dapatlah   kita   nak   buat   sebarang  anggapan  yang  tepat. Kita tengok dulu lebih kurang seminggu dua lagi,”  jelas Mila pula.
      
        “Aku   memang  teringin  sangat   nak   tahu  perkara  sebenarnya.  Kau  rasa  kalau  aku tanya  dia terus okey tak,”   Yati memberikan cadangannya.
      
        “Aku   pun  ada  tanya  dia  pasal   perubahan dirinya  yang  mendadak  itu,  tapi  dia  senyum je, cuma bagitahu yang  dia  memang  rasa gembira dan bersemangat sangat sekarang
ini,”   kata Mila lagi.
      
       “Memang  misteri  betullah  kawan  kita  itu  sekarang  ni.  Aku  rasa, aku  mesti  korek juga  rahsia  daripada  tuan  punya  badannya  sendiri,”   kata Yati dengan serius.
      
         Yati  bertekad  untuk   mengetahui  apa  yang  tersirat  disebalik  perubahan  mendadak Aina  itu  dan  cuba  membongkarkannya  sendiri.  Oleh  kerana  itu, Yati   pun  mula  meng-hampiri Aina yang masih lagi sedang menggosok baju dan segera menegurnya.
      
         “Sibuk nampak, banyak betul baju nak gosok ya?,” Yati memulakan perbualan.
        “Yelah,  nak  kemas semua,  tak  ada  masa  nak  buat  hari  lain  nanti, selalu  sibuk  je sekarang ni,”  jawab Aina lembut.

        “Sibuk yaa….?,” tanya Yati seakan menyindir.

        “Ya, memang sibuk sangat dengan  pelajaran sekarang ni.  Banyak yang nak kena ingat dan fahamkan itu yang kena ulangkaji selalu itu,”   jelas Aina.

        “Si  Mila tu sama  jurusan dengan  kau kan? Aku  tengok  dia  tak  adalah  sibuk sangat ulangkaji. Rehat-rehat  tengok  TV  je  memanjang.,” Yati  membandingkan  keadaan  Aina dengan Mila yang sama jurusan dengan Aina itu.

        “Dia  pandai,  cepat   tangkap   pelajaran,  tak  apalah   buat  macam  itu.  Saya  tak  se- pandai dia,  jadi kena usaha lebih sikit,”   jelas Aina lagi dengan rasa rendah diri.

        “Ye ke ni..?  Ke sebab hal lain. Sebelum  ini  tak adalah  terlalu sibuk sangat keluar aku  ulangkaji tengok. Biasa  kau  ulangkaji dengan  Mila  je  kat  rumah dan  kadang-kadang  je pergi perpustakaan,” tanya Yati sambil menyindir lagi.

        “Eh,  betullah  pergi  buat ulangkaji. Mana  ada  hal  lain,  pandai-pandai  je  awak  ni.,”  Aina cuba untuk menafikan sangkaan Yati itu.

        “Bukannya   apa  aku  tanya  macam  itu.  Baru-baru  ni  aku,  Mila  dan  kawan-kawan lain kat rumah ni nampak kau ni lain macam sikit dari biasa,”  kata Yati kepada Aina.

       “Macam  mana apanya?  Saya  tak fahamlah,”  tanya  Aina  yang  kebingungan  dengan kata-kata Yati itu tadi.
        “Yelah,  dulu  kau  ni   pendiam  je,  sekarang  ni   nampak  ceria  sangat,  suka  senyum- senyum, nyanyi-nyanyi.  Rasa  berbeza  sangat  dengan diri  kau  yang dulu  itu.  Sebenarnya kau  baru  dapat  pakwe  kat  universiti  kita  ni  ya?,” Yati  pun  bertanyakan hal  yang  sebe-narnya nak ditanya itu kepada Aina.

       Kelihatan   muka   Aina   merah   padam    apabila   ditanya   oleh   Yati  dengan   soalan tersebut.  Mukanya tunduk malu-malu sambil tersenyum manja.

       “ Tak adalah,  mana  ada,”  Aina  berkata lembut  cuba menafikan dakwaan  Yati sambil tersipu-sipu kerana segan.

       “Ya ke?  Tengok muka  pun dah tahulah. Orang  baru  mula bercinta lah katakan,”  Yati cuba untuk membuat Aina mengakui dakwaannya.

       “Ermmm…… betul cakap awak tu,”   akhirnya Aina pun mengaku juga.

       “Hehehehe………  tak   salah  lagi  tekaan  aku.  Padanlah   nampak  ceria  semacam je  sejak kebelakangan ni,” kata Yati.

       Mila  yang   sedang  asyik  menonton   televisyen  itu  mula  memakukan pandangannya kepada Yati dan Aina yang sedang asyik berbual itu.

       “Hmmm,  nampaknya  Yati  dah   tahu  perkara  sebenarnya,  bagi   aku   pergi   kat  dia orang,”  kata Mila dalam hatinya.

        Pada   masa  yang   sama,  Yati   sedang  sibuk   bertanyakan   kepada   Aina  mengenai teman   lelakinya.

         “Siapa   dia   teman  lelaki   kau  itu,  bagitahulah  kita  orang?  Hensem  ke  dia?  Ada rupa  macam ‘Lelaki Melayu Terakhir’ ke?  Nak  tahulah  jugak  kan  pakwe  kawan-kawan,” tanya Yati kepada Aina.

         “Ermmm….. rahsia,”   jawab Aina.

         “Alaaaaa….. bagitahulah,”   Yati merayu.

         “Awak akan tahu sendiri nanti,”   jawab Aina lagi dengan penuh berahsia.

        “Bagitahulah   kita  orang.  Kalau  tak   kenal   nanti   kita   orang  termengorat  dia  kat luar  kan  haru biru  jadinya  nanti.  Yelah, sebab  tak  kenal  dan  tak  tahu  pun  itu  pakwe  kau.  Kau  juga  yang  susah  nanti   kalau  dia  tiba-tiba  tersangkut  kat   kita  orang  nanti,” sampuk  Mila  dari  belakang  Yati   secara  tiba-tiba.  Aina  yang  mendengarkan  kata-kata Mila  tadi  tiba-tiba  sahaja  pucat  lesi  mukanya.

         “Eh  Mila,  bila  masa  kau  sampai ni,  tiba-tiba  je  macam  nenek  kebayan  buat  sihir muncul   kat    sini,”   tegur   Yati    kepada   Mila   yang   terkejut   dengan   kehadiran   Mila di belakangnya itu.

       “Syok tengok kau orang berborak, apa lagi, aku pun masuk je lah,”  kata Mila pula.

       “Hah Aina!   Apa lagi?   Dengar  tak cakap  aku tadi?   Mesti dengar kan,  tu yang pucat lesi  aku  nampak  muka  kau.   Takut   kita   orang  ngorat  pakwe   kau  lah tu,”   Mila  cuba memprovokasi Aina untuk mendesak Aina memberitahu siapa dia teman lelakinya.

        “Janganlah  buat   macam  itu,   aku   sayang  dia,   sayang  sangat-sangat,”  kata  Aina kepada Mila.

         “Haaa!!  Tahu  pun  sayang,   kalau   tak   nak  dia  kena  mengorat  dengan  kita  orang  bagitahu  jelah,  kita  orang   berdua   ni  solo  lagi  tahu.  Betul  cakap  Mila  tu  tadi.  Jangan salahkan  kita   orang   kalau   termengorat   dia   kat   luar  nanti  sebab  kita  orang  tak  tahu itu   pakwe  kau. Yelah,  tak  pernah  kenal  kan,”   kata  Yati  pula  seperti  menyokong  kata-kata Mila tadi.

       “Ya  lah,  ya  lah!  Saya  beritahu. Sekejap  je  lagi  ya,”   akhirnya  Aina  mengalah  juga dengan  desakan Yati dan Mila itu tadi.

       “Cepatlah  bagi  tahu  kita  orang siapa dia.  Teringin nak  tahu  siapa dia  pakwe  kawan kita  ni,”   Yati  tidak  sabar-sabar  lagi   untuk  mengetahui  siapa  dia  jejaka  yang  bertakhta di  hati  Aina.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 09:14 AM | Show all posts
Penamat imbas kembali kisah hubungan cinta Aina dan Razzi......

BAB 10

        “Macam  mana muka dia?  Hensem  ke?  Jambu  ke?  Tinggi  dia berapa?,”  begitu  juga dengan Mila,  tidak sabar menanti jawapan daripada mulut Aina sendiri.

        “Dia  memang  tinggi,  lebih  kurang  6  kaki lebih ketinggiannya. Wajah  dia  memang hensem  dan   jambu,  lebih  kurang  macam  muka  artis  lelaki  Korea,”  Aina  mula  mence-ritakan  mengenai  teman  lelakinya  secara  terperinci.

        “Fuyooo,   hensem  sungguh!  Bertuahnya    kau   dapat   pakwe   hensem    macam   itu. Dengkinya aku!  Kalaulah  aku dapat  hari-hari  aku nak  berkepit 24 jam dengan dia,”   Yati mencelah,  kagum  dengan  kekacakan  teman  lelaki  Aina  seperti  yang  diceritakan  oleh Aina itu.

       “Muka   ala  artis  lelaki  Korea  ke?  Jambunya   muka  dia  kalau  macam  tu.  Aku  me-mang  minat   betul   lelaki  muka  jambu  ala  artis  Korea  dan  Jepun  ni.  Boleh   tak   tidur malam  dibuatnya  asyik  terbayang-bayangkan  dia,”    Mila  pun  menyatakan  kekagumannya  juga.

       “Dia  juga  salah  seorang daripada  pemain  utama  pasukan bolasepak  di universiti kita.

       Kalau  biasa tengok  pasukan  bolasepak universiti  kita  main  mungkin boleh cam dia yang  mana satu.,”  Aina  menyambung  kembali  penerangannya.

        “Main  bolasepak  wakil   universiti  kita  rupanya.  Memang  hebat  betul   pakwe  kau ni.   Kena   betul  dengan  ciri-ciri  lelaki  idaman  aku.  Hensem,  tinggi  dan  pandai  bersu-kan.  Aku  pula  tak  biasa  tengok  pasukan  bolasepak  kita  main  sebab  aku  tak  minat  bola sepak.  Lagipun tak ada sesiapa yang aku kenal dalam pasukan tu,”   kata Yati.

        “Aku  pula  biasa  jugalah  tengok  pasukan  bolasepak  universiti  kita  main.  Rasanya  aku  dapat  cam  yang  mana  satu.  Dia  main bahagian  tengah  tak  silap  aku. Budak  baru rasanya   sebab   baru   satu   dua   perlawanan   je  dia  main.  Memang  hensem  dan  jambu gilalah muka dia. Malaslah  aku  nak berteka-teki,  aku  pun  bukan  ingat  sangat  nama dia, kau   bagitahu   jelah!,”  Mila   pula  sudah  dapat  membayangkan   siapa   dia  teman  lelaki Aina itu.

        “Betul  cakap  awak  tu  Mila, dia  main  di  bahagian  tengah  dan sebenarnya dia  baru sahaja  dipilih  sebagai  pemain utama pasukan itu. Sebelum  ini duduk  di bangku simpanan  saja.  Oh ya,  nama  dia  Razzi,”  akhirnya  Aina  memberitahu  nama  teman  lelaki  kesayangannya  itu  kepada  Yati  dan  Mila.

         “Bertuahnya  kau  ya  Aina  dapat  pakwe  hensem  jambu  macam itu.  Aku  dah lama nak  berkenalan  dengan  dia   sejak  tengok  dia  main  hari   itu  tapi  macam  susah  je  nak jumpa.  Yelah,  dia   kan  ambil  jurusan  lain  dari  kita.  Bertuah   betul  kau  ya  dapat  dia. Cemburunya aku.  Memang dah rezeki kau.  Macamana kau boleh tersangkut dengan dia?,” kata Mila.

      “Kami   berdua   mula  berkenalan  di  perpustakaan  universiti  kita  itu.  Masa  itu  saya sedang  ulangkaji  pelajaran  di  sana  dan  dia  pula  datang  suka-suka  untuk  baca  majalah dan  surat  khabar.  Dia  yang  tegur  saya  dulu  tanya  khabar,  ajak  berbual  bersama-sama. Tak   lama   kemudian   kami  berdua  berkawan.   Dah  lama  kawan,  timbul  pula  perasaan sayang,   itu   yang   kami  berdua  ambil  keputusan   untuk  bercinta  pula,”   jelas  Aina de-ngan  terperinci  sekali mengenai bermulanya percintaannya dengan Razzi.

        “Bertuahnya kau ada lelaki hensem tegur  kau lepas tu bercinta pula dengan dia.  Bahagianya rasa hati.  Macam dalam filem Hindustanlah pula,”   kata Mila sambil berseloroh.

       “Razzi…..  Razzi…..  Aku   rasa  macam  pernah  dengarlah  nama ni.  Bukan  ke  nama  ni  sama   dengan   nama   bekas   pakwe   kawan  kita  seorang  tu,”   Yati  tiba-tiba  teringat-kan sesuatu.

       “Aha…. Ya  lah,   baru   teringat,  nama  sama  dengan  bekas  pakwe  si  Dania,  kawan serumah kita yang dah lama keluar itu,”   Mila juga seperti teringatkan perkara yang sama.

       “Kesian  dia,   kena   tinggal  dengan  bekas  pakwe   dia  begitu  sahaja.  Macam  tung- gul  je  dibuatnya.  Ingat   lagi   Dania   ada  kata,  pakwe  dia   tinggalkan  dia  dengan  bagi  alasan  yang   aku   rasa   mengarut   sangatlah.  Alasan   dia   berbunyi  ‘Awak  Terlalu  Baik  Untuk  Saya.’  Entah   apa-apa  punya  alasan.  Tak kan  lah betina jahat yang  nak dibuatnya sebagai  awek?  Suka  kikis duit,  curang,  itulah perempuan yang dia cari agaknya.  Memang bodoh   sangatlah   lelaki   yang   tak   nak   awek   baik-baik.  Bila  dah   kena  teruk  dengan  betina  jahat  baru  menyesal  agaknya.  Barulah   nak  cari  perempuan  baik-baik  pula  lepas itu,”   Yati  berkata   dengan  penuh  emosi  sekali  apabila  mengingatkan nasib  bekas  rakan serumah   mereka   yang   bernama  Dania   itu.  Terkontang-kanting   begitu   sahaja  apabila ditinggalkan  teman  lelaki dengan  alasan  yang  sangat  bodoh.

      “Bukan  setakat   itu  je,   lepas  kena  tinggal  tu,  pelajaran  dia   merosot   teruk  sampai markah  pointer dia rendah  sangat,  bawah nilai 2.0  jadinya  sebab perasaan  dia terganggu sangat sampai tak dapat  nak  tumpu  perhatian kepada  pelajaran.  Akibatnya dia  kena tendang  keluar dari universiti  kita.  Kasihan  dia,  masa  depan  dia  gelap  macam itu  saja.  Apa-apa  pun  harap dia  dapat  juga   teruskan  pengajiannya walaupun  terpaksa bermula semula di  tempat lain,”  kata Mila pula yang sedih mengenangkan nasib bekas rakan serumah mereka itu.

       “Salah  satu  sebabnya   ialah,   tak   berapa  lama  lepas  dia  orang  berpisah,  si  jantan jahanam tu  kantoi  dengan  Dania  ada  skandal  dengan  awek  lain.  Memang  alasan  yang nampak  saja  suka-suka  dibuat  agaknya  sebab   dah   tak  ada  alasan  lain  lagi  nak  bagi. Alasan   yang  digunakan   untuk   menutup    kecurangan   sendiri.   Itu   yang  Dania  sedih sangat   sampai   terganggu   pelajaran  dia.  Sampai   kita   semua  cuba   nak  pulihkan  dan nasihat  pun  tak  berhasil,”   kata Yati lagi.

       “Saya  pun   ada  teringatkan   perkara   itu  juga,  kasihan  juga   pada  dia,  sampai  rasa  takut  nak  bercinta mengenangkan  nasib si Dania itu. Dah  lama  tak  jumpa dia,  rindu juga pada   kawan   kita   itu.   Sebelum  ini  ada   juga  cuba  hubungi   telefon  bimbit  dia  untuk bertanya   khabar   tetapi   tidak   dapat   dihubungi   lagi   sebab   dia   dah   tak   pakai   lagi nombor  biasa  dia   itu,   mungkin  dah  tukar   nombor  baru  agaknya.  Razzi  bekas  pakwe  Dania  tu   awak   berdua   pernah   jumpa  ke?,”  kata  Aina   pula  sambil  bertanya  kepada Yati  dan  Mila.

        “Tak  pernahlah  pula  jumpa,  gambar  dia   pun  tak   pernah  tengok,  malah  tak  tahu langsung  sama  ada  dia  pelajar  universiti  ini  juga ataupun  orang  luar  sebab  Dania cuma pernah bagi  tahu  nama  dia  je,”   jawab  Yati.

        “Selain  itu  dia  ada  juga  bagi  tahu  yang  pakwe  dia  ini  tinggi  dan  hensem  macam model   rupanya.  Itu  sahajalah.   Memang  perahsia  betul  lah dia.  Malah  Dania   juga  tak  pernah ada  ruangan laman sosial  di internet jadi  memang tak pernahlah nampak macamana rupa   pakwe  dia  tu.   Mungkin   dia   ada   simpan  gambar  kat   mana-mana   tapi   dia  tak pernah  tunjuk.   Apa-apa  masalah  yang  melibatkan  hubungan  dia  dengan  pakwe  dia  tu biasanya  dia  luahkan  kat  kita  orang,”  Mila  pula   memberikan  penerangannya  mengenai Dania  dan  bekas  teman lelakinya.

       “Ohhh, begitu rupanya. Harap-harap dia okey sekarang ni,”   kata Aina pula.

       “Agak-agak,  Razzi pakwe kau dan Razzi bekas pakwe Dania  tu orang yang sama tak?,” Mila  mula  berasa  risau  dan  sangsi  mengenai  Razzi,  teman  lelaki  kesayangan  Aina itu.   

       “Tak tahu,  no  komen,  tapi  Razzi  itu  baik  sangat,  romantik orangnya.  Selalu  layan saya dengan  baik,   tak   pernah   nak  marah-marah  dan  tinggikan  suara.  Tak  mungkinlah  dia bekas  teman  Dania  yang  tak  berhati  perut  itu,”  Aina  memberikan pandangannya.

        “Tapi  apa-apa  pun  kau  berwaspada  jelah. Sentiasa  dalam  keadaan  berjaga-jaga. Itu jelah  pesan aku.  Orang  lelaki  ni  memang  mulut  manis. Sebelum  dapat  semua  okey  je, bila dah dapat,  taring dan tanduk semua keluar,”  Yati memberi peringatan kepada Aina.

        Aina  mula  sedar  semula  daripada  lamunan  kenangan  indah  pertemuan pertamanya dengan   Razzi   itu.   Tiba-tiba,  kata-kata   Mila  dan  Yati   yang   memberi  peringatannya mengenai  Razzi suatu ketika dahulu itu mula bermain di fikirannya.

         “Adakah dia….?,” Aina tersentak lalu bersuara perlahan, seperti teringatkan sesuatu.

         “AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”        

         “AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”         
     
         Ayat  hikmat Razzi  itu  mula  terngiang-ngiang  di  fikiran  Aina  semula  serta  mengganggu  kembali perasaannya.

        “Padanlah   macam   pernah  dengar  ayat   itu.  Rupa-rupanya   sebelum  ini  di  zaman universiti  dahulu   Dania   pernah  ditinggalkan  dengan  alasan   yang  sama  juga.  Adakah Razzi   itulah  sebenarnya   bekas   teman   lelaki   Dania?   Tak  mungkin!  Tak  mungkin!, Aina  berkata  perlahan  di  dalam hatinya.  Seribu satu  persoalan sudah  mula  bermain-main di fikirannya.

       Aina  pun  bingkas  bangun  dari  katil  dan  kemudian  mencapai  cermin  matanya serta terus  memakainya. Perlahan-perlahan Aina  memandang  kalendar  di  dinding  bilik  tidur-nya itu.  Setelah memandang kalendar tersebut, Aina kelihatan terkejut.

       “Alamak,  rupanya  dah  tiga  hari  berturut-turut   aku   tak  datang  kerja!   Matilah  aku macam  ni!  Habis  kena  basuh cukup-cukup  dengan  En. Kamal  itu nanti. Kalau  nasib tak baik   mungkin   kena   pecat!,”  Aina   mendengus   bersendirian   di  dalam   hatinya.  Rasa bimbang  dan  risau  mula  bermain-main di  hatinya.

       Sejurus  kemudian  Aina  pun  pergi  mengambil telefon  bimbitnya.  Setelah  mencapai telefon  bimbitnya  itu,  Aina  segera  melihat  skrinnya.  Kelihatan   ada  sepuluh  panggilan tidak    berjawab.   Dilihatnya   nombor   panggilan   yang   tidak   berjawab   itu,   terteralah nombor  telefon   ketua  di  tempatnya  kerjanya   yang  bernama  Encik Kamal  itu  di  skrin telefon  bimbitnya   serta  beberapa   nombor   rakan-rakan  sekerja   yang  cuba  menghubu-nginya sepanjang ketiadaannya di tempat kerja.

       “Dah  sah!   Habis  aku!   Mati aku esok nanti!,”  Aina terkejut  melihatkan nombor telefon  En. Kamal   itu   lalu  menghela  nafas  panjang.   Fikirannya  jadi  tak  tenteram memikirkan apa nasib yang bakal menimpanya esok hari nanti.

        Aina  pun  berbaring  semula  di katilnya.  Baring  sambil  memikirkan bagaimana untuk dirinya  menghadapi   masalah  yang  baru  saja  timbul  itu.  Matanya   juga  sudah  semakin lelap   akibat   keletihan  otak  memikirkan  penyelesaian  masalah  tersebut.

       “Ahah!   Dah   dapat,”    Aina   berkata   sendirian   di   dalam   hatinya,   seperti   sudah  jumpa  jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang menghantui dirinya itu.

       “Yati!    Kau   mesti   tolong  aku  selesaikan  masalah ini.   Aku   amat   mengharapkan bantuan  daripada  kau!,”  kata  Aina  dalam  hatinya lagi.

        Terdetik  di  hati  Aina bahawa Yati,  rakan serumahnya  sekarang ini dan  juga  semasa sedang  belajar di  universiti  itu  adalah  satu-satunya  orang  yang  mampu  menyelamatkan dirinya    daripada    masalah   di    tempat   kerjanya  yang  sedang menghantui   dirinya sekarang  ini.


Last edited by RED 666 on 16-5-2013 09:17 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 12:19 PM | Show all posts
dah sampai bab 10 dah pun saya upload, tak ada sapa2 nak komen ke novel saya ni?

saya amat memerlukan komen dan pendapat untuk menyedapkan lagi novel saya ini


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 01:12 PM | Show all posts
RED 666 posted on 17-5-2013 12:19 PM
dah sampai bab 10 dah pun saya upload, tak ada sapa2 nak komen ke novel saya ni?

saya amat memerl ...

Ok, ini komen ikhlas dr saya ye..

1.Berdasarkan ringkasan, apabila membacanya saya cuma boleh menyimpulkan oh.. nak cerita tentang sejauh mana erti awak terlalu baik untuk saya.
ok, then what?
maksudnya... ringkasan kurang catchy.

2.Sudah acap kali saya beri komen kpd penulis2 baru di sini  (saya pun baru tp perasan dah lama ) bhw saya agak turn off sikit kalau satu bab/part ditepek sekali harung dlm 1 post. Jadi saya baca mcm bullet train yg kdg2 saya skip terus. Maaf ya!
kenapa ek? Sebab saya rasa mcm... mak aihhh... pjgnya!  So... saikologinya mempengaruhi emosi dan minat utk saya membacanya

Disebabkan berkali2 minta komen, saya berasa terpanggil (simpati) jadi saya gigihkan diri utk membacanya dari setiap aksara untuk bab 1 sahaja. (ecehhh...)

3.Penggunaan bahasa kurang menarik. Ia spt ayat karangan sekolah sahaja. Harap tak berkecil hati, ya. Saya pun bukan pandai menulis sgt tapi cuba tambahkan kosa kata yg berbunga2 sikit. So, pada saya, walau pun novel bertema cinta, tp perasaan itu tak sampai. Kesedihan Aina mahu pun Razzi saya tak rasa pun.

4.Saya kurang gemar dialog yg diucapkan terlalu panjang berjela seolah2 sedang membuat ucapan.

Ok, itu komen ikhlas dr aiols. No hard feeling, k?

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 01:19 PM | Show all posts
Saya ambil contoh petikan pada bab 1:
Sejurus  saja  dimarahi  Aina,  Razzi  pun  memegang  erat  kedua   belah  tangan   Aina, barangkali untuk memujuk Aina yang sedang dalam kemarahan itu.

        “Saya  memang  sayangkan  awak,  sangat sayang kepada awak,   bahagia bersama awak selama ini.
Setelah sekian lama bersama awak, saya rasakan diri   saya  begitu   kecil,  rendah diri   di  mata  awak,  
sebab  awak  terlalu  baik   kalau   nak  dibandingkan  dengan  saya  ini. Saya   rasa  benar-benar   tak   layak  
berada  di  samping awak,   awak  lebih   layak  bersama dengan  seorang   lelaki  yang  baik,  jauh   lebih   baik   
daripada  diri   saya   yang   hina  ini. Awak  lupakanlah  saya,  carilah  lelaki   lain  yang   lebih  baik  daripada  
saya dan   mampu membahagiakan diri awak selama-lamanya.,” Razzi memberikan penjelasannya kepada Aina.

      Aina  yang  mendengar  penjelasan Razzi  tersebut,  tergamam  dan   kelu   tidak  berkata, barangkali  penjelasan   
yang   diberikan   Razzi  tersebut    membuatkannya   berasa   terharu. Adakah  Aina  masih  marahkan Razzi?
Cuma  hatinya  saja  yang tahu.

Saya cuba rewrite cara saya ye..
  
Razzi tahu Aina marah. Kedua tangan gadis itu digenggamnya erat-erat. Kemarahan Aina mahu diredakannya. "Saya sayangkan awak, Aina. Terlalu sayangkan awak.Malah saya amat bahagia bersama dengan awak..." Kata-katanya terhenti. Wajah Aina ditatapnya redup. Aina hanya menunduk.

"Tapi.. saya tak sanggup untuk meneruskan perhubungan kita lagi sebab awak begitu sempurna Aina... sehinggakan saya merasakan saya langsung
tak layak buat awak." Kali ini tangan Aina dielusnya perlahan-lahan. Dia mengharapakn gadis itu mengerti dengan apa yang cuba dia sampaikan.

"Aina... awak terlalu baik buat saya. Awak sepatutnya berhak mendapat lelaki yang jauh lebih baik dari saya. Awak lupakan saya." Matlamat sebenar telah dia luahkan. Razzi mahukan perpisahan. Namun perpisahan itu biarlah dalam cara yang baik dan tidak menyinggung perasaan Aina.

Laju bebola mata Aina berlari ke wajah Razzi. Setiap inci riak yang terlakar pada wajah itu cuba dia tafsirkan. Aina cuba memahamkan maksud yang tersirat dari setiap patah perkataan yang Razzi tuturkan.

Aku terlalu sempurna. Aku terlalu baik untuk dia? Sungguh tak masuk di akal. Kalau benar begitu, apa masalahnya lagi? Bukankah semua orang mahukan yang terbaik? Jadi, kenapa perpisahan pula yang dipinta? Aina bingung.


Just my 20 cents idea.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 02:19 PM | Show all posts
Ehem, ehem....

Akak pon nak beri komen setelah akak baca citer dik red nih... akak sependapat ngan cik lady....citer dik red dah  ok sbb ada kelainan dr segi genre percintaan...& yg pasti ikut acuan sendiri...

-Macm cik lady kata yg pertama sekali jagn disumbatkan satu bab ngan satu post...kalu muleh ya dik red masa nak copy pada satu post pastekn ikut kesesuaian perenggan....sbb memudahkn pembaca nak baca sebenarnya...& tak berpinau mata kami selaku pembaca ya...kebaykkan penulis baru buat perkara yg sama letak satu bab sekaligus satu post...mmg kelabu biji mata...

-& satu lagi...macm cik lady kata...dari segi bahasa kalu boleh perlu ada feel emosi yang mendlm...kira bila feel sedih tu adik bg ayat tu bg dalam lg olahannya...contoh dah ada kan?....

-& cdgn akak...nk bg menarik ...adik bubuh le gambo ke..lagu2 background ke...lg feel....kekdg, cara camtu boleh dtgkn idea & garapan citer lebih menarik..feel pun masuk...

Akhir, tahniah akak ucapkn sbb sama2 meriahkan tret penulisan ni...jgn give up ngan komen...sbb rata2 yg bg komen mmg membina...jgn risau kami manusia biasa..naluri seorang penulis adalah sehati sejiwa... sama serupa.....

Semoga Berjaya....
Majulah Penulisan Untuk Negara

Byee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 04:08 PM | Show all posts
terima kasih banyak2 atas komen2 yang diberikan anda berdua

sebenarnya, manuskrip novel saya ini telah saya hantar ke beberapa syarikat penerbitan tetapi direject oleh mereka

ada yg reject tanpa apa2 sebab dan ada yg bagi respon suka dgn jalan cerita saya tetapi tidak berapa suka dengan gaya penulisan saya

sebenarnya saya sendiri tak ada idea macam mana nak ubah gaya penulisan saya tetapi dengan contoh yg diberikan oleh lady finger di atas tadi, datang sedikit idea macamana nak memantapkan lagi cara penulisan

untuk versi di cari forum ni, memandangkan ramai tidak selesa membaca panjang berjela, saya akan memberi posting yg lebih pendek untuk setiap bab bagi posting bab yang seterusnya nanti

Last edited by RED 666 on 17-5-2013 04:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 04:29 PM | Show all posts
RED 666 posted on 17-5-2013 04:08 PM
terima kasih banyak2 atas komen2 yang diberikan anda berdua

sebenarnya, manuskrip novel saya ini  ...

Oh ya?.... akak simpati ngan adik...

Kalu begitu antara sebb karya adik x diterima seperti yg dinyatakn oleh cik lady tadi... olahan & garapan adik kena asah, mantapkan lagi...kalu boleh adik refer pd kamus dewan bahasa utk mantpkn penulisan atau adik boleh pi kat laman web ni...

http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx

Untuk carian pelbagai perkataan2 yg baru dalam bahasa melayu adik... kekadg jemu gak guna perkataan yg sama berulang2... jagn putus asa...kalu nak asah bakt menulis meh join tret nih...akak pon tgh asah bakat gak kat tret nih...

Sudi2lah baca story akak ya...& komen amat2 akak perlukan....

1) http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D2 SAATKU KENAL CINTA &

2) http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1 CINTA KITA

PROMOTE....TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2014 12:20 PM | Show all posts
Askum semua, novel 'Awak Terlalu Baik Untuk Saya' ini telah pun saya hasilkan dalam versi e-book.

Ada 404 muka surat dan 51 bab keseluruhannya

Harga RM10 sahaja. Format pdf, kena guna adobe reader atau apa2 pdf reader utk baca di pc, henpon atau tablet.

Sinopsis cerita ada kat post yang awal2 sekali tu

Siapa2 yang berminat boleh PM aku kat cari forum ni, sekian, wassalam

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.328326 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list