CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40087|Reply: 169

Terlanjur Cinta

[Copy link]
Post time 11-6-2013 05:10 PM | Show all posts |Read mode


Bab 1

Nurin menarik bagasi besarnya sambil mengeluh panjang. Dia benar-benar tertekan saat ini. Mana tidaknya, dia baru sahaja sampai di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan masa untuk daftar masuk telahpun tamat. Nurin sepatutnya menaiki pesawat MH125 ke KLIA, pukul 9.40 malam. Tapi dia sampai hanya pada pukul 9 malam. Kekecewaan yang teramat sangat menguasai dirinya saat ini. Penat kerana terkejar-kejar belum hilang, kekecewaan pula yang diterimanya. Dia betul-betul rasa sakit hati. Nurin mengeluh panjang untuk melepaskan kekecewaan yang bersarang di hatinya kini.

“Any other flight to KL tonight?” Tanya Nurin kepada pegawai MAS yang bertugas di kaunter daftar masuk.

“Apakata cik cuba tanya di kaunter AirAsia.” Jawab pegawai yang memakai tag nama Asiah sambil menunjukkan jarinya ke arah kaunter daftar masuk AirAsia.

Hati Nurin yang panas agak sejuk melihat senyuman di bibir pegawai yang bertugas.

“Kat check-in counter?” Tanya Nurin untuk mendapatkan kepastian.

Asiah senyum sambil mengangguk. Sambil membalas senyuman Asiah, Nurin menarik bagasinya menuju ke kaunter daftar masuk AirAsia. Nurin beratur di belakang tiga lelaki muda yang kelihatan kasual sambil menggalas beg sandang masing-masing. Mereka kelihatan rancak berborak sesama sendiri.

Selepas hampir sepuluh minit menunggu barulah sampai ke gilirannya.

“Hai, selamat petang. Cik nak check-in ke?” Sapa pegawai AirAsia yang bertugas.

“Hai. Tak, saya nak tanya kalau-kalau ada lagi seat kosong ke KL malam ni.”

“Sebentar ya, cik.” Balas pegawai AirAsia dengan tag nama Rozia.

Nurin hanya mampu mengangguk sambil berdoa agar masih ada kekosongan buatnya. Nurin benar-benar menaruh harapan.

“Cik, kami masih ada beberapa kekosongan. Flight pukul 10.20 malam ni. Kalau cik berminat, cik boleh beli tiket dan terus check-in. Harga tiket ialah RM98.” Kata-kata Rozia mengejutkan Nurin yang terleka.

Tanpa menyahut, Nurin pantas menganggukkan kepalanya. Sempat dia memanjatkan syukur kerana dimurahkan rezeki.

“Minta IC, cik.” Pinta Rozia.

Kad pengenalan yang sememangnya sudah ditangannya diletakkan di atas kaunter bersama dengan not seratus ringgit.

Sebaik sahaja urusan pembelian tiket selesai, Nurin terus mendaftar masuk. Tanpa berlengah, dia terus ke tempat menunggu. Dia tidak mahu terlepas penerbangan lagi. Nurin melabuhkan punggungnya ke atas salah satu kusyen yang disediakan. Tiga lelaki muda yang beratur di hadapannya tadi sedang asyik berbual sambil berdiri, tidak jauh daripadanya. Mereka kelihatan akrab dan riang bersama.

Komputer riba yang sentiasa disandangnya sebentar tadi dibuka. Sengaja dia mencuri masa yang terluang untuk membaca dan membalas e-mail yang perlu. Nurin mengeluh panjang apabila melihat berpuluh e-mail yang masih merah, menandakan ianya belum di baca dan belum dibalas ataupun diselesaikan.

Telefon bimbitnya mendendangkan lagu The Reason dari Hootbastank menyentakkannya, apabila melihatkan nama di skrin keluhan Nurin kian panjang.

“Yes, Zaim.” Ringkas sapa Nurin menyambut panggilan Zaim, pengurusnya.

Zaim ketawa mendengar suara Nurin yang kebosanan.

“Anything funny?” Nurin sedikit berang.

“Nothing lah. Okay, Nurin. Macam ni, ejen kita akan tunggu you di Sheraton Imperial, KL. I dah arrange untuk driver hotel tu to pick-up you at the KLIA. You can grab your passport plus visa at the hotel.” Bagai mahu meradang Nurin apabila mendengar penerangan Zaim.

“Awat pulak nak kena ke Sheraton? Why tak arrange ejen tu tunggu dekat KLIA ja? Boleh I stay kat transit hotel ja. Ini nak pergi balik KL dulu. Jauh tu. I punya flight ke Hongkong pagi esok pukul 9.30 pagi tau.” Bantah Nurin.

“I know, my dear. Tapi nak buat macamana, Lucy arrange macam tu. Katanya Sheraton Imperial dekat dengan office ejen kita. Then Sheraton Imperial tu kan ke five star hotel, you boleh lah berehat dengan selesa.” Zaim cuba memujuk Nurin yang terang-terang sedang bengang dan meradang.

“Takdak maknanya hotel sepuluh bintangpun kalau just nak check-in for few hours.” Bentak Nurin, tunjuk perasaan.

“Nurin...Nurin, I faham perasaan you sekarang. Calm down. Nanti you stress.” Zaim masih cuba memujuk Nurin yang sudah mula berangin satu badan.

“Yelah, you cakap senang la. I ni yang nak menanggung semuanya. Dah la suruh I travel terkejan-kejan. Everything is rushing, and now I miss my flight.”

“What? You miss your flight? So how are you? Where are you?” Zaim terperanjat.

“I nak balik la…apa lagi. Dah missed flight.” Saja Nurin mengacah Zaim.

Sekadar mengurangkan rasa bengang dan meradangnya sebentar tadi.

Zaim yang diseberang talian sudah mula pucat apabila mendengar Nurin terlepas penerbangannya dan mahu berpatah balik. Nurin seorang yang sukar untuk diduga keputusannya. Dia mungkin sedang melakukan apa yang dikatanya sekarang.

“Please, Nurin…please. Jangan buat macam tu. Try to find out if there is any available seat in other airlines.” Zaim cuba memujuk dan memberi cadangan.

“No, I don’t want to.” Sengaja Nurin bermain tarik tali.

“Please, Nurin. Don’t do this to me.”

Nurin tidak dapat menahan ketawa apabila terbayangkan wajah Zaim yang sudah pastinya sedang pucat.

“Nurin, please.” Suara Zaim seakan merayu.

“I dah check-in la, Zaim. I took AirAsia. So nanti I claim balik kat you. Double pay.”

Kedengaran Zaim menarik nafas lega.

‘Claim lah banyak manapun, janji jangan patah balik.’ Zaim mengurut dada, lega.

“So, Nurin. Take care, anything just give me a call. Good luck, to be a survivor in China for two months.” Nurin mengetap bibir geram apabila mengenangkan jangkamasa yang panjang.

“Yelah, kena kat I boleh la you kata lagu tu. Kena kat you baru padan muka.” Nurin melepaskan geramnya pada Zaim.

Hanya tawa Zaim yang kedengaran.

“Okeylah, got to go. I nak kena masuk dah. Bye, assalamualaikum.” Nurin memutuskan talian sebelum Zaim berkata apa-apa.

Pantas Nurin mematikan talian, seterusnya mematikan telefon bimbit dan juga komputer ribanya.

Penerbangan ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Bayan Lepas hanya mengambil masa empat puluh lima minit. Nurin mengambil tempat di bahagian belakang pesawat.

Dia menyandarkan kepalanya ke kusyen, melepaskan lelah. Bosan dengan hidupnya yang sentiasa sunyi dan sepi.

“Excuse me, miss. Anything for drink?” Sapaan dari pramugari bertugas menyentakkan Nurin.

Nurin tercengang, tapi masih mampu untuk mengawalnya sambil menyambut huluran menu daripada pramugari itu.

“One coffee, please.” Balas Nurin.

Huluran cawan yang panas berasap itu disambut Nurin dan disertai dengan not lima ringgit sebagai bayaran kepada minuman yang disediakan, menurut menu tadi.

Nurin menghirup kopinya perlahan-lahan, menikmatinya. Perlahan-lahan kenangan silam menyelubungi fikirannya.

“Lepas ibu takdak nanti, baby akan tinggal seorang. Ibu harap baby pandai-pandailah membawa diri.” Wajah Asya yang sentiasa pucat kerana sesi rawatan kemoterapi dipandangnya sayu.

Semakin hari Asya semakin lemah, tubuhnya bagaikan tidak berdaya menahan rawatan kemoterapi. Tapi demi kasihnya kepada Nurin, digagahkan jua menempuh segala rawatan. Dia ingin hidup 1000 tahun lagi, menemani Nurin yang sebatang kara seperti dirinya juga.

Air mata Nurin mengalir bagai empangan pecah. Hanya ibulah tempatnya bergantung, mengadu nasib dan menumpang kasih setelah kedua ibu bapa kandungnya meninggal dunia.

“Ibu, jangan cakap macam tu. Baby hanya ada ibu, baby perlukan ibu. Baby sayang ibu.” Tangan mereka saling menggenggam.

Barah payudara peringkat keempat yang ditanggung Asya bagaikan tidak mahu melepaskannya. Kesengsaraan dan penderitaan Asya amat menyeksakan Nurin. Dia bagaikan dapat merasai kesengsaraan dan penderitaan ibu angkatnya itu. Dia mahu ibu sembuh, sihat seperti dulu. Walaupun kedua belah payudara sudah dibuang, kesannya masih terlalu kuat.

Pendaratan kapal terbang telah mengejutkan Nurin dari kenangan silam yang amat menyakitkannya. Sering Nurin berharap, agar semuanya hanyalah mimpi dan dia masih mempunyai ibu pabila dia bangun dari tidurnya.

Nurin mengambil barang-barangnya dan bergegas turun. Pantas dia berjalan untuk mengambil bagasinya dan mencari pemandu dari hotel yang sepatutnya sedang menunggunya. Dalam kelalaiannya, Nurin berlanggar dengan seseorang yang berada di hadapannya. Nurin terjatuh ke atas orang yang dilanggarnya.

“Sorry…sorry…” Hanya ucapan maaf yang termampu dikatakannya.

Nurin berasa bersalah, kerana kelalaiannya orang lain menjadi mangsa.

“Tak apa. Sikit saja.” Balas pemuda itu.

“Maafkan, saya. Saya kena cepat. Sorry again.” Nurin masih memohon maaf.

“No problem. It’s okay.” Sambil menundukkan kepala, Nurin bergegas pergi.

Dalam pada itu, Nurin sempat terpandang lambaian pemuda itu. Nurin mempercepatkan langkahnya. Dia mengharapkan pemandu yang diaturkan masih menunggunya, kerana dia lewat sejam daripada masa yang dijanjikan gara-gara terlepas penerbangan.

Nurin menarik nafas lega apabila melihat seorang pemandu India yang berbaju seragam berwarna hijau tua sedang memegang kertas tertulis namanya. Terus Nurin mendekatinya.

“Hi, you hold my name.” Sapa Nurin.

“Hi, I’m Rajesh. I’m driver from Sheraton Imperial.” Pemandu itu memperkenalkan dirinya.

Nurin hanya mengukir senyum. Rajesh mengambil bagasi Nurin dan dengan sopan mendahului Nurin ke limosin. Nurin hanya membuntuti langkah Rajesh tanpa sepatah kata. Hari ini adalah hari yang amat meletihkan buatnya.

Nurin masuk ke limosin melalui pintu yang dibukakan oleh Rajesh.

“Berapa lama nak ke KL?” Tanya Nurin.

“Dalam sejam, cik.” Balas Rajesh.

“Thanks.”

“Kalau cik letih, cik rehatlah. Nanti sampai, saya kejutkan.” Rajesh dapat melihat keletihan di wajah Nurin. Keletihan yang amat sangat. Tanpa berkata apa, Nurin sudah pun berlayar ke alam mimpi.
Last edited by nmohdr on 17-6-2013 04:51 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2013 05:09 PM | Show all posts


Bab 2

Nurin merebahkan badannya ke tilam empuk Sheraton Imperial. Bilik yang cantik dan suasana yang nyaman buatkan Nurin lebih mengantuk. Tanpa sempat mandi ataupun menukar pakaian, dia terlelap.

Bagaikan baru sesaat dia melelapkan mata, telefon biliknya berdering.

“Hello,” Nurin bersuara malas.

“Good morning, miss. This is a wake-up call.” Semasa daftar masuk, Nurin sempat meninggalkan pesanan untuk mengejutkannya pukul lima pagi.

“Oh, okay. Thank you.” Nurin mengenyeh-ngenyeh matanya yang masih berat.

Kalau diikutkan hati, mahu saja dia kembali menyambung lena yang terganggu dek panggilan itu. Namun, sebaik terkenangkan tanggungjawab yang menunggu, Nurin menggagahkan juga dirinya. Dengan malasnya Nurin melangkah ke bilik mandi, memasang air panas buat mandi. Sambil menunggu air memenuhi tab mandi, Nurin mencari pakaian yang sesuai. Akhirnya, Nurin memilih sehelai seluar panjang dan blouse labuh berwarna putih.

Tiba-tiba Nurin teringatkan Didi. Pantas dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor Didi di dailnya pantas.

“Yang, aku kena out station ke Dongguan, China for two months. Gonna miss you, babe. Bye.” Hanya pesanan suara yang ditinggalkannya, Didi masih tidur barangkali.

Jam baru menunjukkan pukul 5.15 pagi. Nurin merendamkan badannya yang lesu ke dalam air mandi yang suam. Sudah dua minggu dia tidak bertemu dengan Didi. Didi ataupun Kapten Siti Nuraida, sentiasa sibuk dengan kerjayanya sebagai pegawai tentera udara. Persahabatan mereka tetap akrab walaupun dibatasi dengan kesibukan.

Nurin bersiap ala kadar, dengan solekan nipis dan sepasang busana muslimah berwarna putih yang dipadankan dengan tudung putih buatkan Nurin kelihatan suci dan bersih.

Tepat jam enam pagi, Nurin sudah pun berada di dalam limosin menuju ke KLIA. Sekali lagi Nurin mengambil kesempatan untuk melelapkan matanya. Baru beberapa minit melelapkan mata, telefonnya mendendangkan lagu First Love nyanyian Utada Hikaru mengejutkan Nurin. Nurin dapat mengagak siapa yang memanggilnya.

“Hi, babe.” Suara Didi di hujung talian membuatkan mata Nurin kembali segar.

“Hai, sayang.” Balas Nurin, sememangnya mereka selesa membahasakan diri mereka begitu dan sering mencetuskan rasa pelik orang yang mendengarnya.

“Sorry, tadi aku tengah tidur lagi.” Didi merujuk pada panggilan Nurin seawal pagi tadi.

“Aku dah agak dah. Cuma aku takut aku tak sempat nak call lagi kalau aku tak call hang pagi-pagi tadi. Yang, aku kena ke China dua bulan. I gonna miss you.”

“Aku pun. Babe, jaga diri tau. Kalau aku ada masa nanti aku pi cari hang kat sana. Mana boleh dua bulan tak jumpak hang. Mati kering aku kat sini.” Nurin mengukir senyum walaupun dia tahu, Didi tidak dapat melihatnya.

“Hang tolong tengok-tengokkan rumah aku tau. Tolong clearkan bil-bil aku. Nanti aku balik, semua dah kena potong lak.” Didi tertawa mendengar kata-kata Nurin.

“Aku takkan biarkan hang bergelap la bila balik nanti. Okaylah, babe. Aku kat Sabah ni until next two weeks, balik nanti aku singgah rumah hang. Kalau aku dapat cuti, just wait for me in China.”

“Thanks, yang. Kerja elok-elok. Hang pun, jaga diri. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat hang. I miss you, love you. Assalamualaikum.” Nurin mahu mengakhiri perbualan mereka.

Dia tahu dan faham, jadual kerja Didi sentiasa padat.

“Okay, babe. I miss you too. Bye. Waalaikumsalam.” Talian dimatikan.

Nurin menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tangan yang kecil. Setiap kali terpaksa bertugas ke luar negara, beg itulah yang dibawanya. Itulah beg yang di hadiahkan Didi sewaktu mendapat gajinya yang pertama dan dia juga merasa selamat menggunakan beg yang bersaiz kecil itu kerana bertali panjang. Oleh itu, beg itu akan digalasnya secara bersilang. Dia berasa lebih selamat begitu.

Nurin mengukir senyuman, sendirian. Dia senang apabila mengenangkan Didi, sayangnya pada Didi amat mendalam dan dia juga tahu yang Didi juga amat menyayangi dirinya. Nurin terlelap dalam senyumannya.

Nurin sampai ke KLIA jam 6.50 pagi. Terus dia mencari kaunter daftar masuk MAS ke Hongkong. Di hadapannya masih ada beberapa orang bersama bagasi masing-masing. Nurin melawan kantuknya.

Selepas menunggu hampir lima belas minit, gilirannya sampai. Pantas Nurin menghulurkan passport beserta itinerinya kepada pegawai bertugas.

“Maaf, cik. Menurut dalam rekod, tiket cik dah dibatalkan?” Jawapan pegawai yang bertugas amat memeranjatkan Nur.

“Batal?” Soal Nurin untuk mendapatkan kepastian.

“Ye, cik. Menurut rekod ini, cik dah batalkan penerbangan dari Penang semalam. Masalahnya, system dah batalkan semua penerbangan dalam itineri ni.” Penjelasan pegawai itu hampir membuatkan Nurin pitam.

“Ha?” Ternganga seketika.

Nurin menarik nafas. Cuba menenangkan dirinya.

“Apa yang perlu saya buat?”

“Cik tunggu sebentar, saya cuba confirmkan dengan bahagian tiket. Saya harap masih ada kekosongan dalam penerbangan pagi ini dan belum sempat diisi senarai menunggu. Sebab setahu saya, flight pagi ini full.” Jawapan pegawai yang bernama Norizah itu sedikit mendebarkan Nurin.

Hampir dua puluh minit menunggu dan Nurin tidak putus-putus berdoa. Kalau gagal, sia-sia apa yang ditempuhinya semalam.

“Cik, saya dah confirmkan semua penerbangan cik semula termasuk penerbangan balik ke Malaysia.” Jawapan Norizah amat melegakan Nurin.

“Terima kasih.” Hanya itu yang termampu diucapkan oleh Nurin. Terasa mahu saja dia sujud syukur di situ juga.

“Nasib baik tempat cik tidak sempat diisi oleh waiting list.” Nurin mengukir senyum sambil memanjatkan syukur yang tidak putus-putus ke hadrat Illahi.

Urusan daftar masuk selepas itu berjalan dengan lancar. Nurin teramat bersyukur. Melihatkan jam jenama Crocodile yang berada di tangannya baru menunjukkan ke angka 7.45 pagi. Masih ada sejam lebih sebelum kapal terbangnya berlepas.

Nurin menuju ke Burger King yang berada di tingkat atas lapangan terbang antarabangsa itu. Sambil menggalas beg sandang yang berisi komputer riba Nurin mencari tempat duduk selepas memperolehi burger Whooper dan air mineral yang dipesannya sebentar tadi.

Sengaja Nurin memesan burger, sebagai menggantikan makan malamnya semalam. Sambil menjamah makanan, Nurin sempat melayari laman-laman suratkhabar. Walau sesibuk manapun, Nurin pasti akan meluangkan masanya untuk mengambil tahu tentang dunia semasa. Dia tidak mahu menjadi katak di bawah tempurung. Teknologi internet tanpa wayar memudahkan semua orang.

Sedang dia asyik dengan berita-berita hari ini, telefonnya mendendangkan lagu The Reason, Nurin tahu panggilan itu daripada sesiapa sahaja di pejabatnya.

“Hello.” Jawab Nurin dengan malas.

“Hi, princess.” Nurin amat mengenali suara yang memanggilnya.

“Anyhting, Zaim?” Zaim memang suka mengusiknya.

Zaim ketawa, dia tahu Nurin benci mendengar panggilan ‘Princess’. Nurin tidak mahu orang salah sangka, mengesyaki mereka berdua mungkin ada hubungan terlarang walaupun hakikatnya tidak sama sekali. Zaim amat mencintai isteri dan anak-anaknya.

“I saja nak tau, is everything going smooth as planned?”

Mendengar soalan daripada Zaim, Nurin bagaikan mahu meledakkan tangisnya. Dia benar-benar mahukan seseorang untuknya mengadu, meringankan kepedihan, keletihan dan kesengsaraan yang ditempuhnya sendirian.

“It’s okay.” Dia memutuskan untuk tidak menceritakan kisah yang ditempuhnya seawal pagi tadi.

Kalau diceritakan, panjang pula kisahnya dan tangisnya pasti akan meledak. Dia tak mahu menangis kepada Zaim. Tak sesuai rasanya.

“Good. So, bila you sampai di Hongkong nanti somebody dari H2H sana akan tunggu you. Dia akan bawak you ke stesen keretapi di Kowloon, you akan ambil train dari sana ke Dongguan.” Dengan panjang lebar Zaim menerangkannya.

“I thought I suppose to go there on my own?” Terkejut juga Nurin mendengar plan baru melalui Zaim.

“Yes, it suppose to be that way. Tapi I cuba buat apa yang boleh untuk memudahkan perjalanan you, lagipun susah juga untuk you sebab you can’t speak mandarin. I takut you sesat.”

“Thanks, Zaim. Appreciate it very much.” Nurin terharu sambil memanjatkan syukurnya yang tak terhingga kepada Allah.

“Another info, suhu dekat Hongkong sekarang is about 11 to 13°C and Dongguan is much lower. May be just around 2-3°C.” Info daripada Zaim amat memeranjatkannya.

“Wow… nasib baik I ada spare jaket untuk dalam flight ni. Kalau tak beku la I.” Nurin dengan jujur.

“I think itu aje buat masa la. Nanti apa-apa hal I call you balik. You pun, anything just give me a call.”

“Insya-Allah. Thanks. Bye.” Nurin mengakhiri perbualan mereka.

Susah juga hatinya apabila mengenangkan suhu sesejuk itu, tidak pernah dia berpengalaman dengan suhu serendah itu. Malam mungkin akan lebih sejuk. Mampukah dia mengharungi cuaca sesejuk itu, hanya itu yang difikirkannya sekarang.

Nurin cuba menghabiskan sarapannya secepat mungkin untuk segera ke balai berlepas. Dia benar-benar fobia kerana ketinggalan kapal terbang. Pengalaman itu memberinya beberapa pengajaran walaupun dia bukanlah puncanya.

“Assalamualaikum.” Sapaan seorang pemuda mengejutkan Nurin.

“Waalaikumsalam.” Tergagap-gagap Nurin menjawab.

Nurin mencari empunya suara.

Pemuda itu mengukir senyum.

“Oh, awak. Awak yang saya terlanggar semalam kan? Sorry.” Cepat-cepat Nurin mengenali pemuda itu.

Pemuda itu menganggukkan kepalanya, cepat. Mereka berbalas senyuman.

“Boleh saya duduk?” Cepat-cepat Nurin mempersilakannya.

Pemuda itu meletakkan hidangannya ke atas meja. Dia memilih menu yang sama dengan Nurin. Satu kebetulan.

“Zuhrin.” Zuhrin memperkenalkan diri, tanpa di minta.

“Nurin.” Nurin tidak mahu memalukan Zuhrin.

Zuhrin berusia 22 tahun, merupakan seorang pelajar di Adelaide, Australia dalam kejuruteraan mekatronik. Dia akan kembali ke Adelaide selepas menamatkan cuti semesternya dan menghadiri majlis perkahwinan kakaknya yang sulung.

Nurin agak selesa berbual dengan Zuhrin yang lebih matang dari usianya. Sambil berbual, Nurin sempat mencuri pandang kepada Zuhrin yang berkulit hitam manis, berdada bidang dan ketinggian 185 sentimeter ditambah pula dengan wajahnya yang manis dan rambutnya separas bahu telah ditocangkan.

Buat pertama kalinya, Nurin dapat merasai getaran naluri wanitanya apabila bersama Zuhrin dan dalam diam, Zuhrin juga merasai apa yang Nurin rasakan. Mata bertentang mata, namun mereka cuba untuk tidak membiarkan hati mereka berbicara. Mereka berpisah dan meneruskan perjalanan masing-masing. Last edited by nmohdr on 12-6-2013 05:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 01:04 PM | Show all posts
best juga ...

nurin , zuhrin ..jmpa kat mn lagi nnti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 02:33 PM | Show all posts
awanjingga posted on 13-6-2013 01:04 PM
best juga ...

nurin , zuhrin ..jmpa kat mn lagi nnti...

TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 02:36 PM | Show all posts
Bab 3

Penerbangan dari KLIA ke Hongkong mengambil masa tiga jam setengah dan ia amat membosankan Nurin yang sememangnya tidak suka terbang. Nurin menghabiskan masanya dengan menonton tayangan filem Harry Potter and the Goblet of Fire. Sebaik sahaja menjejakkan kaki keluar dari kapal terbang, kedinginan sudah terasa. Semakin lama semakin menggigit Nurin yang dibaluti dengan jaket labuh yang juga berwarna putih.

Seperti semalam, Nurin mencari seseorang yang memegang namanya. Seorang lelaki berjaket biru berlambang H2H memegang nama bapanya.

“Excuse me, do you wait for somebody from Malaysia?” Soal Nurin untuk mendapatkan kepastian.

“Yes. But I don’t know who he is.” Jawab lelaki itu sepatah-sepatah.

Nurin tahu yang lelaki itu tidak fasih berbahasa Inggeris namun dicubanya dengan sedaya-upaya.

“You hold my first name. I’m Nurin.” Nurin memperkenalkan dirinya kepada lelaki yang memegang nama bapanya.

“Oh…sorry. I thought, I am waiting for a man. Come, let me take your luggage.” Lelaki itu berbahasa sambil mengambil bagasi beroda berwarna jingga yang sedang diheret oleh Nurin.

Nurin membalasnya hanya dengan senyum dan membuntuti lelaki itu ke kenderaan yang berada di kawasan lapangan terbang itu.

“Please wait here.” Pinta lelaki itu pada Nurin.

Nurin berdiri di bawah bumbung yang menempatkan lorong pejalan kaki ataupun sementara menunggu kenderaan. Dua minit berlalu, lelaki itu kembali dengan van biru model Kia Pregio.

Dengan penuh sopan dan hormat Nurin dipersilakan naik ke dalam van.

“Please help to tight your seat belt, miss.” Sekali lagi dia menyuruh dengan penuh hormat.

Nurin sedikit terpinga, kerana tidak menyangka undang-undang di Hongkong mewajibkan pemakaian tali pinggang walaupun berada di tempat duduk belakang. Nurin mengenakan tali pinggang ke tubuhnya.

Pemandu yang tidak diketahui namanya itu terus memandu laju merentas lebuhraya dan juga jambatan yang menghubungkan kawasan lapangan terbang dengan bandar Hongkong. Nurin kagum dengan persekitaran yang bersih. Jika mengikut perancangan asal, Nurin mahu menaiki feri ataupun tren laju ke Stesen Keretapi Kowloon.

Sebaik sahaja memasuki kawasan bandar, Nurin agak kecut perut. Kenderaan terlalu rapat rasanya bagaikan cermin sisi mahu berlaga sesama sendiri, jalanrayanya yang sempit namun mampu memuatkan beberapa laluan kereta. Bangunan yang tinggi, kelihatan semua orang bergerak pantas. Nurin tidak pasti adakah kerana sejuk ataupun sememangnya itu budaya hidup mereka.

Nurin menikmati pemandangan asing di hadapan matanya. Perjalanan selama empat puluh lima minit. Baru saja fikirannya mahu melayang, dirinya disapa pemandu van.

“Miss, this is Kowloon Train Station. You will take train from this station to station in Dongguan.”

Nurin hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham, sambil mengukir senyum buat si pemandu.

Pemandu itu berjalan mendahului Nurin sambil mengheret bagasinya memasuki perkarangan stesen keretapi Kowloon. Nurin melihat sekelilingnya, hampir semuanya dalam tulisan cina.

Mereka terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket. Pemandu H2H bercakap-cakap dengan pnejaga kaunter.

“Miss, do you have Hongkong dollar?”

Nurin mengangguk sambil mengeluarkan dompetnya.

“How much?” Tanya Nurin sambil memandang wajah pemandu itu.

“HK$145.” Jawabnya.

Nurin mengeluarkan HK$150 dan diserahkan kepada pemandu H2H.

“Your train will leave from here at 3.45 p.m. Now is 2.15p.m. You can wait here, but I can’t wait with you. I’m sorry.” Terang pemandu itu kepada Nurin sambil memohon maaf kerana tidak dapat menemani Nurin.

“Thank you very much.” Nurin menghulurkan tip buat pemandu H2H, walaupun cuba ditolaknya.

Nurin tetap berkeras. Akhirnya pemberiannya Nurin diterima. Nurin tinggal seorang di bumi asing ini. Melihatkan Starbuck Coffee di tingkat atas, Nurin mengheret bagasinya. Dia perlukan tempat untuk berehat sambil menikmati kopi dan Starbuck Coffee saja yang dikenalinya.

Nurin amat menyukai kopi hitam dan pekat, kerana dia selalu kekurangan tidur dan kopi pekat membantunya berjaga. Nurin menghirup kopi panas dengan perlahan-lahan. Hatinya sedih, apabila mengenangkan keadaan dirinya. Dia tidak kurang wang ringgit, namun dia amat kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Semua orang yang menyayangi dan disayanginya telah menginggalkannya dan dia keseorangan di dunia ini. Hanya kepada ibu bapa Didi, dia menumpang kasih. Tanpa Didi dan keluarganya pasti dia akan lebih sunyi. Nurin mengeluh sendirian sambil mengawal emosinya yang tidak stabil saat ini. Suasana yang bising tetap tak mampu mengisi kesunyian hati Nurin.

Last edited by nmohdr on 13-6-2013 02:39 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 05:53 PM | Show all posts
Bab 4

Nurin berteleku seketika di tikar sembahyang. Bermunajat kepada Allah yang Maha Besar. Hanya kepada-Nya sahajalah tempat Nurin mengadu, selepas ibu meninggalkannya sendirian di alam yang fana ini.

Kedinginan bumi China menambahkan lagi kesunyian yang mencengkam jiwanya. Dua minggu di Dongguan, dia makin memahami rentak hidup masyarakat sini. Masih dia terbayang, saat dia melangkah turun dari keretapi di Stesen Keretapi Dongguan semua mata memandang berkali-kali kepadanya. Seakan melihat makhluk asing turun dari kapal angkasa. Hanya kerana perwatakannya yang bertudung. Tapi sekarang, dia tidak peduli lagi dengan pandangan-pandangan mereka apabila dia keluar berjalan-jalan ataupun ke mana sahaja asalkan luar dari biliknya. Dia cuma fikirkan keselamatannya sahaja. Menurut teman-teman yang dikenalinya di sini, Dongguan merupakan kawasan yang tidak selamat terutamanya kepada orang asing sepertinya. Rompakan berlaku setiap hari dan bagaikan rutin yang terpaksa dilalui kebanyakan penduduk sini.

Nurin sentiasa bergerak pantas, seakan mahu berlari dan tidak membawa beg sandangnya bersama. Semua barang termasuklah paspot, beg duit dan telefon bimbit disumbat ke dalam poket seluar. Langkahnya semakin besar apabila melintas tempat berkumpul kumpulan motor tumpang ataupun dikenali juga sebagai teksi motorsikal. Renungan mereka sentiasa menakutkannya. Selalunya, Nurin hanya berkunjung ke pasaraya Rainbow yang berada dihujung jalan yang menempatkan hotel New Century yang didiaminya untuk mendapatkan bekalan makanan seperti buah mahupun jus. Jarak pasaraya itu dengan hotel hanyalah lebih kurang seratus meter. Selain daripada itu, Nurin pernah menikmati hidangan makanan Hunan di sebuah restoran kaum itu bertentang dengan pasaraya Rainbow. Menikmati hidangan kepala ikan yang besar dikukus bersama cili yang banyak, ketam yang dikukus dengan telur, udang yang dikukus sendirian dimakan bersama nasi terasa terlalu sedap kerana susah untuk mendapatkan makanan yang boleh dijamahnya.

Nurin pening melihat lalulintas di bandar industri ini, semua pemandu mahu cepat dan hon dibunyikan sepanjang masa. Seakan hon siapa yang besar, dialah yang kuat. Dia bertambah pening apabila tiba di bulatan, kalau di Malaysia pemandu akan melewati bulatan dengan mengikut arah jam tapi berbeza dengan Dongguan kerana mereka memilih laluan mana yang lebih dekat tanpa mengira arah mengikut atau melawan arah jam. Semua perbuatan itu adalah betul kecuali jika berlakunya kemalangan.

Nurin yakin dia takkan mampu untuk terus menetap disitu untuk jangkamasa yang lebih lama. Oleh kerana itu, dia lebih suka berada dibiliknya sambil menikmati DVD yang mudah diperolehi dari kedai-kedai di sekitar hotel.

Hari ini, sekali lagi dia akan mengharungi hari minggu yang bakal menyeksakan jiwanya dengan kebosanan. Usai solat subuh, Nurin menghadap komputer ribanya. Sambil membaca akhbar tempatan melalui internet, Nurin menghiburkan hatinya dengan lagu-lagu melalui MP3. Terubat juga kesunyian dan kerinduannya pada Malaysia apabila dapat meluangkan masanya mengambil tahu keadaan tanahairnya yang tercinta.

Sempat Nurin membaca pesanan ringkas Zuhrin melalui email. Nurin menghidupkan Yahoo Messenger ( YM ) yang menjadi medium perbualan mereka berdua. Walaupun mereka berjauhan beribu batu, Nurin terasa dekat dengan Zuhrin. Dia benar-benar senang apabila dapat meluangkan masa bersama Zuhrin walaupun hanya di alam maya.

Semenjak hari pertama dia menghuni bilik ini, dia tidak pernah mematikan televisyen mahupun lampu walaupun pada waktu tidur. Sememangnya ia satu pembaziran, tetapi dia lebih takut pada kesunyian daripada pembaziran.

Akhirnya, dia terlelap lagi dek kedinginan pagi dan juga kesunyian. Baru sahaja setengah jam Nurin kembali terlena, dia dikejutkan dengan bunyi loceng pintu. Dengan malasnya dia bangun dan membuka pintu.

“Ni hao.” Sapa dua orang pekerja hotel.

“Ni hao.” Balas Nurin kembali.

“Room service?”

“No, thank you.” Nurin menolak dengan sopan kerana dia mahu bermalas-malasan tanpa diganggu lagipun biliknya masih dalam keadaan yang teratur.

Mereka meninggalkannya dan berlalu ke bilik lain untuk meneruskan tugas mereka hari ini.

Nurin bercadang mahu merendamkan badannya ke dalam air panas, untuk melegakan badannya yang penat dan stress selama dia berada di bumi China.

Belumpun sempat dia melangkah ke meja solek untuk mengambil minyak aromaterapi yang bakal di campurkan dengan air mandian, loceng biliknya berbunyi lagi.

“Apa lagi, depa ni?” Omel Nurin sendirian.

“Nak ambil laundry kot.” Nurin membuat telahan.

Sebaik sahaja pintu dibuka, seseorang menerkam masuk. Nurin yang berada di balik pintu jatuh terduduk.

Menyirap darah Nurin apabila menerima layanan sebegitu. Tapi…

“Hai, babe. Rindunya aku…” Pelukan dan ciuman bertalu-talu daripada Didi menyejukkan kembali hatinya.

“Ya Allah, yang. Nasib baik aku tak kena sakit jantung.” Nurin membalas pelukan Didi.

Terlerai rasanya rindu mereka.

Mereka beriringan kembali ke ruang rehat bilik. Didi terus melontar badannya ke katil dan Nurin mengambil tempat disisinya.

“Awat mai tak bagitau?”

“Saja, aku nak surprise hang. Aku sampai Hongkong petang semalam, nak terus ke sini aku tak confident. So aku stay satu malam kat sana, I took the earliest train today.” Terang Didi satu persatu.

“Lama mana hang cuti?” Bagai tak percaya melihat Didi berada di sisinya.

“Aku ambil cuti sebulan. Aku ingat nak temankan hang.”

“Betul ni?” Nurin bagaikan tidak percaya.

“Yes, baby.”

“Sayangnya aku dekat hang.” Nurin memeluk Didi dengan erat.

Didi membalas pelukan Nurin.

‘Aku sanggup buat apa saja, asalkan hang bahagia.’ Sayangnya Didi pada Nurin tidak terungkap dek kata-kata.

Kejutan Didi memang tidak diduganya. Nurin berlalu dari sisi katil untuk menyediakan minuman panas buat Didi. Didi juga meninggalkan katil dan melabuhkan punggungnya di meja solek, membelek komputer riba Nurin.

“Wei, ada mesej.”

Sambil membawa minuman teh hijau panas, Nurin mendapatkan Didi. Dia tahu, siapa yang menghantar mesej padanya.

Didi menyambut cawan yang berisikan teh itu.

“Zuhrin?” Bisik Didi di telinga Nurin.

Nurin terasa mukanya panas. Malu.

‘Awai pulak pakcik ni bangun hari ni.’ Bebel Nurin seorang diri.

Didi terasa senang sekali apabila melihat Nurin mula menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki. Terasa bagaikan Nurin mula keluar dari kepompongnya dan mula mengenali dunia. Didi tersenyum sumbing melihat Nurin yang malu-malu.

“Good morning, princess.” Usik Didi sambil membaca pesanan Zuhrin melalui YM.

“Sapa Zuhrin ni?” Didi cuba mengorek rahsia.

“Sorry la. Aku tak sempat nak cerita kat hang lagi. Aku pun baru ja kenai dia.” Tergagap-gagap Nurin cuba menerangkan kepada Didi.

“Cool.” Didi teruja.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2013 05:57 PM | Show all posts
Bab 5


“Macamana dengan kerja hari ni?” Zuhrin masih di meja belajarnya.

Berbual dengan Nurin melalui YM sambil belajar bukanlah perkara asing dalam hidupnya semenjak mengenali Nurin.

“Sibuk, macam selalu. Saya baru balik kerja. Stress sikit hari ni. Macam-macam masalah dekat production.” Luah Nurin sambil mengeluh sendirian apabila melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul sebelas malam.

“Tak apa, esok cuti. So boleh tidur lama sikit esok.” Pujuk Zuhrin.

Nurin tersenyum sendiri. Didi sudah terlena ketika dia pulang kembali menyambung tidurnya selepas membuka pintu buat Nurin.

“Awak tak sibuk?” Nurin membalas soalan anak muda yang jauhnya beribu batu itu, namun terasa begitu dekat.

“Macam biasa saja. Routine. Sibuk dengan kuliah dan assignment. Biasalah student.” Zuhrin masih terbayangkan raut wajah Nurin yang redup.

“Tak sibuk dengan girlfriend?” Usik Nurin.

Nurin mengenakan pakaian tidurnya sebaik sahaja selesai mandi. Cemburu melihat Didi yang telah nyenyak.

Zuhrin kelu melihat mesej Nurin.

‘Kalau aku katakan aku dah jatuh cinta pada dia…adakah dia akan percaya?’ Zuhrin berperang dengan dirinya.

Nurin meregangkan otot-ototnya sambil membuat senaman ringkas dan ringan, sekadar untuk melegakan otot-ototnya yang kejang kerana tekanan kerja.

“Macamana saya nak luangkan masa untuk girlfriend kalau saya sendiri tak tahu macamana nak beritahu pada dia.” Nurin tersentak.

‘Melepaslah aku. Dah ada buah hati rupanya mamat ni.’ Nurin mengeluh perlahan.

Dalam diam, dia mula menyimpan hati pada Zuhrin. Namun dia tak punya kekuatan, dia takut kepada kegagalan. Kesunyian, buatkannya bertambah takut. Selama inipun dia telah berikrar untuk tidak jatuh cinta dan menjalinkan hubungan cinta sebelum berkahwin.

‘Apakah aku akan mungkir pada janji yang aku buat pada diri aku selama ni?’ Nurin bermonolog sendiri.

“Apa susah, terus-terang sajalah. Kalau lambat, nanti melepas.” Nurin cuba menyembunyikan gelora hatinya dengan memberikan nasihat kepada Zuhrin.

Mudah untuk menyembunyikan gelora hati bila tidak bertentangan mata. Kalau tidak, pasti dia takkan mampu. Mukanya terasa panas dengan tiba-tiba. Nasib baik Didi tidur. Kalau tidak, masak dia digulai dek Didi. Nurin tersenyum sendiri.

Zuhrin menconteng kertas di hadapannya tanpa arah. Dia membaca mesej Nurin berulangkali. Cuba mencari kekuatan dan semangat.

“Berterus-terang?” Zuhrin bertanya sendiri.

‘Tapi, siapalah aku yang nak digandingkan dengan dia? Aku hanya anak seorang peniaga pasar malam, masih belajar sedangkan dia sudah gagah membina nama dalam kerjaya.’ Zuhrin mengeluh sambil mengusap-usap tengkoknya sendiri.

“Kalau saya katakan saya dah jatuh cinta pada awak? Awak percaya?” Zuhrin cuba mengatakannya dalam gurauan.

Nurin yang sedang meneguk air suam kosong hampir tersedak. Hatinya berdebar-debar.

‘Gurauan apakah ni?’ Nurin menarik nafas, cuba untuk bertenang.

“Dengan saya? Pandai awak buat joke. Awak kena cari perempuan yang cantik, supaya sepadan bila berjalan dengan awak.” Nurin cuba meredakan gelora hatinya.

Mujurlah mereka berbicara menggunakan internet, kalau tidak Nurin tidak tahu bagaimanakah mahu bereaksi kepada Zuhrin. Mana hendak disorokkan mukanya?

“Ataupun saya yang tak layak untuk awak?” Zuhrin cuba memprovok Nurin.

Nurin tersentap.

“Saya tak pernah meletakkan sebarang kriteria kepada bakal suami saya. Jangan main-main lagi soal hati” Tegas Nurin.

“Saya tak main-main. Saya sukakan awak. Saya dah jatuh cinta pada awak sejak saya nampak awak di airport Penang. Awak ingatkan, awak beratur belakang saya dengan kawan-kawan.” Nurin terkedu.

Barulah dia teringat, Zuhrin bersama dua orang lagi temannya semasa di Lapangan Terbang Bayan Lepas.

“Kenapa saya?” Nurin tidak tahu bagaimana mahu menangani Zuhrin. Dia gugup, tanpa pengalaman menangani lelaki dalam soal perasaan.

“Maafkan saya, saya berangan terlalu tinggi. Saya lupa, kita terlalu jauh berbeza. Awak dah berjaya sedangkan saya masih terkial-kial mencari ruang untuk meneruskan hidup.” Zuhrin bagaikan tersedar dari mimpinya.

Hati Nurin terasa sayu, liur ditelan terasa pahit.

“Sebagai seorang lelaki, semudah itu awak mengalah?” Nurin pula cuba memprovok Zuhrin.

Zuhrin menelan liur.

‘Apakah dia juga rasa apa yang aku rasa?’ Zuhrin berfikir sendiri.

“Kalau awak sukakan seseorang, awak tak boleh mengalah dengan terlalu cepat. Macamana awak nak pertahankan satu hubungan kalau awal-awal lagi awak dah angkat bendera putih. Katakan pada dia, betapa awak cintakan dia.” Nurin benci kepada orang yang cepat mengalah.

“Awak sudi menerima saya sebagai teman lelaki?” Zuhrin cuba berlagak gentleman.

Nurin yang sudah mengantuk kembali segar apabila membaca mesej Zuhrin.

“Awak masih mahu bermain?” Nurin cuba menidakkan apa yang dibacanya.

“Saya takkan bermain soal hati. Saya sukakan awak. Saya nak lebih mengenali awak, untuk bersama awak.” Zuhrin semakin berkeyakinan.

“Maafkan saya, saya tak boleh walaupun saya juga sukakan awak. Saya punya pendirian saya sendiri.” Nurin sendiri terkejut dengan taipan luar sedarnya, mengakui perasaan sendiri.

“Apa maksud awak?” Zuhrin tidak sabar.

Nurin tahu, dia tak boleh berpatah balik.

“Saya dah berikrar selama ni, saya takkan bercinta sebelum berkahwin. Mungkin kedengaran kolot pada awak, tapi saya lebih perlukan seorang suami daripada seorang kekasih.” Tegas Nurin.

“Apakah awak sedang menolak cinta saya?” Zuhrin merenung foto Nurin yang dibingkaikannya.

Foto yang dihantar oleh Nurin melalui email, mereka bertukar foto di minggu pertama perkenalan mereka.

“Saya menolak kalau awak ingin bercinta. Tapi tidak kalau awak ingin berkahwin dengan saya.”

Zuhrin bingung.

“Saya seorang wanita, saya juga sukakan awak. Tapi maaf, saya tak perlukan kekasih tapi saya lebih memerlukan seorang suami.” Nurin mengulangi pendirian hidupnya dengan lebih tegas.

Nurin amat mengimpikan seorang lelaki bergelar suami untuk mengisi hatinya dan anak-anak untuk membahagiakan kehidupannya yang sudah sekian lama kosong.

“Awak tahu kemampuan saya. Mana mungkin saya mampu untuk melangsungkan perkahwinan sekarang. Tambahan pula dengan pengajian saya di tahun akhir.” Zuhrin cuba berfikir secara waras.

“Saya tahu, segalanya macam tak masuk akal. Tapi kalau awak betul-betul sukakan saya, kita kahwin. Tentang saya awak tak perlu risau, saya anak yatim piatu dan tiada keluarga. Awak cuma perlu fikirkan keluarga awak. Jangan lupa Zuhrin, beza usia kita empat tahun. Saya lebih tua daripada awak.” Nurin mengingatkan Zuhrin sebelum Zuhrin memberi kata putus.

Zuhrin terasa bagaikan sedang bermimpi.

‘Apakah aku sedang dipermainkan?’

“Awak serius?” Zuhrin cuba mendapatkan kebenaran.

“Soal nikah kahwin bukan soal yang boleh dibuat main.” Nurin sendiri tidak menyangka dia seberani ini.

“Saya sukakan awak. Saya cintakan awak. Tapi untuk buat keputusan sebesar ini, saya perlu berfikir, masak-masak.” Zuhrin takut dia tak mampu memberikan kebahagiaan dan kehidupan kepada Nurin.

“Fikirkanlah. Keputusan saya muktamad. Hubungi saya, bila awak dah ada jawapannya. Assalamualaikum.” Nurin memutuskan perbualan mereka.

Jam di hadapannya sudah menginjak ke pukul 3.15 pagi. Nurin berasakan matanya berat. Perlahan-lahan dia merebahkan diri ke sisi Didi sambil memeluk temannya yang paling akrab.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 04:37 PM | Show all posts
Bab 6


Zuhrin membaringkan tubuh ke atas katil bujangnya. Otaknya ligat berfikir, bagaikan kipas siling yang sedang berputar. Masih terbayang di matanya, saat pertama dia terpandangkan Nurin.

Dalam kekalutan, Nurin masih kelihatan manis di matanya. Zuhrin bingung dengan perasaannya. Dia ingin memiliki Nurin, tapi bagaimana? Dia takut kehilangan Nurin, tapi untuk menyunting wanita muda itu sebagai isteri…mampukah dia?

‘Makan pakai aku di sini pun orang yang taja. Macamana aku nak bela bini dengan anak-anak? Bukannya lama, setahun saja lagi pengajian aku. Tapi, macamana kalau dia tak mau kawan dengan aku lagi?’ Zuhrin gagal melelapkan matanya. Fikirannya kusut, benar-benar kusut.

Mujurlah dia tak punya kelas esok.

‘Aku boleh buat part-time job kat sini. Kalau dia sanggup susah payah dengan aku dan terima aku seadanya, dialah jodoh aku. Tapi macamana dengan orang tua aku?’ Satu lagi persoalan yang mengganggu fikirannya.

Sudah tiga hari Zuhrin berfikir, namun dia belum ketemu jawapannya. Hatinya mahu, namun akalnya seakan menghalang. Dia buntu. Bagaimana mahu berhadapan dengan keluarganya.

Nurin merenung kosong ke skrin komputer ribanya. Zuhrin masih membisu. Nurin pula sudah bulat hatinya selepas tiga malam menunaikan solat sunat istikharah. Dia yakin dengan keputusannya.

Penat bermenung, Nurin meneruskan kerjanya sehingga lewat malam. Seperti biasa Nurin kembali lewat ke hotel penginapannya.

‘Lagi dua minggu, aku akan balik. Bosannya, Didi pun dah balik.’ Nurin mengeluh lagi apabila melihat kamar yang kosong tanpa kelibat dan gurau senda Didi.

Kesunyian sedikit terubat dengan kehadiran Didi yang sudi menemaninya. Mereka menghabiskan cuti hari minggu bersama, menjelajah bumi China. Sempat juga mereka meluangkan masa untuk menikmati pemandangan indah di Shenzhen dan terbang ke Beijing untuk melawat keindahan bandar perlancongan itu termasuklah Kota Larangan dan kehebatan Tembok Besar China.

Kunjungan ke Beijing yang mempunyai keluasan 20 kali ganda daripada Kuala Lumpur tidak sah jika tidak melawat Forbidden City atau Istana Larangan yang meliputi keluasan 72 hektar. Berada di Forbidden City atau Kota Larangan di tengah bandar Beijing, China seolah-olah kembali ke zaman silam kegemilangan empayar maharaja China yang dianggap dewa di kalangan rakyat. Dengan keluasan 720,000 meter persegi, kompleks istana itu merupakan yang terbesar di dunia. Pada 1977, istana itu telah disenaraikan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’. Nurin tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata bagaimana istana yang begitu luas dan besar mampu dibina dalam tempoh 14 tahun dan dikatakan menggunakan seramai 200,000 tenaga buruh. Dia dan Didi terlalu kagum dengan apa yang dilihat sambil mulut mengucapkan Subhanallah mengkagumi ciptaan makhluk Allah.

Pada zaman dulu, rakyat tidak dibenarkan memasuki Kota Larangan, kecuali pembesar istana atau gundik, itu pun jika ada urusan atau dengan kebenaran maharaja. Namun kini, sesiapa saja boleh melawat dan menikmati keindahannya. Istana Larangan itu tidak putus-putus dikunjungi sama ada dari luar mahupun penduduk tempatan sendiri. Ia boleh dilihat apabila seawal jam 8.30 pagi ramai beratur membeli tiket masuk berharga RMB60. Sukar mengungkapkan keindahannya dengan kata-kata. Setiap istana sarat dengan ukiran yang masing-masing mempunyai maksud tersendiri, sekali gus melambangkan kemewahan dan kebesaran kuasa Maharaja China. Ia jelas terpampang pada ukiran naga serta burung phoenix pada jambatan batu marmar.

Rakyat China memuja Maharaja mereka sebagai ‘tuhan’ berdasarkan kemampuan dan kuasa yang ada. Maharaja pada zaman Dinasti Ming dan Qing dikatakan mempunyai 1,000 gundik dan setiap seorang disediakan sebuah bilik. Disebabkan terlalu ramai gundik, kadangkala maharaja tidak berpeluang melakukan hubungan seks dengan semua wanita itu. Ada yang mencapai usia tua dan masih dara. Bagi mengekalkan kemampuan seksual, maharaja dikatakan mengupah dukun untuk menyediakan ‘ubat kuat’ daripada ramuan akar kayu bagi membolehkan baginda bersetubuh dengan gundiknya setiap hari.

Gundik yang berpeluang mengadakan hubungan seks dengan maharaja dianggap wanita bertuah, apatah lagi jika mengandung dan melahirkan anak. Disebabkan terlalu banyak gundik, maharaja tidak mengenali nama anak yang dilahirkan gundiknya.

Mereka berdua sempat meninjau tempat beradu maharaja yang menggunakan tilam daripada kain sutera. Ada lubang kecil yang membolehkan angin masuk ke bilik bagi menghasilkan suasana selesa apabila maharaja beradu atau bersama gundik.

Parit di sekelilingnya sedalam enam meter, manakala dinding tembok setinggi 10 meter. Di Kota Larangan itu ada lima dewan, 17 istana dan beberapa bangunan lain. Dikatakan lebih 9,999 bilik boleh ditemui, tetapi daripada jumlah itu hanya 8,600 bilik masih wujud sehingga kini. Mengikut keterangan pemandu pelancong mereka, kira-kira 27 tahun diperlukan untuk meneliti setiap sudut di Istana Larangan ini yang mempunyai 9,999 bilik dan lebih 2,000 bilik khas untuk gundik. Mana tidaknya, setiap maharaja dikatakan mempunyai lebih 3,000 gundik, sekali gus melambangkan kuasa dan keangkuhan pemimpin negara itu. Di situ juga terdapat dewan istiadat, ruang pejabat, bilik menteri dan penterjemah, bilik minum teh dan taman diraja.

Mereka terpegun melihat keajaiban binaan Istana Larangan yang mempunyai tembok simen kukuh berwarna merah dan bertentangan dengannya adalah Medan Tianenmen, manakala di sebelah kanannya bangunan Dewan Agung Orang Ramai China. Dinding di Kota Larangan mempunyai pintu pagarnya tersendiri. Di selatan ada Pintu Pagar Meridian dan utara pula Pintu Pagar Divine Might. Jarak di antara dua pintu pagar di utara dan selatan ialah 960 meter, manakala barat dan timur ialah 750 meter. Tembok atau dinding itu memang kuat dan tebal bagi menahan serangan atau tembakan meriam.

Kota Larangan terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu halaman luar dan dalam. Antara yang termasuk di halaman luar ialah tiga dewan, perpustakaan, arkib dan setor. Halaman dalam pula menempatkan tiga dewan untuk aktiviti harian. Halaman dalam adalah tempat maharaja dan keluarganya tinggal bersama pembesar dan orang suruhan, termasuk gundik. Warna rasmi untuk kerabat diraja ialah kuning.

Dari Kota Larangan mereka meneruskan perjalanan untuk melihat lagi satu keajaiban kejuruteraan masyakat silam. Susunan bongkah batu besar sepanjang 6,700 kilometer sarat dengan kesenian terutama ukiran naga, simbol maharaja juga dikenali sebagai Tembok Besar China.

Mereka berdua tidak dapat menyembunyikan kekaguman mereka! Di fikiran mereka terselit satu soalan, bagaimana agaknya pekerja membawa bongkah batu besar untuk membina tembok yang pada asalnya dibina untuk pertahanan. Tembok yang disiapkan pada zaman Dinasti Ming dan merentasi beberapa wilayah di China bermula di Shanghai, Jiayu, Hebei, Beijing, Shanxi, Mongolia, Ningxia dan Gansu sangat sesuai dikunjungi pada musim panas atau luruh sama ada awal pagi atau lewat petang.

Bahagian tembok paling cantik dikatakan di Datong, Wilayah Shanxi (2,500 kilometer di selatan Beijing) kerana ia sarat dengan kesenian China, terutama ukiran naga, simbol maharaja yang menjadi perlindungan daripada kuasa jahat.

Setakat ini, hanya seorang warga Amerika saja dikatakan berjaya berjalan daripada titik mula tembok hingga ke akhir dan beliau mengambil masa dua setengah tahun untuk menghabiskannya.

Tempat lain yang dikunjungi mereka ialah kilang jed. Jed yang dikatakan mencerminkan keperibadian diri, malah mengikut kepercayaan masyarakat Cina, batu itu melambangkan kemewahan dan sesiapa yang memakainya, secara tidak langsung menunjukkan kedudukan tinggi. Selain warna hijau yang dikatakan membawa tuah kepada si pemakainya, jed sebenarnya terbahagi kepada dua kategori, iaitu jadeite dan nephrite. Jadeite dikatakan paling bermutu tinggi dan termahal di dunia. Ia dinilai dari sudut tekstur, tona warna, kilauan dan ketelusan. Difahamkan ada 38 warna jed; putih, merah jambu, perang, jingga, kuning, ungu muda dan hitam yang setiap satu ada nilai dan maksud tersendiri.

Selain daripada itu, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi syurga membeli-belah di Beijing, antaranya di Pasar Sutera (Ya Shiu), Jalan Wang Fu Jing, Lady Street (berhampiran Rumah Malaysia di Wilayah Chaoyang), Ya Show atau Red Bridge. Di situ, semua barangan sama ada pakaian, kasut, beg tangan mahupun perhiasan diri boleh ditawar sehingga lebih 50 peratus. Namun, mereka telah dinasihatkan untuk berhati-hati ketika bertanya harga barangan kerana silap haribulan anda akan dimaki jika tidak membeli.

Gadis penjual di situ memang cantik tetapi mereka juga pandai memujuk dan memaksa pengunjung membeli barangan. Oleh itu, jika benar-benar mahu membeli disarankan barulah bertanyakan harga. Jika tidak, mereka akan memegang tangan sekuat-kuatnya sehingga pengunjung membeli.

Oleh kerana mereka berdua bergerak sendiri tanpa pemandu pelancong, mereka disarankan sentiasa membawa kad perniagaan hotel tempat menginap kerana masalah bahasa adalah masalah utama di sini. Kad perniagaan hotel itu memudahkan pemandu teksi untuk membawa mereka pulang. Bagi mereka yang ingin menjimatkan kos, kereta api bawah tanah kemudahan awam paling sesuai kerana tambang hanya RMB3 sehala berbanding teksi yang kadang kala mencecah sehingga RMB100.

Apa yang menarik di Beijing walaupun jalan raya sesak dengan kenderaan, basikal tetap menjadi pilihan. Tetapi yang membimbangkan ialah cara pemanduan mereka yang agak berbahaya terutama bagi penunggang basikal.

Satu lagi situasi yang tidak dapat dilihat di Malaysia ialah pasangan warga tua di negara ini masih romantik walaupun sudah berusia. Mereka sering dilihat menghabiskan masa di taman berdua-duaan dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan sambil membawa sebotol air teh herba. Mungkin itu rahsia menyebabkan mereka masih sihat. Pastinya, kunjungan ke Beijing, ibu negara yang sesak dengan penduduknya meninggalkan seribu kenangan manis yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.

Kalau tanpa kehadiran Didi, pasti dia hanya terperuk di bilik hotel sahaja apabila menjelang hari minggu. Kepulangan Didi kerana tuntutan tugas tak mampu dihalang.

‘Tak lama lagi, aku akan kehilangan Didi. Didi takkan jadi milik aku seorang, lagi.’ Nurin mengeluh.

Didi bakal melangsungkan perkahwinannya dengan pemuda pilihan keluarganya hujung tahun ini. Mereka berdua telah berjanji, cinta mereka hanya untuk lelaki bernama suami dan itu juga yang cuba dilakukannya. Didi lebih bertuah kerana memiliki ibubapa untuk memilih jodoh buatnya. Namun bukan dirinya.

Sambil melayari internet, Nurin ternampak satu email masuk.

‘Zuhrin?’ Hairan juga hati Nurin apabila Zuhrin menghubungi melalui email, bukannya YM seperti selalu.

‘Mungkin dia tak sampai hati untuk menolak rancangan gila aku jika kami berbalas mesej.’ Nurin membuat telahan sendiri.

“Assalamualaikum, permaisuri hati.

Maafkan saya kerana membiarkan awak tertunggu-tunggu. Saya dah berfikir dengan sedalam-dalamnya dan saya juga dah bulat dengan keputusan saya selepas menunaikan solat istikharah.

Wahai Nurin binti Faizal, saya Abu Zuhrin bin Abu Zahid ingin melamar awak untuk menjadi suri hati saya. Tapi, sebelum awak menerima lamaran ini saya ada permintaan yang perlu awak fikirkan semasak-masaknya. Teruskan pembacaan awak sehingga ke noktah akhir. Saya akur, jika permintaan saya terlalu berat.

Pertama, seperti yang awak tahu saya masih seorang pelajar yang hanya akan tamat setahun lagi. Saya tak mampu memberikan kemewahan kepada awak, namun saya akan sentiasa cuba membahagiakan awak. Selama ini, saya hidup di sini dengan duit biasiswa. Tapi mulai semalam, saya sudah mula bekerja sambil belajar untuk menampung hidup kita. Saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk awak. Saya akan kumpul duit yang cukup secepat mungkin untuk kembali ke tanah air, supaya kita dapat berkahwin. Maaf, kerana saya tak mampu untuk pulang sekarang.

Kedua, saya tak mampu bersama awak setiap saat. Susah senang, tawa dan tangis awak, saya tak mampu menjadi bahu dan dada tempat awak melepaskan semua kepedihan. Saya tak mampu mengesat airmata awak saat awak kesedihan, saya tak mampu memeluk awak untuk menenteramkan awak kerana kita bakal berjauhan. Tapi, cinta saya akan sentiasa bersama awak. Saya akan sentiasa memeluk awak dari kejauhan.

Ketiga sayang, saya pohon kejujuran, penghormatan dan kesetiaan daripada awak sebagaimana selayaknya seorang isteri kepada seorang suami walaupun saya lebih muda. Saya juga akan mencintai awak sepenuh hati saya. Insya-Allah.

Keempat, maafkan saya. Saya pohon pernikahan kita dirahsiakan daripada keluarga saya. Bukan selamanya, sayang. Hanya sehingga saya tamat pengajian kerana saya yakin dugaan yang akan menimpa terlalu berat untuk awak tanggung seorang. Saya takkan terkecuali menerima hukuman kerana merahsiakan perkahwinan kita, tapi biarlah saya yang menanggungnya bukan awak.

Inilah empat permintaan saya. Fikirkan dan renungkanlah sedalam-dalamnya. Saya menantikan jawapan awak. Saya sanjung tinggi keputusan awak untuk tidak bercinta sebelum berkahwin, setelah berfikir saya rasa saya telah buat keputusan yang tepat. Dan saya juga redha jika awak menolak, tapi jauh di sudut saya amat berharap agar kita dapat bersama melayari bahtera rumahtangga bersama. Bahagia selamanya.

Wassalam.”

Nurin membaca email Zuhrin berulangkali, bagaikan tidak percaya lelaki seperti Zuhrin sanggup mengahwini seseorang yang baru dikenalinya. Hanya kerana cinta dan juga demi menghormatinya. Nurin mengesat airmata bahagianya.

‘Saya benar-benar harap awak akan membahagiakan saya. Saya harap dengan kehadiran awak, hidup saya akan kembali bahagia.’ Nurin benar-benar menaruh harapan tinggi kepada Zuhrin.

Zuhrin berdebar menanti jawapan daripada Nurin. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Kini, hidup Zuhrin bertambah sibuk apabila memulakan kerja separuh masanya di sebuah kedai buku. Sengaja dia memilih kedai buku ini, kerana boleh mendapat harga yang lebih murah untuk buku-buku rujukannya dan juga makan minum disediakan oleh majikan. Dengan ini, dia boleh berjimat.

Selepas dua hari membiarkan Zuhrin ternanti-nanti, Nurin membalas email Zuhrin. Walaupun dia sudah membuat keputusan sejak dari awal, sengaja dia mahu mendera hati anak muda itu.

“Assalamualaikum, ya habibi…

Saya Nurin binti Faizal, dengan lapang hati menerima lamaran Abu Zuhrin bin Abu Zahid. Saya terima dengan rela hati semua permintaan yang awak kemukakan. Saya tak pinta kemewahan daripada awak, saya cuma mahukan kebahagiaan. Saya redha, kalau awak ingin merahsiakan hubungan kita tapi hanya sehingga awak tamat pengajian kerana lebih lama kita merahsiakan pernikahan boleh mengundang lebih fitnah yang lebih besar.

Simpanlah wang gaji awak sebagai mas kahwin saya, saya akan ke sana untuk melangsungkan perkahwinan kita. Awak tak perlu pulang ke Malaysia. Minggu depan, saya akan kembali ke Malaysia. Tugasan saya di sini hampir selesai. Selepas seminggu, saya akan ke sana. Awak uruskanlah segala urusan yang patut dengan kedutaan, saya akan bantu apa yang patut dari sini.

Kejujuran dan keikhlasan merupakan tonggak kepada hubungan jarak jauh. Jadilah seorang suami yang terhormat kerana keperibadian, bukannya kerana harta.

Kita akan berhubung lagi. Wassalam.”

Zuhrin bagaikan mahu terbang dan menembusi siling kerana terlalu gembira. Seakan mahu dipeluk Nurin andai wanita muda itu berada di hadapannya. Zuhrin sendiri bagaikan tidak percaya, dia akan berkahwin dalam usia yang muda dan situasi yang sebelum ini tidak pernah terlintas di fikirannya.

Zuhrin tersenyum sendiri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2013 04:48 PM | Show all posts
Bab 7

Segalanya berlaku terlalu pantas. Zuhrin tidak percaya, dia kini bergelar seorang suami. Dapat dirasakannya tanggungjawab yang semakin berat. Tindakan mereka berdua amat nekad.

Nurin hadir ke Adelaide bersama Didi. Walaupun awalnya, Didi agak menentang pernikahan mereka namun akhirnya akur demi kasih kepada sahabat baiknya yang bagaikan saudara sendiri. Pelukan Didi kepada Nurin selepas diijabkabulkan diringi dengan linangan airmata. Mereka dinikahkan di Masjid Khalil.

“Babe, aku impikan majlis kita dilangsungkan serentak. Kemeriahan majlis kita menggambarkan betapa bahagianya kita saat memulakan alam baru.”

Nurin mengesat airmata Didi.

“Aku juga tak pernah impikan majlis seringkas ni. Tapi aku yakin, inilah pilihan aku. Yang penting sekarang, aku tak sebatang kara lagi. Aku dah ada suami, suami untuk menemani dan bersama aku melayari kehidupan aku.” Mereka berdua kembali berpelukan.

Selain Didi, hanya beberapa orang teman Zuhrin telah hadir bersama untuk meraikan pernikahan mereka termasuklah Hanif dan Razman yang bersama Zuhrin ketika di Lapangan Terbang Bayan Lepas yang lalu. Sengaja mereka rahsiakan hubungan suci ini.

Didi kembali ke Malaysia keesokan harinya, kerana tidak boleh bercuti panjang lagi. Nurin pula hanya berkesempatan bercuti dua minggu, dek hambatan tugasnya. Zuhrin terasa bahagia walaupun mereka akan berjauhan, dipisahkan hemisfera.

Walaupun sibuk dengan kuliah dan kerja, mereka manfaatkan masa dua minggu bersama dengan sebaik-baiknya. Buat pertama kalinya mereka berdua merasakan, betapa manisnya cinta. Betapa hebatnya penangan rindu.

Mereka sempat menghabiskan masa dengan melawat tempat-tempat menarik di Adelaide. Dengan keluasan 3,700 kilometer, negeri keempat terbesar di Australia itu didiami lebih 1.2 juta penduduk yang kebanyakannya adalah penghijrah dari Asia. Adelaide, ibu kota Australia Selatan adalah bandar terancang yang dikelilingi taman, bangunan moden dan deretan bangunan bersejarah dengan jarak untuk ke pantai hanya kira-kira 20 minit memandu.

‘Saya berjanji untuk sentiasa membahagiakan awak, agar awak boleh lupakan semua kepedihan dan kesunyian dulu.’ Zuhrin seakan berikrar di dalam hatinya.

“Awak tak menyesal memilih untuk berkahwin dengan saya?” Zuhrin membelai rambut Nurin yang berada dalam dakapannya.

Nurin mendongakkan kepalanya, mecari wajah Zuhrin.

“Kenapa?” Nurin mengerutkan dahinya.

“Kerana saya serba kekurangan.” Ada nada sebak di pendengaran Nurin.

Nurin memeluk Zuhrin dari sisi.

“Seharusnya, saya yang berkata macam tu. Saya paksa awak kahwin dengan saya tanpa beri awak peluang untuk lebih mengenali saya.”

Nurin tidak pernah menceritakan latarbelakangnya kepada Zuhrin. Zuhrin cuma mengenalinya sebagai seorang wanita yang sebatang kara dan meneruskan hidup sebagai seorang jurutera elektronik di bahagian RND. Dia selesa begitu, dia hanya akan berterus-terang apabila sampai masanya.

“Terima kasih sebab beri peluang untuk saya lebih mengenali awak dan juga mencintai awak. Saya mengharapkan yang terbaik dalam hubungan kita, tapi saya harap awak dapat bersabar dengan kejarakkan kita. Saya yakin, kalau kita saling jujur dan ikhlas dalam hubungan kita; kita akan bahagia.”

“Insya-Allah.” Balas Nurin.

Kebahagiaan pertama yang dikecapnya sebaik sahaja bergelar isteri ialah saat bersolat dengan berimamkan Zuhrin. Ciuman Zuhrin di dahinya seakan air sejuk yang mengalir di hati yang panas. Kedamaian yang tak mampu untuk diungkapkannya dengan kata-kata.

Nurin tidak menghadapi masalah dengan makanan kerana di Adelaide tidak sukar mencari makanan halal. Malah untuk menikmati makanan seperti tomyam, sambal udang dan kangkung goreng belacan juga tidak sukar kerana ada sebuah restoran Melayu yang diusahakan rakyat Malaysia kira-kira 100 meter dari Central Market. Kaki lima Adelaide dipenuhi deretan restoran dan kafe yang menggambarkan kepelbagaian etnik komuniti yang mengikut laporan memiliki kapasiti restoran paling banyak di Australia berbanding populasi penduduknya. Cuma Nurin terperasankan sesuatu, tiada aktiviti menarik selepas jam 9 malam dan gedung beli-belah ditutup seawal 5.30 petang.

Zuhrin meluangkan masa untuk membawa Nurin menyusuri Sungai Torrens menaiki gandola yang dikemudi tenaga profesional di tengah bandar Adelaide ketika matahari pagi menyimbah bumi, untuk memberikan Nurin kenangan terindah dalam hubungan mereka. Nurin terasa seperti berada di Venice, Itali. Hampir 45 minit berada dalam gandola bagaikan tidak terasa. Ditemani bangau dan merpati putih selain keindahan persekitaran buatkan Nurin bagaikan bermimpi.

Nurin tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Harbour Town untuk membeli-belah dan sedikit buah tangan untuk Didi dan pekerja-pekerjanya. Cuaca di Adelaide tidak begitu berbeza berbanding Malaysia, panasnya berangin dan sepanjang tahun. Nurin terasa selesa kerana kurang berpeluh walaupun berjalan banyak.

Walaupun kebanyakan masanya dihabiskan untuk berada di dalam bilik Zuhrin yang kecil, namun itulah syurga mereka. Dua minggu bersama bagaikan terlalu singkat. Mereka harus kembali ke dunia realiti.

Terlalu berat untuk melepaskan Nurin kembali ke Malaysia tanpa dirinya.

“Tak boleh ka awak dok sini?” Terasa sayu hatinya.

Nurin memeluk Zuhrin, erat. Pipi lelaki itu dikucupnya perlahan.

“Kita punya tanggungjawab sendiri, sayang. Saya tunggu kepulangan awak.” Nurin melepaskan pelukannya.

Zuhrin mengucup dahi isterinya lembut. Nurin melangkah perlahan, tangan mereka masih bertaut. Nurin cuba bertahan, menyeka airmatanya. Akhirnya, mereka terpaksa juga meleraikan pegangan tangan apabila Nurin melewati balai berlepas. Zuhrin melambai perlahan.

Buat pertama kalinya, dia terasa sakit dan peritnya kehilangan. Dia ingat, dia cukup kuat untuk menempuhi hari-hari sebagai seorang suami tanpa isteri di sisi. Tapi ternyata, cinta teramat menyakitkan.

Zuhrin menghela nafas panjang. Dia hanya mampu memandang langkah Nurin yang makin hilang dari pandangan.

‘Kita akan berpisah buat seketika. Sabarlah sayang, saya akan usahakan agar kita dapat bersama lagi.’

Zuhrin melangkah pulang, kembali ke dunia asalnya sebagai seorang siswa Universiti Adelaide.

Nurin meyandang beg tangannya seperti selalu. Namun langkahnya kurang bersemangat. Seakan separuh daripada dirinya dibawa pergi. Peritnya penangan cinta. Ternyata cinta itu buta, cepat atau lama mengenali seseorang bukan ukuran sedalam mana cinta kita.








Last edited by nmohdr on 17-6-2013 04:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 05:00 PM | Show all posts
best nyer.. sila lah rajin kan jari jemari sambung lagi yaa TT
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 08:08 AM | Show all posts
Salam....jalan cerita ni disusun mcm novel ..best giler...
harap ada sambungan lagi hari ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2013 01:30 PM | Show all posts
Insya-Allah will cntinue writing. Kalo ada idea, bole jugak sumbang2 kan....

Thank you sbb membaca

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2013 01:35 PM | Show all posts
Bab 8


“Welcome home, pengantin baru.” Usik Zaim.

Nurin menjegilkan matanya kepada Zaim. Tiada sesiapa di pejabatnya mengetahui akan ikatan pernikahannya dengan Zuhrin, kecuali Zaim. Dia rasa, sewajarnya Zaim dikhabarkan dengan berita itu ketika dia memohon cuti untuk ke Adelaide.

Zaim ketawa kecil melihat mata Nurin yang dibulatkan.

“Hei, princess. Jangan la jegil macam tu, terkeluar biji mata tu baru tau. Kesian cik abang, baru ja kahwin bini dah jadi cacat.” Zaim belum jemu mengusik Nurin.

“Boss, you tak dak kerja ka hari ni? Free sangat nampak. Kalau tak cukup kerja, I boleh bagi kat you sama. Kerja I melambak-lambak ni.” Sindir Nurin.

Zaim hanya tersengih. Nasib baiklah masih awal pagi, ramai yang masih belum masuk ke pejabat.

“You tak mau kenalkan your beloved husband you dengan I?” Teringin Zaim mengenali lelaki yang memiliki pekerja kesayangannya.

“Tahun depan, insya-Allah.” Jawapan selamba Nurin menimbulkan kerutan di dahi Zaim.

“Awat tahun depan?”

“Sebab bukan tahun ni.” Sengaja Nurin mengenakan Zaim kembali.

“Nurin.” Zaim menekankan panggilannya.

Nurin ketawa apabila melihat Zaim yang dipenuhi dengan tanda tanya.

“Dia tak ada kat sini. Long distance relationship.” Nurin mengukir senyum.

“Then, kenapa nak kahwin cepat-cepat?” Zaim tak puas hati dengan jawapan Nurin yang kedengaran kurang serius padanya.

“Saja.” Sengaja Nurin menyakiti hati Zaim.

Zaim mengerutkan dahinya, geram dia dengan acahan Nurin.

“Tak ada bezanya cepat atau lambat. Apa yang penting, hati. Tapi yang paling penting, hubungan kami dah sah dan halal. Tak baik bercinta tau.” Nurin berlalu ke pantri untuk membancuh oat bersama susu sebagai sarapannya.

Kalau dia terus di tempat duduknya, pasti tak habis melayan soalan Zaim.

“Tu nak lari la tu.” Zaim masih membuntuti Nurin sambil memegang mugnya yang kosong.

Sebaik melihat Nurin membancuh oat, Zaim turut menghulurkan mugnya sambil tersengih. Nurin mencebik, namun mug itu disambutnya juga. Mug itu diisi dengan kopi ‘O’ kegemaran Zaim. Zaim tersengih, Nurin sentiasa memahami dirinya. Beberapa tahun bekerja di bawah Zaim, Nurin dah lali dengan kegemaran ketuanya.

“Saya bukannya apa, saya tahu awak memang dah tak ada sesiapa lagi. Saya cuma nak pastikan orang tak ambil kesempatan kepada awak.” Tegas Zaim.

Selama mengenali Nurin, Zaim rasa bertanggungjawab kepada wanita muda itu. Jika tidak sebagai majikan, dia rasa bertanggungjawab sebagai seorang abang kerana keakraban mereka.

“Don’t worry, boss. Dia tak pernah tahu latar belakang saya. Kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Thanks for your concern.” Kata-kata yang keluar dari bibir mungil Nurin menambahkan kerisauan di hati Zaim.

Zaim yang menemuduga dan mengambil Nurin bekerja. Lima tahun mengenali wanita muda ini, Zaim mengkagumi semangat juang yang dimilikinya. Dia rasa bertanggungjawab kepada Nurin, secara tidak langsung. Dek kerana itu mereka amat akrab, begitu juga dengan keluarga Zaim. Mereka amat menyenangi Nurin.

Dia benar-benar mahu mengenali suami Nurin. Dia mahu menyerahkan tanggungjawab menjaga Nurin kepada lelaki itu.

“Bila nak kenalkan?” Zaim masih mendesak.

Nurin penat.

“Sekarang, dia masih study di Australia. Bila dia balik sini nanti, saya kenalkan pada you, pada kak Ros sekali.” Tegas Nurin.

Ros, isterinya pasti terkejut dengan berita ini. Isterinya ingatkan Nurin pergi bercuti di Australia, rupanya pergi kahwin.

Nurin malas mahu terus melayan Zaim, kembali ke mejanya dan menyambung tugas yang telah dua minggu ditinggalkan. Sambil menghirup oat panas, Nurin meneliti email-email dan tugasan yang sedia menanti.

‘Sayangnya, H2H tak ada cawangan di Australia. Kalau ada, confirm aku minta posting sana.’ Bisik Nurin seorang diri dan diakhiri dengan keluhan yang sarat dengan perasaan rindu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 05:13 PM | Show all posts
dah jatuh cinta ngan cerita ini...teruskan tt...gud job..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2013 01:58 PM | Show all posts
suria74 posted on 18-6-2013 05:13 PM
dah jatuh cinta ngan cerita ini...teruskan tt...gud job..

TQ. Saya budak br bertatih mengarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2013 02:00 PM | Show all posts
Bab 9


“Assalamualaikum, sayang.” Sapaan daripada Zuhrin mengujakan Nurin yang kerinduan.

Nurin tersenyum sendiri, membayangkan Zuhrin di sisinya.

“Waalaikumsalam. Awak sihat?” Walaupun saban hari mereka bertanya khabar melalui Facebook dan sms, seakan belum cukup untuk meleraikan rindu mereka.

“Untuk awak, saya akan sentiasa sihat. Saya harap, awak pun sihat juga. Jangan asyik kerja saja sampai tak makan.” Nasihat Zuhrin, Nurin yang dikenali sememangnya seorang yang sangat kuat bekerja.

Nurin tersenyum manis. Dia menyusun kertas-kertas kerja di atas katil yang dihadapnya sebelum Zuhrin menyapa.

“Awak tak sibuk?” Nurin membayangkan Zuhrin masih terkejar-kejar ke kuliah, meyiapkan tugasan dan bekerja sambilan.

Nurin terharu apabila Zuhrin mengirimkannya duit belanja, walaupun jumlahnya tidak seberapa namun ingatan dan tanggungjawab yang Zuhrin tunjukkan amat mengharukan Nurin.

“Sekarang, saya kurang sibuk. Saya ada berita baik untuk awak.” Zuhrin seakan ceria.

‘Tak ada yang gembira daripada awak berada di sisi saya.’ Nurin bermonolog sendiri.

Kedinginan penghawa dingin agak terasa apabila dia hanya mengenakan dress labuh tanpa lengan.

“Apa dia?” Nurin agak teruja.

“Saya dah tak kerja di kedai buku lagi. Saya dah jadi model sambilan, saya nak kumpul duit dan balik jumpa awak cuti semester nanti.”

Nurin menyambut berita itu dengan perasaan berbelah-bahagi. Dia akui, paras Zuhrin memungkinkan suaminya sebagai model. Namun dia risau, Zuhrin disambar orang.

“Awak tak suka?” Zuhrin seakan dapat membaca hatinya.

“Tak…tak...saya okay.” Cepat-cepat Nurin membalas.

Zuhrin dapat merasakan ada yang tak kena.

‘Dia tak suka aku jadi model sambilan ke?’ Zuhrin berfikir sendiri.

Nurin terpandangkan foto mereka yang ditangkap di studio sewaktu di Adelaide dulu. Foto itu dibingkaikan dan digantung di dinding bilik. Dia bagaikan tak layak untuk berada dalam pelukan Zuhrin. Dia terasa rendah diri jika paras mereka dibandingkan.

“Awak percayakan saya, kan?” Zuhrin dapat merasakan getaran di hati Nurin.

Nurin menyeka airmatanya, dia tak tahu kenapa dia tiba-tiba sebak.

“Tentu saya percaya, awak suami saya.” Nurin cuba mengukir senyum, walaupun dia tahu Zuhrin tak dapat melihatnya.

Senyuman yang diukir bagaikan menipu diri sendiri.

“Jangan fikir banyak, insya-Allah saya takkan berubah. Saya hanya nak genggam tangan tok kadi sekali saja. Saya hanya nak berikan yang terbaik untuk kita. Saya mengharapkan kita akan bahagia bersama buat selamanya, jika ada dugaan yang melintang kita akan laluinya bersama. Saya cintakan awak dan saya akan terus mencintai awak.” Zuhrin mahu Nurin menerima keputusannya seadanya.

“Demi awak, demi cinta kita, saya nak awak tahu yang saya tak pernah buat keputusan sebesar ini tanpa pengetahuan keluarga saya. Bukan saya mengungkit kisah kita, cuma saya nak awak tahu betapa saya mencintai awak.” Pujukan Zuhrin berbekas di hatinya.

Demi kerana dia, suaminya sanggup membelakangkan keluarganya sendiri yang memilih untuk hidup bersamanya. Nurin kembali tersenyum.

“Baiklah, saya tunggu awak balik.” Nurin cuba menceriakan kembali suasana.

“ Saya rindukan awak. Selalu.” Zuhrin amat merindui Nurin.

Wajah manis Nurin tidak mampu dihilangkan dari matanya. Demi Nurin, dia semakin semangat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang. Benarlah kata orang, rezeki kita makin dipermudahkan apabila kita berniat baik. Zuhrin mengakuinya saat ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2013 02:06 PM | Show all posts
Bab 10


Nurin duduk menyandar di sofa panjang berwarna hijau muda sambil melunjurkan kakinya.

“Macamana, dah ready ke nak kahwin?” Nurin bertanya sambil melihat pekerjanya melulur badan Didi.

Terdengar Didi ketawa kecil.

“Kita tanya, dia gelak pulak.” Dengus Nurin.

“Kurang-kurang aku ni ada la jugak setahun nak bersedia, yang hang tu…takdak angin tak dak ribut…tup…tup bagitau aku nak kahwin. Aku macam tak boleh nak percaya la. Nasib baik aku tak kena heart attack. Kalau dak, dah selamat agaknya aku ke dalam.” Didi masih belum dapat mempercayai kebenaran walaupun sudah tiga bulan sahabat baiknya mendirikan rumahtangga.

Nurin menyambut kata-kata Didi dengan tawa.

“Babe.”

Nurin memandang Didi dengan penuh tanda tanya. Jarang Didi memanggilnya dengan nada lembut, sebegitu.

“Hang bahagia?” Didi amat risau jika dia tidak bahagia.

“Alhamdulillah. Aku bahagia, teramat bahagia. Cuma, aku sunyi.” Sememangnya itulah yang dirasakannya saat ini.

“Aku ni macam nak pitam bila hang call, tiba-tiba ajak pi Adelaide. Nak kahwin. Aku terfikir, pompuan ni gila ke sakit otak. Tak pun stress kerja sampai dah tak kenal realiti ke mimpi.” Kata-kata Didi disambut dengan gelak tawa mereka.

“Kak Ina, tolong sedia air untuk mandi susu na.” Beritahu Nurin kepada pembantunya yang seorang lagi.

Nurin mewarisi beberapa perniagaan daripada Asya dan juga ibubapa kandungnya. Selain salun kecantikan ini yang juga menempatkan SPA ala bali, Nurin juga mewarisi butik pengantin dan juga butik untuk busana muslimah. Sewajarnya dia menguruskan sahaja peninggalan dan tidak perlu lagi bekerja sebagai jurutera. Tapi, dia belum bersedia untuk meninggalkan kerjayanya kini. Dia amat mencintai kerjayanya.

Untuk majlis Didi, Nurin menaja beberapa pasang pakaian pengantin dan juga kelengkapan seperti set bilik tidur, pelamin, bekas hantaran dan bunga telur.

“Tak payahlah buat banyak-banyak untuk aku.” Didi tak sanggup menerima semua pemberian Nurin.

“Yang, aku tak merasa semua ni. Jadi, tolong jangan larang aku tumpang bahagia.” Kata-kata Nurin mematikan keengganan Didi.

“Bila hang nak full time jaga business ni?” Tanya Didi sambil melangkah masuk ke tab mandi untuk mandi susu.

“Bila Zuhrin dah balik sini ataupun bila aku dah bersedia nanti.” Nurin sendiri tak pasti, bilakah masanya.

Tapi, yang pasti dia akan meninggalkan kerjayanya suatu hari nanti dan akan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan dan keluarganya. Dia ingin membesarkan anak-anaknya sendiri dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Dia mahu anak-anaknya membesar dengan penuh kebahagiaan dan memiliki kebahagiaan yang dia tidak miliki.

“Aku tak tau macamana nak bagitau parents hang.” Nurin mengeluh.

Ibubapa Didi banyak mengambil berat tentang dirinya dan telah menganggapnya sebagai anak kandung.

“Bila hang dah sedia untuk bagitau, aku temankan. Aku confirm depa tak marah, cuma pasti terkejut.” Didi melurut-lurut badannya dengan air mandian.

Nurin yang duduk di tebing tab mandi juga tolong membersihkan tubuh temannya daripada serbuk lulur. Didi membelakangkan Nurin, memberi ruang kepada Nurin menggosok bahagian belakang badannya.

“Hang rasa aku gila dak?” Tanya Nurin tiba-tiba.

Dalam masa yang sama, pembantu salun yang dipanggil Kak Ina masuk menghantar minuman kegemaran dua sahabat itu, air limau suam di campur madu. Nurin menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyum sebagai ucapan terima kasih.

“Mulanya tu, terfikir jugak. Tapi bila aku fikirkan balik, aku tak kisah asalkan hang bahagia.”

Nurin terasa bahagia mendengarnya.

“Aku ingat, Zuhrin balik cuti nanti aku nak buat kenduri sikit untuk staff-staff aku. Nanti confuse pulak depa bila tengok laki dok satu rumah dengan aku.” Didi menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Kata-kata Nurin itu ada juga benarnya, kiri kanan rumahnya merupakan salun kecantikan dan butik pengantin miliknya tapi dua orang pembantunya tinggal di tingkat atas butik pengantin. Nurin berterima kasih kerana ibu memilih rumah teres dua setengah tingkat itu untuk memudah urusan pengendalian dan supaya tidak terkejar-kejar selepas penat bekerja di pejabat. Impian ibu kini menjadi tanggungjawabnya.

“Hang tak rindu dia?” Sengaja Didi menyibuk apabila melihat Nurin seakan termenung.

“Baru aku tau, betapa sakitnya rindu. Dulu, aku ingatkan aku boleh teruskan hidup aku macam biasa sebab dia jauh. Lagipun aku dah biasa hidup sendiri, patutnya tak banyak bezanya. Tapi, aku silap. Betapa kuasa cinta mampu merubah manusia.” Nurin tersenyum sendiri apabila terkenang Zuhrin.

Didi sudah selesai membelai dirinya dengan mandian susu dan siap mengenakan pakaiannya kembali. Dia terlihat senyuman yang tak pernah dilihatnya di wajah Nurin, semenjak ibu pergi. Satu senyuman yang penuh dengan rasa bahagia.

Didi melabuhkan punggung di sisi Nurin, di atas bangku yang diperbuat dari kayu jati. Nurin menghulurkan minuman yang disediakan oleh Ina kepada Didi, mereka menikmatinya bersama.

‘Aku harap, kita akan terus menikmati kebahagiaan ini.’ Didi tumpang bahagia apabila melihatkan kebahagiaan Nurin.

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 02:31 PM | Show all posts
apalah konflik yg timbul nnti..
family zuhrin ke ataupun zuhrin sndiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2013 06:01 PM | Show all posts
awanjingga posted on 19-6-2013 02:31 PM
apalah konflik yg timbul nnti..
family zuhrin ke ataupun zuhrin sndiri..


hehehe (^_^)
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 09:46 AM | Show all posts
Tak cukup...nak lagi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.094675 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list